Friday 14 December 2007

Kisah-kisah yang menunjukkan ketaqwaan

Dalam sebuah hadithnya,Rasulullah SAW bersabda;
"Perasaan takutkan Allah merupakan sumber kebijaksanaan."

Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah sehingga matanya menjadi buta.Katanya kepada seorang yang selalu memerhatikannya:
"Agaknya kamu hairan melihat aku menangis?Matahari pun menangis kerana takutkan Allah."

Pada suatu hari,Nabi SAW telah melalui seorang sahabatnya yang sedang membaca al-Quran.Apabila si pembaca tadi sampai kepada ayat:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(ar-Rahman:37)
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak lalu dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:
"Aduh,apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini."
Nabi SAW berkata kepadanya:
"Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama."

Jawapan yang sama juga telah diberi oleh Nabi SAW kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan solat Tahajjud.

Pada suatu hari,Abdullah bin Rawahah telah menangis.Isterinya turut menangis bersama-sama.Dia bertanya kepada isterinya:
"Mengapa engkau menangis?"
Jawab isterinya:
"Apa yang menyebabkan engkau menangis itulah yang menyebabkan aku menangis."
Kata Abdullah:
"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat,aku menangis.Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Pada suatu ketika,Zurarah bin Aun sedang bersembahyang di masjid.Apabila ia membaca ayat:
"Maka apabila ditiup sangkakala.Maka yang demikian,di hari itu,hari yang payah."(al-Muddathir:8-9)
Dia jatuh lalu meninggal dunia.

Dalam salah satu sembahyangnya,Khulaid dalam qiraatnya telah membaca ayat:
"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati..."(al-Ankabut)
Dia mengulangi ayat itu beberapa kali.Tiba-tiba terdengar suara orang mengatakan kepadanya:
"Berapa kali mesti engkau ulangi ayat itu?Bacaanmu telah pun menyebabkan kematian empat jin."

Dengarlah kata Nabi SAW dan para sahabat baginda mengenai perasaan takut kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda:
"Segala-galanya takut akan orang yang takutkan Allah.Sebaliknya,segala-galanya menjadi sumber ketakutan kepada orang yang takutkan selain dari Allah."

Berkata Yahya bin Mu'az:
"Seandainya seorang manusia itu takutkan neraka sebanyak ia takutkan kemiskinan,ia akan memasuki syurga."

Berkata Abu Sulaiman Darani:
"Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dari perasaan takut kepada Allah."

Nabi SAW bersabda:
"Wajah yang dibasahi air mata kerana takutkan Allah,walaubagaimana sedikit pun air mata itu,terselamat dari api neraka."

Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang Muslim menggeletar kerana takutkan Allah,gugurlah dosa-dosanya sebagaimana daun-daun kering berguguran."

Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi SAW:
"Tunjukkanlah aku ke jalan keselamatan."
Nabi SAW menjawab:
"Jangan banyak bercakap dan tinggallah di rumah sambil menangis mengenang dosa-dosamu."

Aisyah ra telah bertanya kepada Nabi SAW:
"Adakah di antara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa hisab?"
"Ya,"jawab Nabi SAW."dia ialah orang yang banyak menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan."

Nabi SAW bersabda:
"Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah.Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang tumpah kerana berjuang di jalanNya."

Menurut sebuah hadith,ada tujuh jenis manusia yang dapat melindungi diri di bawah naungan Arasy.Salah seorang daripada mereka ini ialah orang yang menangis apabila berseorangan kerana takutkan Allah dan kerana menyesali dosa-dosanya yang telah lampau.

Umar ra berkata:
"Kalau pada hari perhitungan diisytiharkan bahawa semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka,sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang si malang itu ialah aku sendiri.Sebaliknya,kalau diisytiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga,sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah itu ialah aku sendiri."

Kisah Umar ra di atas menunjukkan betapanya perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit di hati umat Islam yang ingikan kebahagiaan akhirat.Bila menghadapi maut pula,harapan akan rahmat Allah sepatutnya melebihi perasaan takut tadi.Nabi SAW bersabda:
"Tidak seorang pun yang sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah SWT."

Apabila Imam Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut,beliau menggesa anaknya supaya membaca hadith-hadith Nabi SAW yang matan-matannya menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah SWT.

Thursday 29 November 2007

Price of Iman

Several years ago an Imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh
forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quite. When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said ' Here, you gave me too much change.'

The driver with a smile replied ' Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change.' When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried 'Oh Allah, I almost sold Islam for
twenty pence!'

Remember, we may never see the impact our actions have on people.

Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday,because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslim.

