Skip to main content

Fadhilat zikir (hadith 6)

Abu Musa r.a. memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan(kerana Allah) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka berzikir itu lebih utama(daripada orang yang membelanjakan wangnya di jalan Allah)."

Sungguh pun membelanjakan harta pada jalan Allah adalah satu amalan yang paling afdhal sekali,namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya.

Alangkah bertuahnya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaannya pada jalan Allah da di samping itu mendapat taufiq pula untuk mengingati Allah SWT.Di dalam sebuah hadith,telah diberitakan bahawa Allah SWT juga mensedeqahkan(nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu.Namun begitu,tidak ada kurniaan yang lebih besar daripada taufiq untuk berzikir.

Orang-orang yang sibuk dengan perniagaan,perdagangan,pertanian dan dengan pekerjaan masing-masing jika mereka melapangkan masa sedikit sebanyak maka sudah pasti mereka akan memperolehi keuntungan yang tidak terkira banyaknya.Melapangkan masa beberapa jam daripada dua puluh empat jam untuk menyelenggarakan amalan yang terpenting ini tidaklah menyukarkan.Masa yang tidak terbatas banyaknya yang dipergunakan untuk perbuatan-perbuatan yang sia-sia telah menjadi perkara yang lumrah.Jika dilapangkan masa sedikit untuk amalan yang paling utama ini tidaklah memberatkan.

Dilaporkan dalam sebuah hadith bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baiknya hamba Allah ialah yang sentiasa mengawasi peredaran bulan,matahari,bintang-bintang dan bayangan-bayangannya buat menentukan waktu untuk berzikir."

Sungguh pun dewasa ini manusia menggunakan jam,taqwim dan lain-lainnya,namun peredaran masa menerusi peredaran bulan dan matahari itu lebih bermanfaat.Jika sekiranya jam rosak atau waktunya tidak tepat,maka boleh menggunakan taqwim syamsi tadi agar masa yang amat berharga itu jangan tersia-sia.Dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa jika seseorang yang berzikrullah di mana-mana bahagian di permukaan bumi ini maka bahagian itu berbangga ke atas ketujuh-tujuh petala bumi.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku