Skip to main content

Fadhilat Tabligh Bab 2 Hadith 3

Ibnu Mas'ud memberitakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Kemerosotan serta kejatuhan Bani Israel bermula demikian ini: Apabila orang-orang yang soleh di antara mereka melihat perkara-perkara yang mungkar sedang dilakukan maka mereka melarang para pelakunya itu dari melakukannya tetapi apabila para pelaku itu tidak insaf dan orang-orang yang soleh itu bersahabat dan berkawan dengan mereka itu(maksudnya apabila orang-orang yang soleh dari mereka itu tidak memutuskan tali persahabatan dengan para pembuat dosa itu),maka Allah swt menyatukan hati mereka dengan orang-orang yang seumpama itu."
Kemudian Rasulullah saw membaca sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:
"Yang tidak patuh dan yang melanggar perintah dalam kalangan Bani Israel adalah dikutuk oleh Allah swt."

Kemudian,Rasulullah saw memerintahkan pada sahabat baginda:"Kamu hendaklah menyeru orang-orang lain supaya membuat kebaktian dan mencegah dari melakukan kemaksiatan.Kamu hendaklah menyekat setiap orang yang zalim dan mengajaknya ke jalan yang benar lagi adil(untuk mengelakkan dari kemerosotan yang demikian itu.)"- (Abu Dawud dan Tirmidzi - Targhib)


Sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah saw sedang duduk bersenang-senang,lalu dengan tidak semena-mena baginda bersabda:
"Demi Allah! Kamu tidak akan mencapai kesolehan kecuali kamu mencegah orang-orang yang zalim dari meneruskan kezalimannya."

Sebuah hadith lagi menyebutkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Kamu hendaklah mendakwah kebenaran dan mencegah orang-orang yang melakukan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang dan menyekat para penzalim; kalau tidak kami akan dikutuk dan hati kamu akan diturap, sama seperti yang telah Allah swt perbuat terhadap Bani Israel."

Rasulullah saw membaca ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan perkara ini.Bani Israel telah dilaknat kerana mereka tidak mencegah orang-orang lain dari perkara-perkara yang dilarang.

Pada masa ini,adalah dipandang baik supaya diadakan perdamaian dengan seluruh orang dan bermanis muka dengan semua orang pada setiap kali.Perkara ini adalah kehendak kesusilaan,walaupun terpaksa berdamai dengan syaitan dan para pengikutnya.Nyatalah ini adalah satu polisi yang salah; dasar yang menggalakkan kedurjanaan.Pada segi agama dan moral,seseorang mestilah jangan bersahabat dengan orang-orang yang berbuat maksiat,yang melanggar hukum-hukum dan yang zalim.Sekurang-kurangnya seseorang itu mestilah menyeru mereka itu supaya berbuat baik.Misalnya,orang yang berada di bawahnya,isterinya,anaknya dan keluarganya.MEMBISU SAMA SEKALI TERHADAP DAKWAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG TIDAK AKAN TERAMPUN DI SISI ALLAH SWT.

Sufyan At-Thauri berkata,
"Barangsiapa sangat-sangat mencintai keluarga dan jiran-jirannya maka kami mensyakinya sebagai amat lambat mendakwahkan ajaran-ajaran agama yang benar."


Ada banyak hadith yang memberitakan bahawa apabila sesuatu maksiat itu dilakukan secara rahsia,durjananya pada amnya terbatas kepada orang yang melakukannya sahaja.Tetapi apabila sesuatu maksiat itu dilakukan terang-terangan,maka semua orang yang melihat dan menyaksikannya terlibat sama.

Pertama, kerana fikiran mereka terpikat dengan maksiat yang seperti itu.
Kedua, kerana mereka tidak akan mencegah pembuat maksiat dari kemaksiatannya itu dan dengan demikian bersalahlah mereka di hadapan Allah swt.

Kini,setiap orang dapat melihat berapa banyak maksiat yang dilakukan terang-terangan pada setiap hari dan meskipun seseorang itu berkuasa untuk mencegahnya,namun memejamkan mata sahaja,dan tidak bersungguh-sungguh untuk menghapuskan maksiat itu.KESULITANNYA IALAH KALAU ADA SESEORANG YANG MUNCUL UNTUK MENCEGAH PELAKU MAKSIAT ITU,MAKA ORANG JAHIL YANG TIDAK ADA KESOPANAN PULA MENENTANG USAHA MURNINYA ITU.BUKANNYA HENDAK MEMBERI KERJASAMA KEPADANYA.Begitu pun,orang yang zalim itu tahu dari arah mana mereka dihadapkan(untuk menerima azab neraka).

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Muslimah - Nazrey Johani

Oh muslimah Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan ikutan sejati Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Memandangmu menyejuk hati Menundukkan nafsu hati yang goyah Keayuan wanita solehah indah peribadi Tulus hatinya Oh muslimah Kecantikan yang sebenar Pada tutur kata penuh berhikmah Mempertahan kehormatan dirimu Dengan pakaian mentaati Allah Oh muslimah Kau masuk ke syurga Solat lima waktu dan berpuasa Menundukkan pandangan matamu Mentaati suami yang tercinta Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan Ikutan sejati

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya: "Apakah gerangan tuan berdukacita?" Jawabnya: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita." Umar r.a. berkata: "Aku mengetahui kalimah itu." Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya: "Apakah dia itu?" Jawab Umar r.a.: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah." Talhah r.a. berkata: "Demi Allah,inilah!" Keterangan: Kalimah tayyibah me...