Posts

Showing posts with the label Fadhail Amal

Fadhilat Tabligh Bab 2 Hadith 3

Ibnu Mas'ud memberitakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Kemerosotan serta kejatuhan Bani Israel bermula demikian ini: Apabila orang-orang yang soleh di antara mereka melihat perkara-perkara yang mungkar sedang dilakukan maka mereka melarang para pelakunya itu dari melakukannya tetapi apabila para pelaku itu tidak insaf dan orang-orang yang soleh itu bersahabat dan berkawan dengan mereka itu(maksudnya apabila orang-orang yang soleh dari mereka itu tidak memutuskan tali persahabatan dengan para pembuat dosa itu),maka Allah swt menyatukan hati mereka dengan orang-orang yang seumpama itu." Kemudian Rasulullah saw membaca sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi: "Yang tidak patuh dan yang melanggar perintah dalam kalangan Bani Israel adalah dikutuk oleh Allah swt." Kemudian,Rasulullah saw memerintahkan pada sahabat baginda:"Kamu hendaklah menyeru orang-orang lain supaya membuat kebaktian dan mencegah dari melakukan kemaksiatan.Kamu hendaklah menyekat setiap...

Fadhilat Tabligh Bab 2 Hadith 1

Adalah diberitakan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya,maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya,jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya,dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun maka hendaklah dia membencinya di dalam hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman."(Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah,Nasa'i) Sebuah hadith lagi ada menyatakan bahawa barangsiapa membenci maksiat di dalam hatinya sahaja pun, adalah dia seorang yang benar-benar beriman.Tetapi ini ada iman yang paling lemah sekali.Kini,marilah kita fikirkan dengan sebaik-baiknya berapakah ramainya orang Islam kini yang telah mengamalkan apa yang terkandung dalam hadith ini?Berapa ramaikah di antara kita yang telah mencegah perbuatan maksiat dengan lidah kita?Dan berapa ramaikah di antara kita yang telah benar-benar benci akan kemaksiatan di dalam hati?Marilah kita memeriksa iman kita menurut ...

Fadhilat Solat - hadith 6

Ibnu Mardawih meriwayatkan daripada Ka'ab Al-Akhbar ra,dia telah berkata: "Demi Allah yang menurunkan Taurat kepada Musa as dan Injil kepada Isa as dan Zabur kepada Daud as dan Al-Quran kepada Muhammad saw bahawa ayat-ayat yang di bawah ini adalah diturunkan berkenaan dengan mengerjakan solat-solat fardhu dengan berjemaah di tempat di mana azan dikumandangkan: "Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil supaya bersujud tetapi mereka tidak kuasa;(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah lagi mereka diliputi kehinaan;dan sesungguhnya mereka dahulu(di dunia) diseru untuk sujud,dan mereka dalam keadaan sejahtera."-(Surah Al-Qalam:42-43)" Kebesaran 'Saq' adalah satu macam kebesaran yang akan dilihat pada hari Hisab.Semua umat Islam akan sujud apabila melihat kebesaran ini,tetapi sebahagian orang di mana tulang belakangnya keras dan tidak boleh sujud.Mengenai siapakah mereka itu maka bermacam-macam tafsir telah diberikan oleh pelbagai mufassir.Me...

Hadith 15(Fadhilat zikir)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahwa Uthman r.a. dalam mentafsirkan ayat Al-Quran:"Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua(iaitu kisah dua orang anak yatim yang diceritakan secara panjang lebar di dalam surah Al-Kahfi)" berkata bahawa itu adalah kepingan emas yang tertulis padanya tujuh baris yang bererti: 1)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tapi ia masih bergelak ketawa. 2)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya. 3)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu. 4)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya perhitungan terhadap dirinya,tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan. 5)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka Jahannam,tetapi ia masih...

Fadhilat Solat - hadith 5

"Ada seorang bertanya kepada Ibnu Abbas r.a. bagaimanakah dengan seorang yang berpuasa sepanjang hari dan bersolat nafil sepanjang malam tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat?Ibnu Abbas r.a. menjawab bawaha dia ada;ah penghuni neraka Jahannam." Orang seumpama ini,oleh kerana dia seorang Islam,mungkin dia dibebaskan dari neraka tetapi siapakah yang tahu berapa lamanya dia terpaksa tinggal di dalam neraka itu. Para ahli sufi dan para syeikh amat mementingkan zikir dan solat nafil serta menganggap ini satu amalan soleh padahal mereka tidak mementingkan solat berjemaah.Maka hendaklah selalu diingat bahawa tidak ada orang yang boleh mencapai darjat kesolehan kecuali dengan benar-benar mematuhi amalan-amalan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. Adalah dinyatakan di dalam sebuah hadith bahawa Allah s.w.t. mengutuk 3 jenis manusia iaitu: 1. Seorang imam yang mendesak mengimami orang di sesuatu tempat dalam solat padahal mereka benci padanya kerana s...