Sunday 11 November 2007

Manfaatkan Kepakaran Bukan Memandulkannya

Artikel Dr Mohd Asri Z.Abidin

Islam adalah agama yang mengiktiraf dan menghormati kepakaran atau kebolehan seseorang insan selagi mana kepakaran dan kebolehan itu tidak bercanggahan dengan prinsip-prinsipnya. Sudah pasti pula prinsip-prinsip Islam itu ditetapkan oleh Allah demi kemaslahatan manusia.

Justeru itu baginda Nabi s.a.w. menyebut: “Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam” (Riwayat al-bukhari dan Muslim). Maksudnya, bahan galian bernilai yang terpilih ketika berada dalam tanah dan lumpur, juga terpilih apabila berada di tempat yang elok. Demikianlah insan yang menganut Islam, sekiranya dia seorang yang terpilih dengan ciri-cirinya ketika belum berpegang dengan Islam, maka dia juga akan terpilih selepas menganut Islam disebabkan ciri-ciri istimewanya itu. Namun baginda s.a.w. meletakkan syarat, hendaklah dia terlebih dahulu memahami Islam. Bahkan perkataan faquhu atau faqihu yang digunakan dalam hadis tersebut menunjukkan benar-benar memahami hakikat Islam, bukan sekadar cebisannya sahaja.

Maka dalam sejarah dakwah Rasulullah s.a.w, baginda telah memanfaatkan kebolehan yang berbagai untuk kepentingan Islam dan umatnya. Insan yang seperti Umar bin al-Khattab dengan segala keberanian dan keperwiraannya yang begitu memusuhi Islam semasa jahiliahnya, tidak dimandulkan sifat itu apabila beliau menganut Islam. Sebaliknya, keberanian dan keperwiraannya itu disusun dan diatur agar bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam yang menguntungkan umat Islam. Demikian juga kehebatan dan ketangkasan Khalid bin al-Walid dalam bidang ketenteraan sehingga menumpaskan tentera Islam dalam peperangan Uhud, tidak disia-siakan. Walaupun beliau lewat menganut Islam dibandingkan para sahabat yang lebih awal, namun baginda s.a.w terus sahaja melantik Khalid memegang berbagai jawatan dalam peperangan. Tidak merujuk kepada soal ’senioriti’ tetapi kepada kepakaran yang dimilikinya.

Begitulah juga Hassan bin Thabit, Ka’ab bin Malik yang mampu bersyair semasa jahiliah dimanfaatkan oleh Nabi s.a.w kebolehan mereka apabila menganut Islam. Mereka telah menyusun syair-syair yang membela Nabi s.a.w. dan perjuangan baginda, serta menjawab tohmahan yang datang dari para penyair musuh. Kata Nabi s.a.w. kepada Hassan bin Thabit: “Jawablah untukku, Allah menguatkanmu dengan ruh al-qudus (Jibril)”. (Riwayat al-Bukhari). Maka semua kebolehan, samada; keberanian, ketangkasan, kesenian dan berbagai lagi yang sebelum ini digunakan untuk menentang Islam telah bertukar menjadi keistimewaan yang membela Islam.

Demikianlah sepatutnya masyarakat Islam, mestilah pandai memanfaatkan kemahiran anggotanya, sekalipun kemahiran dan kepakaran itu dahulunya pernah digunakan dengan cara yang bercanggahan dengan Islam. Namun apabila seseorang masuk Islam atau kembali mempunyai kesedaran Islam, hendaklah disusun atur agar segala kebolehan itu benar-benar boleh dimanfaatkan. Maka adalah amat mendukacitakan, jika seorang cina yang semasa belum muslim, mahir dalam perniagaan dan mencari rezeki, tiba-tiba apabila menganut Islam segala kebolehan itu terus hilang dan terikut-ikut dengan sesetengah golongan yang hanya tidur di masjid. Atau keluar berhari-hari berdakwah –kononnya- tanpa sempat memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Atau terus melupai pembangunan diri dan keluarganya, semata-mata hanya inginkan akhirat. Kemudian meminta-minta untuk suapan hariannya. Ini memberi imej yang buruk terhadap agama yang agung ini terutama apabila dilihat oleh saudara-saudara mereka yang belum menganut Islam.

Sebab itu syarat untuk kepakaran dan ciri istimewa yang dikuasai semasa jahilliah itu digunapakai, empunya kepakaran atau sifat istimewa itu mestilah terlebih mendalami Islam yang sebenar. Memahami tuntutan al-Quran dan Sunnah. Jika tidak, hakikat sebenar Islam tidak akan menjelma menerusi kebolehan atau kelebihan yang dimiliki. Ini seperti pihak yang menyangka proses islamisasi nyanyian itu dengan memakaikan kopiah atau songkok kepada penyanyinya, lalu dinamakan nasyid. Padahal, sesetengah lirik yang mereka alunkan, tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenar, bahkan ada juga yang bercampur dengan khurafat atau cara fikir yang mundur.

Mungkin sesetengah lagu P.Ramlee lebih islamik liriknya dibandingkan sesetengah alunan nasyid. Saya bukan memperkecilkan mereka, sama sekali tidak. Saya hargai usaha mereka. Namun, jika mereka menyatakan perjuangan nasyid mereka adalah misi dakwah, maka mereka mesti mengutamakan isi kandungannya dan kejelasan mesejnya. Jika tidak ia hanya untuk memperbagaikan penampilan gaya artis sahaja. Sama juga dengan sesetengah majlis yang diislamisasikan dengan upacara bacaan doa sebelum majlis. Selepas dari itu, isi kandungan majlis tidak pula diselaraskan dengan kehendak Islam. Seperti penceramah yang membuka ceramahnya dengan bacaan ayat itu dan ini kemudian mengisinya dengan memaki hamun secara yang diharamkan oleh syarak. Pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabah memang dalam ucapan mereka sering berdoa semasa majlis mereka, namun tidak di upacarakan khas doa-doa tersebut. Apa yang lebih penting, isi kandungan majlis sentiasa seiras dengan ajaran Islam. Sebab itu memahami Islam itulah syarat utama untuk menjadikan kebolehan seseorang berfungsi untuk agama yang berteraskan ilmu ini.

Saya jumpa ramai orang professional bukan dalam bidang pengajian Islam, apabila timbul kesedaran Islam dalam diri mereka, mereka seolah-olah mempersalahkan latar pendidikan mereka yang bagi mereka bukan aliran Islam.

Padahal mereka mampu memanfaatkan kebolehan mereka untuk umat Islam. Ini kadang-kala terhasil dari sesetengah penceramah masjid dan surau yang menyempitkan makna Islam dan keperluan ilmu Islam itu. Padahal kecuaian mereka terhadap agama bukan kerana bidang pengajian mereka, sebaliknya ketidak prihatinan diri terhadap Islam yang tulen. Ketidak prihatinan ini boleh berlaku di semua peringkat; bidang agama atau sebaliknya.

Jika kita jujur dan bersungguh ingin memahami Islam yang tulen, dunia kini amat terbuka untuk itu. Saya lihat bukan sedikit para pelajar kita yang belajar di Barat atau dalam bidang bukan pengajian Islam formal tetapi berminat mendalami Islam dan lebih memahami hakikat Islam itu dari ribuan pelajar di Mesir atau beberapa negara timur tengah yang lain. Mereka lebih sensitif terhadap khurafat, karut-marut, israiliyyat, hadis palsu dan pemikiran sonsang dibandingkan sesetengah ustaz keluaran Timur Tengah itu sendiri. Bahkan ada ustaz lulusan Timur Tengah yang menjual kayu kokka atau penyebar hadis palsu, Israiliyyat dan berfalsafah dengan pemikiran yang tidak serasi dengan Islam yang tulen.

Namun sesetengah yang kurang faham, oleh kerana mereka dahulu tidak sempat belajar Islam secara formal sepenuhnya, mereka seakan ingin menebus semua kesalahan itu dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama tanpa berhati-hati. Niatnya baik, malangnya sesetengah sekolah agama langsung tidak memberikan penekanan kepada keperluan akademik yang lain. Menghantar ke sekolah agama memang baik, apatah lagi jika sekolah agama itu mampu mengujudkan iklim yang harmoni lagi islamik lalu membentuk keperibadian Islam. Namun, bukan sedikit juga sekolah agama yang belum dapat diuruskan dengan cemerlang. Maka berlaku keciciran dalam akademik dan ketinggalan dari persekitaran yang baik. Bahkan guru-guru agama yang diambil mengajar pun, ada juga yang tidak menentu kelulusannya. Akhirnya, tidak juga anaknya menjadi pakar Islam yang cemerlang, sudah pasti akan ketinggalan dalam bidang-bidang akademik yang lain. Saya bimbang suatu hari nanti mereka akan menyalahkan kesedaran Islam bapa mereka. Ini bukan rekaan, saya telah bertemu bukan sedikit yang seumpama itu. Padahal, sekolah-sekolah swasta ‘orang lain’ begitu ke hadapan dalam berbagai sudut.

