SEPUTAR TABLIGH, JEMAAH-JEMAAH & TAJDID SEGAR (bah 1)

Date: Thursday, January 24 @ 10:13:41 EST
Topic: TAJDID SEGAR
Saudaraku,,
adalah satu pelajaran yang sangat berharga dari kesemuanya itu, dimana Allah berikan perbedaan dan pembanding bukanlah untuk menjadikan satu lebih unggul dari yang lain, namun tentunya ia adalah untuk melengkapi satu dengan yang lain. Tubuh kita, bolehlah nak kita lihat, bebedalah ia dalam penciptaan namun tidaklah ia berbeda dalam maksud.

SAHABAT MENULIS:
Assalamu'alaikum ya akhina..
Segala puji bagi Allah, Rob semesta alam yang telah menjadikan perbedaan-perbedaan sebagai wujud keMaha Kuasaan dan fitrah dari penciptaan makhluk dialam semesta. Sholawat dan salam kehadirat Baginda Muhammad Rosulullah SAW, dengan sepenuh pujian dan pengharapan daripad syafa'at.
Saudaraku yang kumuliakan,,
Alangkah indah ruangan yang anda perlazimkan dengan menggunakan nama anda ini, semoga seindah daripada akhlak mulia yang terpancar dari lafadz yang terhitung akan dzikrullah,, amin.
PENJELASAN:
Wlksm.
Segala puji bagi Allah, Ilah sekelian alam yang menjadikan sekian banyak ruang-ruang persamaan antara sekian banyak perbezaan. Selawat dan salam kepada kekasih kita Rasulullah SAW.
Ruangan ‘Bersama Alexanderwathern’ ini pada asasnya adalah seperti yang tertera di bahagian bawahnya sejak ia mula berdiri lebih setahun yang lalu dengan kata “PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan”. C uma dengan kuasa Allah jua yang menjadikannya nampak sedikit ‘besar’ pada hari ini kerana dakwah ‘Tajdid Segar’nya yang tidak memenangkan mana-mana aliran, sebaliknya membawa KEMENANGAN BERSAMA insyaallah.
SAHABAT MENULIS:
Saya nak perkenalkan diri, dengan nama XXXXXXX , insyaAllah sekarang telah menetap di Indonesia dan ingin sekali mendapat kefahaman atas agama yang mulia ini.
Seringkas saya memang telah membaca apa yang anda telah tuliskan dalam beberapa topik discuss bertajuk Da'wah dan Tabligh" atau yang lazim padanya sebutan Jama'ah Tabligh, insyaAllah bisa menambah wawasan dan keilmuan dari saya yang faqir. Disini saya juga ingin membagi sedikit apa yang saya dapat daripada pengetahuan untuk pergerakan Jama'ah ini baik dengan interaksi langsung, dari media, dan juga dari mudzakarah dengan para Masyaikh.
Saudaraku,,
Adalah satu yang wujud sebagai fitrah setiap sesuatu ada kekurangan dan ada kelebihan, ada keburukan dan ada kebaikan. Dengan wujudnya fitrah ini, tentu bermaksud bahwa tidak ada yang sempurna daripada mkahluk Allah SWT terkecuali Malaikat dan RosulNya yang Ma'sum.
Namun dibalik Fitrah itu, Allah telah memberi pembanding, yang membedakan atara satu makhluk dengan makhluk lain. Golongan manusia dengan Malaikat, manusia dengan hewan, hewan dengan tanaman dll.

Kata tuan:
“Saudaraku,,

Namun dibalik Fitrah itu, Allah telah memberi pembanding, yang membedakan atara satu makhluk dengan makhluk lain. Golongan manusia dengan Malaikat, manusia dengan hewan, hewan dengan tanaman dll.’
Alhamdulillah, syukur. Inilah pegangan saya selama ini. Nampaknya kita punya persamaan.
“Saudaraku,,
adalah satu pelajaran yang sangat berharga dari kesemuanya itu, dimana Allah berikan perbedaan dan pembanding bukanlah untuk menjadikan satu lebih unggul dari yang lain, namun tentunya ia adalah untuk melengkapi satu dengan yang lain. Tubuh kita, bolehlah nak kita lihat, bebedalah ia dalam penciptaan namun tidaklah ia berbeda dalam maksud.”
Inilah salah satu perjuangan dakwah Tajdid Segar. Setiap jemaah ada kelebihan dan kekurangan. Atas dasar itulah ia perlu digerakkan sebagai satu umat DI SAMPING bergerak secara berbilang aliran, tidak meneruskan apa yang telah dan sedang dilalui iaitu ‘bergerak secara berbilang aliran SAHAJA’.
“Kamu dengan caramu, aku dengan caraku. Asalkan kita masing-masing bikin usaha”
Zaman untuk mempraktikkan kaedah di atas sepatutnya sudah berlalu. Kini zamannya untuk:
“Kamu dengan caramu, aku denganku dan kita dengan cara yang disepakati bersama. Ada usaha masing-masing, dan ada usaha bersama.”
Bicara pasal anggota- Ada aliran yang ‘mata’. Ada aliran yang ‘mulut’. Ada aliran yang ‘tangan’. Ada aliran yang kaki. C umanya kita belum punya ‘satu akal’ iaitu seorang khalifah untuk menggerakkan semua anggota ini sebagai satu badan. Hal ini menyebabkan setiap anggota tadi bergerak sendiri-sendiri dan sebahagiannya mengakui ‘inilah satu-satunya jalan’, ‘inilah cara Rasulullah’, ‘inilah tarikat Rasulullah’ dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan ini jelas menafikan jalan, cara dan tarikat yang lain, hanya dirinya saja yang benar.
Dalam dakwah Tajdid Segar, selain daripada melakukan peranan masing-masing, setiap anggota tadi ada ‘PERANAN BERSAMA’. Malangnya ‘peranan bersama’ ini dilalaikan umat hingga menjadikan ia terpinggir dan dilupakan terus. Sebab itulah apabila kaki dihinggapi nyamuk, tangan tidak mahu membantu menghalau ataupun memukul si nyamuk. Padahal kemusnahan yang dibawa oleh si nyamuk berupa ‘denggi’ ataupun ‘malaria’ itu jika merosak akan merosak seluruh tubuh termasuklah si tangan tadi (merosak seluruh umat Islam).
Apabila mata dimasuki habuk, tangan buat tidak tahu bahkan sebahagian ahli-ahli tangan tadi tidak tahu pun kewujudan mata dan peranan penting mata. Disangkanya cukuplah dia dengan jemaahnya saja. Padahal apabila rosak si mata, seluruh tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik termasuklah si tangan.
Umpama sepasukan tentera darat yang menggempur sebuah bandar. Setiap unit dalam pasukan ini mestilah digerakkan sebagai satu pasukan walaupun berbeza tugasan. Beginilah yang dinamakan saling melengkapi.
Unit risikannya berupa ejen-ejen di dalam bandar yang dimasukkan sejak sebelum serangan bermula hendaklah ada interaksi yang baik dengan unit komando yang turun secara sulit, dengan unit marin yang turun beramai-ramai, dengan unit kereta kebal dan meriam, dan dengan unit helikopter penggempur dan sesama mereka kesemuanya. Barulah bandar itu dapat ditawan.
Selagi unit-unit ini tidak mahu berinteraksi sesama sendiri, sebaliknya hanya memikirkan untuk menyelesaikan tugasan masing-masing sahaja, bahkan ada pula unit yang mendakwa “kamilah satu-satunya pembawa kemenangan dalam operasi ini”, pasukan besar ini akan hancur. Apa lagi apabila ‘salah satu unit itu’ mahukan semua unit lain bergerak sebagimana ‘mereka’ bergerak.
Harap dapat difahamkan ketiga-tiga tamsilan ini baik-baik, semoga minda kita lebih terbuka luas.
Jangan kita (terutamanya saya sendiri) punyai sikap, “Ulama kami tidak pernah terfikirkan hal ini, tidak pernah mengusulkannya, tidak pernah dapat laduni tentangnya….” maka terus saja kita tolak pandangan seorang tukang kasut ataupun pencuci kereta, kita menganggapnya tidak penting dan tidak relevan. Kadang-kadang kita perolehi barang-barang berharga dan sangat penting di tempat pembuangan sampah.
Kesemua jemaah ini berbeza dalam penciptaan mereka tetapi tiada berbeza dalam maksud. Alangkah indahnya jika mereka boleh saling bekerjasama.
SAHABAT MENULIS:
Saudaraku,,
usaha yang lazim diperkatakan sebagai Jama'ah Tabligh sebenar adalah memang diasaskan kembali oleh Maulana Ilyas kemudian dilanjutkan oleh para Solihin lainnya sampai sekarang. Namun adalah kurang tepat bila ia dijadikan satu golongan diantara golongan, ini bukanlah yang diinginkan daripada beliau (Maulana Ilyas) dan para Masyaikh. itulah yang termaktub dalam Malfudzat dan hasil dari mudzakarah kami dengan para ahlul bait beliau (maulana Ilyas) yang telah juga ikut merintis jejak pendahulunya dalam usaha ini.
Saudaraku,,
Dengan menjadikan usaha ini sebagai satu golongan diantara golongan yang lain, adalah salah satu yang menjadi kekhawatiran daripada para Masyaikh, hal ini dikarenakan ianya menjadikannya sempit dan terkeluar dari asas yang sebenar.
PENJELASAN:
Jadi tuan mendakwa Maulana Muhammad Ilyas MENGASASKAN KEMBALI usaha tersebut. Persoalannya, bila usaha tersebut PERNAH WUJUD hingga ia dikatakan diasaskan kembali?
Kita harus faham, apabila berbicara tentang usaha yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas, kita sedang bicara tentang SATU PAKEJ. Kita tidak bicarakan aktiviti-aktiviti dalam usaha itu secara berasingan tetapi semuanya terkumpul dalam SATU PAKEJ. Dalam pakej ini terkandung saranan-saranan untuk:
1. keluar berdakwah mengikut tatacara yang difikirkan oleh Maulana Muhammad Ilyas selama tiga hari, 40 hari, 4 bulan, seumur hidup dan sebagainya.
2. mengadakan majlis taklim harian
3. melakukan ghast
4. tidak membicarakan soal-soal politik, ekonomi, dialog (bukan debat) antara agama dan ‘jihad bersenjata hari ini’ sewaktu melakukan usaha.
5. membuat ‘azam’ untuk ‘keluar’ mengikut tatacara jemaah Tabligh dan tidak membuat azam untuk keluar mengikut tatacara jemaah-jemaah lain
6. membicarakan 6 Prinsip sebagai modal utama
7. dan seterusnya
Jadi, usaha yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas dalam dalam bentuk pakej. Pelaksana pakej inilah yang dikenali sebagai jemaah Tabligh hari ini. Mereka yang tidak melakasanakan pakej ini, tidak disebut sebagai ahli jemaah Tabligh ataupun karkun.
Persoalannya, bila masanya pakej ini pernah diasaskan sebelum zaman Maulana Muhammad Ilyas, hingga beliau dikatakan mengasaskannya kembali?
Boleh kita beri satu tarikh ataupun kurun?
Zaman Rasulullah? Belum ada pakej ini.
Zaman sahabat? Belum juga.
Zaman tabiin? Masih belum juga.
Tabiut tabiin? Lagi lagi belum.
Jadi, bila PAKEJ tersebut pernah diasaskan oleh selain Maulana Muhammad Ilyas??
SAHABAT MENULIS:
Saudaraku,,
Setiap sesiapa saja yang hadir dalam pergerakan jama'ah ini, insyaAllah bukanlah yang punya kefahaman sama, ada perbedaan dalam menilai usaha ini, tergantung pada bagaimana cara memahaminya, hanyalah saja perbedaan peniliaian itu tidak menjadi poin yang diutamakan. Ada yang menilai jama'ah ini sebagai yang sempurna, ada yang menganggap sekedar saja, dll lagi penilaian. Sebagaimana pula penilaian daripada sesiapa yang berada diluar jama'ah ini. Ada yang menilai baik, ada pula yang menilai tidak baik. InsyaAllah semua penilaian itu tidaklah menjadi maksud dari pergerakan, sehingga ianya masih bisa ditoleransi sebagai satu kewajaran.
Saudaraku,,
Adakah wujud kekurangan daripada penilian itu ?
jawabnya : Tentu ada,,
Ada 3 pokok yang bisa menjadikannya alasan :
1. Penilian itu bisa menjadikan titik awal seseorang untuk terus aktif dalam usaha ini namun sebaliknya adapula yang menjadikannya meninggalkan usaha ini
2. Penilian itu bisa menjadikan titik awal seseorang suka terhadap usaha ini namun juga ada yang menjadikan ianya benci dengan usaha ini.
