Kalimah Tayyibah

Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah dengan ikhlas,dia akan dimasukkan ke dalam syurga."Lalu ditanyakan kepada baginda:"Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram."

Keterangan:

Yakni apabila seseorang yang telah tertegah daripada melakukan perbuatan yang haram dan yakin terhadap kalimah La ilaha illallah maka pasti ia akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi sebaliknya,jika ia tidak tercegah daripada melakukan perbauatan-perbuatan yang haram maka setelah menerima siksa,lambat laun dengan berkatnya kalimah La ilaha illallah dia pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.Kecualilah jika ia melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat sehingga ia terkeluar dari keimanan dan Islam,itu adalah persoalan lain.

Faqih Abdul Laith as-Samarqandi rah.a. menulis di dalam kitabnya,Tanbih al-Ghafilin bahawa setiap orang semestinya membaca kalimah La ilaha illallah sebanyak-banyaknya dan berdoa kepada Allah supaya imannya selamat lagi kekal dan menjauhkan dirinya dari segala dosa kerana sesetengah orang yang imannya tercabut adalah disebabkan dosa-dosa yang dilakukannya.Akhirnya ia kembali dari dunia ini dalam keadaan kafir.Di dalam tragedi yang lebih hebat daripada ini ialah seseorang yang namanya tercantum di dunia ini dalam senarai orang-orang yang beragama Islam,tetapi pada hari kiamat namanya didapati di dalam senarai orang-orang kafir.Ini adalah merupakan penyesalan yang maha dahsyat.

Tidak hairan terhadap sikap orang yang sentiasa berada di gereja atau kuil dll yang namanya termasuk dalam senarai orang-orang kafir tetapi sungguhlah menghairankan terhadap sikap orang yang sentiasa berada di dalam masjid tetapi kesudahannya ia tergolong di dalam golongan orang-orang kafir.Yang sedemikian sering berlaku kerana banyaknya dosa dan perbuatan-perbuatan haram yang dilakukan ketika berseorangan diri.

Kebanyakan orang yang diamanahkan kepadanya harta benda orang lain dan mereka pun menganggapnya sebagai harta orang tetapi mereka berbisik-bisik kepada hati mereka bahawa tidak mengapa jika mempergunakan terlebih dahulu harta itu,kemudian pada bila-bila masa boleh dikembalikan ataupun boleh meminta supaya dihalalkan oleh orang yang empunya harta tersebut.Tetapi yang sedemikian itu tidak terjadi,mereka tidak sempat berbuat apa-apa,tiba-tiba terperangkap dalam cengkaman maut.

Kebanyakan orang menceraikan isterinya dan mereka pun menyedarinya tetapi masih mengadakan persetubuhan dan dalam keadaan demkianlah disambut oleh maut dan tidak berkesempatan untuk bertaubat.Di dalam keadaan begitulah maka iman tercabut dari mereka.(Ya Allah,peliharalah kami daripadanya).

Di dalam kitab-kitab hadith ada disebutkan suatu peristiwa iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w.Seorang pemuda yang berada di dalam sakaratulmaut tidak dapat mengucapkan kalimah iman.Hal pemuda itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. lantas baginda pergi mengunjunginya dan bertanya kepadanya:

"Apa khabar engkau?"

Pemuda itu berkata:

"Ya Rasulullah,aku berasa bahawa hatiku telah dikunci."

Setelah diselidiki keadaannya,didapati bahawa ibu pemuda itu sedang merajuk dan tidak senang hati dengannya kerana dia pernah menyakiti hati ibunya itu.Lantas,baginda s.a.w. pun memanggil ibu pemuda itu dan bertanya kepadanya:

"Jika seorang menyalakan api yang banyak dan ia hendak melemparkan anakmu ke dalamnya,maka apakah engkau akan menolong anakmu itu?"

Ibu tua itu menjawab:

"Ya Rasulullah,pasti aku akan menolongnya."

Lalu Baginda s.a.w. bersabda:

"Jika demikian,maka hendaklah engkau memaafkan kesalahan-kesalahan yang ia telah perbuat terhadap engkau."

Ibu itu pun memaafkan anaknya,kemudian pemuda itu diajar kalimah-kalimah sehingga dia dapat membacanya tanpa gangguan apa-apa.Setelah itu,baginda s.a.w. mengucapkan syukur kepada Allah bahawa kerana bagindalah maka pemuda itu telah terselamat daripada api neraka Jahannam.

Beratus-ratus peristiwa dan kejadian-kejadian seperti ini sering berlaku tetapi kita tidak sedar dan kita tetap menceburkan diri di dalam lembah maksiat yang keburukannya tetap merugikan diri kita sendiri sama ada ketika di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Pengarang kitab Ihya' al-Ulum menulis bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkhutbah,di mana di dalam khutbah baginda bersabda:

"Barangsiapa membaca La ilaha illallah tanpa campur-aduk maka wajiblah syurga baginya."

Ali r.a. berkata:

"Ya Rasulullah,terangkanlah kepada kami bagaimanakah yang dimaksudkan dengan campur aduk itu?"

Baginda s.a.w. bersabda:

"Bahawa mencintai dunia dan berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkannya.Kebanyakan orang yang berbicara seperti Anbiya' a.s. tetapi berbuat seperti para penzalim dan penyombong.Jika seorang yang mengucapkan kalimah ini tanpa melibatkan dirinya dengan perbuatan-perbuatan yang seperti itu,maka wajiblah syurga baginya."

*rujukan : Kitab Fadhail Amal Fadhilat zikir Bahagian kedua(Kalimah Tayyibah Fasal ketiga Hadith 4)

Comments

Popular posts from this blog

Muslimah - Nazrey Johani

Hadith 25

Cara-cara untuk berjihad