Kalimah Tayyibah

Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah dengan ikhlas,dia akan dimasukkan ke dalam syurga."Lalu ditanyakan kepada baginda:"Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram." Keterangan: Yakni apabila seseorang yang telah tertegah daripada melakukan perbuatan yang haram dan yakin terhadap kalimah La ilaha illallah maka pasti ia akan dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi sebaliknya,jika ia tidak tercegah daripada melakukan perbauatan-perbuatan yang haram maka setelah menerima siksa,lambat laun dengan berkatnya kalimah La ilaha illallah dia pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.Kecualilah jika ia melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat sehingga ia terkeluar dari keimanan dan Islam,itu adalah persoalan lain. Faqih Abdul Laith as-Samarqandi rah.a. menulis di dalam kitabnya,Tanbih al-Gha...

Solat Sambil Berjaga-jaga

Sewaktu pulang dari suatu gerakan ketenteraan,Nabi saw telah bermalam di suatu tempat.Baginda bertanya: "Siapa yang hendak menjaga khemahku malam ini?" Ammar bin Yasir dari kaum Muhajirin dan Abbad bin Basyar dari golongan Ansar telah menawarkan diri masing-masing untuk mengawasi khemah Nabi saw.Kedua-dua mereka telah ditugaskan berjafa-jaga di kemuncak sebuah bukit berdekatan dengan tempat Nabi saw berehat.Kata Abbad kepada Ammar: "Marilah bertugas bergilir-gilir.Bagi separuh masa yang pertama aku akan berjaga supaya kamu dapat melelapkan matamu.Kemudian engkau pula berjaga supaya aku pula dapat melelapkan mataku." Ammar bersetuju.Dia pun merebahkan dirinya lalu tidur dengan nyenyaknya.Sambil menjalankan tugasnya,Abbad telah mendirikan solat.Seorang peninjau pihak musuh telah melihatnya lantas melepaskan anak panahnya yang menembusi badan Abbad.Melihat keadaan Abbad yang masuk berdiri tegak itu,si peninjau tadi kemudian melepaskan lagi dua anak panahnya.Abbad kemu...

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya: "Apakah gerangan tuan berdukacita?" Jawabnya: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita." Umar r.a. berkata: "Aku mengetahui kalimah itu." Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya: "Apakah dia itu?" Jawab Umar r.a.: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah." Talhah r.a. berkata: "Demi Allah,inilah!" Keterangan: Kalimah tayyibah me...

Fadhilat zikir (hadith 6)

Abu Musa r.a. memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan(kerana Allah) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka berzikir itu lebih utama(daripada orang yang membelanjakan wangnya di jalan Allah)." Sungguh pun membelanjakan harta pada jalan Allah adalah satu amalan yang paling afdhal sekali,namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah bertuahnya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaannya pada jalan Allah da di samping itu mendapat taufiq pula untuk mengingati Allah SWT.Di dalam sebuah hadith,telah diberitakan bahawa Allah SWT juga mensedeqahkan(nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu.Namun begitu,tidak ada kurniaan yang lebih besar daripada taufiq untuk berzikir. Orang-orang yang sibuk dengan perniagaan,perdagangan,pertanian dan dengan pekerjaan masing-masing jika...

Kisah-kisah yang menunjukkan ketaqwaan

Dalam sebuah hadithnya,Rasulullah SAW bersabda; "Perasaan takutkan Allah merupakan sumber kebijaksanaan." Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah sehingga matanya menjadi buta.Katanya kepada seorang yang selalu memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis?Matahari pun menangis kerana takutkan Allah." Pada suatu hari,Nabi SAW telah melalui seorang sahabatnya yang sedang membaca al-Quran.Apabila si pembaca tadi sampai kepada ayat: "Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(ar-Rahman:37) Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak lalu dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya: "Aduh,apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini." Nabi SAW berkata kepadanya: "Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama." Jawapan yang sama juga telah diberi oleh Nabi SAW kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan solat Tahajjud. Pada su...