3. Penilian itu bisa menjadikan titik awal seseorang aktif dan berusaha memahami usaha ini namun sebaliknya adapula yang aktif tetapi enggan untuk memahami
PENJELASAN:
Perkara yang tuan perkatakan itu sememangnya berlaku ke atas semua jemaah, tidak kepada jemaah Tabligh sahaja. Jadi, ia masalah global. Jemaah-jemah lain pun begitu juga.
SAHABAT MENULIS:
Saudaraku yang kumuliakan
Adalah Allah SWT telah menentukan bahwa setiap amal tergantung daripada niatnya. Sedikit dari apa yang harus kita fahami adalah setiap individu dari jama'ah ini, punya hajat yang berbeda akan pergerakan ini.
Ada 3 pokok persoalan hajat tersebut :
1. Berhajat akan islah diri
2. Berhajat akan islah orang lain
3. Berhajat akan usaha itu sendiri bagi dirinya
ed1.
Sebagian dari anggota jama'ah ini ada yang berhajat akan perbaikan diri yang meliputi amaliyah ijtima'i (bersama) dan infirodi (pribadi). Ijtima'i melingkupi seluruh amal yang ada anjuran dilakukan bersama-sama. Infirodi, melingkupi seluruh amal yang dilakukan dengan membawa identitas sebagai seorang muslim, sama dengan muslim yang lain (bukan sebagai karkun), apakah itu dilokasi kerja, dalam pergaulan dan sosial.
Dengan maksud dan tujuan usahakan untuk memberi pengorbanan yang pada hakikatnya untuk diri sendiri
ed2
Sebagian dari anggota jama'ah ini ada yang berhajat untuk perbaikan orang lain. Dengan maksud dan tujuan yang sedikit melenceng dari yang sebenar. Membawa amaliyah yang ditujukan untuk perbaikan bagi orang lain. Inilah yang dikhwatirkan seorang karkun bisa menjadi asbab hidayah bagi orang lain namun tidak bagi dirinya sendiri.
ed3
Sebagian dari anggota jama'ah ini ada yang berhajat akan sesuatu dari usaha ini. Dengan maksud dan tujuan menginginkan hasil yang akan diberikan usaha ini bagi dirinya. Pada kondisi ini, akan muncul kekecewaan dan ketidak puasan dari seorang karkun, apabila usaha ini tidak mampu memberikan apa yang diinginkan.
PENJELASAN:
Dalam mana-mana jemaah pun, situasi di atas berlaku, tidak terhad kepada jemaah tabligh sahaja.
SAHABAT MENULIS:
Saudaraku,,
Usaha (lazim dipersebut dengan Jama'ah Tabligh) ini, bukanlah berdiri diantara partai, golongan dan kelompok-kelompok tertentu. Ianya boleh masuk kedalam partai, golongan dan kelompok tertentu tersebut.
Dengan maksud hendaknya seorang yang ada di partai untuk ambil usaha ini, hendaknya seorang yang ada di golongan tertentu untuk ambil usaha ini. InsyaAllah akan memberi manfaat yang banyak
PENJELASAN:
Sebenarnya bukan jemaah Tabligh sahaja yang mempunyai angan-angan sebegini. Bahkan kaum Salafi Wahabi juga punyai angan-angan yang sama. Kita mengharapkan agar orang-orang dari jemaah yang lain menggunapakai manhaj dakwah mengikut pemikiran kita, tapi… kita sendiri bagaimana? Apakah para maulana Tabligh sudah menunjukkan contoh dengan mereka sendiri juga ada menggunapakai manhaj dakwah mengikut pemikiran lain-lain jemaah seperti Ikhwan, Hizbut Tahrir, Syaziliah, Jemaat Islami dan sebagainya?
Kita hanya mahu orang lain ambil usaha yang kita asaskan, tapi kita sendiri tidak sanggup mengambil usaha yang orang lain asaskan. Secara tidak langsung ia mempamerkan keegoan kita yang menganggap’ akulah yang terbenar” ataupun “inilah satu-satunya jalan”. Sikap beginilah yang mahu kita singkirkan melalui dakwah Tajdid Segar.
Hal ini ada saya panjangkan di akhir nanti.
SAHABAT MENULIS:
Saudaraku,,
Inilah sedikit dari apa yang saya telah teliti dari pergerakan jama'ah ini, insyaAllah sampai sekarang saya masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus meneliti dan mengikuti usaha ini, tentunya dengan niat untuk mencari ridhoNya dan coba untuk menyingkap rahasia dibalik usaha ini.
