Tuesday 16 December 2008

Di musim kesejukan

salji turun dengan lebatnya dari minggu lepas..belum pernah aku alami seperti ni sejak datang Nihon..sasuga Hokkaido la..seingat aku yang paling lebat turun pun masa di Gifu 3 tahun lepas.tapi x selebat di sini..dan tambah lagi satu fenomena yang susah ada di belah Honshuu yakni keadaan salji yang membeku di tanah..susah jalan seyh..



di musim sejuk-sejuk ni bertambah lagi la sifat malas nk keluar rumah..duk dalam rumah makan,masuk futon,ngadap pc lagi dan lagi..moga Engkau pelihara iman hambaMu ini agar tidak sejuk lagi beku kerana musim sejuk ni ya Allah amiin...

duk buat apa pun,cuba untuk dengar ceramah-ceramah yang ada..insyaAllah..di samping buat keja lain,kita belajar lagi dan lagi tentang agama tercinta:D

ceramah Ustaz Azhar makin dilayan,makin best pun ada..alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mendengar ceramah-ceramah..daripada aku tengok tv,baik dengar ceramah bagi mengurangkan kejahilan diri tentang agama aku..bahaya kejahilan boleh membawa diri manusia kepada kekufuran..pelihara daku ya Allah..

WG pun sudah makin menghampiri..tanoshimi ne..moga Allah terima pengorbanan setiap mereka yang berusaha untuk mencapai redhaNya sertai program nanti untuk mencari ilmu dan berukhuwah serta mengurniakan syurga untuk mereka seperti firmanNya..

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)
(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (112)
-Surah At-Taubah:111,112

Allah telah membeli diri mereka yang bertaubat,mengembara untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam dengan syurgaNya..apalah lagi yang lebih bernilai dari syurga Allah swt..keseronokan dunia yang paling hebat sekalipun tidak mampu menandingi..

sama-sama perbetulkan niat kita dalam semua perlakuan kerana Allah swt..sebab kita berjanji dan berikrar 5 kali setiap hari bahawa,
"Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.."

Friday 12 December 2008

Yuki turun lagi..

Lebat sungguh yuki turun semalam..dari tengah hari sampailah ke jam 6 petang..kalau naik basikal tu memang mudah terbalik la..motor lagi la kot..







putih je suasana di luar rumah..harapnya hati ini juga putih macam salji di luar rumah tu..huhu..sama-sama menuntut ilmu dengan bersifat seperti padi,makin berisi,makin tunduk..bukannya makin berisi,makin sombong..na'udzubillah..

Wednesday 10 December 2008

Apalah yang kita kejar..

Apalah yang kita kejar di dunia yang fana ini..hairan juga bila difikirkan..semua sudah sedia maklum yang hidup ini sementara,hatta sensei kat sini pun tau yang hidup ini sementara..tapi,adakah kita nak samakan kita dengan sensei yang kafir tu?

kita sebagai orang Islam yang punya kalimah tauhid La ilaha illallah ni kenalah berbeza cara hidup dengan golongan kafir..sungguh berjaya perancangan Yahudi untuk memesongkan hidup orang Islam supaya bergembira dengan kehidupan dunia seterusnya melupakan tujuan sebenar hidup mereka di muka bumi ni..

aku pun tidak faham dengan sesetengah orang Islam..kita mengaku bahawa kita beragama Islam..tetapi kita lupa apa peranan kita sebagai orang Islam..kita hidup dengan mengikut segala apa yang ada di hadapan kita tanpa menimba ilmu apa itu Islam dengan lebih mendalam..hidup kita untuk mengejar redha Allah swt..tetapi,lain yang kita perlakukan dalam kehidupan seharian kita..

contoh paling mudah boleh kita perhatikan di kampung kita sendiri di Malaysia..berkenaan dengan kad jemputan..andai kita beri kad jemputan untuk ke majlis kenduri dll kepada saudara mara,mesti jemputan tersebut tidak akan ditolak sekalipun kena bayar..andailah orang yang kita jemput tu x hadirkan diri tanpa alasan,tentulah dapat kita faham bahawa dia sombong dengan kita..

tapi,bagaimana pula dengan jemputan Allah swt 5 kali setiap hari di kampung kita?oh!sombong sungguh manusia walaupun bilal melaungkan azan berkali-kali setiap hari..bila diperhatikan di kampung aku pun,segelintir sahaja yang menyahut seruan Allah swt untuk solat berjemaah..meskipun ada golongan yang belajar ilmu agama pun tidak sudi untuk menyahut seruan Allah swt untuk ke rumah Allah swt..sombong sungguh manusia dengan penciptaNya..siapakah mereka yang sombong ini?"inilah anak murid iblis la'natullah",bak kata Ustaz Azhar..

"tiap-tiap 1000 orang,999 orang akan ke neraka Allah swt."...mahukah kita masuk dalam golongan 999 orang itu?

"ramai umat akhir zaman tidak mempedulikan seruan azan ke rumah Allah sekalipun tahu ilmu agama di dada"

analogi lebih mudah kita fahami,andai kita panggil anak kita 3 kali,tentu sekali kita akan marah terhadap anak kita sendiri..tapi bagaimana pula kalau panggilan Allah swt melalui bilal untuk ke rumahNya?kita tidak sudi untuk hadir ke rumahNya,tetapi kita bermimpi untuk ke syurga Allah swt..layakkah kita?

bak kata Ustaz Azhar lagi,"sbb tuhan telah butakan mata,pekakkan telinga,matikan hatinya.ada akal,tetapi tidak berfikir.ada mata,tetapi tidak melihat,ada telinga tetapi pekak,mereka inilah seperti lembu kambing(haiwan peliharaan).bahkan lebih bodoh dari lembu kambing.mereka inilah yang lalai daripada agama."

pelik sungguh manusia yang sibukkan diri dengan mengejar kehidupan dunia..urusan akhirat dibelakangkan..sedangkan perkara rezki ni telahpun Allah tetapkan untuk setiap hambaNya..tapi kita duk sibuk dengan mencari duit dan harta,mencari isteri yang cantik..tapi kita lupa untuk mencari bekal menghadapi mati..

xde nabi pun yang mengajar tentang cara nk cari makan.semua nabi as seru manusia kepada Allah swt.bab cari makan cari rezki,xperlu sampai buang seluruh hidup utk kemewahan hidup.Allah beri rezeki dia kepada semua manusia.hatta kuffar la'natullah pun dapat nikmati rezeki Allah Yang Maha Pemurah..

sama-samalah kita kembali kepada Allah swt dengan hati yang sejahtera..wahai Yang membolak-balikkan hati,janganlah Engkau palingkan hati ini dari agamaMu..moga Allah kekalkan hati ini dalam mentaatiNya..amiin...

Sunday 7 December 2008

Fadhilat Solat - hadith 6

Ibnu Mardawih meriwayatkan daripada Ka'ab Al-Akhbar ra,dia telah berkata:
"Demi Allah yang menurunkan Taurat kepada Musa as dan Injil kepada Isa as dan Zabur kepada Daud as dan Al-Quran kepada Muhammad saw bahawa ayat-ayat yang di bawah ini adalah diturunkan berkenaan dengan mengerjakan solat-solat fardhu dengan berjemaah di tempat di mana azan dikumandangkan:
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil supaya bersujud tetapi mereka tidak kuasa;(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah lagi mereka diliputi kehinaan;dan sesungguhnya mereka dahulu(di dunia) diseru untuk sujud,dan mereka dalam keadaan sejahtera."-(Surah Al-Qalam:42-43)"

Kebesaran 'Saq' adalah satu macam kebesaran yang akan dilihat pada hari Hisab.Semua umat Islam akan sujud apabila melihat kebesaran ini,tetapi sebahagian orang di mana tulang belakangnya keras dan tidak boleh sujud.Mengenai siapakah mereka itu maka bermacam-macam tafsir telah diberikan oleh pelbagai mufassir.Menurut hadith di atas yang dikuatkan oleh sebuah hadith lagi dari Ibn Abbas ra bahawa mereka itu adalah orang yang diseru supaya solat berjemaah,tetapi tidak datang solat berjemaah.
Beberapa lagi tafsir adalah diberi seperti berikut:
1.Abu Said Al-Khudri ra menceritakan bahawa orang-orang ini adalah mereka yang bersolat agar dilihat oleh orang lain.
2.Mereka itu adalah kaum kafir yang tidak solat langsung.
3.Mereka itu adalah golongan munafiqin.
(Allah jua yang Maha Mengatahui dan PengetahuanNya lah yang Maha Sempurna.)

Betapakah malunya jika dicerca dan dipermalukan pada hari Hisab hingga seluruh umat Islam akan sujud melihat kebesaran Allah swt,padahal mereka yang meninggalkan solat berjemaah akan diasingkan oleh kerana keengganan mereka untuk solat berjemaah.

Selain dari itu,ada banyak lagi amaran yang telah diberi mengenai meninggalkan solat berjemaah.Tetapi bagi seorang Islam,amaran-amaran itu tidaklah perlu kerana firman-firman Allah swt dan sabda-sabda Rasulullah saw semuanya penting baginya.Dan bagi seseorang yang tidak mengendahkan firman-firman Allah swt dan sabda-sabda Rasulullah saw,segala amaran itu tidak ada erti baginya.Tetapi satu masa akan tiba apabila setiap jiwa akan diminta perkiraan dan akan dihukum atas amalan-amalan yang salah dan pada masa itu taubat yang sebanyak mana pun tidaklah berfaedah lagi baginya.

Friday 5 December 2008

Sedikit pengisian

berikut adalah sedikit pengisian yang ditulis oleh Mus..sama-sama kita renungkan..

