Posts

Showing posts from 2008

Di musim kesejukan

Image
salji turun dengan lebatnya dari minggu lepas..belum pernah aku alami seperti ni sejak datang Nihon..sasuga Hokkaido la..seingat aku yang paling lebat turun pun masa di Gifu 3 tahun lepas.tapi x selebat di sini..dan tambah lagi satu fenomena yang susah ada di belah Honshuu yakni keadaan salji yang membeku di tanah..susah jalan seyh.. di musim sejuk-sejuk ni bertambah lagi la sifat malas nk keluar rumah..duk dalam rumah makan,masuk futon,ngadap pc lagi dan lagi..moga Engkau pelihara iman hambaMu ini agar tidak sejuk lagi beku kerana musim sejuk ni ya Allah amiin... duk buat apa pun,cuba untuk dengar ceramah-ceramah yang ada..insyaAllah..di samping buat keja lain,kita belajar lagi dan lagi tentang agama tercinta:D ceramah Ustaz Azhar makin dilayan,makin best pun ada..alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mendengar ceramah-ceramah..daripada aku tengok tv,baik dengar ceramah bagi mengurangkan kejahilan diri tentang agama aku..bahaya kejahilan boleh membawa diri manusia kepada kekufuran..p...

Yuki turun lagi..

Image
Lebat sungguh yuki turun semalam..dari tengah hari sampailah ke jam 6 petang..kalau naik basikal tu memang mudah terbalik la..motor lagi la kot.. putih je suasana di luar rumah..harapnya hati ini juga putih macam salji di luar rumah tu..huhu..sama-sama menuntut ilmu dengan bersifat seperti padi,makin berisi,makin tunduk..bukannya makin berisi,makin sombong..na'udzubillah..

Apalah yang kita kejar..

Apalah yang kita kejar di dunia yang fana ini..hairan juga bila difikirkan..semua sudah sedia maklum yang hidup ini sementara,hatta sensei kat sini pun tau yang hidup ini sementara..tapi,adakah kita nak samakan kita dengan sensei yang kafir tu? kita sebagai orang Islam yang punya kalimah tauhid La ilaha illallah ni kenalah berbeza cara hidup dengan golongan kafir..sungguh berjaya perancangan Yahudi untuk memesongkan hidup orang Islam supaya bergembira dengan kehidupan dunia seterusnya melupakan tujuan sebenar hidup mereka di muka bumi ni.. aku pun tidak faham dengan sesetengah orang Islam..kita mengaku bahawa kita beragama Islam..tetapi kita lupa apa peranan kita sebagai orang Islam..kita hidup dengan mengikut segala apa yang ada di hadapan kita tanpa menimba ilmu apa itu Islam dengan lebih mendalam..hidup kita untuk mengejar redha Allah swt..tetapi,lain yang kita perlakukan dalam kehidupan seharian kita.. contoh paling mudah boleh kita perhatikan di kampung kita sendiri di Malaysia..b...

Fadhilat Solat - hadith 6

Ibnu Mardawih meriwayatkan daripada Ka'ab Al-Akhbar ra,dia telah berkata: "Demi Allah yang menurunkan Taurat kepada Musa as dan Injil kepada Isa as dan Zabur kepada Daud as dan Al-Quran kepada Muhammad saw bahawa ayat-ayat yang di bawah ini adalah diturunkan berkenaan dengan mengerjakan solat-solat fardhu dengan berjemaah di tempat di mana azan dikumandangkan: "Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil supaya bersujud tetapi mereka tidak kuasa;(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah lagi mereka diliputi kehinaan;dan sesungguhnya mereka dahulu(di dunia) diseru untuk sujud,dan mereka dalam keadaan sejahtera."-(Surah Al-Qalam:42-43)" Kebesaran 'Saq' adalah satu macam kebesaran yang akan dilihat pada hari Hisab.Semua umat Islam akan sujud apabila melihat kebesaran ini,tetapi sebahagian orang di mana tulang belakangnya keras dan tidak boleh sujud.Mengenai siapakah mereka itu maka bermacam-macam tafsir telah diberikan oleh pelbagai mufassir.Me...

Sedikit pengisian

berikut adalah sedikit pengisian yang ditulis oleh Mus..sama-sama kita renungkan.. Pagi tadi time tilawah ada ayat 3:91, tapi tak sempat nak kongsi artikel kat bwh. Ana translate b. melayu mana yg mampu je yer. :D original Bismillah. Allah berfirman dalam Qur’an: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ الأرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ Sungguh orang-orang yang kafir dan mati dalam kekafiran, tidak akan diterima (tebusan) dari seseorang di antara mereka sekalipun (berupa) emas sepenuh bumi, sekiranya dia hendak menebus diri denganya. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang pedih dan tidak memperoleh penolong.. (3:91) Perkataan yg digunakan untuk kapasiti bumi dalam ayat ini ialah Mil al-Ard. "Mil" digunaakan untuk kuantiti yg ada dalam vessel (adik beradik mangkuk/cawan) . Jadi mil al-ard ni dituju kepada isipadu/ kuantiti/berat bumi ni Siapa yang mat...

Mengemis Kasih - The Zikr

Mengemis Kasih - The Zikr Tuhan dulu pernah aku menagih simpati Kepada manusia yang alpa jua buta Lalu terheretlah aku di lorong gelisah Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah Semalam sudah sampai ke penghujungnya Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu Tak ingin lagi ku ulangi kembali Gerak Dosa yang menghiris hati Tuhan dosaku menggunung tinggi Tapi rahmat-Mu melangit luas Harga selautan syukurku Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi Tuhan walau taubat sering kumungkir Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi Bila selangkah kurapat pada-Mu Seribu langkah Kau rapat padaku

Si hidup terhadap si mati

dengar ceramah Ustaz Azhar(tajuk Bilal Beranak) lagi sambil masak2..dengar pasal upah haji.. "si mati yang tinggalkan hartanya,maka wajiblah kepada orang yg terdekat untuk selesaikan segala hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan.hutang dengan manusia itu wajib,tapi hutang dengan Allah itu lebih utama." maka harta yang ditinggalkan tu kena la guna buat bayar fidyah kalau si mati tinggalkan puasa beberapa lama.kalau belum tunaikan haji,kena guna buat bayar upah haji dan sbgnya.lepas selesai hutang tersebut barulah dibenarkan untuk selesaikan hutang manusia dan seterusnya dibahagikan antara waris-waris. xtau la plak pasal benda ni.first time dengar rasanya.sambil masak jgak la kol ayah aku tny pasal benda ni kot kot x selesai lg ke untuk arwah mak n abang aku yang meninggal sebelum ni.ingtkan ayah aku xtau.rupa2nya dia tahu.alhamdulillah..harapnya terlaksanalah segala perkara yang dipertanggungjawab tu.. aku memang baru la pasal benda ni..risau jgak kalau xtau..bukan si ...

Banduan akhirat - Ustaz Azhar

jom kita dengar berita akhirat Banduan Akhirat - Ustaz Azhar Idrus

Kotoran.

"Uish!!Debu ni,serabut sungguh..Abih kotor baju aku.." "Aaaa...Abis baju baru aku kena kuah kari ni..Baru beli..Mahal ni.." Dialog yang biasa kita dengar bila kotoran kena pada pakaian@badan kita..Betapa concern nya kita pada kekotoran yang terkena pada badan..Kan bagus kalau kita alert macam ni jugak terhadap kotoran pada hati kita.. Hari-hari hati kita disaluti dengan dosa..ada juga sinar pahala,tapi cukupkah sudah sinar pahala itu untuk selubungi selaput dosa yang melekat di hati kita?Sama-sama kita muhasabah diri..Iman di dalam hati umpama mutiara perlu sentiasa digilap dengan amal-amal ibadah serta dengan mengingatiNya..Hak badan adalah makanan,hak akal adalah ilmu,hak rohani kita adalah amal ibadah seharian..Bahkan setiap tulang dalam badan kita perlu diisi dengan zikrullah setiap pagi dan petang..ataupun kita sempurnakan hak tulang dengan tunaikan solat dhuha setiap pagi.. Banyak sebenarnya hak yang belum aku tunaikan untuk rohani..Perasaan juga perlu dibaja ...

Hadith 15(Fadhilat zikir)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahwa Uthman r.a. dalam mentafsirkan ayat Al-Quran:"Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua(iaitu kisah dua orang anak yatim yang diceritakan secara panjang lebar di dalam surah Al-Kahfi)" berkata bahawa itu adalah kepingan emas yang tertulis padanya tujuh baris yang bererti: 1)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tapi ia masih bergelak ketawa. 2)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya. 3)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu. 4)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya perhitungan terhadap dirinya,tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan. 5)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka Jahannam,tetapi ia masih...

Perkataan Ghazali Rahimahullah.

Adapun bahagian kedua ilmu muamalah iaitu ilmu mengenai keadaan hati.Adapun yang berbentuk pujian adalah Sabar, Bersyukur, Memiliki rasa takut, Rasa mengharap, Zuhud, Takwa, Rasa puas, Dermawan, Mengenal pemberian Allah swt pada setiap keadaan, Berbuat baik, Berprasangka baik(positif), Berakhlak baik, Bergaul dengan baik jujur dan ikhlas Mengetahui hakikat keadaan ini,hudud dan sebabnya yang dapat melahirkan hasilnya,mengetahui tanda-tanda dan cara mengatasinya,maka dirinya tidak akan lemah dan terus mengalami kekuatan hingga kembali kepada Allah swt nantinya. Adapun yang berbentuk celaan adalah di antaranya Perasaan takut dengan kemiskinan, Dengki, Dendam, Iri hati, Mencari darjat tinggi, Mencari pujian orang ramai, Menyukai hidup di dunia untuk bersenang-senang, Sombong, Riak, Suka marah, Suka mencari musuh, Tamak, Pelit dan kedekut, Angkuh, Suka membanggakan diri, Suka menyakiti hati orang lain, Suka menjilat dan mencari muka, Bengis, Gelabah dan tidak berhati-hati, Kasar tutur kata...

Musim sejuk tiba

Image
rasa macam baru minggu lepas aku tangkap gambar ni..musim luruh yang penuh dengan daun-daun yang merah dan kuning..memang indah ciptaanNya.. semalam hari sudah makin sejuk dengan suhu 2℃ paginya dan bertambah sejuk pada malamnya..x sedar pulak yuki(salji) turun malamnya..bangun pagi semua sudah putih diselubungi yuki..uwaaa... balik kelas tengah hari tu main hembus-hembus nafas bagi nampak macam asap..haha..best best..amik yuki yang tebal sikit,padatkan pahtu baling kat kohai..adoi..macam budak-budak plak..tp tu lah..yuki bukan selalu jumpa..jakun pun jakun la.. paginya ok lagi nk berjalan sebab yuki masih lembut..masuk waktu petang jalan mula licin..so,berhati-hatilah berjalan musim sejuk ni..esok lusa pun hari yang sejuk akan bertambah sejuk..ki wo tsukete na..

Ceramah Ustaz Azhar

Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Ingatlah Kematian - Fatim

ingatlah kematian - Fatim Ingatlah kematian itu dari detik ke detik Dan dari saat ke saat Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit Tidak pun sakit boleh mati juga Oleh itu jangan senang hati kematian pasti kan berlaku Tunggulah kematian dari nafas ke nafas Agar kita tidak angan-angan melalaikan Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu Kerna kematian kita tidak tahu Ingatlah mati di dalam sebarang hal Agar kita sentiasa gentar dengan tuhan Oleh itu bersiap sedialah Mengusahakan iman dan takwa Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi Hidup di dunia hanya sekali Bila pergi tak akan kembali Tersilap di dunia padahnya diterima di sana Mengapa kita belum pun menambah amalan Sedangkan umur makin lama berkurangan Pabila sudah sampai ke sempadan Kan menyesal..... Oleh itu bersiap sedialah Mengusahakan iman dan takwa Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi Hidup di dunia hanya sekali Bila pergi tak akan kem...

Nilai pada pandangan

"Tahniah kerana anda telah lulus untuk bekerja di syarikat kami sebagai ketua jurutera.Gaji anda sebulan sebanyak RM3500.Tapi,kami akan bayar di padang mahsyar kelak." Apa agaknya akan dijawab oleh si jurutera tersebut?Semua tentu dapat duga macam mana reaksi si jurutera tersebut.Itu hanyalah sebuah analogi untuk menunjukkan erti nilai yang tertanam dalam hati setiap manusia pada masa kini iaitu hanyalah terletak semata-mata pada nilai wang ringgit.Pendek kata,semua perkara yang diperbuat,mesti hendak kita kaitkan dengan wang ringgit. Fikiran semacam inilah yang telah melupakan kita dengan kehidupan akhirat yang lebih penting untuk diutamakan.Kalau dalam kehidupan seharian kita hendak kaitkan dengan wang ringgit,kenapa tidak kita kaitkan sahaja segala tindak tanduk kita dengan ganjaran pahala utk kehidupan akhirat kelak? Ramai manusia zaman ini dilalaikan dengan kehidupan dunia.Sahih sungguh firman Allah swt di dalam Al-Quran: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal ...

dengar ceramah dengar lagu?

Sambil duk jinak jinak dengar ceramah Ustaz Azhar ni,baru perasan yang ramai anak muda skrg ni lebih suka dengar muzik berbanding dengan dengar ceramah agama itu sendiri..humm..pandai sungguh golongan Yahudi la'natullah ni..sapa yang tertipu?pemuda pemuda Islam yang terkena..salah siapa?tepuk dada tanya hati..dou ka ne..salah diri sendiri jugak yang melebihkan hiburan melebihi tuntutan belajar ilmu agama..rosak akidah sungguh..astaghfirullahal'aziim..sapa?aku jgak terlibat.. Tapi memang inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ni..masa muda-muda,ramai je yang fikir nak main je..bila tua baru nk pikir pasal nk gi masjid semua..sapa la tau nyawa ni sempat bernafas ke tidak lagi esok hari..bodoh sungguh naluri manusia yang ikut nafsu ni..haissssh…nak dengar lagu lagi ke?sila je kalau banyak dengar lagu lagi sampaikan solat pun pikir pasal lagu memang tahap teruk la..solat solat ni perjumpaan kita dengan Allah..tp kepala otak duk pikir pasal lagu je....

Yakinkah kita

Ada satu cerita yang terasa sangat bernilai untuk dikongsi bersama.Cerita ni aku dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus..best best..hehe..isi dia berkaitan dengan akidah umat Islam.. 'Ada sorang manusia ni pergi jumpa dengan seorang ulamak minta panduan untuk bertaubat.Lalu,ulamak ni pun bertanya la kepada dia,"Apakah dosa kamu yang menyebabkan kamu ni bersungguh-sungguh macam ni untuk bertaubat?" Jawab hamba ni,"Di kampung aku susah sangat nak dapatkan kerja untuk dapatkan duit,maka aku curilah kain-kain kafan mayat yang baru ditanam untuk dijual.Mana yang aku curi,aku jual selepas aku basuh kain tersebut." Tanya lagi ulamak tersebut,"Banyak mana telah kamu curi?" Jawab hamba tersebut,"Setakat ni sudah masuk 100 kali.Dan dalam banyak tu,aku jumpa satu sahaja mayat yang mengadap ke arah kiblat.Yang lain semuanya mengadap matahari.Kenapa perkara ni terjadi?" Jawab ulamak tersebut,"Tiada lain dosa disebabkan takut tidak dapat rezeki" ...

Seberapa Besar Hati Kita Mengagungkan Allah? - dipetik dari yahoo Generasi group

Saudaraku, Mungkinkah orang yang banyak berdosa, menyisakan hati yang mengakui keagungan Allah swt? Banyak orang mengira jawabannya, tidak. Mereka mengatakan, hanya orang shaleh yang mampu memiliki hati yang menyimpan kebesaran dan keagungan Allah swt. Sementara pelaku dosa dan yang bergelimang kemaksiatan, mereka termasuk kelompok orang yang tidak mendapat rahmat Allah, dan ini artinya tidak ada pengakuan dalam hati mereka terhadap kebesaran dan keagungan Allah swt. Saudaraku yang dikasihi Allah, Dosa dan maksiat memang pasti memberi dampak pada orang yang melakukannya. Begitu pun ketaatan yang pasti memberi pengaruh pada orang yang melakukannya. “Kebaikan itu menyinari wajah, memberi cahaya dalam hati,membuka keluasan rejeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati makhluk. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rejeki dan memunculkan kebencian di hati makhluk.” Demikian ungkapan Ibnu...

Ad-Dukhan

selesai solat asar,alhamdulillah seperti biasa diberi kekuatan untuk baca Al-Quran dengan terjemahannya sedikit.bak kata Aziz(bro Arab kat sini),paling kurang kita kena baca 1 juz Al-Quran setiap hari supaya tidak digolongkan dalam golongan mereka yang meninggalkan Al-Quran di belakang.tiada juga kekuatan tu lagi dalam diri aku yang lemah ini..azam tambah lagi mukasurat bacaan Al-Quran setiap hari insyaAllah.. masa aku baca Al-Quran tadi,terjumpa dengan satu ayat ni yang cukup menggerunkan bagi hambaNya yang berdosa; Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahanam. (Surah Az-Zukhruf : 74) betapa sedihnya berita ini kepada diri yang berdosa ini.ya Allah,ampunilah dosaku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dan juga dosaku yang aku lakukan tanpa aku sedari ya Allah..jika Engkau tidak ampuni ya Allah,kepada siapa lagi dapat aku mengadu. selesai surah Az-Zukhruf,terus sambung ke surah Ad-Dukhan.tiba di ayat...

Fadhilat Solat - hadith 5

"Ada seorang bertanya kepada Ibnu Abbas r.a. bagaimanakah dengan seorang yang berpuasa sepanjang hari dan bersolat nafil sepanjang malam tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat?Ibnu Abbas r.a. menjawab bawaha dia ada;ah penghuni neraka Jahannam." Orang seumpama ini,oleh kerana dia seorang Islam,mungkin dia dibebaskan dari neraka tetapi siapakah yang tahu berapa lamanya dia terpaksa tinggal di dalam neraka itu. Para ahli sufi dan para syeikh amat mementingkan zikir dan solat nafil serta menganggap ini satu amalan soleh padahal mereka tidak mementingkan solat berjemaah.Maka hendaklah selalu diingat bahawa tidak ada orang yang boleh mencapai darjat kesolehan kecuali dengan benar-benar mematuhi amalan-amalan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. Adalah dinyatakan di dalam sebuah hadith bahawa Allah s.w.t. mengutuk 3 jenis manusia iaitu: 1. Seorang imam yang mendesak mengimami orang di sesuatu tempat dalam solat padahal mereka benci padanya kerana s...

Fikir

"Learning without thinking is useless,and thinking without learning is dangerous". itulah salah satu ungkapan yang dapat aku tangkap dari ulangkaji ceramah ustaz pada summercamp yang lepas..tiada yang benar melainkan benar sungguh ungkapan ini.. dapat kita perhatikan sangat-sangat perkara ini dalam persekitaran hidup kita.berapa ramai manusia yang belajar sesuatu perkara,tetapi tiadanya fikir dan proses atas perkara yang dipelajarinya itu,perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam hidupnya.berapa ramai orang Mesia sendiri yang banyak pengetahuannya,tapi ceteknya proses serta pengamalan terhadap ilmu tersebut,maka tiada faedah yang dapat digarap daripada ilmu yang dipelajarinya itu. fikir,tanpa adanya ilmu pula lebih parah akibatnya.dari sini la wujudnya pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan tabi'e manusia,ajaran sesat juga berleluasa akibat fikiran manusia yang jahil dalam bidang ilmu. tiada fikir yang lebih baik daripada fikir untuk memajukan agama Allah di muk...

Sifat Mahmudah - Hijjaz

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA ( korus ) Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya Yang bermujahadah 2X Ikhlas itu jiwa yang murni Rahsia Allah di dalam hati Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan Jika disuluh dengan saksama Nista dan puji tiada berbeza ( ulang korus ) Redha sifat hati yang suci Ujian yang tiba rasa gembira Atau tiada apa terasa Kerna menerima anugerah Tuhannya Kerna menerima anugerah Tuhannya Sifat Sabar sedikit berbeza Ujian yang menimpa sakit dirasa Tapi dapat ditahan perasaannya Hanya bermain di dalam sahaja Di luar tidak nampak terang nyata ( ulang korus )

PEMUDA PADA MASA LALU(dipetik dari mail Cikgu Jamil-Sester)

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.” [Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu] Begitulah keadaan setiap anak Adam di hari akhirat kelak. Tidak akan ada seorang pun yang akan mempunyai kuasa bahkan ke atas dirinya sendiri. Setiap anak Adam hanya menunggu dan menanti keputusan Allah s.w.t. Pemilik Hari Pengakhiran. Namun antara satu aspek penting yang dapat kita pelajari dari hadis di atas adalah penekanan yang Rasulullah s.a.w. berikan pada usia setiap anak Adam. Rasulullah s.a.w. mengulang kembali isi tentang usia dengan merincikan ia kepada masa muda bagi anak Adam, untuk apa ia dipergunakan. Tidak dapat tidak, amat perlu untuk kita menilai kembali kepentingan dan signifikasi masa ...

Summercamp 2008

Image
alhamdulillah perjalanan aku ke tpt program summercamp kali ni selamat dari perkara yang x diingini berlaku.. gmbr sepasang shinkansen sebelah menyebelah dari hachinohe ke sendai dari sendai aku amik densha biasa sampai la ke destinasi terakhir perjalanan.. program kali ni agak berbeza dengan program2 sbelum ini yang melibatkan bilangan peserta ikhwah melebihi bilangan peserta akhwat..nandedarou ne..pepun,byk perkara dapat dipelajari dari program kali ni yg insyaAllah diharapkan bermanfaat utk diri dan agama..moga perkara yang dipeljari dari Ustaz Hasrizal yg datang dari Mesia dapat aku manfaatkan di lain2 masa dan ketika dalam mencapai kesempurnaan agama.. peserta program bersama Ustaz Hasrizal tahniah juga kepada semua ajk2 yang berkhidmat dengan sepenuh tenaga dalam menjayakan program kali ini..insyaAllah sama-sama kita perbaiki lagi mana kelemahan yang ada demi kebaikan bersama..kepada yang berkorban tu,moga mendapat ganjaran pahala yang besar dari sisi Allah swt..nk video pengisia...

13 hb 8

hummm...lama gila x update..uwaaa...tapi tu ah..mcm2 terpikir sebenarnya sepanjang masa x update ni..cuma xde mood je nk menaip..huhu..strt je exam hari tu terus hang otak utk menaip blog..adeh..exam alhamdulillah bereh kot..tinggal 化学 je mcm 微妙..huhu..dah la 化学 tu subjek penting utk naik 4年生..adeh lagi..ingtkan soklan sama ngn soklan yang dia bagi masa kelas..予想外れちゃった.. skrg da pun masuk cuti.strt dari hari ni sampai la 30 hb 9 insyaAllah..mula dengan perjalanan ke Summercamp IPIJ then balik Mesia 20 hb ni..yahhho!!!sampai 27 hb 9 blik sini blik..sebulan 7 hari je lepak Mesia..sapa nk jumpa tu sila buat appointment la no..keke.. mcm mana pun,byk lagi keja dakwah yang perlu dijalankan..sampaikan kalam Tuhanmu dan sabdaan-sabdaan rasulNya sepanjang masa..bukan cuti bermakna dakwah pun cuti..salah tu sheikh..dakwah kena sepanjang masa..kalau tidak,syaitan akan dakwah kita kepada kemurkaan Allah swt..na'udzubillah..selalu je syaitan ni goda hati manusia..24 jam tanpa henti..mcm mana n...

Epilog Seorang Mukmin

Epilog Seorang Mukmin - Hasnul Jamal Orang mukmin yang sejati Jika terbuat dosa Hatinya luka punah sedih dan derita Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah Kalau pun sembuh... dari lukanya Namun parutnya.. masih ada Begitulah halus perasaan Seorang hamba yang berdosa Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa Bagaimana dia boleh melupakannya Kerana parutnya masih ada Ertinya ingatannya pada dosa Tak boleh dilupakannya Teringat sahaja Jiwanya tersiksa Teringat sahaja Hatinya derita Payah sekali dia Mahu melupakannya Perasaan ini anugerah Dan nikmat dari tuhannya Takut dengan dosanya itu Jadi syafaat padanya Tersiksa dengan dosa Derita dengan kesalahan Dianggap oleh Allah itulah Hukuman pada hambaNya Moga di akhirat kelak terselamat Daripada siksa neraka Begitulah hati seorang mukmin Sentiasa sahaja ia bergelora Kerana takut dengan tuhannya Lebih lagi setelah terbuat dosa