Saudaraku,,
Ada satu yang sedikit mengganjal dihati saya mengenai "Take and Give" seperti yang anda perakatakan. Saya pribadi sudah cukup sering berdiskusi dengan para ikhwan, bertukar informasi. Sama seperti yang anda katakan juga, teman saya yang aktif di ikhwan sering sekali mengajak saya untuk ikut program mereka dalam program kepartaian.
Namun mereka enggan ketika saya coba untuk ajak meluangkan masa selama beberapa hari. Mereka khwatir kalau sudah ikut maka akan anti terhadap politik, menjauhi dll sebagai alasan yang sebenarnya hanya terbentuk dari penilaian daripada individu jama'ah ini.
PENJELASAN:
Dalam dakwah Tajdid Segar, ‘Give n take’ yang dimaksudkan tidaklah berlaku antara seorang karkun dengan seorang Ikhwani sahaja., bukan antara dua aliran sahaja. Ia bersimpang-siur antara Tabligh, partai-partai Islam, Ikhwan, Hizbut Tahrir, Qadiriah, Samaniah dan lain-lain. Setiap penggiat dakwah dari aliran mana pun sangat digalakkan untuk mengetahui, bahkan memahami usaha dakwah yang dilakukan oleh aliran-aliran lain. Hal ini akan mengahsilkan kesepaduan apabila kita sudah bersedia untuk BERRGERAK SEBAGAI SATU UMAT nanti.
Sebab itu seorang yang berfahaman Tajdid Segar, akan merasakan cinta kepada para ulama selain jemaahnya sama seperti dia mencintai ulama-ulama dalam jemaahnya.
Walau bagaimanapun, sekalung tahniah kepada tuan kerana sering mengadakan diskusi bersama rakan-rakan dari jemaah Ikhwan (yang saya harapkan Ikhwanul Muslimin, kerana banyak juga yang menggunapakai nama Ikhwan). Selepas ini diharap tuan dapat melanjutkan diskusi dengan pelbagai aliran lagi. Di sini maksudnya tuan sudah ada SATU fahaman Tajdid Segar. Cuma dalam diskusi tuan itu, adakah disertakan sama satu lagi elemen Tajdid Segar iaitu, “Apa yang Tabligh dan Ikhwan boleh usahakan BERSAMA-SAMA?” Apakah hal ini turut didiskusikan ataupun sekadar sesi soal jawab dan saling memperkenalkan jemaah sahaja?
“teman saya yang aktif di ikhwan sering sekali mengajak saya untuk ikut program mereka dalam program kepartaian.”
Perkataan tuan ini membuatkan saya sedikit bingung lantas saya tertanya-tanya, “Ikhwan yang mana ini?” Daripada kata-kata ini, ia menunjukkan pemahaman tuan bahawa Ikhwan ialah salah satu partai, ataupun perjuangan utamanya ialah secara kepartaian. Hal ini ternyata jauh meleset.
Boleh jadi orang yang tuan sangkakan ataupun mengakui dirinya Ikhwan itu bukan Ikhwan yang tulen, ataupun dia sekadar mengikut-ikut tanpa tarbiah dan baiah daripada Ikhwanul Muslimin. Ikhwan tulen pastinya akan mengajak tuan bersama-sama majlis tarbiah mereka berupa sel-sel usrah, bukan hal-hal kepartaian.
Asy-syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwan menyatakan dengan jelas, “KITA BUKAN PERTUBUHAN POLITIK, sekalipun soal-soal politik berasaskan kaedah-kaedah Islam adalah intipati fikrah yang kita perjuangkan.”
“teman saya yang aktif di ikhwan” tidak membawa erti teman tuan itu semestinya seorang Ikhwan. Mungkin dia sering mengikuti program-program umum Ikhwan maka disangkakan dirinya Ikhwan. Ikhwan punyai tarbiah khusus yang berlainan dengan tarbiah umumnya.

Adakah tuan mengikutinya?
“Namun mereka enggan ketika saya coba untuk ajak meluangkan masa selama beberapa hari.”
