Skip to main content

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya:
"Apakah gerangan tuan berdukacita?"
Jawabnya:
"Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita."
Umar r.a. berkata:
"Aku mengetahui kalimah itu."
Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya:
"Apakah dia itu?"
Jawab Umar r.a.:
"Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah."
Talhah r.a. berkata:
"Demi Allah,inilah!"

Keterangan:

Kalimah tayyibah mengandungi cahaya dan kegembiraan yang telah ternyata di dalam beberapa beberapa hadith.Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a. menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahawa Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata:
"Kegelapan ada lima macam dan lampu baginya juga ada lima macam,iaitu:
1)Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah taqwa.
2)Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya ialah taubat.
3)Kubur adalah tempat yang gelap dan lampunya ialah La ilaha illallah.
4)Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amal-amal yang soleh.
5)Jambatan sirat al-mustaqim adalah gelap dan lampunya ialah yakin."

Rabi'ah Adawiyah rah.a. adalah seorang wali yang termahsyur.Beliau sangat rajin beribadah semalam-malaman.Setelah terbit subuh sadiq,beliau berbaring sebentar dan apakala subuh sadiq terang jelas maka beliau bangun dengan perasaan gelisah dan berbisik kepada dirinya:
"Sampai bilakah kamu hendak tidur sehingga serunai sangkakala ditiupkan."
Manakala waktu matinya sudah hampir tiba,beliau berwasiat kepada seorang khadamnya,katanya:
"Apabila aku sudah mati,hendaklah kamu kapankan aku dengan baju bulu yang biasanya aku pakai semasa sembahyang tahajjud dan berita kematianku janganlah engkau hebahkan kepada sesiapa pun."
Pendek kata,apabila beliau telah mati,beliau pun dikafankan menurut wasiatnya sebelum itu.Sesudah itu,khadamnya melihat di dalam mimpinya,beliau memakai pakaian yang serba indah.Lantas si khadam tersebut bertanya kepadanya:
"Di manakah baju bulu yang dijadikan kain kafan bagimu itu?"
Jawabnya:
"Baju itu disimpan bersama-sama amalanku."
Si khadam bertanya kepadanya:
"Nasihatilah aku."
Beliau berkata:
"Hendaklah engkau berzikir sebanyak yang mungkin nescaya engkau akan dibanggakan di dalam kubur nanti."

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku