Posts

Showing posts from 2012

Kisah belon yang kuat

Lama x menulis blog jadi makin janggal nak mengarang. Huhu... Ada satu cerita pasal belon nak dikongsikan kat blog berhutan aku ni.. Haaaa.... Ada satu taman permainan tu, ramai la bdk2 duk main-main.. Dalam kawasan yg sama juga ada pakcik penjual belon.. Ada sorang budak ni pegi kat tempat pakcik belon tersebut dan bertanyakan belon yang kuat utk dibelinya. Dia nampak belon hitam kuat, maka dia mintalah pakcik tersebut jualkan belon hitam kepadanya. Pakcik tu pun jual la belon tu sambil memerhatikan tindakan budak itu. Selepas dibeli, budak itu pun lepaskan belon tu dan memerhatikan belon hitam yang disangkanya kuat itu ke udara dengan gembiranya kerana percaya bahawa belon boleh terbang tinggi sebab warnanya yang hitam itu menampakkan kekuatannya untuk terbang tinggi. Pakcik itu memerhatikan gelagat budak tersebut lalu menyapanya. "Wahai anak, belon itu terbang tinggi bukanlah disebabkan rupanya yang gagah dengan warnanya yang hitam tersebut. Tapi, kekuatan belon tersebut ...

Cara-cara untuk berjihad

Cara-cara untuk berjihad - Korbankan sebahagian masa, harta dan keperluan diri untuk kepentingan Islam dan umat Islam - Memikirkan bersungguh-sungguh akan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi umat Islam - Menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kejahatan - Menyangkal mereka yang membelakangkan agama Allah iaitu memutuskan hubungan dengan mereka yang memusuhi Allah dan rasulNya - Menjadi tentera Allah iaitu dengan menyerahkan segala jiwa dan harta untuk agama Allah swt - Menegakkan keadilan, memperbaiki kehidupan manusia, membantu orang yang dizalimi dan menyekat tindakan orang yang zalim walau apa sekali kedudukan dan kuasanya Sekiranya tidak mampu untuk berbuat seperti di atas, maka hendaklah menyayangi para mujahid sepenuh hati dan sentiasa memberi kata semangat dan dorongan setiap kali bersua dengan mereka." - Himpunan Risalah Hasan Al-Banna]

Kisah seekor tikus

Al kisah di sebuah kampung, ada la sebuah rumah didiami oleh seekor tikus..Pada suatu hari, tuan rumah tersebut berbincang dengan isterinya untuk membeli perangkap tikus untuk menangkap tikus tersebut..Biasa la, manusia memang tak suka dengan tikus dalam rumah kan..Apabila terdengar perbualan tuan rumahnya itu, maka gelisahlah tikus tersebut..Resah gelisah siang malam memikirkannya..Lalu tikus tersebut keluarlah mencari binatang lain untuk mengadukan perihal masalah yang dihadapinya..Binatang pertama yang ditemuinya ialah ayam milik tuan rumah tersebut.. Tikus : Wahai ayam, aku perlukan bantuan ni.. Ayam : Kenapa duhai tikus? Tikus : Tuan rumah nak tangkap aku ni..aku dengar dia nak pasang perangkap kat dalam rumah dia nanti untuk tangkap aku..tolonglah aku wahai ayam.. Ayam : Aku tak boleh nak bantu wahai tikus memandangkan hal tersebut tiada kaitan pun dengan aku.. Berlalulah si tikus tersebut dengan kecewa..lalu didapatinya pula si kambing milik tuan rumahnya.. Tikus : Wahai kam...