Posts

Showing posts from December, 2008

Di musim kesejukan

Image
salji turun dengan lebatnya dari minggu lepas..belum pernah aku alami seperti ni sejak datang Nihon..sasuga Hokkaido la..seingat aku yang paling lebat turun pun masa di Gifu 3 tahun lepas.tapi x selebat di sini..dan tambah lagi satu fenomena yang susah ada di belah Honshuu yakni keadaan salji yang membeku di tanah..susah jalan seyh.. di musim sejuk-sejuk ni bertambah lagi la sifat malas nk keluar rumah..duk dalam rumah makan,masuk futon,ngadap pc lagi dan lagi..moga Engkau pelihara iman hambaMu ini agar tidak sejuk lagi beku kerana musim sejuk ni ya Allah amiin... duk buat apa pun,cuba untuk dengar ceramah-ceramah yang ada..insyaAllah..di samping buat keja lain,kita belajar lagi dan lagi tentang agama tercinta:D ceramah Ustaz Azhar makin dilayan,makin best pun ada..alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mendengar ceramah-ceramah..daripada aku tengok tv,baik dengar ceramah bagi mengurangkan kejahilan diri tentang agama aku..bahaya kejahilan boleh membawa diri manusia kepada kekufuran..p...

Yuki turun lagi..

Image
Lebat sungguh yuki turun semalam..dari tengah hari sampailah ke jam 6 petang..kalau naik basikal tu memang mudah terbalik la..motor lagi la kot.. putih je suasana di luar rumah..harapnya hati ini juga putih macam salji di luar rumah tu..huhu..sama-sama menuntut ilmu dengan bersifat seperti padi,makin berisi,makin tunduk..bukannya makin berisi,makin sombong..na'udzubillah..

Apalah yang kita kejar..

Apalah yang kita kejar di dunia yang fana ini..hairan juga bila difikirkan..semua sudah sedia maklum yang hidup ini sementara,hatta sensei kat sini pun tau yang hidup ini sementara..tapi,adakah kita nak samakan kita dengan sensei yang kafir tu? kita sebagai orang Islam yang punya kalimah tauhid La ilaha illallah ni kenalah berbeza cara hidup dengan golongan kafir..sungguh berjaya perancangan Yahudi untuk memesongkan hidup orang Islam supaya bergembira dengan kehidupan dunia seterusnya melupakan tujuan sebenar hidup mereka di muka bumi ni.. aku pun tidak faham dengan sesetengah orang Islam..kita mengaku bahawa kita beragama Islam..tetapi kita lupa apa peranan kita sebagai orang Islam..kita hidup dengan mengikut segala apa yang ada di hadapan kita tanpa menimba ilmu apa itu Islam dengan lebih mendalam..hidup kita untuk mengejar redha Allah swt..tetapi,lain yang kita perlakukan dalam kehidupan seharian kita.. contoh paling mudah boleh kita perhatikan di kampung kita sendiri di Malaysia..b...

Fadhilat Solat - hadith 6

Ibnu Mardawih meriwayatkan daripada Ka'ab Al-Akhbar ra,dia telah berkata: "Demi Allah yang menurunkan Taurat kepada Musa as dan Injil kepada Isa as dan Zabur kepada Daud as dan Al-Quran kepada Muhammad saw bahawa ayat-ayat yang di bawah ini adalah diturunkan berkenaan dengan mengerjakan solat-solat fardhu dengan berjemaah di tempat di mana azan dikumandangkan: "Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil supaya bersujud tetapi mereka tidak kuasa;(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah lagi mereka diliputi kehinaan;dan sesungguhnya mereka dahulu(di dunia) diseru untuk sujud,dan mereka dalam keadaan sejahtera."-(Surah Al-Qalam:42-43)" Kebesaran 'Saq' adalah satu macam kebesaran yang akan dilihat pada hari Hisab.Semua umat Islam akan sujud apabila melihat kebesaran ini,tetapi sebahagian orang di mana tulang belakangnya keras dan tidak boleh sujud.Mengenai siapakah mereka itu maka bermacam-macam tafsir telah diberikan oleh pelbagai mufassir.Me...

Sedikit pengisian

berikut adalah sedikit pengisian yang ditulis oleh Mus..sama-sama kita renungkan.. Pagi tadi time tilawah ada ayat 3:91, tapi tak sempat nak kongsi artikel kat bwh. Ana translate b. melayu mana yg mampu je yer. :D original Bismillah. Allah berfirman dalam Qur’an: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ الأرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ Sungguh orang-orang yang kafir dan mati dalam kekafiran, tidak akan diterima (tebusan) dari seseorang di antara mereka sekalipun (berupa) emas sepenuh bumi, sekiranya dia hendak menebus diri denganya. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang pedih dan tidak memperoleh penolong.. (3:91) Perkataan yg digunakan untuk kapasiti bumi dalam ayat ini ialah Mil al-Ard. "Mil" digunaakan untuk kuantiti yg ada dalam vessel (adik beradik mangkuk/cawan) . Jadi mil al-ard ni dituju kepada isipadu/ kuantiti/berat bumi ni Siapa yang mat...

Mengemis Kasih - The Zikr

Mengemis Kasih - The Zikr Tuhan dulu pernah aku menagih simpati Kepada manusia yang alpa jua buta Lalu terheretlah aku di lorong gelisah Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah Semalam sudah sampai ke penghujungnya Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu Tak ingin lagi ku ulangi kembali Gerak Dosa yang menghiris hati Tuhan dosaku menggunung tinggi Tapi rahmat-Mu melangit luas Harga selautan syukurku Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi Tuhan walau taubat sering kumungkir Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi Bila selangkah kurapat pada-Mu Seribu langkah Kau rapat padaku

Si hidup terhadap si mati

dengar ceramah Ustaz Azhar(tajuk Bilal Beranak) lagi sambil masak2..dengar pasal upah haji.. "si mati yang tinggalkan hartanya,maka wajiblah kepada orang yg terdekat untuk selesaikan segala hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan.hutang dengan manusia itu wajib,tapi hutang dengan Allah itu lebih utama." maka harta yang ditinggalkan tu kena la guna buat bayar fidyah kalau si mati tinggalkan puasa beberapa lama.kalau belum tunaikan haji,kena guna buat bayar upah haji dan sbgnya.lepas selesai hutang tersebut barulah dibenarkan untuk selesaikan hutang manusia dan seterusnya dibahagikan antara waris-waris. xtau la plak pasal benda ni.first time dengar rasanya.sambil masak jgak la kol ayah aku tny pasal benda ni kot kot x selesai lg ke untuk arwah mak n abang aku yang meninggal sebelum ni.ingtkan ayah aku xtau.rupa2nya dia tahu.alhamdulillah..harapnya terlaksanalah segala perkara yang dipertanggungjawab tu.. aku memang baru la pasal benda ni..risau jgak kalau xtau..bukan si ...