Sami Yusuf - Asma Allah

Rahim Karimun 'Adim 'Alimun Halim Hakimun Matin Mannan Rahmaanun Fattah Gaffarun Tawwab Razzaqun Syahid Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad Ya Muslimin shallu alayh Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad Ya Mu’minn shallu alayh Latif Khabirun Sami’ Basirun Jalil Raqibun Mujib Ghafuur Syakuurun Waduud Qayuumun Ra’uuf Shabuurun Majid Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad Ya Muslimin sallu alayh Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad Ya Mu’mineen shallu alayh Allahu Akbar Allahu Akbar La ilaha illa hu Al Malikul Quddus Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Rahmanul irham da’fana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Ghaffaru ighfir dhunubana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Sattaru ustur 'uyubana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Mu’izu a’izza ummatana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Mujibu ajib du’aana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya latifu ultuf bina

Bertemu dengan Weloth dan Jankowski

Sampai Muroran ni la pertama kalinya aku ditemukan dengan missionary Kristian yg dari kategori Mormon nye..bila pertama kali jumpa aku tengok terasa sedih n kesian plak tergambar dalam pandangan mata dia ni..sorang ni nama Jankowski n lagi sorg nama Weloth..berkorban skit utk agama katanya..utk sampaikan kalimat Tuhan..subhanallah..kandou jgak la ngn pengorbanan dia utk agama..tp,aku?pengorbanan apa penah aku buat utk agama Islam yg aku cintai?astaghfirullahal'aziim.. teringat plak korban2 dalam jemaah tabligh..dalam jemaah tabligh kita biasa dengan korban 3 hari,40 hari,4 bulan n 1 tahun utk alim ulama..tp,dua org yang aku jumpa ni bkn 40 hari,bkn 4 bln,tp 2 tahun utk buat keja keagamaan..belanja sedia sendiri sebelum datang sini,katanya la..arapnya dia x menipu la..tp,aku mmg percayakan apa yg dia ckp..Jankowski n Weloth.. pertemuan pertama dengan mereka mengajak aku untuk duduk semeja di shokudou dengar dia bercerita pasal ajaran yg ada dalam Mormon..basic akidah diorang sama je...

Kalimah Tayyibah

Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah dengan ikhlas,dia akan dimasukkan ke dalam syurga."Lalu ditanyakan kepada baginda:"Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram." Keterangan: Yakni apabila seseorang yang telah tertegah daripada melakukan perbuatan yang haram dan yakin terhadap kalimah La ilaha illallah maka pasti ia akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi sebaliknya,jika ia tidak tercegah daripada melakukan perbauatan-perbuatan yang haram maka setelah menerima siksa,lambat laun dengan berkatnya kalimah La ilaha illallah dia pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.Kecualilah jika ia melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat sehingga ia terkeluar dari keimanan dan Islam,itu adalah persoalan lain. Faqih Abdul Laith as-Samarqandi rah.a. menulis di dalam kitabnya,Tanbih al-Gha...

Mati tengah mengajar

dalam video ni org yg uploadkan suh tgk bahagian dahi ustaz ni..nampak perubahan sikit kat dahi tanda ruh diambil dari ubun kepala...wallahu'alam.. bagaimanapun,keadaan matinya ketika mengajar agama Allah swt..betapa mulianya..moga rohnya diterimaNya..amiin..bagaimana dengan kita..andai kita mati sekarang n ketika ini,selamatkah kita dari azab Allah swt?sahih sudahkah amal dan akidah kita kepada Allah swt?yakinkah kita dengan janji-janji Allah swt dan rasulNya saw melalui perintahNya dan laranganNya?semua berkaitan dengan iman yakin kita..kiranya hati kita yakin dengan makhluk yang tidak kekal ini,maka bersedialah untuk menerima azab dari Allah swt.. yakinnya para sahabat r.a.hum dengan kata-kata dan perbuatan Rasulullah saw sehinggakan sanggup mereka korbankan harta benda,masa dan diri mereka untuk laksanakan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw..bukan sahaja para sahabat..bahkan Ubay bin Khalaf yang merupakan salah seorang dari kafir Quraisy turut yakin dengan kata-kata Nabi saw.....

