Sunday, 16 March 2008

Amanat Tok Guru Nik Aziz



sedikit huraian berkenaan mereka yang penah kuar jemaah tabligh utk sama-sama difikirkan..wallahu'alam..

16 hb 3

di petik dari Utusan Malaysia hari ni
「Gempa bumi kecil melanda Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR 15 Mac - Tiga gempa bumi kecil antara 2.0 dan 3.2 pada skala Richter dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Ambun Dindan memberitahu, gegaran lemah itu dikesan berlaku pada pukul 7.16 pagi, 7.35 pagi dan 8.50 pagi ini.

"Ini merupakan kali ke-21 gempa bumi kecil melanda kawasan ini sejak November lalu.

"Bagaimanapun, dalam kejadian pagi tadi, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan gempa bumi kecil itu.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak 13 gempa bumi kecil telah berlaku dipercayai disebabkan sesar Bukit Tinggi yang kini aktif di sekitar kawasan itu dan Janda Baik sejak 30 November lalu.」

sebelum ni Indonesia je yang Allah timpakan gempa bumi..tp,skrg di Pahang sendiri yang jauh dari lingkaran api Allah timpakan gempa bumi..apa yang aku tau pasal gempa bumi ni xde sebab lain..katanya sorg ustaz mesia yang penah aku jumpa masa kuar tabligh thun lepas,katanya segala bala yang ditimpakan Allah pada sesuatu tempat itu berdasarkan jnis maksiat yang telah dilakukan oleh penduduk tempat tersebut..kalau gempa bumi,maksiat jnis zina berleluasa yang menyebabkan terjadinya gempa bumi..wallahu'alam..

benda2 mcm ni perlu kita ambil iktibar sebenarnya..bukan sekadar mengatakan perkara itu berlaku kerana perubahan alam..tapi,hakikatnya semua perubahan itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah..seperti kisah kaum 'Ad etc telah Allah ceritakan dalam Al-Quran utk dijadikan iktibar oleh manusia sepanjang zaman..tiada faedahnya jika manusia x menggunakan sejarah dan pengalaman sebagai pedoman dalam kehidupan..huhu..

astaghfirullahal'aziim..aku pun byk buat dosa lagi..ampuni daku Allah..astaghfirullahal'aziim..

Saturday, 15 March 2008

15 hb 3

bismillahirrohmaanirrohiim..

alhamdulillah pru kali ni Allah memberi sedikit kemenangan kepada pihak BA..semoga dengan peluang yang dikurniakan ini BA akan menunjukkan komitmen yang baik dan cemerlang bagi mendapatkan lebih lagi kepercayaan daripada rakyat sekalian..

syukur juga kerana negeriku masih di bawah pemerintahan PAS..bak kata sorang makcik tua yang berbangsa cina kepada Tok Guru Nik Aziz,"mung jange mati lagi la.."..sekaligus menunjukkan pemerintahan yang dijalankan di kelantan selama ini disukai dan diredhai oleh kaum cina juga..moga lebih diberkati untuk masa seterusnya juga..

pru pru jgak..nk kena pindah plak skrg ni..mula je cuti haru ni,alhamdulillah dipilihNya utk keluar dengan jemaah tabligh sat..3 hari je korban..banyak juga dipelajari sepanjang keluar dengan jemaah 4 bulan Indonesia dari Medan..mcm mana pun,x dapat aku bersetuju dengan sikap sesetengah mereka yang menolak politik dalam perjuangan dakwah..nk tegur masih mentah lagi aku ini..huhu..

mcm mana pun,salah satu benda yang aku respek dalam jemaah tabligh ni x lain x bukan ialah usaha yang sungguh2 utk jumpa orang Islam seramai mungkin walau di mana jemaah pergi..melalui ziarah2 dan ingat memperingati ni la Allah berkati ikatan ukhuwah sesama Islam..bukan senang nk jumpa dan ziarah dengan bersangka baik sesama muslim ni..kadang dalam jemaah sendiri ada yang bersangka buruk..minta dijauhkan dari fitnah dunia..amiin..

da abih kuar gi jalan fukui umah jiji sat..afiq(kohai aku) blnja tiket 18 kippu nye pasal,jalan je..hehe..mekasih afiq..bdk kosen mmg kaya la..caya lah!!

pikir2 balik,ramai jugak yang da nk balik rupanya tahun ni..utk gifu dai la..gie,sapar,ida,din n family..seb baik aku pindah gi hokkaido plak..tp tu la..rasa rugi pun ada sebab x berpeluang utk imarahkan masjid gifu utk thun berikutnya..xde rezki kat gifu la kan..xpe,xpe..takaza di hokkaido masih banyak perlu dilaksanakan..moga Allah beri kekuatan nnti..amiin..