Inilah salah satu permasalahan yang kita boleh selesaikan dalam dakwah Tajdid Segar. Jika kita mengajak orang lain menyertai program kita, kita juga mesti adil dengan bersetuju untuk mengikuti programnya. Kita mengajak seorang Naqsyabandiah ‘keluar’ selama tiga hari menurut acuan jemaah kita, apakah kita juga sanggup ‘keluar’ tiga hari mengikut acuan jemaahnya?
“Mereka khwatir kalau sudah ikut maka akan anti terhadap politik, menjauhi dll sebagai alasan yang sebenarnya hanya terbentuk dari penilaian daripada individu jama'ah ini.”
Situasi ini jelas berlaku kerana mereka tiada fahaman Tajdid Segar.
SAHABAT MENULIS:
Opini yang sudah terbentuk dan lazim dari usaha ini adalah ianya berdiri diantara jama'ah, atau golongan yang lain, sangatlah terjauh dari maksud sebenar dari usaha ini.
sekian dulu buat sementara dan saya mohon maaf karena banyak kata yang tersilaf,,,
wallahu a'lam
PENJELASAN:
Selamanya akan jadi begitu kerana jemaah Tabligh punya usul-usul sendiri dan bukannya usul-usul yang disepakati bersama, ada adab-adab tersendiri, tatacara dakwah tersendiri dan menutup pintunya daripada menerima kemasukan usul-usul daripada selain pemikiran para maulana jemaah Tabligh.
Selagi ia menyebarkan ‘idea-idea pembentukan sebuah jemaah’ sebegitu, maka ia akan tetap menjadi satu jemaah antara sekian banyak jemaah, kecualilah para maulana membikin ‘KONSEP’ sebagaimana dakwah Tajdid Segar, dan bukannya ‘elemen-elemen sebuah jemaah’ sebagaimana jemaah Tabligh hari ini.
Sebab itu saranan-saranan Tajdid Segar bisa menyerap ke dalam semua jemaah tanpa memenangkan salah satu jemaah, aliran ataupun tokoh. Mereka tidak akan terasa seperti mahu ‘diTablighkan’ ataupun ‘dipartaiIslamkan” ataupun ‘diIkhwankan’ dan seterusnya. Setiap penggiat usaha dakwah boleh terus berada dalam jemaah masing-masing tanpa ada rasa kurang enak kerana dakwah Tajdid Segar lebih kepada ‘konsep’, bukannya ‘idea-idea sebuah jemaah’.
Ringkas perkataannya, para maulana Tabligh berangan-angan mahu manusia dari pelbagai jemaah agar menjalankan usaha-usaha mengikut pemikiran mereka seperti ‘keluar’ 3 hari (dan seterusnya), semua kena membiasakan bicara ‘6 Prinsip’, saban minggu berhimpun di markas, berdakwah dari rumah ke rumah, zikir pagi petang dan sebagainya.
Persoalannya, apakah mereka juga sanggup untuk melakukan usaha-usaha agama mengikut pemikiran selain mereka?
Sanggupkah para maulana merendahkan diri dengan duduk dalam sel-sel usrah Ikhwan, membiasakan bicara 20 Usul Hasan al-Banna dalam kuliah-kuliah mereka, ikut menghadiri demonstrasi besar-besaran anjuran Hizbut Tahrir, menampal poster calon-calon Islamik menjelang pilihanraya yang menjadi salah satu usaha dakwah partai-partai Islam, saban purnama kumpul wang lalu dihantar ke Palestin seperti Ikhwan dan sebagainya? Pernahkah mereka mencontohkan hal ini?
Sikap ‘orang lain kena ikut pemikiran benar kami’ dan ‘kami tidak perlu ikut pemikiran benar orang lain’ begini selamanya akan menjadikan jemaah Tabligh tetap berdiri sebagai sebuah jemaah.
Di sini saya berikan contoh perbezaan antara ‘konsep’ dengan ‘idea-idea pembentukan jemaah’ supaya lebih jelas. Bahagian ini juga akan menyerlahkan lagi mengapa jemaah Tabligh tetap akan menjadi ‘satu golongan antara sekian banyak golongan’.
Dalam dakwah Tajdid Segar, untuk mengeluarkan satu-satu usul, umumnya kita akan mengambil kira pandangan semua jemaah. Kita fikirkan apa yang semua jemaah mahu, apa yang semua tokoh mahu, apa yang semua aliran pemikiran mahu. Kita fikir apa yang semua mahu, bukannya apa yang kita mahu.