Syahadah

Kalimah Syahadah dengan La ilaha illallah.Perkataan ‘Ilah’ di dalam kalimah ini bukan disabitkan dengan perkataan rab,tetapi dengan perkataan ‘Ilah’ itu sendiri telah membawa maksud yang amat besar bezanya dengan perkataan rab itu sendiri. Ilah boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu; 1) Yang disenangi(Al-marghub) Membawa maksud perkara-perkara yang kita senangi untuk meminta apa-apa pertolongan melaluinya.Dicontohkan seperti kita meminta bantuan makhluk selain Allah bila kita mengalami apa-apa kesusahan.Sedangkan dalam apa-apa pun perbuatan kita berhajatkan kepada bantuan Allah swt.Firman Allah swt ; Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al-fatihah : 6) 2) Yang dicintai(Al-mahbub) Meliputi segala perkara yang dengannya kita sanggup untuk lakukan apa sahaja dengan segala pengorbanan melebihi perkara-perkara lain.Kecintaan manusia terhadap makhlukNya seperti suami isteri,anak-anak,wang ringgit dan lain-lain yang meleb...

Selamatkah iman kita dari syirik padaNya?

10 Jenis Tangis

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis 1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati. 2. Menangis karena rasa takut. 3. Menangis karena cinta. 4. Menangis karena gembira. 5. Menangis karena menghadapi penderitaan. 6. Menangis karena terlalu sedih. 7. Menangis karena terasa hina dan lemah. 8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis. 10.Menangis orang munafik - pura-pura menangis. "...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ??? Ada tangisan yang sangat di cela umpama...

1 2 3 4 - Aris

1,2,3,4 - Satu, kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satu Dua, sayang berpanjangan membawa ke syurga Kasihnya Ibu Tiga, lapar dan dahaga, rela berpayahan Setianya Ayah Empat, mudah kau ketemu, perhati selalu Beza antara kasih dan kekasih Ibu Ku ingat dahulu menyisir rambutku kemas selalu Ayah Menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa Sayang dengar lagu ini untuk kau sandarkan buat pedoman Jangan manis terus di telan pahit terus di buang Itu bidalan harus kau renungkan Andai kau beroleh bahagia Ingat itu bukan untuk selamanya Andai kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya Hidup ini sementara

Solat Sambil Berjaga-jaga

Sewaktu pulang dari suatu gerakan ketenteraan,Nabi saw telah bermalam di suatu tempat.Baginda bertanya: "Siapa yang hendak menjaga khemahku malam ini?" Ammar bin Yasir dari kaum Muhajirin dan Abbad bin Basyar dari golongan Ansar telah menawarkan diri masing-masing untuk mengawasi khemah Nabi saw.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjafa-jaga di kemuncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabi saw berehat.Kata Abbad kepada Ammar: "Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat melelapkan mataku." Ammar bersetuju.Dia pun merebahkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya,Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panahnya yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masuk berdiri tegak itu,si peninjau tadi kemudian melepaskan lagi dua anak panahnya.Abbad kemu...

Kiamat?Mati?

Perkara hangat bila dibincangkan ialah pasal kiamat..kalau kita bercerita pasal kiamat,ramai yang akan rasa takut dan nk beramal..subhanallah.. di sini ada jumpa artikel pasal benda ni..dalam blog ni dia ckp bahawa dajjal akan kuar x lama da akhir summer tahun ni..semua yang dengar mesti akan gerun..aku pun gerun jugak la..huhu..mana x nye,hari kiamat..hari yang penuh huru hara dan kacau bilau..wallahu'alam..tp,ini juga merupakan salah satu dari rukun iman kan..Allahurobbi.. tapi,dalam kita kerisauan dengan hari kiamat,kita tidak sedar bahawa kematian itu lebih dekat dengan kita daripada hari kiamat itu sendiri..mengapa tidak kita bersiap sedia sepanjang masa?sedangkan masa tidak pernah menunggu kita..bak kata pepatah melayu,rumah kata pergi,kubur kata mari..tp,mana pergi amalan kita?apakah perlakuan kita seharian penuh dengan ibadah kepada Allah swt?ataupun kita telah menghambakan diri kita kepada makhluk Allah swt sepanjang masa?astaghfirullahal'aziim..aku pun byk lagi meleb...