Friday 20 November 2020

Detik Rasulullah saw bersama Abu Muayhibah ke kubur Baqi' (sebelum kewafatannya) - terjemahan ceramah

Pada tahun ke – 11 Hijrah, ketika lewat malam, Rasulullah S.A.W telah mengejutkan dan memanggil Abu Muayhibah, salah seorang orang suruhan Rasulullah S.A.W. dan berkata, “Wahai Abu Muayhibah, aku telah diperintahkan untuk memohon keampunan kepada Allah bagi penghuni al-Baqi’, maka temanilah aku”. Al-Baqi’ adalah kawasan perkuburan di Madinah, ia dianggap suci kerana disana bersemadinya ramai para Sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah bersusah payah, berjuang dan menyokong baginda hingga ke akhir hayat. Rasulullah S.A.W. telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk ke Perkuburan al-Baqi’ bagi memohon keampunan untuk mereka kepada Allah.

Maka, Rasulullah S.A.W. telah meminta Abu Muayhibah untuk menemani baginda. Mereka telah menuju ke al-Baqi’ pada larut malam, disebabkan itulah baginda memintanya untuk menemani Rasulullah S.A.W. Setelah tiba, Rasulullah S.A.W. telah mengucapkan, “Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur”, kemudiannya Rasulullah S.A.W. mengucapkan beberapa perkara yang janggal. “Beruntunglah!”, Rasulullah S.A.W. mengucapkan tahniah kepada penghuni kubur, mereka yang telah meninggal dunia. “Beruntunglah! Kamu tidak perlu melalui apa yang dilalui oleh mereka yang masih disini (dunia). Beruntunglah! Kamu telah meninggal dunia ketika hari – hari awal dakwah dimana kesulitannya amat berat, kesatuan antara kamu sangat utuh dan kamu saling bersatu padu. Beruntunglah! Kamu telah meninggalkan dunia ketika hari – hari sulit (bagi umat Islam) dimana ganjarannya amat besar ketika itu”. Rasulullah telah menyampaikan kepada mereka (penghuni kubur), “Kamu berada dalam keadaan yang lebih beruntung daripada mereka yang ditinggalkan (masih hidup)”.

Kemudian baginda Rasulullah S.A.W. meneruskan, ”Ujian dan tribulasi akan hadir seperti mana cebisan kegelapan malam, setiap satunya mengikuti yang sebelumnya secara berturut – turut, dan yang terakhir lebih buruk dari yang pertama”. Ujian dan tribulasi sedang menghampiri dan kitalah yang hidup di zaman itu wahai saudara – saudaraku. Kitalah yang hidup di zaman ujian dan tribulasi. Kita hidup di zaman fitnah, fitnah dalam urusan dunia dan fitnah dalam urusan agama. Itulah sebab mengapa Rasulullah S.A.W. mengucapkan tahniah kepada para Sahabat R.A. yang telah meninggal dunia lebih awal kerana sekarang fitnah itu hadir seperti cebisan kegelapan malam, ia hadir berturut – turut.

Kemudian, Rasulullah S.A.W. telah memandang kepada Abu Muayhibah dan bersabda, “Aku telah diberi pilihan, samada mendapat kunci segala khazanah dunia, hidup di atasnya selagi ia ada, kemudian (setelah wafat) dimasukkan ke syurga, ataupun bertemu dengan Tuhanku di syurga”. Pilihan pertamanya adalah diberi kunci kepada segala khazanah dunia, hidup di atasnya selagi mana ia ada dan kemudian dimasukkan ke syurga. Pilihan kedua adalah bertemu dengan Allah sekarang (setelah wafat), dan (dimasukkan ke) syurga. Abu Muayhibah berkata, “Pilihlah kami!”, di dalam suatu riwayat lain mengatakan, “Pilihlah untuk menerima kunci khazanah dunia, hidup di atasnya selagi ia ada dan kemudian ke syurga”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Tidak. Aku telah memilih untuk bertemu dengan Allah dan syurga”. Kemudian baginda Rasulullah S.A.W. memohon keampunan kepada Allah S.W.T. untuk penghuni al-Baqi’ dan pulang ke rumah, dan setibanya baginda Rasulullah S.A.W. di rumah, bermulalah sakit baginda yang membawa kepada kewafatannya.

Rasulullah S.A.W. langsung tidak mempunyai keinginan terhadap duniawi. Kebimbangan Rasulullah S.A.W. hanyalah tentang umatnya, bukannya tentang bangunan atau kemewahan kerana Rasulullah S.A.W. tiada keinginan terhadap dunia. Disebabkan itulah, Ibnu Kathir R.A. berkata, “Pada pandangan Rasulullah S.A.W., dunia ini amat kecil (tidak berharga) dan begitulah juga pandangan Allah S.W.T. terhadap dunia (tidak berharga) sehinggakan kepergian (kewafatan) baginda Rasulullah S.A.W. tiada apa harta dunia yang ditinggalkan”.

- kredit kepada penterjemah yang merupakan pelajar di IPT tempatan

Tuesday 17 November 2020

Cara Setup Android Smartphone untuk Kegunaan Anak

Posting kali ini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam mengendalikan smartphone untuk kegunaan anak-anak kecil. Sekiranya kita perhatikan aktviti anak-anak kita yang banyak mengadap smartphone ni, mereka akan mudah terjebak dengan video-video dan ads yang tidak bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Contoh yang ketara ialah video-video yang ditatap melalui app Youtube. Awal-awal mungkin mereka tengok video kartun yang mereka minati. Selang beberapa lama lepas tu, akan ada video-video yang nampak macam berkait dengan video yang mereka tengok sebelum ni tapi sebenarnya ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka yang belum mencapai umur dewasa.

Kita boleh bendung sedikit dengan pergi ke butang Profile > Settings > General > Restricted Mode (on). Namun ianya tidak mampu memberi bantuan filter yang sepenuhnya untuk tontonan kanak-kanak.

Di sini sebenarnya Google ada menyediakan alternatif iaitu dengan menggunakan app Family Link. Dengan app ini kita boleh memantau aktiviti peranti yang anak kita gunakan. Syaratnya ialah kita kena sambungkan peranti anak kita melalui butang '+' pada sebelah butang profile kita dalam app Family Link tersebut.

Melalui app ini, kita boleh set kan had masa penggunaan app yang kita pilih, tetapkan masa kebenaran untuk menggunakan peranti tu bila, memberi kebenaran / tidak memberi kebenaran untuk pemasangan app yang diingini dan yang penting sekali, tiada lagi akses ke app Youtube oleh mereka, dan kita boleh gantikan dengan YT Kids yang lebih sesuai kandungannya untuk tatapan kanak-kanak.

Kalau kita belikan peranti baru untuk kegunaan anak-anak, eloklah jika kita terus create kan akaun google untuk 'child' terus dan memasang app Family Link pada kedua-dua peranti (peranti parent & anak). Sedikit complicated, namun berbaloi untuk menjaga tumbesaran anak-anak yang kita sayangi. Boleh juga refer ke website Amanz untuk maklumat lanjut.

Sekadar berkongsi secebis nukilan untuk kebaikan bersama. Moga bermanfaat.

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...