Sunday, 2 March 2008

Lagu Ini Hari Ini - Akbar



Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama
Jadilah Insan Yang Tulus

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Hanya Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…

Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikatnya Sama

Tak Terhindar Salah PadaNya
Bukankah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyayangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
Untuk Kita Renung Kembali
Bila Tiba Masanya Nanti
Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?

Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti
Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali
Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati
Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi

Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi
Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari
Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang
Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang

Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir
Dunia Ini Pasti Berakhir
Ingatlah Wahai Semua Musafir
Hari Yang Akhir… Kian Menghampir…

Saturday, 1 March 2008

~Mati Hidup Semula~ - dipetik dari generasi(yahoo group)

Izinkan saya berkongsi cerita. Bukan menagih simpati, tapi sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan insan lain. Semalam saya melalui saat-saat bertarung dengan kematian. Manusia yang telah mati tidak akan ada untuk menceritakan tentang kematian. Tapi saya yang nyaris mati dan diberi peluang kedua oleh Allah ingin berkongsi catitan ini. Dan saat ini saya menulis dalam kesakitan yang amat. Tapi ini adalah janji saya dengan Allah. Nafas dan peluang kedua ini akan saya gunakan dengan baik. Air mata masih bergenang dan mengalir saat saya menulis semua ini.

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Surah Qiamah:2)

Ayat ini mengisahkan bahawa Allah bersumpah dengan mereka yang menyesali dirinya dalam tafsiran yang lain. Ya, saya benar-benar menyesal saat ini.

Saya menghidap Polycystic Ovarian Syndrome. Tapi penyakit ini tidak akan menyebabkan kesakitan. Doktor mengesyaki bahawa saya mempunyai penyakit endometriosis dan semalam saya melalui prosedur ’laparoscopic diagnostic’. Saya mempunyai sejarah menghidap asthma. Saya dipam (menggunakan nebulizer) sebelum prosedur.

Bukan ketakutan ditolak atas stretcher yang akan saya kongsikan. Bukan juga kisah jururawat yang sibuk berbual mengenai ’Mustika Ratu’ di saat saya ketakutan yang ingin saya khabarkan. Bukan juga kisah jururawat yang tidak mengambil hirau soal aurat saya yang ingin saya nukilkan. Tapi kisah sebuah pertarungan sakaratul maut yang tidak akan sesekali saya lupakan.

Kalau seseorang itu dibius, pernafasannya akan dibantu oleh alat bantu pernafasan. Setelah sedar, alat bantu pernafasan tersebut akan dikeluarkan. Saat itu saya diserang asthma dan tidak mampu bernafas. Saya terbayang wajah ibu saya. Tapi saya tahu dia tiada. Hanya ALLAH. ALLAH sahaja yang ada. Saya menjerit-jerit memanggil nama ALLAH saat itu. Doktor tanya saya samaada saya sakit ataupun tidak. Saya katakan saya ingin bernafas. Masya Allah, nikmat pernafasan yang selama ni Allah berikan secara percuma hilang dari saya saat itu.

Saat itu terbayang kehidupan saya selama 21 tahun saya hidup di dunia ini, tiada apa-apa. Allah banyak berfirman dalam kalamNya bahawa apabila kita hampir pada kematian, kita akan sedar bahawa kehidupan kita terlalu singkat sebenarnya. Ya, saya sedar kehidupan saya selama 21 tahun ini terlalu singkat saat itu.

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (AlQiyamah: 3-4)

Allah juga berfirman dalam kalamNya bahawa kebanyakan manusia akan meminta peluang kedua untuk hidup saat itu. Saya meminta kepada Allah peluang kedua saat itu. Percayalah, ianya terlalu sakit. Kesakitan yang maha luar biasa. Alangkah Rasulullah juga merasai kesakitan sakaratul maut, apatah lagi saya. Sakitnya terlalu luar biasa. Tercungap-cungap.

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (AlQiyamah: 10-15)

Ya, saya akan menjadi saksi perbuatan saya sendiri. Tiada kebaikan yang mampu menjadi saksi, dosa yang bertimbun yang saya kumpulkan seakan-akan terbayang. Saya minta peluang kedua lagi dari Allah saat saya menjerit namanya. Dan saya sedar bahawa para doktor sedang cuba sedaya upaya untuk ’resuscitate’ saya. Apa yang ingin saya hadapkan pada Allah? Apa alasan yang ingin saya kemukakan kepada Allah atas dosa-dosa yang saya lakukan? Tiada alasan yang mampu saya kemukakan.

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya) . (Alqiyamah:20- 21)

Ayat AlQuran mengkhabarkan kebenaran mengenai manusia seperti saya yang cintakan dunia, yang tidak memikirkan kesudahan seperti saya. Ya Allah, saat itu seolah-olah saya ingin peluang bertaubat.

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya. (AlQiyamah: 22-23)

Ya Allah, berikan saya peluang kedua untuk menjadi manusia yang beriman. Saya benar-benar mengharapkan peluang kedua saat itu. Tidak mungkin kata-kata mampu menceritakan apa yang saya alami. Ianya terlalu menakutkan. Bukan saya ingin menakutkan sesiapa, tapi inilah hakikatnya. Kematian itu terlalu menakutkan. Baru saya faham kata-kata sahabat saya apabila saya meminta nasihat darinya. Katanya, ’cukuplah kematian sebagai nasihat’. Ya, benar. Tiada apa yang mampu memberi pengajaran sebaik mana kematian memberi saya pengajaran.

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya) ? Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (alQiyamah: 26-30)

Allah khabarkan semua ni dalam kalamNya. Ia bukan fantasi sahabat-sahabat sekalian. Tapi realiti yang tidak mungkin mampu saya ceritakan. Saya masih lagi tidak percaya bahawa saya masih menghirup nafas yang Allah kuniakan saat ini. Saya tidak percaya bahawa saya hidup semula. Saya masih lagi tidak percaya bahawa Allah memberikan saya peluang kedua untuk hidup.

Sahabat-sahabat sekalian, saya pohon sejuta kemaafan atas segala dosa yang saya lakukan terhadap kalian. Ampunkan saya andai saya pernah mengumpat mengenai kalian. Maafkan saya andai kata-kata saya pernah menggores hati kalian. Izinkan saya menjadi manusia baru atas nafas kedua yang Allah berikan.

Terlupa untuk mengkhabarkan diagnosis penyakit saya. Tiada endometriosis. Cuma hemorrhogic ovarian cyst. Ketumbuhan berdarah berukuran dalam 5 cm di ovari sebelah kiri. Semalam juga operation dilakukan. 4 tebukan di perut. Terlalu sakit saat ini. Tapi saya redha. Bukankah Allah berjanji setiap kesakitan itu akan menggugurkan dosa yang telah saya lakukan? Doakan saya agar Allah mengurniakan saya umur yang panjang dalam keimanan. Doakan saya agar saya mampu menjadi manusia yang lebih baik dengan nafas kedua yang Allah berikan ini. Doakan saya diberi peluang kedua untuk berjuang buat ummah ini. Doakan saya agar saya tidak melakukan perkara-perkara lagha lagi dalam kehidupan ini. Saya mengharapkan kemaafan dan doa dari kalian. Terima kasih Allah atas nikmat 3G ini yang memungkinkan email ini sampai ke inbox kalian.

Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (AlQiyamah:36- 38)

Dari katil U1040,
Insan yang mengharapkan kemaafan dan doa dari kalian,
Ummu Afeera Zainulabid

Friday, 29 February 2008

Cinta Hakiki - Raihan



Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Thursday, 28 February 2008

Kelantan negeriku

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia

Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!



ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR (Allah Maha Besar)

Kezaliman: Diharamkan, Ditakuti, Dijauhi

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu, maka janganlah...