Pagi tadi time tilawah ada ayat 3:91, tapi tak sempat nak kongsi
artikel kat bwh. Ana translate b. melayu mana yg mampu je yer. :D

original

Bismillah.

Allah berfirman dalam Qur’an:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ
وَمَاتُواْ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن
يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ
الأرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى
بِهِ أُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ
أَلِيمٌ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

Sungguh orang-orang yang kafir dan mati dalam kekafiran, tidak akan
diterima (tebusan) dari seseorang di antara mereka sekalipun (berupa)
emas sepenuh bumi, sekiranya dia hendak menebus diri denganya. Mereka
itulah orang-orang yang mendapat azab yang pedih dan tidak memperoleh
penolong.. (3:91)

Perkataan yg digunakan untuk kapasiti bumi dalam ayat ini ialah Mil
al-Ard. "Mil" digunaakan untuk kuantiti yg ada dalam vessel (adik
beradik mangkuk/cawan) . Jadi mil al-ard ni dituju kepada isipadu/
kuantiti/berat bumi ni

Siapa yang mati dalam kapiaq, Allah tak hingin/terima langsung amalan
baik (apalagi yg buruk) walaupun kalau dia nak tebus dengan bumi yg
dipenuhi emas. Berapa byk emas tu? Penuh satu bumi.

Jom buat matematik:

Isipadu bumi:

* 1,083,206,246, 123,080,894, 852 m3
* Dalam perkataan: 1 Septillion, 83 Sextillion, 206 quintillion,
246 trillion, 123 billion, 80 million, 894 thousand, 852 m3
* Berat bumi: 5.98 x 1024 kg (Selepas 98, tambah 0 sebanyak 24
kali)
* Harga satu ounce emas: $802.70 US Dollar

Jadi harga emas yang dipenuh bumi ialah = $1.65 x 1029 USD (0
sebanyak 27 kali selepas 65)

Dengan duit ini boleh beli:

* 100 Ferraris ($168,000 each)
* Rumah paling mahal gile kat dunia ($155 million)
* Boeing A380 - yang besar 2 tingkat tu ($300 million)
* Berlian yang millennium star (over a $100 million)
* Ryokou(travel) ke bulan ($100 million)
* International space station ($100 billion)

Semua ini boleh dilakukan oleh setiap manusia kat bumi ni yang
berjumlah 6 billion dan total baru je belanja 0.000000366 % dari pada
duit keseluruhan.

Boleh shopping sakan macam gini sejuta kali dan masih gak ada 97%
duit baki.

Macam menang loteri $2000 biliion pada setiap saat untuk 65 tahun tau.

Kita tgh cakap pasal amount duit yang tak boleh digambarkan. Ada
sesape antara korang yang ada duit byk ni tak? Boleh ke dapat byk ni?

Kalau orang kapiaq boleh tebus diri dia dengan bumi yg dipenuhi emas
pun takkan terima, haaa lantak.

Pengajaran. Berat timbangan iman tu lebih daripada Mil al-Ard. Lagi
berharga. Mat saleh kata, priceless.

*kita nk kejar kekayaan ke nk kejar mati dalam iman?sama-sama tepuk dada tanya iman dalam hati..wallahu'alam..

Thursday 4 December 2008

Mengemis Kasih - The Zikr

Mengemis Kasih - The Zikr

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Monday 1 December 2008

Si hidup terhadap si mati

dengar ceramah Ustaz Azhar(tajuk Bilal Beranak) lagi sambil masak2..dengar pasal upah haji..

"si mati yang tinggalkan hartanya,maka wajiblah kepada orang yg terdekat untuk selesaikan segala hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan.hutang dengan manusia itu wajib,tapi hutang dengan Allah itu lebih utama."

maka harta yang ditinggalkan tu kena la guna buat bayar fidyah kalau si mati tinggalkan puasa beberapa lama.kalau belum tunaikan haji,kena guna buat bayar upah haji dan sbgnya.lepas selesai hutang tersebut barulah dibenarkan untuk selesaikan hutang manusia dan seterusnya dibahagikan antara waris-waris.

xtau la plak pasal benda ni.first time dengar rasanya.sambil masak jgak la kol ayah aku tny pasal benda ni kot kot x selesai lg ke untuk arwah mak n abang aku yang meninggal sebelum ni.ingtkan ayah aku xtau.rupa2nya dia tahu.alhamdulillah..harapnya terlaksanalah segala perkara yang dipertanggungjawab tu..

aku memang baru la pasal benda ni..risau jgak kalau xtau..bukan si mati je x terlunas hutang dia,yang si hidup pun berdosa sebab x jalankan tanggungjawab sebagai si hidup.harapnya semua ambil perhatian la pasal benda ni.tanggungjawab bersama tu..

yang berlaku sekarang ni,bila mana seseorang mati,maka ahli keluarga sibuklah dengan wasiat dan perwarisan harta.naik turun mahkamah nak selesaikan masalah pembahagian harta si mati.padahal ada lagi benda yg lebih utama dari pembahagian harta ni.kalau semua da tahu alhamdulillah...harap terlaksana dengan baik je la..

inilah salah satu bahaya kejahilan dalam diri.sebabnya?malas belajar ilmu agama Islam itu sendiri.kita mengaku kita beragama Islam..tp sejauh mana kita concern dengan agama kita sendiri dengan menuntut ilmu pasal agama kita dan sampaikan kepada orang lain..bukan kena tahu je,kena jgak beramal..barulah dosa kejahilan itu terhapus..

wallahu'alam..

Saturday 29 November 2008

Kotoran.

"Uish!!Debu ni,serabut sungguh..Abih kotor baju aku.."
"Aaaa...Abis baju baru aku kena kuah kari ni..Baru beli..Mahal ni.."

Dialog yang biasa kita dengar bila kotoran kena pada pakaian@badan kita..Betapa concern nya kita pada kekotoran yang terkena pada badan..Kan bagus kalau kita alert macam ni jugak terhadap kotoran pada hati kita..

Hari-hari hati kita disaluti dengan dosa..ada juga sinar pahala,tapi cukupkah sudah sinar pahala itu untuk selubungi selaput dosa yang melekat di hati kita?Sama-sama kita muhasabah diri..Iman di dalam hati umpama mutiara perlu sentiasa digilap dengan amal-amal ibadah serta dengan mengingatiNya..Hak badan adalah makanan,hak akal adalah ilmu,hak rohani kita adalah amal ibadah seharian..Bahkan setiap tulang dalam badan kita perlu diisi dengan zikrullah setiap pagi dan petang..ataupun kita sempurnakan hak tulang dengan tunaikan solat dhuha setiap pagi..

Banyak sebenarnya hak yang belum aku tunaikan untuk rohani..Perasaan juga perlu dibaja dengan sifat-sifat mulia..Berhati-hati dengan godaan syaitan setiap masa juga perlu..Setiap detik syaitan berusaha untuk menyuntik bisikan maksiat dalam hati kita selagi kita tidak zikrullah..Kat sini je da boleh tengok berapa kali je dalam kehidupan seharian kita yang kita libatkan diri dengan pahala.Yang lain semuanya umpama sia-sia dan dosa..Ampuni hambaMu ini ya Allah...

Seekor anjing yang kotor menghampiri sekumpulan manusia,lalu dielak manusia tersebut.lalu anjing tersebut berkata-kata,
"Kamu manusia sibuk dengan membersihkan diri dari kotoran zahir..Tetapi kamu lupa dengan kekotoran hati kamu dengan dosa-dosa..Kami haiwan sentiasa berzikir kepada Allah swt.."
Mendengarkan kata-kata anjing tersebut,semua manusia tersebut insaf lalu bertaubat pada Allah swt..

Betapa hinanya manusia bila lupa asal usul mereka..Manusia yang taat dan ikhlas dalam menjalankan perintah Allah swt akan dimuliakan lebih dari mulianya malaikat..Tetapi manusia yang taat dan ikhlas dalam mengikuti hawa nafsu dan bisikan syaitan hanya akan dihina melebihi daripada haiwan..Bahkan lebih ditakuti oleh syaitan..

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm:32)

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud:114)

Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah:102)

Moga Allah mengampuni diri yang penuh dengan dosa-dosa ini..Bukan dengan goyang kaki je untuk dapat ampunan ni..

"Jika kita membiarkan hati kita terasak penuh dengan akhlak2 yang tercela,dan kita pun tenggelam dengan kelazatan dunia dan kemewahannya,kemudian kita menunggu agar kita diberikan keampunan dari Allah swt,maka cara menunggu seumpama ini adalah bodoh,gila dan dikira sebagai angan2 kosong."-(Takut dan Harap,Bimbingan Mu'minin)

Maka perlulah dijalankan taubat yakni kembali kepada Allah swt dengan penuh perasaan menyesal..Dosa yang melibatkan manusia,maka perlulah memohon maaf.Kalau mencuri ke apa,kenalah pulangkan balik barang yang dicuri.Kalau dosa tinggalkan solat fardhu,maka perlulah dipulangkan solat yang ditinggalkan tersebut dengan meng'qadha'nya pada bila-bila..Hak manusia itu utama untuk dipulangkan.Tapi hak Allah itu lebih utama..Ampuni daku yang lemah ini ya Allah...

Wednesday 26 November 2008

Hadith 15(Fadhilat zikir)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahwa Uthman r.a. dalam mentafsirkan ayat Al-Quran:"Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua(iaitu kisah dua orang anak yatim yang diceritakan secara panjang lebar di dalam surah Al-Kahfi)"
berkata bahawa itu adalah kepingan emas yang tertulis padanya tujuh baris yang bererti:

1)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tapi ia masih bergelak ketawa.
2)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya.
3)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya perhitungan terhadap dirinya,tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan.
5)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka Jahannam,tetapi ia masih berani melakukan maksiat.
6)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenal zat Allah swt,tetapi ia masih mengingat akan sesuatu yang selain dariNya.
7)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga,tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini.

