Skip to main content

Bina Masjid?

pernah dulu sekali masa sembang dengan Farid..dalam bersembang pasal banyak masjid di bina dalam Jepun ni,aku pun mencelah,

"Aku nak bina masjid jugak.."sambil tersenyum aku cakap..
Farid terus tembak aku,"Sebelum bina masjid kena bina amal masjid dulu.."dengan muka sedikit serius..huhu..aku terkena..hehe..best best..tambahnya lagi,"Apa maksud nafkah batin yang sebenarnya?"..
aku tanya balik dengan perasaan ingin tahu.."Apa dia?"
dia jawab la dengan biasanya,"ramai orang salah faham tentang nafkah batin dalam sistem kekeluargaan sebenarnya..bila sebut nafkah batin je,mesti semua fikirkan pasal nafkah seks..sedangkan seks itu adalah perkara yang zahir semata-mata..nafkah batin yang sebenar adalah pengisian dalam rohani keluarga itu sendiri.."..
"Ooooo.."aku jawab dengan tanda faham..huhu..

betul juga apa yang dicakapkan Farid ni..kalau kita lihat persepsi masyarakat kita sekarang memang ramai yang beranggapan nafkah batin tu nafkah seks semata-mata..sedangkan perkara yang sebenar adalah pengisian rohani terhadap isteri kita sendiri sebagai suami..sebab tiada nafkah batin yang macam ini lah maka banyak rumahtangga yang jadi porak peranda..kebenarannya terselah lagi bila kita buat perbandingan keluarga muslim dengan keluarga para kafirin..sekiranya nafkah batin itu nafkah seks semata-mata..maka tiada bezanya kerluarga muslim dengan keluarga non-muslim..astaghfirullahal'aziim..

seperti yang dipetik dari lirik lagu Wanita-Dehearty;
"...Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa..."
didiklah wanita dengan keImanan,bukan dengan keduniaan..kelak diri kan binasa..wallahu'alam...

memang benar bahawa kelemahan dari segi kefahaman perkara ini lah maka ramai umat Islam sendiri yang walaupun berkahwin,tiada diisi dalam diri isteri-isteri dengan perkara-perkara agama.yang diisi hanyalah perkara material semata-mata..bila material je yang masuk dalam diri,maka boleh rosaklah satu sistem kekeluargaan..huhu..tengok situasi keluarga dalam masyarakat kat kampung sendiri pun boleh nampak kelemahannya..berapa banyak keluarga sekarang yang membuat pengisian aktiviti rumah dengan bacaan hadith-hadith dan bacaan Al-Quran..berapa banyak rumah sekarang ni diisi dengan amal-amal ibadat dan ketaatan kepada Allah swt..sebaliknya,betapa ramai dan banyak keluarga yang diisi dengan siaran tv dan perkara-perkara lain yang penuh material..tidak salah tengok tv,tapi di mana balance nya dengan pengisian rohani kita..Islam tidak menghalang kita untuk berhibur.tetapi perlulah berpatutan..jangan lah sampai berhibur sehinggakan solat dilengah-lengahkan..astaghfirullahal'aziim..

wallahu'alam...

Comments

Bawang Goreng said…
Salam,

Kunjungan balas sebenarnya... terbaca kisah 'bina masjid' ni... yr Farid friend is 100% correct.

Perhaps u might want to read http://akob73.blogspot.com/2008/07/wahai-suami-layani-isterimu-dengan-baik.html

学生時代をお楽しみにしてねえ!

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku