~Jom Tadabbur~
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Moga sentiasa dalam rahmatnya. Hari ni, kita tadabbur ayat Al Quran sebentar. Merenungi makna hakikat ciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Sebelum tu, dah baca Al Quran hari ni? Bacalah. Seronok berkomunikasi dengan Al Quran. Kalau tak faham bahasa Arab, gunakan Quran tafsir. Kalau ada masalah, minta petunjuk dari Allah dan selak mana-mana muka surat Al Quran. Pasti kita akan menemukan petunjuk dari kitab agung tersebut. Hari ni kita belajar berkenaan surah Al Kahfi ye. Bermula dari ayat 32- 46. Di bawah ni, saya sertakan terjemahan maknanya. Tapi tak seronok kalau sahabat baca maknanya sahaja. Kena baca ayatnya sekali. Buka Al Quran ye. Seronok lagi kalau kita faham bahasa Arab. Berusahalah untuk belajar bahasa Arab. Ianya adalah salah satu syiar Islam. Dalam kehidupan ini, ada kalanya kita akan melalui satu keadaan di mana kita kurang tidu...