Ada didapati tambahan sedikit pada beberapa naskhah yang lain iaitu:
"Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh,tetapi ia masih mentaatiNya."

Sunday 23 November 2008

Perkataan Ghazali Rahimahullah.

Adapun bahagian kedua ilmu muamalah iaitu ilmu mengenai keadaan hati.Adapun yang berbentuk pujian adalah
Sabar,
Bersyukur,
Memiliki rasa takut,
Rasa mengharap,
Zuhud,
Takwa,
Rasa puas,
Dermawan,
Mengenal pemberian Allah swt pada setiap keadaan,
Berbuat baik,
Berprasangka baik(positif),
Berakhlak baik,
Bergaul dengan baik jujur dan ikhlas

Mengetahui hakikat keadaan ini,hudud dan sebabnya yang dapat melahirkan hasilnya,mengetahui tanda-tanda dan cara mengatasinya,maka dirinya tidak akan lemah dan terus mengalami kekuatan hingga kembali kepada Allah swt nantinya.

Adapun yang berbentuk celaan adalah di antaranya
Perasaan takut dengan kemiskinan,
Dengki,
Dendam,
Iri hati,
Mencari darjat tinggi,
Mencari pujian orang ramai,
Menyukai hidup di dunia untuk bersenang-senang,
Sombong,
Riak,
Suka marah,
Suka mencari musuh,
Tamak,
Pelit dan kedekut,
Angkuh,
Suka membanggakan diri,
Suka menyakiti hati orang lain,
Suka menjilat dan mencari muka,
Bengis,
Gelabah dan tidak berhati-hati,
Kasar tutur kata,
Menganggap remeh fakir miskin,
Mengagungkan muzik dan lagu,
Berbangga diri,
Sering berkhayal,
Suka bersaing,
Menjerumuskan diri pada hal-hal yang tidak bermanfaat,
Menyukai banyak perkataan,
Rasa 'ujub,
Suka mencari dan menyebarkan aib jiwa orang ramai,
Menghilangkan kesedihan daripada dalam hati,
Mengeluarkan perasaan takut daripada dalam hati,
Berasa aman daripada murka Allah swt,
Mengabaikan ketaatan padaNya,
Suka berbuat mungkar,
Suka berkhianat,
Suka menipu,
Banyak mengelamun,
Menyukai perpecahan di dalam tubuh kaum Muslimin,
Sedikit rasa malu dan sedikit rasa kasih sayang,

Hal-hal ini adalah sifat-sifat hati yang buruk yang dilarang.

-dipetik dari Buku 'JANGAN MELANGKAH JAUH DARIPADA KEHIDUPAN DUNIA'

Thursday 20 November 2008

Musim sejuk tiba



rasa macam baru minggu lepas aku tangkap gambar ni..musim luruh yang penuh dengan daun-daun yang merah dan kuning..memang indah ciptaanNya..

semalam hari sudah makin sejuk dengan suhu 2℃ paginya dan bertambah sejuk pada malamnya..x sedar pulak yuki(salji) turun malamnya..bangun pagi semua sudah putih diselubungi yuki..uwaaa...



balik kelas tengah hari tu main hembus-hembus nafas bagi nampak macam asap..haha..best best..amik yuki yang tebal sikit,padatkan pahtu baling kat kohai..adoi..macam budak-budak plak..tp tu lah..yuki bukan selalu jumpa..jakun pun jakun la..

paginya ok lagi nk berjalan sebab yuki masih lembut..masuk waktu petang jalan mula licin..so,berhati-hatilah berjalan musim sejuk ni..esok lusa pun hari yang sejuk akan bertambah sejuk..ki wo tsukete na..

Sunday 16 November 2008

Ingatlah Kematian - Fatim

ingatlah kematian - Fatim

Ingatlah kematian itu dari detik ke detik
Dan dari saat ke saat
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak pun sakit boleh mati juga

Oleh itu jangan senang hati kematian pasti kan berlaku
Tunggulah kematian dari nafas ke nafas
Agar kita tidak angan-angan melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
Kerna kematian kita tidak tahu
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
Agar kita sentiasa gentar dengan tuhan

Oleh itu bersiap sedialah
Mengusahakan iman dan takwa
Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
Bila pergi tak akan kembali
Tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Mengapa kita belum pun menambah amalan
Sedangkan umur makin lama berkurangan
Pabila sudah sampai ke sempadan
Kan menyesal.....

Oleh itu bersiap sedialah
Mengusahakan iman dan takwa
Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
Bila pergi tak akan kembali
Tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Thursday 13 November 2008

Nilai pada pandangan

"Tahniah kerana anda telah lulus untuk bekerja di syarikat kami sebagai ketua jurutera.Gaji anda sebulan sebanyak RM3500.Tapi,kami akan bayar di padang mahsyar kelak."

Apa agaknya akan dijawab oleh si jurutera tersebut?Semua tentu dapat duga macam mana reaksi si jurutera tersebut.Itu hanyalah sebuah analogi untuk menunjukkan erti nilai yang tertanam dalam hati setiap manusia pada masa kini iaitu hanyalah terletak semata-mata pada nilai wang ringgit.Pendek kata,semua perkara yang diperbuat,mesti hendak kita kaitkan dengan wang ringgit.

Fikiran semacam inilah yang telah melupakan kita dengan kehidupan akhirat yang lebih penting untuk diutamakan.Kalau dalam kehidupan seharian kita hendak kaitkan dengan wang ringgit,kenapa tidak kita kaitkan sahaja segala tindak tanduk kita dengan ganjaran pahala utk kehidupan akhirat kelak?

Ramai manusia zaman ini dilalaikan dengan kehidupan dunia.Sahih sungguh firman Allah swt di dalam Al-Quran:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),Sehingga kamu masuk kubur.(At-Takatsur:1-2)

Lalai lah sudah diri kita dengan kemewahan dunia yang tidak berkesudahan.Ini semua akan berakhir bila mana malaikat maut datang menjemput kita.Tapi,perlukah kita tungguh saat itu untuk perbaiki semula keadaan?Tiada lagi peluang kita pada masa itu untuk perbaiki salah laku kita masa hidup.Jankowski yang percaya dengan Krisitian pun tahu yang manusia tidak boleh kembali hidup untuk perbaiki amal soleh mereka setelah mati.Inikan pula kita yang beragama Islam,agama yang benar sebenar-benarnya.

Memang benar ramai manusia yang sibuk dengan mengejar kemewahan dunia yang tidak kehabisan.Lupa kita dengan tujuan hidup kita yang sebenar.
"Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali."

Perjalanan kita yang sebenar nak menuju ke Kota Bharu.Tapi disebabkan persinggahan kita di kedai-kedai dalam perjalanan menyebabkan kita lupa untuk teruskan perjalanan ke destinasi sebenar kita.

"What is your purpose of life?",bertanya seorang hamba Allah kepada non-muslim di airport.Ada yang menjawab tujuan hidupnya untuk mencari harta yang banyak.Ada yang meletakkan keseronokan hidup sebagai tujuan hidupnya.Bagaimana dengan kita?

Apakah benar redha Allah menjadi tujuan hidup kita?Kalau benar,maka apakah tindakan kita untuk capai redha Allah?Adakah dengan berseronok sana sini seperti mereka yang tiada agama?Ataupun bekerja sungguh-sungguh dalam mempelajari agama Allah dan menyebarkannya kepada orang lain sebagai dakwah?

Sama-sama kita fikirkan tujuan hidup kita yang jelas dan nyata agar dapat kita teruskan perjalanan hidup dengan lebih selamat den sejahtera.

Monday 10 November 2008

dengar ceramah dengar lagu?

Sambil duk jinak jinak dengar ceramah Ustaz Azhar ni,baru perasan yang ramai anak muda skrg ni lebih suka dengar muzik berbanding dengan dengar ceramah agama itu sendiri..humm..pandai sungguh golongan Yahudi la'natullah ni..sapa yang tertipu?pemuda pemuda Islam yang terkena..salah siapa?tepuk dada tanya hati..dou ka ne..salah diri sendiri jugak yang melebihkan hiburan melebihi tuntutan belajar ilmu agama..rosak akidah sungguh..astaghfirullahal'aziim..sapa?aku jgak terlibat..

Tapi memang inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ni..masa muda-muda,ramai je yang fikir nak main je..bila tua baru nk pikir pasal nk gi masjid semua..sapa la tau nyawa ni sempat bernafas ke tidak lagi esok hari..bodoh sungguh naluri manusia yang ikut nafsu ni..haissssh…nak dengar lagu lagi ke?sila je kalau banyak dengar lagu lagi sampaikan solat pun pikir pasal lagu memang tahap teruk la..solat solat ni perjumpaan kita dengan Allah..tp kepala otak duk pikir pasal lagu je..solat pun xde kualiti..dah la xde kualiti,solat jemaah kat masjid plak xnak pegi..adoi..banyak sangat sudah kah amalan aku ni sampaikan untuk solat jemaah pun berat nak sertai…

Firman Allah swt: "Maka adapun orang yang berat timbangan kebaikannya,Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan(senang).Dan adapun orang yang ringan timbangan(kebaikannya),maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?Yaitu api yang sangat panas."-(Al-Qari'ah:6-11)

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri;mereka kekal di dalam Neraka Jahanam.(Al-Mu'minuun:102,103)

Uwaaa…banyak sudahkah amalan aku untuk masuk syurga Allah swt?kalau x cukup banyak,maka Hawiyah lah tempat aku di akhirat kelak..mahukah?tentunya tidak..kesimpulannya?sama-samalah kita fikirkan macam mana nk banyakkan amalan kebaikan kita untuk memasuki syurga Allah swt..bukan kuantiti saja,kualiti juga perlu sentiasa perbaiki…nak dengar lagu banyak-banyak lagi ke?tepuk dada,tanyalah hati"Wahai hati,wahai diri..kamu nk memasuki syurga Allah ataupun neraka Allah yang panas wahai diri?"

Beramal beramal jugak,akidah kena juga kita perhatikan apakah benar dan sahih sudah akidah kita ni?macam mana nk confirmkan akidah kita?banyak aspek dia dalam kalimah tauhid kita ni..Yang disenangi,Yang dicintai,Yang ditakuti,Yang diikuti..dari semua aspek ni kita cuba compare dengan keadaan sekeliling kita..ada lagi x perkara lain yang kita lebih dahulukan perkara ini daripada perintah Allah sendiri?kalau ada tu,cepat-cepat la kita perbaiki supaya capai kesempurnaan dalam akidah kita nanti..macam mana nk perbaiki?fikir-fikirkanlah..

Firman Allah swt:" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). (al-A'raaf 7:179)"

Wallahu'alam..

Friday 7 November 2008

Yakinkah kita

Ada satu cerita yang terasa sangat bernilai untuk dikongsi bersama.Cerita ni aku dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus..best best..hehe..isi dia berkaitan dengan akidah umat Islam..

'Ada sorang manusia ni pergi jumpa dengan seorang ulamak minta panduan untuk bertaubat.Lalu,ulamak ni pun bertanya la kepada dia,"Apakah dosa kamu yang menyebabkan kamu ni bersungguh-sungguh macam ni untuk bertaubat?"

Jawab hamba ni,"Di kampung aku susah sangat nak dapatkan kerja untuk dapatkan duit,maka aku curilah kain-kain kafan mayat yang baru ditanam untuk dijual.Mana yang aku curi,aku jual selepas aku basuh kain tersebut."

Tanya lagi ulamak tersebut,"Banyak mana telah kamu curi?"

Jawab hamba tersebut,"Setakat ni sudah masuk 100 kali.Dan dalam banyak tu,aku jumpa satu sahaja mayat yang mengadap ke arah kiblat.Yang lain semuanya mengadap matahari.Kenapa perkara ni terjadi?"

Jawab ulamak tersebut,"Tiada lain dosa disebabkan takut tidak dapat rezeki"

Apa pengajaran dia?haaa…kita lahir ke dunia ni telah pun ditetapkan beberapa perkara,dan di antaranya adalah rezeki.Allah Ar-Rahman..Semua makhluk Allah beri rezeki.Tiada yang memberi melainkan Dia.Sejauh mana kita yakin dengan rezeki kurniaan Allah swt ni bergantung la kepada yakin hati kita kepada Allah swt.

Tapi yang sedihnya,yakin kita telah pun rosak.Tidak lagi yakin dengan janji-janji Allah swt,sabda-sabda Nabi Muhammad saw.Banyak lagi kelemahan dalam akidah kita.Apa kesan dia?Tepuk dada,tanya iman dalam hati kita.Yakinkah sudah kita dengan setiap perkataan Allah swt dalam Al-Quran?Ramai antara kita yang tahu tentang perintah-perintahNya.Tapi yang mengecewakan,mana pergi yakin kita dengan firman kekasih abadi kita?Bersediakah sudah diri ini untuk bertemu denganMu untuk selamanya ya Allah..ampuni daku hamba yang lemah dan hina ini..

Thursday 16 October 2008

Seberapa Besar Hati Kita Mengagungkan Allah? - dipetik dari yahoo Generasi group

Saudaraku,

Mungkinkah orang yang banyak berdosa, menyisakan hati yang mengakui keagungan Allah swt? Banyak orang mengira jawabannya, tidak. Mereka mengatakan, hanya orang shaleh yang mampu memiliki hati yang menyimpan kebesaran dan keagungan Allah swt. Sementara pelaku dosa dan yang bergelimang kemaksiatan, mereka termasuk kelompok orang yang tidak mendapat rahmat Allah, dan ini artinya tidak ada pengakuan dalam hati mereka terhadap kebesaran dan keagungan Allah swt.

Saudaraku yang dikasihi Allah,

Dosa dan maksiat memang pasti memberi dampak pada orang yang melakukannya. Begitu pun ketaatan yang pasti memberi pengaruh pada orang yang melakukannya. “Kebaikan itu menyinari wajah, memberi cahaya dalam hati,membuka keluasan rejeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati makhluk. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rejeki dan memunculkan kebencian di hati makhluk.” Demikian ungkapan Ibnu Abbas radhiallahu anhu.

Saudaraku,

Tapi Islam tetap selalu ingin memberi semangat pada orang yang sudah berdosa agar tidak pernah putus harapan dari rahmat Allah. Dosa dan kemaksiatan sebenarnya tidak menghalangi seseorang untuk tetap memiliki hati yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah swt. Mungkin, kita menapakkan kaki di tempat yang tidak sesuai dengan keridhaan Allah swt. Tapi hati kita tetap memendam pengakuan tulus akan keagungan Allah swt. Ini artinya, Allah swt meniupkan kebaikan dalam hati, meski secara lahir kita belum sesuai dengan situasi hati kita. Itulah sebabnya para ulama membagi dua kategori kemaksiatan, yakni kemaksiatan anggota tubuh yang disebut dzunuub al jawaarih, dan kemaksiatan hati yang disebut dzunuub al qalb. Meski tidak dipungkiri juga ada keterkaitan antara keduanya, dan yang paling membahayakan adalah kemaksiatan hati ketimbang kemaksiatan anggota tubuh.

Saudaraku,

Keadaan hati yang tetap mengagungkan Allah swt, adalah kondisi yang membersihkan seseorang untuk kembali dari ragam penyimpangan. Hati seperti inilah yang tetap menyuarakan keagungan dan ke Maha Besaran Allah swt sehingga menolong pemiliknya dari kondisi larut dalam kesalahan. Seperti ungkapan sebagian orang shalih, “Barangsiapa yang di dalam hatinya tetap mengagungkan Allah swt, maka Allah swt akan menolongnya agar jasadnya juga mengagungkan Allah swt.”

Lihatlah peristiwa yang dialami seorang shalih bernama Basyar Al Hafi, tokoh ulama yang terkenal zuhud dan wara ’ Abu Na ’im dalam Hilyatu Al Auliya, menguraikan Basyar Al Hafi yang mengatakan, “Aku dahulu seorang yang tersesat dan tidak tahu arah. Suatu hari aku melihat sebuah kertas di atas jalan. Aku mengambil kertas itu dan kulihat di dalamnya tertera kalimat “Bismillahir Rahmaanir Rahiim ”. Aku bersihkan kertas itu dan aku masukkan ke dalam kantong. Saat itu aku hanya mempunyai uang dua dirham, tapi uang itu kuhabiskan untuk membeli minyak wangi. Minyak wangi itu aku usap pada kertas yang kusimpan di dalam kantong. Malam harinya, aku bermimpi seseorang mengatakan padaku, “Wahai Basyar, engkau angkat Nama Kami dari jalanan. Engkau membuatnya harum. Maka Aku akan mengharumkan namamu di dunia dan di akhirat.”

Renungkanlah saudaraku, bagaimana pengagungan Allah swt yang ada di dalam hati Basyar Al Hafi.

Saudaraku,

Ada pula kisah pelaku dosa yang tiba-tiba jiwanya tersungkur merasakan keagungan Allah swt. Lihatlah perubahan besar yang dilakukan seorang bernama Fudhail bin Iyadh, yang kemudian menjadi salah satu ulama besar Islam di jamannya. Dahulunya, Fudhail adalah seorang perampok yang sangat ditakuti karena kekejamannya. Suatu ketika, ia merampok sebuah rumah sebelum waktu subuh. Saat menaiki tembok rumah, ia melihat seorang kakek tua membaca Al-Qur ’an. Saat itu, mungkin saja Fudhail tetap melanjutkan aksinya untuk merampok, tapi bacaan Al-Qur ’an orang tua itu begitu membuat jiwanya guncang. Secara lahir, Fudhail sudah melakukan kejahatan. Tapi kali ini, kejahatan fisiknya tidak mendominasi keburukan hatinya. Maka, ketika orang tua itu membacaan firman Allah swt, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)...” ((QS.Al Hadid :16). Fudhail memandang ke langit, seraya mengatakan, “Ya Rabb, aku bertaubat kepadamu malam ini.” Saat itu juga ia turun,, lalu mandi dan pergi ke masjid menangis dalam taubatnya. Seperti itulah, bahwa ada banyak perilaku maksiat yang tidak membatasi kondisi hati yang tetap mengagungkan Allah.

Saudaraku,

Karenanya, nilai seseorang tidak serta merta jatuh karena ia melakukan dosa dan maksiat. Bahkan ketika seorang pezina dirajam lalu mendapat cacian dan penghinaan dari sejumlah sahabat, Rasulullah saw bersabda, “Jangan lakukan itu, dia telah bertaubat dengan taubat yang bila ditimbang dengan 70 orang penduduk Madinah niscaya taubatnya meliputi mereka semua.” Dalam riwayat lain,, “Sesungguhnya taubatnya jika ditimbang dengan seluruh penduduk Madinah, niscaya akan meliputi mereka semua.” Artinya, pezina itu pun ternyata memiliki hati yang tetap mengagungkan Allah swt. Kondisi hati seperti itulah yang membuatnya rela mendapat hukuman sesuai kehendak Allah swt dan Rasulullah saw.

Sekarang,mari bertanya pada diri sendiri, seberapa besar keagungan Allah swt dalam hati kita?_

''Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabilaterkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda sawbersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadisriwayat Baihaqi

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."
33:23

Friday 10 October 2008

Ad-Dukhan

selesai solat asar,alhamdulillah seperti biasa diberi kekuatan untuk baca Al-Quran dengan terjemahannya sedikit.bak kata Aziz(bro Arab kat sini),paling kurang kita kena baca 1 juz Al-Quran setiap hari supaya tidak digolongkan dalam golongan mereka yang meninggalkan Al-Quran di belakang.tiada juga kekuatan tu lagi dalam diri aku yang lemah ini..azam tambah lagi mukasurat bacaan Al-Quran setiap hari insyaAllah..

masa aku baca Al-Quran tadi,terjumpa dengan satu ayat ni yang cukup menggerunkan bagi hambaNya yang berdosa;

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahanam. (Surah Az-Zukhruf : 74)

betapa sedihnya berita ini kepada diri yang berdosa ini.ya Allah,ampunilah dosaku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dan juga dosaku yang aku lakukan tanpa aku sedari ya Allah..jika Engkau tidak ampuni ya Allah,kepada siapa lagi dapat aku mengadu.

selesai surah Az-Zukhruf,terus sambung ke surah Ad-Dukhan.tiba di ayat 40 dan seterusnya,terdapat berita mengenai keadaan neraka yang dimasuki oleh mereka yang BERDOSA..apakah aku tidak berdosa?

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun; (40) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), (41) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (42) (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46) (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49) (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)-(Ad-Dukhan : 40-50)

betapa sedih dan derita keadaan di neraka sekiranya hamba berdosa ini tidak mendapat pengampunan dari Allah s.w.t.
andaikata dengan membaca terjemahan ayat Al-Quran tadi dengan isi kandungan tentang azab neraka tidak menimbulkan rasa sedih dalam hati,sama-samalah kita check lagi dan lagi akan iman kita kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal : 2)

betapa banyaknya dosa diri sehinggakan bila disebut nama Allah pun,tiada rasa gementar hati.ya Allah,betapa lemahnya diri ini ya Allah..

lain pula dengan mereka yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.sentiasa mentaati Allah dan rasulNya s.a.w.hidup dan matinya hanyalah kerana Allah s.w.t.maka syurga yang indah menjadi ganjaran di akhirat kelak.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. (51) Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, (52) Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54) Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57) Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (58) (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). / (59) -(Ad-Dukhan : 51-59)

bagaimana nak menjadi orang bertaqwa?
Umar al-Khattab r.a. bertanya Ubai bin Kaab r.a. makna taqwa. Ubai r.a. menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?" Jawab Umar r.a., "Sudah tentu." Kata Ubai r.a., "Apa yg kamu lakukan?" Jawab Umar r.a., "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2." Kata Ubai r.a.," Itulah Taqwa."

moga kehidupan seharian kita di muka bumi ini sentiasa menuju kepada redha Allah s.w.t. dengan taqwa kepada Allah s.w.t.tiada keindahan yang lebih indah daripada mentaati perintah Allah s.w.t. dengan jalan dan cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Fadhilat Solat - hadith 5

"Ada seorang bertanya kepada Ibnu Abbas r.a. bagaimanakah dengan seorang yang berpuasa sepanjang hari dan bersolat nafil sepanjang malam tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat?Ibnu Abbas r.a. menjawab bawaha dia ada;ah penghuni neraka Jahannam."

Orang seumpama ini,oleh kerana dia seorang Islam,mungkin dia dibebaskan dari neraka tetapi siapakah yang tahu berapa lamanya dia terpaksa tinggal di dalam neraka itu.
Para ahli sufi dan para syeikh amat mementingkan zikir dan solat nafil serta menganggap ini satu amalan soleh padahal mereka tidak mementingkan solat berjemaah.Maka hendaklah selalu diingat bahawa tidak ada orang yang boleh mencapai darjat kesolehan kecuali dengan benar-benar mematuhi amalan-amalan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w.
Adalah dinyatakan di dalam sebuah hadith bahawa Allah s.w.t. mengutuk 3 jenis manusia iaitu:
1. Seorang imam yang mendesak mengimami orang di sesuatu tempat dalam solat padahal mereka benci padanya kerana sebab yang patut.
2. Seorang wanita yang dimurkai oleh suaminya.
3. Seorang yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

Thursday 9 October 2008

Fikir

"Learning without thinking is useless,and thinking without learning is dangerous".
itulah salah satu ungkapan yang dapat aku tangkap dari ulangkaji ceramah ustaz pada summercamp yang lepas..tiada yang benar melainkan benar sungguh ungkapan ini..

dapat kita perhatikan sangat-sangat perkara ini dalam persekitaran hidup kita.berapa ramai manusia yang belajar sesuatu perkara,tetapi tiadanya fikir dan proses atas perkara yang dipelajarinya itu,perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam hidupnya.berapa ramai orang Mesia sendiri yang banyak pengetahuannya,tapi ceteknya proses serta pengamalan terhadap ilmu tersebut,maka tiada faedah yang dapat digarap daripada ilmu yang dipelajarinya itu.

fikir,tanpa adanya ilmu pula lebih parah akibatnya.dari sini la wujudnya pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan tabi'e manusia,ajaran sesat juga berleluasa akibat fikiran manusia yang jahil dalam bidang ilmu.

tiada fikir yang lebih baik daripada fikir untuk memajukan agama Allah di muka bumi.tiada fikir yang lebih mulia daripada fikir ummat yang didokong oleh baginda nabi Muhammad saw.fikir yang semacam inilah yang perlu ada dalam setiap diri kita selaku seorang muslim.dari fikir,tercetusnya jalan.dari situ bermulalah liku-liku dakwah yang perlu kita jalankan dalam hidup kita.

janganlah kita salah gunakan fikir kita semata-mata untuk mencari kemewahan hidup semata-mata.sedangkan hidup di dunia ini tiada yang kekal dan sahih melainkan mainan semata-mata.malah,gunakanlah nikmat fikir ini untuk kepentingan agama Allah semata-mata.bukan sahaja untuk dunia,bahkan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.jangan pula kita asingkan kehidupan dunia dengan akhirat seperti tuntutan aliran sekular.betulkan niat kita dalam setiap perbuatan semata-mata mencari redha Allah swt.

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil‘alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam"

Sunday 5 October 2008

Sifat Mahmudah - Hijjaz

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )

Friday 19 September 2008

PEMUDA PADA MASA LALU(dipetik dari mail Cikgu Jamil-Sester)

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”
[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]

Begitulah keadaan setiap anak Adam di hari akhirat kelak. Tidak akan ada seorang pun yang akan mempunyai kuasa bahkan ke atas dirinya sendiri. Setiap anak Adam hanya menunggu dan menanti keputusan Allah s.w.t. Pemilik Hari Pengakhiran.
Namun antara satu aspek penting yang dapat kita pelajari dari hadis di atas adalah penekanan yang Rasulullah s.a.w. berikan pada usia setiap anak Adam. Rasulullah s.a.w. mengulang kembali isi tentang usia dengan merincikan ia kepada masa muda bagi anak Adam, untuk apa ia dipergunakan. Tidak dapat tidak, amat perlu untuk kita menilai kembali kepentingan dan signifikasi masa muda setiap anak Adam selain dari sekadar usianya kesuluruhan.

Sepanjang sejarah manusia, sememangnya pemuda tidak dapat diasingkan dari kejadian yang menakjubkan dan yang memberi kesan kepada ketamadunan kita. Merungkai kembali peranan pemuda dalam sirah islam, kita menemukan banyak sekali catatan yang termaktub tentang mereka. Ciri-ciri mereka dalam sejarah diceritakan dalam Al-Quran yang tiada keraguan dalamnya.

Keyakinan dan keberanian yang mantap
Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. dan Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. (Yunus, Surah ke-10)

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita Ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk.(al-Kahfi, surah ke-18 )

Maka sememangnya pemudalah yang mempunyai keyakinan dan keberanian yang tinggi. Kendatipun mereka menyedari bahawa fir’aun akan menyiksa mereka, namun mereka tetap beriman dengan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Begitu juga kisah pemuda penghuni gua yang melarikan diri demi berpegang teguh dengan akidah yang benar.
Dalam sejarah dunia secara umumnya sekalipun, kita dapat memerhatikan bahawa sifat ini adalah fitrah mereka. Revolusi dan perubahan yang berlaku dalam kancah pemikiran dan konflik ketamadunan dunia baik barat mahupun timur seringkali dihiasi dengan pemuda dan merekalah yang menjadi tonggak dalam satu-satu perjuangan.

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang bernama Ibrahim “.(Al-Anbiya’, surah ke-21)

Begitulah pula seperti yang ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s. yang mempunyai keimanan yang teguh bahawa tuhan tidak mungkin dari berhala yang tidak mampu berbuat apa-apa, lantas ia mencela kebatilan di hadapan masyarakatnya. Dalam apa jua keadaan, keimanan dan keyakinan ini diterjemahkan dengan jelas dalam perbuatan mereka, dan pemuda tidak sekali-kali layak untuk menjadi bacul dalam menghadapi kebatilan.

