Thursday 8 March 2012

Kisah belon yang kuat

Lama x menulis blog jadi makin janggal nak mengarang. Huhu... Ada satu cerita pasal belon nak dikongsikan kat blog berhutan aku ni.. Haaaa....

Ada satu taman permainan tu, ramai la bdk2 duk main-main.. Dalam kawasan yg sama juga ada pakcik penjual belon.. Ada sorang budak ni pegi kat tempat pakcik belon tersebut dan bertanyakan belon yang kuat utk dibelinya. Dia nampak belon hitam kuat, maka dia mintalah pakcik tersebut jualkan belon hitam kepadanya. Pakcik tu pun jual la belon tu sambil memerhatikan tindakan budak itu. Selepas dibeli, budak itu pun lepaskan belon tu dan memerhatikan belon hitam yang disangkanya kuat itu ke udara dengan gembiranya kerana percaya bahawa belon boleh terbang tinggi sebab warnanya yang hitam itu menampakkan kekuatannya untuk terbang tinggi.

Pakcik itu memerhatikan gelagat budak tersebut lalu menyapanya.

"Wahai anak, belon itu terbang tinggi bukanlah disebabkan rupanya yang gagah dengan warnanya yang hitam tersebut. Tapi, kekuatan belon tersebut datang daripada gas yang ringan di dalamnya membolehkan ia terbang gagah ke udara."

Budak tersebut hanya merenung kata-kata pakcik yang sudah berusia itu.

Abis cerita...

Begitu jugalah dengan kehebatan manusia. Bukan terletak pada rupa paras yang hensem, cantik, gagah di luarannya, dan sebagainya lagi yang biasa dijadikan ukuran manusia sekeliling kita. Tapi yang menjadi punca kekuatan manusia itu adalah pada hati yang tabah, cekal dan tidak mudah putus asa dalam semua pekerjaan yang dilakukan. Hati yang bersih dan suci daripada dosa itu lebih lagi utama dan mendapat tempat pada pandangan Allah swt. Janganlah kita kejar sifat kuat pada luaran tanpa mempedulikan hati kita yang semakin jauh dari Tuhan.

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan hati dalam menghadapi kehidupan ini. Sesungguhnya amat jauh dan sukar perjalanan ini sekiranya Engkau tidak permudahkan buat kami. Allahumma ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana 'ala diinik..

Wallahu'alam..

Saturday 3 March 2012

Cara-cara untuk berjihad

Cara-cara untuk berjihad

- Korbankan sebahagian masa, harta dan keperluan diri untuk kepentingan Islam dan umat Islam
- Memikirkan bersungguh-sungguh akan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi umat Islam
- Menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kejahatan
- Menyangkal mereka yang membelakangkan agama Allah iaitu memutuskan hubungan dengan mereka yang memusuhi Allah dan rasulNya
- Menjadi tentera Allah iaitu dengan menyerahkan segala jiwa dan harta untuk agama Allah swt
- Menegakkan keadilan, memperbaiki kehidupan manusia, membantu orang yang dizalimi dan menyekat tindakan orang yang zalim walau apa sekali kedudukan dan kuasanya

Sekiranya tidak mampu untuk berbuat seperti di atas, maka hendaklah menyayangi para mujahid sepenuh hati dan sentiasa memberi kata semangat dan dorongan setiap kali bersua dengan mereka."

- Himpunan Risalah Hasan Al-Banna]

Tuesday 14 February 2012

Kisah seekor tikus

Al kisah di sebuah kampung, ada la sebuah rumah didiami oleh seekor tikus..Pada suatu hari, tuan rumah tersebut berbincang dengan isterinya untuk membeli perangkap tikus untuk menangkap tikus tersebut..Biasa la, manusia memang tak suka dengan tikus dalam rumah kan..Apabila terdengar perbualan tuan rumahnya itu, maka gelisahlah tikus tersebut..Resah gelisah siang malam memikirkannya..Lalu tikus tersebut keluarlah mencari binatang lain untuk mengadukan perihal masalah yang dihadapinya..Binatang pertama yang ditemuinya ialah ayam milik tuan rumah tersebut..

Tikus : Wahai ayam, aku perlukan bantuan ni..
Ayam : Kenapa duhai tikus?
Tikus : Tuan rumah nak tangkap aku ni..aku dengar dia nak pasang perangkap kat dalam rumah dia nanti untuk tangkap aku..tolonglah aku wahai ayam..
Ayam : Aku tak boleh nak bantu wahai tikus memandangkan hal tersebut tiada kaitan pun dengan aku..

Berlalulah si tikus tersebut dengan kecewa..lalu didapatinya pula si kambing milik tuan rumahnya..

Tikus : Wahai kambing, aku perlukan bantuan kamu ni..
Kambing : Kenapa tikus?
Tikus : Tuan rumah nak tangkap aku dengan memasang perangkap di rumahnya nanti..tolonglah aku..
Kambing : Takkan la aku nak tolong..bukan ada kaitan dengan aku pun..

Dikecewakan buat kali kedua oleh si kambing itu, lalu tikus tersebut dapatkan pula pertolongan lembu..Namun, jawapan yang sama di terima..Pulanglah si tikus dengan kecewa dan risau...

Pada suatu hari, rumah tersebut dimasuki oleh seekor ular lalu ular tersebut terkena perangkap tikus yang dipasang oleh tuan rumah tersebut..Ular tersebut telah mematuk isteri tuan rumah ketika isteri tuan rumah menghampiri perangkap tersebut..Lalu, kecoh la dalam kampung tersebut dengan peristiwa yang berlaku..Tuan rumah dapatkan rawatan untuk isterinya dan selepas isterinya sembuh, dia pun mahu mengadakan kenduri kesyukuran..Disembelihnya ayam untuk menjamu orang yang datang..Disebabkan orang yang datang terlalu ramai, disembelihnya juga kambing dan lembu tersebut..Akhir sekali, hanya tikus yang terselamat..

- dipetik dari tazkirah pagi ringkas di radio Ikim.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah tersebut ialah, janganlah kita bersenang dengan keselesaan diri tanpa memikirkan kesusahan orang lain..Ramai di kalangan manusia di zaman ini lebih suka tinggal dalam dunia mereka sendiri tanpa memikirkan kesusahan yang dihadapi oleh orang lain..Sama-sama kita ambil peduli sesama kita agar dapat kita menuju kepada Allah dengan lebih diredhaiNya..

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...