Skip to main content

Beriman kepada Allah dan meneladani NabiNya

Diriwayatkan dari Sa'id bin Abdul 'Aziz dari Rabi'ah bin Yazid dari Abu Idris Al-Khaulaani dari Abu Dzar Jundub bin Junaadah r.a. dari Nabi s.a.w. yang beliau riwayatkan dari Allah tabaaraka wa ta'aala,Dia berfirman:

"Wahai hamba-Ku!Sesungguhnya Aku haramkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan AKu haramkan kezaliman diantara kalian,maka janganlah kalian saling menzalimi.
Wahai hamba-Ku!Kalian semua sesat kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk maka hendaklah kalian memohon petunjuk dari-Ku,pasti Aku berikan.
Wahai hamba-Ku!Kalian semuanya lapar kecuali yang telah Aku beri makan maka hendaklah kalian meminta makan dari-Ku pasti Aku berikan.
Wahai hamba-Ku!Kalian semua telanjang kecuali yang telah Aku beri pakaian maka hendaklah kalian meminta pakaian dari-Ku,nescaya Aku berikan.
Wahai hamba-Ku!Sungguh kalian telah melakukan kesalahan siang dan malam kemudian aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya maka mintalah ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni.
Wahai hamba-Ku!Sesungguhnya kalian tidak dapat memudharatkan Aku dan kalian tidak dapat memberikan manfaat kepada-Ku.
Wahai hamba-Ku!Jika orang yang terdahulu dan orang yang terakhir dari kalian,dari golongan jin dan manusia,seluruhnya berhati taqwa seperti orang yang paling taqwa di antara kalian,hal itu tidak akan menambah kerajaan-Ku sedikitpun.
Wahai hamba-Ku!Jika orang yang terdahulu dan orang yang terakhir dari kalian,dari golongan jin dan manusia seluruhnya berhati jahat seperti hati orang paling jahat di antara kalian,hal itu tidak akan mengurangi kerajaan-Ku sedikitpun.
Wahai hamba-Ku!Jika orang terdahulu dan orang yang terakhir dari kalian,dari golongan jin dan manusia seluruhnya berkumpul di satu tempat lalu mereka semua memohon pada-Ku lalu Aku memenuhi permohonan setiap orang,maka hal itu tidaklah mengurangi apa yang ada pada-Ku melainkan hanyalah seperti berkurangnya air ketika sebatang jarum yang dicelupkan ke lautan.
Wahai hamba-Ku!Sungguh semua amal perbuatan kalian Aku-lah yang menghitungnya kemudian Aku juga yang akan membalasnya.Barangsiapa mendapat kebaikan hendaklah ia bersyukur kepada Allah dan barangsiapa mendapat selain itu maka janganlah ia menyalahkan kecuali dirinya sendiri."

Sa'id berkata:"Setiap kali Abu idris menyampaikan hadith ini ia bersimpuh di atas kedua lututnya."Hadith riwayat Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Muslimah - Nazrey Johani

Oh muslimah Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan ikutan sejati Subhanallah Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu Rendah hati Oh muslimah Memandangmu menyejuk hati Menundukkan nafsu hati yang goyah Keayuan wanita solehah indah peribadi Tulus hatinya Oh muslimah Kecantikan yang sebenar Pada tutur kata penuh berhikmah Mempertahan kehormatan dirimu Dengan pakaian mentaati Allah Oh muslimah Kau masuk ke syurga Solat lima waktu dan berpuasa Menundukkan pandangan matamu Mentaati suami yang tercinta Oh muslimah Busanamu menutup rapi Auratmu kau lindungi dengan indahnya Oh muslimah Kau rajin mengaji Islam kau jadikan Ikutan sejati

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya: "Apakah gerangan tuan berdukacita?" Jawabnya: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita." Umar r.a. berkata: "Aku mengetahui kalimah itu." Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya: "Apakah dia itu?" Jawab Umar r.a.: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah." Talhah r.a. berkata: "Demi Allah,inilah!" Keterangan: Kalimah tayyibah me...

Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas

Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, yang disampaikan empat bulan selepas konflik semasa bermula. Ucapan ini sebahagian besarnya bertujuan untuk menjadi penyuntik semangat bagi Hamas dan para penyokongnya, satu kutukan terhadap Israel dan sekutunya, serta seruan untuk bertindak bagi dunia Arab dan Islam yang lebih luas. I. Mesej Teras dan Pandangan Strategik: Keazaman yang Tidak Berbelah Bahagi dan Perjuangan Jangka Panjang: Hamas menampilkan dirinya sebagai tabah dan bersedia untuk perang pergeseran yang berpanjangan. Obeida menyatakan, "Pejuang kami dan saudara-saudara kami dalam puak-puak penentang bersedia sepenuhnya untuk meneruskan perang pergeseran yang panjang menentang pasukan penjajah, tidak kira apa pun bentuk pencerobohan musuh dan rancangan agresifnya." Beliau menekankan bahawa perjuangan mereka adalah "satu perkara berprinsip, hak yang tidak boleh diperti...