Memiliki kesabaran dan ketaatan yang benar
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (As-Shaffat, surah ke-37)

Nabi Ismail a.s. mengajar kepada para pemuda yang benar agar bersabar dan taat pada kebenaran. Ia tidak langsung ragu pada perintah yang diterima oleh ayahnya, Nabi Ibrahim a.s. sekalipun isu yang dibawa terkait dengan nyawanya sendiri.
Di sini perlu kita jelas dengan garis pemisah yang ditunjukkan dalam kisah Nabi Ismail ini bahawa kesabaran dan ketaatan yang dicurahkan adalah demi yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Benar. Kesabaran dan ketaatan itu tidak diberikan kepada yang mengingkari al-Khaliq, seperti dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari,
Dari Ali,
Rasulullah s.a.w. menghantar satu pasukan tentera dan melantik di antara mereka seorang ketua. Lelaki yang menjadi ketua itu membuat unggun api dan kemudiannya berkata kepada pengikutnya, “Masuklah ke dalamnya(api).”. Sebahagian dari mereka ingin masuk kerana taat, sedangkan yang lain berkata, “Kami telah lari darinya(kami masuk ke dalam islam untuk menjauhi dari api neraka - pent).” Setelah pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan tentang adanya mereka yang ingin terjun ke dalam api itu, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika mereka masuk ke dalamnya(api), maka mereka akan kekal di dalamnya sehingga Hari Kiamat.” Kemudian baginda menyambung, “Tiada ketaatan dalam kemungkaran, ketaatan hanya pada yang baik.” (Hadith 363, Bab 91, Jilid 9).

Dalam tekanan yang diterima oleh pemuda islam sekarang yang berlaku secara halus dalam mereka berusaha untuk beramal dengan islam yang benar, hendaklah terus menerus kita bersabar dan taat pada perintah Allah s.w.t. sepertimana yang dipaparkan oleh Nabi Ismail a.s. Bukan ruang untuk kita mengambil jalan berputus asa kerana pemuda-pemudi muslim yang sebenar tidak pernah diajar jalan kelemahan dan putus harapan. Tidak sekali-kali !.

Taqwa, berakhlaq mulia dan adil
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: “Marilah ke sini.” Yusuf berkata: “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku Telah memperlakukan Aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.(Yusuf, surah ke-23)

Ini merupakan sebuah lagi kisah yang digambarkan oleh al-Quran tentang sifat pemuda yang dipercayai dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. Pertamanya sifat taqwa yang tinggi dan sempurna kerana kemampuan pemuda dengan jiwa kuat dan sedar. Pemuda yang dimuliakan oleh Allah adalah yang bertaqwa dan mempunyai akhlaq yang mulia. Inilah sifat-sifat asasi pemuda yang bermakna kepada sejarah manusia. Tindakan mereka adalah untuk keredhaan Allah s.w.t.dan mereka berlaku adil dalam setiap perkara. Inilah juga merupakan manifestasi kepada keimanan dan keberanian yang tinggi. Jika dinilai dari godaan yang diuji ke atas Nabi Yusuf, a.s., pastinya amat sedikit dan barangkali tiada seorang pun yang akan tegar menolak godaan dan pujukan wanita tersebut. Namun begitulah Allah mahu mendidik generasi pemuda yang mendatang melalui contoh tauladan yang baik dari kisah pemuda terdahulu.

Generasi pemuda di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Sekiranya para pemuda sekalian masih mampu berdalih dengan sifat yang dipaparkan oleh golongan anbiya’, maka lihatlah kembali pada generasi para sahabat yang berjuang bersama Nabi s.a.w. dan mereka merupakan entiti yang bernilai tinggi dalam sejarah manusia. Mereka ini bukanlah para nabi atau rasul, mereka hanyalah manusia biasa, namun mereka tetap mampu untuk berdiri teguh pada kebenaran. Jelasnya mereka sekali lagi memaparkan ciri-ciri pemuda yang sebenar. Inilah kriteria yang menjadikan pemuda-pemudi sekalian bernilai dan dikira sebagai satu entiti dalam jasad ummah.

Bukanlah angan-angan, ya syabab ! Ini adalah realiti.
Bahkan Ibn Abbas berpendapat bahawa rasul-rasul dan orang-orang yang dikurniai ilmu adalah dari kalangan pemuda. Dan ini adalah pendapat yang disokong bukti dari al-Quran, as-sunnah dan dari sejarah umat ini sendiri.
Jadi pemuda-pemudi sekalian, dimanakah akan kamu pergunakan masa muda mu dalam kehidupan ini? Adakah kelak kamu tidak akan berganjak ke mana-mana kerana masa mudamu telah hilang ditelan al-hawa’ ?
Wallahu’alam.

Thursday 21 August 2008

Summercamp 2008

alhamdulillah perjalanan aku ke tpt program summercamp kali ni selamat dari perkara yang x diingini berlaku..


gmbr sepasang shinkansen sebelah menyebelah dari hachinohe ke sendai


dari sendai aku amik densha biasa sampai la ke destinasi terakhir perjalanan..

program kali ni agak berbeza dengan program2 sbelum ini yang melibatkan bilangan peserta ikhwah melebihi bilangan peserta akhwat..nandedarou ne..pepun,byk perkara dapat dipelajari dari program kali ni yg insyaAllah diharapkan bermanfaat utk diri dan agama..moga perkara yang dipeljari dari Ustaz Hasrizal yg datang dari Mesia dapat aku manfaatkan di lain2 masa dan ketika dalam mencapai kesempurnaan agama..


peserta program


bersama Ustaz Hasrizal

tahniah juga kepada semua ajk2 yang berkhidmat dengan sepenuh tenaga dalam menjayakan program kali ini..insyaAllah sama-sama kita perbaiki lagi mana kelemahan yang ada demi kebaikan bersama..kepada yang berkorban tu,moga mendapat ganjaran pahala yang besar dari sisi Allah swt..nk video pengisian?rujuk ajk BITV..hehe..korekara mo ganbarou..

time kasih juga diucapkan kepada ustaz yang setia menjawab soalan2 yang diajukan oleh peserta2 sepanjang masa di luar pengisian formal..byk benda dapat belajar kali ni dan makin jelas perkara2 yang kabur dan kelam sebelum ni..pengorbanan famili ustaz juga x kurang hebatnya..moga Allah kurniakan kebahagiaan dalam keluarga ustaz sepanjang masa.amiin..

Wednesday 13 August 2008

13 hb 8

hummm...lama gila x update..uwaaa...tapi tu ah..mcm2 terpikir sebenarnya sepanjang masa x update ni..cuma xde mood je nk menaip..huhu..strt je exam hari tu terus hang otak utk menaip blog..adeh..exam alhamdulillah bereh kot..tinggal 化学 je mcm 微妙..huhu..dah la 化学 tu subjek penting utk naik 4年生..adeh lagi..ingtkan soklan sama ngn soklan yang dia bagi masa kelas..予想外れちゃった..

skrg da pun masuk cuti.strt dari hari ni sampai la 30 hb 9 insyaAllah..mula dengan perjalanan ke Summercamp IPIJ then balik Mesia 20 hb ni..yahhho!!!sampai 27 hb 9 blik sini blik..sebulan 7 hari je lepak Mesia..sapa nk jumpa tu sila buat appointment la no..keke..

mcm mana pun,byk lagi keja dakwah yang perlu dijalankan..sampaikan kalam Tuhanmu dan sabdaan-sabdaan rasulNya sepanjang masa..bukan cuti bermakna dakwah pun cuti..salah tu sheikh..dakwah kena sepanjang masa..kalau tidak,syaitan akan dakwah kita kepada kemurkaan Allah swt..na'udzubillah..selalu je syaitan ni goda hati manusia..24 jam tanpa henti..mcm mana nak halang?
1.zikir sepanjang masa
2.jangan penuhkan perut dengan makanan kerana syaitan bergerak dalam badan manusia seperti bergeraknya darah dalam badan manusia..
lain2?wallahu'alam..

tp tu lah kan..ramai je manusia dalam dunia ni tertipu dengan tipu daya syaitan yang terlaknat..sehinggakan manusia merasakan amal yang dilakukan itu adalah benar..sebaliknya adalah sesat dari jalan yng ditunjukkan baginda Nabi saw..ya Allah,peliharalah aku dari jalan kesesatan ya Allah..amiin..

da blik Mesia nnti xtau la update lepas berapa lama plak..huhu..

Sunday 10 August 2008

Epilog Seorang Mukmin

Epilog Seorang Mukmin - Hasnul Jamal


Orang mukmin yang sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka punah sedih dan derita
Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah
Kalau pun sembuh...
dari lukanya
Namun parutnya..
masih ada

Begitulah halus perasaan
Seorang hamba yang berdosa
Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada

Ertinya ingatannya pada dosa
Tak boleh dilupakannya
Teringat sahaja
Jiwanya tersiksa
Teringat sahaja
Hatinya derita
Payah sekali dia
Mahu melupakannya

Perasaan ini anugerah
Dan nikmat dari tuhannya
Takut dengan dosanya itu
Jadi syafaat padanya

Tersiksa dengan dosa
Derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah
Hukuman pada hambaNya
Moga di akhirat kelak terselamat
Daripada siksa neraka

Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa

Monday 14 July 2008

Sami Yusuf - Asma Allah



Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami’
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra’uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da’fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu’izu a’izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du’aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

Monday 30 June 2008

Bertemu dengan Weloth dan Jankowski

Sampai Muroran ni la pertama kalinya aku ditemukan dengan missionary Kristian yg dari kategori Mormon nye..bila pertama kali jumpa aku tengok terasa sedih n kesian plak tergambar dalam pandangan mata dia ni..sorang ni nama Jankowski n lagi sorg nama Weloth..berkorban skit utk agama katanya..utk sampaikan kalimat Tuhan..subhanallah..kandou jgak la ngn pengorbanan dia utk agama..tp,aku?pengorbanan apa penah aku buat utk agama Islam yg aku cintai?astaghfirullahal'aziim..

