Skip to main content

16 hb 3

di petik dari Utusan Malaysia hari ni
Gempa bumi kecil melanda Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR 15 Mac - Tiga gempa bumi kecil antara 2.0 dan 3.2 pada skala Richter dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Ambun Dindan memberitahu, gegaran lemah itu dikesan berlaku pada pukul 7.16 pagi, 7.35 pagi dan 8.50 pagi ini.

"Ini merupakan kali ke-21 gempa bumi kecil melanda kawasan ini sejak November lalu.

"Bagaimanapun, dalam kejadian pagi tadi, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan gempa bumi kecil itu.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak 13 gempa bumi kecil telah berlaku dipercayai disebabkan sesar Bukit Tinggi yang kini aktif di sekitar kawasan itu dan Janda Baik sejak 30 November lalu.」

sebelum ni Indonesia je yang Allah timpakan gempa bumi..tp,skrg di Pahang sendiri yang jauh dari lingkaran api Allah timpakan gempa bumi..apa yang aku tau pasal gempa bumi ni xde sebab lain..katanya sorg ustaz mesia yang penah aku jumpa masa kuar tabligh thun lepas,katanya segala bala yang ditimpakan Allah pada sesuatu tempat itu berdasarkan jnis maksiat yang telah dilakukan oleh penduduk tempat tersebut..kalau gempa bumi,maksiat jnis zina berleluasa yang menyebabkan terjadinya gempa bumi..wallahu'alam..

benda2 mcm ni perlu kita ambil iktibar sebenarnya..bukan sekadar mengatakan perkara itu berlaku kerana perubahan alam..tapi,hakikatnya semua perubahan itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah..seperti kisah kaum 'Ad etc telah Allah ceritakan dalam Al-Quran utk dijadikan iktibar oleh manusia sepanjang zaman..tiada faedahnya jika manusia x menggunakan sejarah dan pengalaman sebagai pedoman dalam kehidupan..huhu..

astaghfirullahal'aziim..aku pun byk buat dosa lagi..ampuni daku Allah..astaghfirullahal'aziim..

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...

Ghuroba'

Asykur - Fathi Naim

Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui  Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) Biarpun seringkali rasa diuji Usah lupa pada nikmat yang diberi Itu yang terindah bagi setiap insan Yang bersangka baik  Redha dengan tulisan Ilahi Ya robbi auzi'ni an asykur Ni'matakallati (Ni'matakallati) An'amta 'alaiya wa'ala Wa lidaiyya (Wa lidaiyya) Wahai tuhanku ilhamkanlah daku Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaku Juga kepada ibubapaku