~Sedikit perkongsian~
Dalam kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan kisah yang saya perolehi dari adik saya sendiri. Namun asal usul kisah ini tidak pula saya ketahui. Insya Allah, ada pengajaran dari kisah tersebut. Kisahnya begini..
Terdapat pasangan kekasih yang saling menyintai. Sememangnya seakan-akan tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Saya namakan si jejaka sebagai A dan si dara sebagai B.
Cinta mereka membuatkan mereka terlalu menggilai pasangan mereka. Suatu ketika ketika terlalu asyik mengingati B, A melintasi seseorang yang sedang solat. Maka lelaki yang sedang solat itu menjadi berang dan memarahi si A.
Si A akhirnya berkata kepada lelaki yang sedang solat itu, “Aku melintasimu kerana aku terlalu asyik mengingati kekasihku, tapi bagaimana dengan dirimu? Kau sedang berhadapan dengan Rabb yang agung. Masih adakah sesuatu yang membuatmu lalai dari mengingatiNya ketika solat?”. Kata-kata si A membuatkan lelaki yang sedang solat itu sedar akan kesalahannya.
Kadangkala cinta kita kepada manusia mengatasi cinta kita kepada Allah. Kadangkala kita lalai dari mengingati Allah dan tidak takutkan azabnya.
Suatu hadis mengatakan, "Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal".
Moga hadis ini memberi kekuatan buat kita untuk melindungi rasa cinta pada manusia yang tidak ke mana. Moga kita menjadikan cinta Allah lebih agung dari cinta manusia seperti kisah Saidina Abu Bakar r.a.
Dalam peperangan Badar, Saidina Abu Bakar r.a berperang dengan anaknya sendiri yang tidak memeluk Islam lagi saat itu. Anaknya seringkali mengelak dari bertembung dengan Saidina Abu Bakar kerana bimbang terpaksa memerangi ayah sendiri.
Setelah beberapa tahun, setelah si anak memeluk Islam, dia meluahkan isi hatinya pada si ayah. “Ayahku, sewaktu peperangan Badar, saya sering mengelak dari bertembung dengan ayah kerana bimbang akan melukai dirimu. Saya sayangkan ayah meskipun kita berbeza keyakinan".
Apa pula yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar r.a? “Demi Allah, sekiranya aku bertembung denganmu, pasti aku akan memancung kepalamu.”
Hebat sekali cinta Saidina Abu Bakar r.a kepada Allah berbanding cintanya kepada anak kandungnya sendiri. Moga kisah ini akan membuatkan kita tidak ragu-ragu untuk memutuskan cinta pada kekasih yang tidak halal bagi kita. Percayalah setiap perbuatan kita untuk mengelak sesuatu yang tidak baik pastinya akan diganjari Allah dengan sesuatu yang lebih baik.

Comments