Skip to main content

Hero

Heroes merupakan salah satu siri yang aku suka tengok kat pc..cite superhero lain pun layan jugak aku ni..huhu..td layan spiderman 3 plak..ramai la plak yang mengganas dalam cite dia..bila aku tengok jalan cite dia,nampak macam ada kaitan dengan kemunculan dajjal plak..

tanya satu karakter dalam cite spiderman dalam satu event,
"when you get in trouble,who will come and help you?!!"
jawabnya audience,"Spiderman!!"

ewah ewah..spiderman yang dibuat ada power plak jadi penyelamat.seolah-olah kekuasaan Allah dinafikan..

begitu jugalah dengan kehadiran dajjal nnti yang menggunakan sihirnya yang cukup takjub untuk menawan hati manusia..segala kesenangan hidup di dunia akan dia penuhi pada masa tersebut..sesiapa yang hidupnya sentiasa bergantung pada makhluk selain Allah pada masa tersebut,maka termasuklah dia dalam golongan ahli neraka,yakni pengikut dajjal..na'udzubillah..

berhati-hatilah dalam perkataan dan perlakuan kita jangan sampai kita memperhambakan diri kita kepada makhluk..kelak kecelakaan akan menimpa bukan sahaja di dunia,di akhirat jua hidup yang berkekalan..

apalah sangat kesenangan hidup di dunia ini nak dibandingkan dengan kehidupan di akhirat..bila kita buat perbandingan,
umur di dunia, 60 tahun
umur di akhirat, infiniti
apabila dinisbahkan,nilai di dunia hanyalah 0..

0 = xde apa-apa

dengan nilai kosong pun kalau kita nk berlumba-lumba sampai sakit menyakiti satu sama lain,bukankah sama dengan perkara bodoh?

kalau dengan kiraan macam ini pun tidak dapat menyedarkan diri kita untuk masih mengikuti ajaran yahudi dan nasrani,maka memang layaklah kita untuk diazab di akhirat kelak..sesungguhnya peringatan demi peringatan bermanfaat buat mereka yang beriman..siapakah mereka yang beriman ini?mereka inilah yang sentiasa berfikir tentang kejadian Allah swt..

kebenaran agama Islam juga turut terserlah dengan kejadian pertukaran agama di masa kini..kita dapati ramai mereka yang bodoh dan tidak berfikir telah murtad keluar dari agama Islam,sebaliknya ramai golongan cerdik pandai hatta dari golongan paderi Kristian memilih untuk beragama Islam..Islam = berfikir = cerdik pandai?

janganlah dengan hanya sedikit kesenangan dan kemewahan hidup di dunia ini kita korbankan kesenangan dan kemewahan hidup di akhirat yang sentiasa menanti mereka yang bersedia untuk berkorban di jalan Allah..

wallahu'alam..

Comments

Popular posts from this blog

Muslimah - Nazrey Johani

Oh muslimah Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan ikutan sejati Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Memandangmu menyejuk hati Menundukkan nafsu hati yang goyah Keayuan wanita solehah indah peribadi Tulus hatinya Oh muslimah Kecantikan yang sebenar Pada tutur kata penuh berhikmah Mempertahan kehormatan dirimu Dengan pakaian mentaati Allah Oh muslimah Kau masuk ke syurga Solat lima waktu dan berpuasa Menundukkan pandangan matamu Mentaati suami yang tercinta Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan Ikutan sejati

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya: "Apakah gerangan tuan berdukacita?" Jawabnya: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita." Umar r.a. berkata: "Aku mengetahui kalimah itu." Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya: "Apakah dia itu?" Jawab Umar r.a.: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah." Talhah r.a. berkata: "Demi Allah,inilah!" Keterangan: Kalimah tayyibah me...

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...