~Jom Tadabbur~
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Moga sentiasa dalam rahmatnya.
Hari ni, kita tadabbur ayat Al Quran sebentar. Merenungi makna hakikat ciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.
Sebelum tu, dah baca Al Quran hari ni? Bacalah. Seronok berkomunikasi dengan Al Quran. Kalau tak faham bahasa Arab, gunakan Quran tafsir. Kalau ada masalah, minta petunjuk dari Allah dan selak mana-mana muka surat Al Quran. Pasti kita akan menemukan petunjuk dari kitab agung tersebut.
Hari ni kita belajar berkenaan surah Al Kahfi ye. Bermula dari ayat 32- 46. Di bawah ni, saya sertakan terjemahan maknanya. Tapi tak seronok kalau sahabat baca maknanya sahaja. Kena baca ayatnya sekali. Buka Al Quran ye. Seronok lagi kalau kita faham bahasa Arab. Berusahalah untuk belajar bahasa Arab. Ianya adalah salah satu syiar Islam.
Dalam kehidupan ini, ada kalanya kita akan melalui satu keadaan di mana kita kurang tidur, kurang makan dan lainnya. Tapi percayalah, santapan rohani akan memberi motivasi buat kita untuk terus hidup.
[32] Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
[33] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Ayat ini menceritakan kisah dua orang pemilik kebun. Kebun yang begitu subur.
[34] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai.
Salah seorang daripada pekebun tersebut begitu bongkak. Dia berbangga kerana mempunyai harta yang banyak, pengaruh dan pengikut.
[35] Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
[36] Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu) , tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Dia begitu takabur dan merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya.
[37] berkatalah rakannya kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
[38] Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
[39] Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.
[40] Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
[41] Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi.
Ayat ini maknanya begitu mendalam. Seorang sahabat memberi teguran dengan hikmah buat sahabatnya yang lain. Dia tak cakap pun, “Eh, kenapa kau cakap cam gini? Ko tak sedar ke ni semua milik Allah?”
Camane dia cakap? Camane dia approach sahabat dia? Dia ajak sahabat dia merenung kembali hakikat ciptaan manusia itu sendiri. Kita dicipta dari air benih yang hina. Begitu hina. Kalau ada kat tanah, ayam pun tak sudi nak patuk. Kalau kita sendiri melihatnya, kita tak lalu nak makan. Hinanya manusia itu. Tapi Allah mencipta kita dan menjadikan kita sebagai manusia. Sebagai khalifah di muka bumi Allah untuk berubudiah kepadaNya.
Ayat ni mengajak kita merenung hakikat makna persahabatan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat sahabat tu. Realiti dunia yang ada menunjukkan kalau ada manusia yang popular, ada harta, pengaruh dan pengikut , maka secara tak langsung manusia lain akan mula mengipasnya. Kalau dalam konteks ayat tersebut, barangkali kita akan mengatakan, “Betullah, kebun ko cantik, luas. Ko ni memang kayalah. Hebat betul ko ni”. Dan di penghujungnya, barangkali kita akan meminta kebenaran untuk berkelah bersama keluarga di kebun tersebut.
Tapi dalam ayat ini, tidak berlaku begitu. Allah tunjukkan kita jenis sahabat yang baik. Siapa yang tak suka dikipas? Tapi sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang berkata benar mengenai sahabatnya. Memang pedih bila ditegur. Kadang rasa tak boleh tidur bila kena tegur. Rasa nak melenting pun ada. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya teguran tersebut, Itu juga yang saya harapkan dari pembaca blog. Kalau ada sebarang kesalahan, tegurlah saya. Jangan biarkan saya di alam fantasi dan terus-terusan melakukan kesilapan.
Assyahid Imam Hassan AlBanna mengatakan. Taaruf itu bilamana kita memberikan nasihat atau teguran buat sahabat kita, dan sahabat kita tidak terasa langsung. Mendalam kan makna taaruf ni? Kita ingatkan taaruf itu adalah berkenalan, mengetahui tarikh lahir sahabat kita dan lainnya, tapi makna taaruf itu mempunyai skop yang begitu luas.
Kadangkala kita melaungkan kalimah ukhwah, tapi belum ada kesediaan dalam hati kita untuk berterus terang. Kita tinggalkan sahabat kita begitu lama dan membiarkan dia begitu sahaja. Ala kulli hal, hayatilah makna ukhwah itu.
Berkenaan cara teguran tu, ianya adalah salah satu dari parenting skill juga. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mampu membuatkan anak mereka patuh tanpa sedikit pun terasa melalui teguran yang diberikan.
[42] Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!
[43] Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
[44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
[45] Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[46] Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
Kisah ini mudah untuk dihadam tapi pengajarannya sangat berguna. Kisah ini ringkas, tapi Allah menyebut perbualan dua lelaki ini dengan begitu detail, begitu mendalam. Banyak persoalan yang ditimbulkan dari ayat-ayat ini. Adakah salah mempunyai harta yang banyak? Apa maknanya zuhud? Dan bermacam-macam lagi pengajaran yang berguna.
Di akhir ayat ini, Allah bercerita mengenai dunia. Dunia ini tiada maknanya. Dalam sebuah ungkapan ada mengatakan, “Sekiranya dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah, Allah tidak akan benarkan orang kafir untuk minum walau setitik air yang ada di dunia ini”. Faham tak makna ungkapan ni? Bahasa mudahnya, awak dapat melihat orang kafir minum dan hidup senang lenang di dunia ini, bukan? Maknanya yang tersirat, dunia ini memang tiada nilainya di sisi Allah.Kalau kita kaya pun, tak memberi apa-apa makna buat Allah.
Seorang sahabat pernah menanyakan Rasulullah, boleh ke seorang kaya menjadi zuhud? Rasulullah menjawab , boleh. Camane? Bila mana orang tersebut tak rasa apa-apa apabila hartanya berkurang atau bertambah.
Dalam konteks ayat ini sendiri, pekerja tersebut membuat perbandingan. Merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya. Dan semua ini adalah salah. Adalah penting untuk kita mengembalikan segala pujian buat Allah SWT sahaja.
Seandainya suatu hari nanti setelah bergelar doktor dan kita mampu merawat pesakit, ingatlah bahawa kita ini hanyalah instrument Allah sahaja. Kesembuhan pesakit itu adalah kuasa Allah semata.
Itu dahulu buat masa ini. Kita jumpa lagi di masa yang lain. Jangan lupa untuk ‘forward’kan artikel ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Salam perjuangan !!!

Comments