Skip to main content

Keutamaan cinta kerana Allah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,ia berkata:"Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Barangsiapa menengok orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah maka diserukan kepadanya:"Selamat untukmu dan selamat langkahmu dan engkau telah memesan sebuah tempat di dalam jannah".Hadith riwayat At-Tirmidzi dan beliau berkata:"Hadith hasan".Dalam sebagian naskhah At-Tirmidzi mengatakan:"gharib".

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa seorang lelaki sedang mengunjungi saudaranya yang bertempat tinggal di kampung lain.Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengawasi perjalanan lelaki itu lalu malaikat itu mendatanginya dan bertanya:"Hendak ke mana gerangan anda?"lelaki itu menjawab:"Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kampung ini."Malaikat itu bertanya lagi:"Apakah engkau menitipkan harta kepadanya yang sedang kamu tunggu keuntungannya?"Ia menjawab:"Tidak,aku mengunjunginya kerana aku mencintainya kerana Allah."Malaikat itu berkata:"Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu untuk mengucapkan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu kerana Allah."Hadith riwayat Muslim.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda:"Apabila ALlah mencintai seorang hamba maka Allah akan menyeru malikat Jibril:"Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia."Maka Jibril pun mencintai orang tersebut,lalu Jibril menyeru penduduk langit:sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah ia.Maka penduduk langit mencintai orang tersebut sehingga ia dapat diterima di muka bumi".Hadith riwayat Al-Bukhaari dan Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku