Posts

Showing posts from November, 2008

Banduan akhirat - Ustaz Azhar

jom kita dengar berita akhirat Banduan Akhirat - Ustaz Azhar Idrus

Kotoran.

"Uish!!Debu ni,serabut sungguh..Abih kotor baju aku.." "Aaaa...Abis baju baru aku kena kuah kari ni..Baru beli..Mahal ni.." Dialog yang biasa kita dengar bila kotoran kena pada pakaian@badan kita..Betapa concern nya kita pada kekotoran yang terkena pada badan..Kan bagus kalau kita alert macam ni jugak terhadap kotoran pada hati kita.. Hari-hari hati kita disaluti dengan dosa..ada juga sinar pahala,tapi cukupkah sudah sinar pahala itu untuk selubungi selaput dosa yang melekat di hati kita?Sama-sama kita muhasabah diri..Iman di dalam hati umpama mutiara perlu sentiasa digilap dengan amal-amal ibadah serta dengan mengingatiNya..Hak badan adalah makanan,hak akal adalah ilmu,hak rohani kita adalah amal ibadah seharian..Bahkan setiap tulang dalam badan kita perlu diisi dengan zikrullah setiap pagi dan petang..ataupun kita sempurnakan hak tulang dengan tunaikan solat dhuha setiap pagi.. Banyak sebenarnya hak yang belum aku tunaikan untuk rohani..Perasaan juga perlu dibaja ...

Hadith 15(Fadhilat zikir)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahwa Uthman r.a. dalam mentafsirkan ayat Al-Quran:"Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua(iaitu kisah dua orang anak yatim yang diceritakan secara panjang lebar di dalam surah Al-Kahfi)" berkata bahawa itu adalah kepingan emas yang tertulis padanya tujuh baris yang bererti: 1)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tapi ia masih bergelak ketawa. 2)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya. 3)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu. 4)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya perhitungan terhadap dirinya,tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan. 5)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka Jahannam,tetapi ia masih...

Perkataan Ghazali Rahimahullah.

Adapun bahagian kedua ilmu muamalah iaitu ilmu mengenai keadaan hati.Adapun yang berbentuk pujian adalah Sabar, Bersyukur, Memiliki rasa takut, Rasa mengharap, Zuhud, Takwa, Rasa puas, Dermawan, Mengenal pemberian Allah swt pada setiap keadaan, Berbuat baik, Berprasangka baik(positif), Berakhlak baik, Bergaul dengan baik jujur dan ikhlas Mengetahui hakikat keadaan ini,hudud dan sebabnya yang dapat melahirkan hasilnya,mengetahui tanda-tanda dan cara mengatasinya,maka dirinya tidak akan lemah dan terus mengalami kekuatan hingga kembali kepada Allah swt nantinya. Adapun yang berbentuk celaan adalah di antaranya Perasaan takut dengan kemiskinan, Dengki, Dendam, Iri hati, Mencari darjat tinggi, Mencari pujian orang ramai, Menyukai hidup di dunia untuk bersenang-senang, Sombong, Riak, Suka marah, Suka mencari musuh, Tamak, Pelit dan kedekut, Angkuh, Suka membanggakan diri, Suka menyakiti hati orang lain, Suka menjilat dan mencari muka, Bengis, Gelabah dan tidak berhati-hati, Kasar tutur kata...

Musim sejuk tiba

Image
rasa macam baru minggu lepas aku tangkap gambar ni..musim luruh yang penuh dengan daun-daun yang merah dan kuning..memang indah ciptaanNya.. semalam hari sudah makin sejuk dengan suhu 2℃ paginya dan bertambah sejuk pada malamnya..x sedar pulak yuki(salji) turun malamnya..bangun pagi semua sudah putih diselubungi yuki..uwaaa... balik kelas tengah hari tu main hembus-hembus nafas bagi nampak macam asap..haha..best best..amik yuki yang tebal sikit,padatkan pahtu baling kat kohai..adoi..macam budak-budak plak..tp tu lah..yuki bukan selalu jumpa..jakun pun jakun la.. paginya ok lagi nk berjalan sebab yuki masih lembut..masuk waktu petang jalan mula licin..so,berhati-hatilah berjalan musim sejuk ni..esok lusa pun hari yang sejuk akan bertambah sejuk..ki wo tsukete na..