Pertama, semua jemaah mahu menyebarkan Islam kepada orang bukan Islam. Jadi, kita sama-sama fikirkan apa bentuk kerjasama yang boleh semua jemaah lakukan dalam hal ini.
Kedua, semua jemaah mahu berjimat. Antara yang mahu dijimatkan ialah masa, tenaga dan fikiran. Untuk itu, kita sarankan agar semua permasalahan yang berkeputusan khilaf jangan dibincangkan.
Ketiga, semua jemaah tidak mahu aktiviti mereka diganggu. Untuk itu, kita sarankan agar kesepakatan dibuat dalam hal-hal yang disepakati bersama sahaja. Dalam hal-hal yang tidak disepakati, kita saling meraikan.
Keempat, semua jemaah mahukan para ahlinya berfikiran luas dan matang. Maka kita sarankan penyusunan folder ataupun bahan bacaan yang meliputi keseluruhan cabang ilmu agama Islam tanpa menolak pengkhususan dalam bidang masing-masing.
Kelima, semua jemaah tidak mahu aliran pemikiran jemaah lain mengungguli mereka (seperti dalam kes para maulana Tabligh mahu kaedah ‘pakej’ mereka menyerap ke dalam semua golongan). Maka kita hanya akan berusaha mengeluarkan usul yang menyenangkan hati semua pihak.
Inilah lima contoh bagaimana saranan-saranan/ usul-usul Tajdid Segar dibuat (rasanya cukup lima dahulu). Cara begini menjadikan Tajdid Segar lebih kepada ‘konsep’.
TAPI, apabila kita mengeluarkan satu usul yang berbunyi- “Setiap pendokong dakwah Tajdid Segar mestilah melapangkan masa selama seminggu setiap tahun untuk mengikuti kem ilmu, iman dan amal mengikut aturan (jadual dan pengisian program) yang saya tetapkan”, maka ia bukan lagi ‘konsep’ sebaliknya mengarah kepada pembentukan sebuah jemaah.
Begitu juga jika kita buat satu usul berbunyi- “Setiap pendokong usaha (Tajdid Segar) ini hendaklah menjadikan al-‘Ma’thurat sebagai wirid harian (pagi petang) dan hendaklah membiasakan bicara 20 Usul Hasan al-Banna”, maka ketika itu Tajdid Segar tidak lagi berdiri sebagai satu konsep, sebaliknya ‘idea-idea pembentukan sebuah jemaah’.
Apakah kita fikir para ulama dan pendokong Naqsyabandiah akan datang ke kem Tajdid Segar, membicarakan Usul 20 dan mengamalkan al-Ma’thurat menggantikan aurad mereka? Tidak mungkin.
Para maulana dan karkun (Tabligh) sendiri tidak mungkin mengantikan 6 Prinsip dengan Usul 20 dan aurad mereka dengan al-Ma’thurat.
Begitu juga dengan jemaah-jemaah lain.
Atas dasar itulah mengapa kita lihat idea-idea para maulana Tabligh tetap akan menjadikan Tabligh sebagai sebuah jemaah antara jemaah-jemaah yang ada. Tidak mungkin ia akan berjaya menyerap ke dalam semua jemaah sebagaimana yang diangan-angankan mereka, kerana usul-usul yang dibawa menjurus kepada pembentukan sebuah jemaah, bukannya pembentukan konsep.
“KONSEP boleh hidup dalam semua jemaah, tapi IDEA-IDEA YANG MENJURUS KEPADA PEMBENTUKAN SEBUAH JEMAAH biasanya hanya boleh hidup dalam jemaahnya sahaja.”
Kesimpulannya, jika para maulana Tabligh (dan jemaah-jemaah lain) masih mahu usul-usul mereka menyerap ke dalam semua golongan dan usaha mereka tidak dipandang sebagai satu golongan antara sekian banyak golongan, mereka terpaksa mengeluarkan ususl-usul yang membina ‘konsep’. Untuk itu, mereka terpaksa membubarkan ‘pakej’ yang dibawa selama ini. Apakah mereka sanggup?
Seandainya tidak sanggup, sewajarnya mereka dan semua jemaah yang ada mendokong usul-usul Dakwah Tajdid Segar ke arah BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT dan mencapai KEMENANGAN BERSAMA.
Bersambung ke bahagian yang lebih serius, penting dan mendalam… insyaallah

Comments