teringat plak korban2 dalam jemaah tabligh..dalam jemaah tabligh kita biasa dengan korban 3 hari,40 hari,4 bulan n 1 tahun utk alim ulama..tp,dua org yang aku jumpa ni bkn 40 hari,bkn 4 bln,tp 2 tahun utk buat keja keagamaan..belanja sedia sendiri sebelum datang sini,katanya la..arapnya dia x menipu la..tp,aku mmg percayakan apa yg dia ckp..Jankowski n Weloth..

pertemuan pertama dengan mereka mengajak aku untuk duduk semeja di shokudou dengar dia bercerita pasal ajaran yg ada dalam Mormon..basic akidah diorang sama je ngn Kristian biasa..cuma satu je slack tambahan dia,kepercayaan bahawa ada lagi nabi pada masa sekarang ini untuk guide manusia..(nampak sangat ajaran agamanya belum lengkap..huhu)

cite punye cite,aku pun selit skit la pasal Islam skit..kepercayaan pada Tuhan Yang Maha Esa sume..Jesus itu nabi,yakni messenger,not a savior..alhamdulillah,dia respek je kepercayaan aku sebagai seorang Muslim..tp,dia cite jugak pasal Mormon mcm biasa..maklum la,da jadi tugas dia selama berada di nihon ni bercerita pasal Mormon..da tujuan dia datang sini utk sebarkan ajarannya..dengar je la..baik orangnya..kalau banding dengan orang melayu Islam kat Mesia yang x jaga solat aku rasa seikaku diorang lagi bgus..tp,orang Islam tetap lbih mulia di sisi Allah kerana mengesakan Allah swt..(lain la kalau hati org Islam sendiri yakin pada makhluk lebih dari Allah..pepun,perkara hati itu adalah rahsia dia dengan Allah je.pelihara aku daripada syirik padaMu ya Allah..amiin..)

lepas pertemuan pertama kami,diaturkan lagi pertemuan buat kali kedua dan ketiga secara berkala..aku bincang jgak pasal benda ni dengan naqib usrah aku yakni Mus'ab kat Yokohama dlu..bincang jgak dengan Fahmi,ckp go on..tny bro Arab kat sini,Aziz,dia ckp jgn layan bdk missionary tu..aku mula serba salah..sampailah suatu hari tadarus ngn Aziz dia bacakan terjemahan surah 'Abasa..
terjemahannya:
Dia memasamkan muka dan berpaling, (1) Kerana dia didatangi orang buta. (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (5) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6) Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). (7) Adapun orang yang segera datang kepadamu, (8) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah); (9) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. (10) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (11) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (12)
('Abasa : 1-12)

lebih kurang dalam surah ni Allah suruh dahulukan supaya memberi peringatan kepada sesama Muslim terlebih dahulu compare dengan non-Muslim..ooo..aku pun alhamdulillah faham skit reason Aziz tu x galakkan layan Jankowski n Weloth tu..subhanallah..Ya ghaffaru,ighfir dzunubana..

lepas tu dapat perkara baru plak dari naqib aku,Mus'ab..dia kontek aku ngn skype nk sms kat keitai x best katanya..so,blik umah aku kol skype dia,then dia suh baca surah tertentu,aku lupa surahnya..tp,kandungannya lbih kurang mcm diperintahkan kita supaya jangan berbahas dengan agama lain sekiranya kita x mampu untuk berkelakuan@menjawab soalan lebih baik darinya..wallahu'alam..kiranya jumpa ayatnya nnti aku nyatakan balik..ooo..alhamdulillah makin faham dengan firmanNya..pimpin daku yang lemah ini ya Allah..amiin..

lepas tu,adakan usrah lagi sekali dan Mus'ab bacakan juga lagi satu ayat dalam surah Al-Baqarah-94:

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (94)

ditakdirkan,perjumpaan aku dengan Jankowski n Weloth semalam di rumahku,aku nyatakan firman Allah yang dari Al-Baqarah ini dan tny dia samada dia sedia tidak utk meminta kematian dengan Tuhannya,tanda yakinnya dia dengan agamanya yang dia akan dimasukkan ke syurga lepas mati..ternyata timbulnya was-was dalam kepercayaannya..wallahu'alam..moga diperoleh hidayah..

aku x berkuasa apa2 utk memberi petunjuk kepada manusia melainkan dengan izin Allah swt..ampuni aku selama aku bersalah dalam menyampaikan kalamMu ya Allah..amiin..aku x pandai buat keja agamaMu ya Allah..tp,kekalkanlah aku dalam kerja dakwah ini ya Allah..amiin..

Friday 27 June 2008

Kalimah Tayyibah

Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah dengan ikhlas,dia akan dimasukkan ke dalam syurga."Lalu ditanyakan kepada baginda:"Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram."

Keterangan:

Yakni apabila seseorang yang telah tertegah daripada melakukan perbuatan yang haram dan yakin terhadap kalimah La ilaha illallah maka pasti ia akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi sebaliknya,jika ia tidak tercegah daripada melakukan perbauatan-perbuatan yang haram maka setelah menerima siksa,lambat laun dengan berkatnya kalimah La ilaha illallah dia pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.Kecualilah jika ia melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat sehingga ia terkeluar dari keimanan dan Islam,itu adalah persoalan lain.

Faqih Abdul Laith as-Samarqandi rah.a. menulis di dalam kitabnya,Tanbih al-Ghafilin bahawa setiap orang semestinya membaca kalimah La ilaha illallah sebanyak-banyaknya dan berdoa kepada Allah supaya imannya selamat lagi kekal dan menjauhkan dirinya dari segala dosa kerana sesetengah orang yang imannya tercabut adalah disebabkan dosa-dosa yang dilakukannya.Akhirnya ia kembali dari dunia ini dalam keadaan kafir.Di dalam tragedi yang lebih hebat daripada ini ialah seseorang yang namanya tercantum di dunia ini dalam senarai orang-orang yang beragama Islam,tetapi pada hari kiamat namanya didapati di dalam senarai orang-orang kafir.Ini adalah merupakan penyesalan yang maha dahsyat.

Tidak hairan terhadap sikap orang yang sentiasa berada di gereja atau kuil dll yang namanya termasuk dalam senarai orang-orang kafir tetapi sungguhlah menghairankan terhadap sikap orang yang sentiasa berada di dalam masjid tetapi kesudahannya ia tergolong di dalam golongan orang-orang kafir.Yang sedemikian sering berlaku kerana banyaknya dosa dan perbuatan-perbuatan haram yang dilakukan ketika berseorangan diri.

Kebanyakan orang yang diamanahkan kepadanya harta benda orang lain dan mereka pun menganggapnya sebagai harta orang tetapi mereka berbisik-bisik kepada hati mereka bahawa tidak mengapa jika mempergunakan terlebih dahulu harta itu,kemudian pada bila-bila masa boleh dikembalikan ataupun boleh meminta supaya dihalalkan oleh orang yang empunya harta tersebut.Tetapi yang sedemikian itu tidak terjadi,mereka tidak sempat berbuat apa-apa,tiba-tiba terperangkap dalam cengkaman maut.

Kebanyakan orang menceraikan isterinya dan mereka pun menyedarinya tetapi masih mengadakan persetubuhan dan dalam keadaan demkianlah disambut oleh maut dan tidak berkesempatan untuk bertaubat.Di dalam keadaan begitulah maka iman tercabut dari mereka.(Ya Allah,peliharalah kami daripadanya).

Di dalam kitab-kitab hadith ada disebutkan suatu peristiwa iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w.Seorang pemuda yang berada di dalam sakaratulmaut tidak dapat mengucapkan kalimah iman.Hal pemuda itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. lantas baginda pergi mengunjunginya dan bertanya kepadanya:

"Apa khabar engkau?"

Pemuda itu berkata:

"Ya Rasulullah,aku berasa bahawa hatiku telah dikunci."

Setelah diselidiki keadaannya,didapati bahawa ibu pemuda itu sedang merajuk dan tidak senang hati dengannya kerana dia pernah menyakiti hati ibunya itu.Lantas,baginda s.a.w. pun memanggil ibu pemuda itu dan bertanya kepadanya:

"Jika seorang menyalakan api yang banyak dan ia hendak melemparkan anakmu ke dalamnya,maka apakah engkau akan menolong anakmu itu?"

Ibu tua itu menjawab:

"Ya Rasulullah,pasti aku akan menolongnya."

Lalu Baginda s.a.w. bersabda:

"Jika demikian,maka hendaklah engkau memaafkan kesalahan-kesalahan yang ia telah perbuat terhadap engkau."

Ibu itu pun memaafkan anaknya,kemudian pemuda itu diajar kalimah-kalimah sehingga dia dapat membacanya tanpa gangguan apa-apa.Setelah itu,baginda s.a.w. mengucapkan syukur kepada Allah bahawa kerana bagindalah maka pemuda itu telah terselamat daripada api neraka Jahannam.

Beratus-ratus peristiwa dan kejadian-kejadian seperti ini sering berlaku tetapi kita tidak sedar dan kita tetap menceburkan diri di dalam lembah maksiat yang keburukannya tetap merugikan diri kita sendiri sama ada ketika di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Pengarang kitab Ihya' al-Ulum menulis bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkhutbah,di mana di dalam khutbah baginda bersabda:

"Barangsiapa membaca La ilaha illallah tanpa campur-aduk maka wajiblah syurga baginya."

Ali r.a. berkata:

"Ya Rasulullah,terangkanlah kepada kami bagaimanakah yang dimaksudkan dengan campur aduk itu?"

Baginda s.a.w. bersabda:

"Bahawa mencintai dunia dan berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkannya.Kebanyakan orang yang berbicara seperti Anbiya' a.s. tetapi berbuat seperti para penzalim dan penyombong.Jika seorang yang mengucapkan kalimah ini tanpa melibatkan dirinya dengan perbuatan-perbuatan yang seperti itu,maka wajiblah syurga baginya."

*rujukan : Kitab Fadhail Amal Fadhilat zikir Bahagian kedua(Kalimah Tayyibah Fasal ketiga Hadith 4)

Mati tengah mengajar



dalam video ni org yg uploadkan suh tgk bahagian dahi ustaz ni..nampak perubahan sikit kat dahi tanda ruh diambil dari ubun kepala...wallahu'alam..

bagaimanapun,keadaan matinya ketika mengajar agama Allah swt..betapa mulianya..moga rohnya diterimaNya..amiin..bagaimana dengan kita..andai kita mati sekarang n ketika ini,selamatkah kita dari azab Allah swt?sahih sudahkah amal dan akidah kita kepada Allah swt?yakinkah kita dengan janji-janji Allah swt dan rasulNya saw melalui perintahNya dan laranganNya?semua berkaitan dengan iman yakin kita..kiranya hati kita yakin dengan makhluk yang tidak kekal ini,maka bersedialah untuk menerima azab dari Allah swt..

yakinnya para sahabat r.a.hum dengan kata-kata dan perbuatan Rasulullah saw sehinggakan sanggup mereka korbankan harta benda,masa dan diri mereka untuk laksanakan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw..bukan sahaja para sahabat..bahkan Ubay bin Khalaf yang merupakan salah seorang dari kafir Quraisy turut yakin dengan kata-kata Nabi saw..perkara ini bermula bila dia terserempak dengan Nabi saw sebelum suatu perang dan Nabi telah pun mengatakan bahawa dia akan mati di tangan Nabi saw denagn izin Allah..maka,bila peperangan itu berlaku,bila dia dilemparkan lembing ke arahnya oleh Nabi saw,maka menggelupurlah dia sambil meraung Muhammad telah membunuh aku..padahal luka yang dia alami amatlah sedikit..tapi,hatinye telah yakin dengan kata-kata Nabi saw..sehinggakan dia benar-benar mati dalam perjalanan menuju ke Mekah..

bagaimana dengan kita yang mengaku cintakan Nabi saw dan mengaku diri sebagai hamba Allah swt..yakinkah kita dengan janji-janji Allah swt dan RasulNya saw?sejauh mana kita berusaha dan berkorban untuk agamaNya selama kita hidup di muka bumi ini?banyak mana telah kita belanjakan harta kita utk agama?byk mana pula telah kita korbankan utk kecapi nikmat dunia yang sementara ini?tepuk dada,tanylah iman kita masing2..aku sendiri pun masih banyak perkara yang aku abaikan demi kejar kelesaaan dunia..astaghfirullahal'aziim...

Thursday 26 June 2008

Syahadah

Kalimah Syahadah dengan La ilaha illallah.Perkataan ‘Ilah’ di dalam kalimah ini bukan disabitkan dengan perkataan rab,tetapi dengan perkataan ‘Ilah’ itu sendiri telah membawa maksud yang amat besar bezanya dengan perkataan rab itu sendiri.
Ilah boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu;

1) Yang disenangi(Al-marghub)
Membawa maksud perkara-perkara yang kita senangi untuk meminta apa-apa pertolongan melaluinya.Dicontohkan seperti kita meminta bantuan makhluk selain Allah bila kita mengalami apa-apa kesusahan.Sedangkan dalam apa-apa pun perbuatan kita berhajatkan kepada bantuan Allah swt.Firman Allah swt ;
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al-fatihah : 6)

2) Yang dicintai(Al-mahbub)
Meliputi segala perkara yang dengannya kita sanggup untuk lakukan apa sahaja dengan segala pengorbanan melebihi perkara-perkara lain.Kecintaan manusia terhadap makhlukNya seperti suami isteri,anak-anak,wang ringgit dan lain-lain yang melebihi kecintaan terhadap Allah dan rasulNya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sama seperti ia menyembahnya atau berabdi kepadanya.Firman Allah swt ;
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah Al-baqarah : 165)

3) Yang ditakuti(Al-marhub)
Segala perkara yang ditakuti manusia selaku makhluk di muka bumi.Diumpamakan seperti takut kepada pemerintah yang zalim daripada takut kepada azab Allah swt.Firman Allah swt;
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Surah Al-baqarah : 40)

4) Yang diikuti(Al-mabu’)
Perkara-perkara yang diikuti dengan sepenuh hati sebagai ikutan dan sembahan.Firman Allah swt;
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.(Surah Al-baqarah : 166)
Justeru,sama-samalah kita memelihara akidah kita daripada menduakan Allah swt yang membawa kepada kecelakaan yang amat besar di akhirat kelak.Janganlah sampai kita mendahulukan kepentingan dunia dalam setiap perlakuan kita seharian.Wallahu’alam.

**mana-mana kekurangan minta perbetulkan..jazakallah..

Selamatkah iman kita dari syirik padaNya?











Tuesday 24 June 2008

10 Jenis Tangis

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis karena rasa takut.
3. Menangis karena cinta.
4. Menangis karena gembira.
5. Menangis karena menghadapi penderitaan.
6. Menangis karena terlalu sedih.
7. Menangis karena terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10.Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya
dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata
itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Adapula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan
siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali
Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air
matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu
akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir
di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan
beramal.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???...Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di
atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak
gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" Al-Hadits

Wasalam

Sunday 22 June 2008

1 2 3 4 - Aris

1,2,3,4 -

Satu, kasih nan abadi tiada tandingi
Dia yang satu
Dua, sayang berpanjangan membawa ke syurga
Kasihnya Ibu
Tiga, lapar dan dahaga, rela berpayahan
Setianya Ayah
Empat, mudah kau ketemu, perhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
Ku ingat dahulu menyisir rambutku kemas selalu
Ayah
Menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus di telan pahit terus di buang
Itu bidalan harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Solat Sambil Berjaga-jaga

Sewaktu pulang dari suatu gerakan ketenteraan,Nabi saw telah bermalam di suatu tempat.Baginda bertanya:

"Siapa yang hendak menjaga khemahku malam ini?"

Ammar bin Yasir dari kaum Muhajirin dan Abbad bin Basyar dari golongan Ansar telah menawarkan diri masing-masing untuk mengawasi khemah Nabi saw.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjafa-jaga di kemuncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabi saw berehat.Kata Abbad kepada Ammar:

"Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat melelapkan mataku."

Ammar bersetuju.Dia pun merebahkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya,Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panahnya yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masuk berdiri tegak itu,si peninjau tadi kemudian melepaskan lagi dua anak panahnya.Abbad kemudiannya mencabut ketiga-tiga anak panah itu lantas mengejutkan Ammar.Sementara itu,apabila melihat Ammar bersama-sama Abad,askar musuh tadi melarikan dirinya kerana menyangka ada ramai lagi askar-askar Islam di situ.Melihat badan Abbad yang berdarah,Ammar berkata:

"Subhanallah!Mengapa kamu lambat mengejutkan aku?"

Jawab Abbad:

"Dalam kiraatku,aku telah mula membaca surah al-Kahfi dan aku enggan memendekkannya.Tetapi bila anak panah ketiga melekat di badanku,aku merasa bimbang dengan keselamatan Rasulullah.Aku pun segera menamatkan solatku lalu mengejutkan kamu.Kalau tidak,sudah tentu aku akan menamatkan pembacaan surah al-Kahfi sebelum ruku' meskipun aku terpaksa mati dipanah oleh musuh itu."

Oleh kerana asyik membaca al-Quran,Abbad tidak gentar dengan sejata musuh.Nikmat pembacaan al-Quran menyebabkan dia lupa terhadap badannya yang sakit dan berdarah itu.DI zaman sekarang ini,gigitan seekor nyamuk sudah boleh merosakkan solat kita.

Tuesday 17 June 2008

Kiamat?Mati?

Perkara hangat bila dibincangkan ialah pasal kiamat..kalau kita bercerita pasal kiamat,ramai yang akan rasa takut dan nk beramal..subhanallah..di sini ada jumpa artikel pasal benda ni..dalam blog ni dia ckp bahawa dajjal akan kuar x lama da akhir summer tahun ni..semua yang dengar mesti akan gerun..aku pun gerun jugak la..huhu..mana x nye,hari kiamat..hari yang penuh huru hara dan kacau bilau..wallahu'alam..tp,ini juga merupakan salah satu dari rukun iman kan..Allahurobbi..

tapi,dalam kita kerisauan dengan hari kiamat,kita tidak sedar bahawa kematian itu lebih dekat dengan kita daripada hari kiamat itu sendiri..mengapa tidak kita bersiap sedia sepanjang masa?sedangkan masa tidak pernah menunggu kita..bak kata pepatah melayu,rumah kata pergi,kubur kata mari..tp,mana pergi amalan kita?apakah perlakuan kita seharian penuh dengan ibadah kepada Allah swt?ataupun kita telah menghambakan diri kita kepada makhluk Allah swt sepanjang masa?astaghfirullahal'aziim..aku pun byk lagi melebihkan cinta makhluk daripada cinta Allah swt..tiada boleh ubah diri aku melainkan aku sendiri..bila tiba ajal seseorang hambaNya,maka tidak akan dipercepatkan walaupun sesaat,dan tidak diperlambatkan juga walaupun sesaat..

Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman).(Surah Nuh : 4)

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...