Ceramah Ustaz Azhar

Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Ingatlah Kematian - Fatim

ingatlah kematian - Fatim Ingatlah kematian itu dari detik ke detik Dan dari saat ke saat Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit Tidak pun sakit boleh mati juga Oleh itu jangan senang hati kematian pasti kan berlaku Tunggulah kematian dari nafas ke nafas Agar kita tidak angan-angan melalaikan Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu Kerna kematian kita tidak tahu Ingatlah mati di dalam sebarang hal Agar kita sentiasa gentar dengan tuhan Oleh itu bersiap sedialah Mengusahakan iman dan takwa Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi Hidup di dunia hanya sekali Bila pergi tak akan kembali Tersilap di dunia padahnya diterima di sana Mengapa kita belum pun menambah amalan Sedangkan umur makin lama berkurangan Pabila sudah sampai ke sempadan Kan menyesal..... Oleh itu bersiap sedialah Mengusahakan iman dan takwa Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi Hidup di dunia hanya sekali Bila pergi tak akan kem...

Nilai pada pandangan

"Tahniah kerana anda telah lulus untuk bekerja di syarikat kami sebagai ketua jurutera.Gaji anda sebulan sebanyak RM3500.Tapi,kami akan bayar di padang mahsyar kelak." Apa agaknya akan dijawab oleh si jurutera tersebut?Semua tentu dapat duga macam mana reaksi si jurutera tersebut.Itu hanyalah sebuah analogi untuk menunjukkan erti nilai yang tertanam dalam hati setiap manusia pada masa kini iaitu hanyalah terletak semata-mata pada nilai wang ringgit.Pendek kata,semua perkara yang diperbuat,mesti hendak kita kaitkan dengan wang ringgit. Fikiran semacam inilah yang telah melupakan kita dengan kehidupan akhirat yang lebih penting untuk diutamakan.Kalau dalam kehidupan seharian kita hendak kaitkan dengan wang ringgit,kenapa tidak kita kaitkan sahaja segala tindak tanduk kita dengan ganjaran pahala utk kehidupan akhirat kelak? Ramai manusia zaman ini dilalaikan dengan kehidupan dunia.Sahih sungguh firman Allah swt di dalam Al-Quran: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal ...

dengar ceramah dengar lagu?

Sambil duk jinak jinak dengar ceramah Ustaz Azhar ni,baru perasan yang ramai anak muda skrg ni lebih suka dengar muzik berbanding dengan dengar ceramah agama itu sendiri..humm..pandai sungguh golongan Yahudi la'natullah ni..sapa yang tertipu?pemuda pemuda Islam yang terkena..salah siapa?tepuk dada tanya hati..dou ka ne..salah diri sendiri jugak yang melebihkan hiburan melebihi tuntutan belajar ilmu agama..rosak akidah sungguh..astaghfirullahal'aziim..sapa?aku jgak terlibat.. Tapi memang inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ni..masa muda-muda,ramai je yang fikir nak main je..bila tua baru nk pikir pasal nk gi masjid semua..sapa la tau nyawa ni sempat bernafas ke tidak lagi esok hari..bodoh sungguh naluri manusia yang ikut nafsu ni..haissssh…nak dengar lagu lagi ke?sila je kalau banyak dengar lagu lagi sampaikan solat pun pikir pasal lagu memang tahap teruk la..solat solat ni perjumpaan kita dengan Allah..tp kepala otak duk pikir pasal lagu je....

Yakinkah kita

Ada satu cerita yang terasa sangat bernilai untuk dikongsi bersama.Cerita ni aku dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus..best best..hehe..isi dia berkaitan dengan akidah umat Islam.. 'Ada sorang manusia ni pergi jumpa dengan seorang ulamak minta panduan untuk bertaubat.Lalu,ulamak ni pun bertanya la kepada dia,"Apakah dosa kamu yang menyebabkan kamu ni bersungguh-sungguh macam ni untuk bertaubat?" Jawab hamba ni,"Di kampung aku susah sangat nak dapatkan kerja untuk dapatkan duit,maka aku curilah kain-kain kafan mayat yang baru ditanam untuk dijual.Mana yang aku curi,aku jual selepas aku basuh kain tersebut." Tanya lagi ulamak tersebut,"Banyak mana telah kamu curi?" Jawab hamba tersebut,"Setakat ni sudah masuk 100 kali.Dan dalam banyak tu,aku jumpa satu sahaja mayat yang mengadap ke arah kiblat.Yang lain semuanya mengadap matahari.Kenapa perkara ni terjadi?" Jawab ulamak tersebut,"Tiada lain dosa disebabkan takut tidak dapat rezeki" ...