Skip to main content

Syahadah

Kalimah Syahadah dengan La ilaha illallah.Perkataan ‘Ilah’ di dalam kalimah ini bukan disabitkan dengan perkataan rab,tetapi dengan perkataan ‘Ilah’ itu sendiri telah membawa maksud yang amat besar bezanya dengan perkataan rab itu sendiri.
Ilah boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu;

1) Yang disenangi(Al-marghub)
Membawa maksud perkara-perkara yang kita senangi untuk meminta apa-apa pertolongan melaluinya.Dicontohkan seperti kita meminta bantuan makhluk selain Allah bila kita mengalami apa-apa kesusahan.Sedangkan dalam apa-apa pun perbuatan kita berhajatkan kepada bantuan Allah swt.Firman Allah swt ;
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al-fatihah : 6)

2) Yang dicintai(Al-mahbub)
Meliputi segala perkara yang dengannya kita sanggup untuk lakukan apa sahaja dengan segala pengorbanan melebihi perkara-perkara lain.Kecintaan manusia terhadap makhlukNya seperti suami isteri,anak-anak,wang ringgit dan lain-lain yang melebihi kecintaan terhadap Allah dan rasulNya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sama seperti ia menyembahnya atau berabdi kepadanya.Firman Allah swt ;
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah Al-baqarah : 165)

3) Yang ditakuti(Al-marhub)
Segala perkara yang ditakuti manusia selaku makhluk di muka bumi.Diumpamakan seperti takut kepada pemerintah yang zalim daripada takut kepada azab Allah swt.Firman Allah swt;
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Surah Al-baqarah : 40)

4) Yang diikuti(Al-mabu’)
Perkara-perkara yang diikuti dengan sepenuh hati sebagai ikutan dan sembahan.Firman Allah swt;
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.(Surah Al-baqarah : 166)
Justeru,sama-samalah kita memelihara akidah kita daripada menduakan Allah swt yang membawa kepada kecelakaan yang amat besar di akhirat kelak.Janganlah sampai kita mendahulukan kepentingan dunia dalam setiap perlakuan kita seharian.Wallahu’alam.

**mana-mana kekurangan minta perbetulkan..jazakallah..

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku