Posts

Showing posts from June, 2009

Fadhilat Tabligh Bab 2 Hadith 1

Adalah diberitakan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya,maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya,jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya,dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun maka hendaklah dia membencinya di dalam hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman."(Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah,Nasa'i) Sebuah hadith lagi ada menyatakan bahawa barangsiapa membenci maksiat di dalam hatinya sahaja pun, adalah dia seorang yang benar-benar beriman.Tetapi ini ada iman yang paling lemah sekali.Kini,marilah kita fikirkan dengan sebaik-baiknya berapakah ramainya orang Islam kini yang telah mengamalkan apa yang terkandung dalam hadith ini?Berapa ramaikah di antara kita yang telah mencegah perbuatan maksiat dengan lidah kita?Dan berapa ramaikah di antara kita yang telah benar-benar benci akan kemaksiatan di dalam hati?Marilah kita memeriksa iman kita menurut ...

Jom

A : Jom main futsal... B : Jom! A : Sushi jom B : Jom! A : Gusto jom! B : Jom! A : Bowling jom B : Jom! A : Jom solat jemaah isyak B : Gi dlu nnti follow.. A : Jom solat jumaat B : Mazhab shafie kena cukup 40 dlu br boleh.. A : Jom solat zuhur jemaah(sms berkali2) B : tolong jangan mesej lagi boleh x? *Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah : Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam, yang bermaksud:“Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat ‘amalan-’amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah) Allah azza wa jalla- berfirman: “Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Adz Dzariyāt: 55).