Dalam sebuah hadithnya,Rasulullah SAW bersabda; "Perasaan takutkan Allah merupakan sumber kebijaksanaan." Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah sehingga matanya menjadi buta.Katanya kepada seorang yang selalu memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis?Matahari pun menangis kerana takutkan Allah." Pada suatu hari,Nabi SAW telah melalui seorang sahabatnya yang sedang membaca al-Quran.Apabila si pembaca tadi sampai kepada ayat: "Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(ar-Rahman:37) Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak lalu dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya: "Aduh,apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini." Nabi SAW berkata kepadanya: "Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama." Jawapan yang sama juga telah diberi oleh Nabi SAW kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan solat Tahajjud. Pada su...
menulis untuk memesan diri yang sentiasa alpa