Padahal yang sepatutnya dilakukan, apabila kita ada kesedaran Islam, kita memastikan kefahaman Islam itu diamalkan dalam kehidupan secara yang meluas. Beri kesedaran kepada anak-anak tentang perjuangan memertabatkan agama ini dalam semua bidang. Jika hendak memilih sekolah agama, hendaklah sekolah yang melambangkan kesyumulan Islam itu sendiri. Agar pendidikan Islam mampu bersaing dan tenaga muslim soleh boleh dimanfaatkan di semua bidang. Janganlah semua anak kita nak kita jadikan ‘ustaz’. Perbagaikanlah kemahiran umat ini. Dunia Islam tidak akan mampu diangkat maruahnya dengan semua orang menjadi ‘ustaz’. Tetapi maruah itu diangkat dengan umat menguasai segala bidang serta membawa mesej Islam yang sebenar. Susunlah perjuangan umat ini dengan menyusun kepakaran anak-anak kita dalam berbagai kebolehan. Jika kita lahirkan guru agama yang terbatas pengetahuannya, maka agama akan dipandang sinis. Perkataan ustaz itu sendiri begitu umum. Bahkan kadang-kala kerana boleh membaca beberapa ayat dan berpakaian arab dia dipanggil ustaz. Perkataan ustaz dalam masyarakat kita bukan semestinya melambangkan kesarjanaan.

Sebenarnya, yang kita perlukan adalah pakar; pakar tafsir, pakar hadis, pakar akidah, pakar fekah dalam berbagai bidangnya dan seterusnya. Inilah keperluan kita. Mereka mesti mampu membawa kefahaman Islam yang tulen. Bukan sekadar untuk bercoleteh, atau membuat jenaka atau menyampai cerita-cerita tidak munasabah dalam ceramah yang tidak menggambarkan kematangan dan kemantapan agama yang agung ini.

Barangkali itulah sebabnya P.Ramlee dalam filemnya ‘Musang Berjanggut’ menamakan Menteri Agama Pura Cendara dengan gelaran ‘Datuk Nikah Kahwin’ tidak dinamakan dengan ‘Datuk Syariah’ atau seumpamanya. Dek sempitkan bidang yang dikuasainya atau pemikiran yang hanya terbatas dalam soal nikah kahwin sahaja. Mungkin jika Raja Alam Shah Bana melihat di Pura Cendana seseorang yang tidak mempunyai idea yang bernas dan produktif untuk kemajuan agama, sebaliknya hanya mampu mengiklan kenaikan tambang haji, maka dia akan namakannya ‘Datuk Tambang Haji’. Saya tersenyum sinis apabila ada yang mempertikaikan mufti menulis di akhbar dan berbicara di luar bidang agama. Barangkali pada pandangannya peranan mufti itu membaca doa dan berbicara hanya yang ditentukan dan simpan akalnya dalam saku. Jika minda kita sempit, kita jangan jumudkan dunia orang lain.

Jika tidak agama akan sentiasa kelihatan sempit. Semua manusia yang berjuang untuk memertabatkan agama, dia ialah pejuang agama. Dalam apa bidang sekalipun. Selagi mematuhi lunas-lunas syarak. Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, saya begitu tertarik dengan slogan Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim yang cuba menjadikan perjuangannya dalam ekonomi sebagai jihad. Ya, jika cita-citanya untuk mengangkat maruah agama dan menepati prinsip Islam maka ia adalah pengorbanan dan jihad. Kadang-kala ibubapa yang menghantar anak belajar dalam bidang-bidang selain agama tidak merasai mereka juga sedang menghantar dan membiayai pejuang agama. Apatah lagi jika anak yang dihantar pun langsung tidak ada kesedaran agama dan mencerminkan identiti agama ini. Bertambah jauhlah ilmu tersebut dari daerah perjuangan agama.

Demikian juga sesetengah pengurusan zakat hanya menghadkan atau menumpukan peruntukan zakat untuk yang belajar agama secara formal sahaja. Sekali lagi saya petik Dr.Yusuf al-Qaradawi ketika membahaskan tentang peruntukan zakat untuk para penuntut ilmu menyebut: “Bukanlah ilmu yang dituntut itu hanya terhad kepada ilmu agama semata. Bahkan merangkumi setiap ilmu yang bermanfaat yang kaum muslimin memerlukannya di dunia ini seperti ilmu kesihatan, pengembangan ekonomi dan bangunan, peningkatan kekuatan ketenteraan mengatasi musuh dan seumpamanya. Itu semua fardu kifayah.

Ini seperti mana yang diputus oleh para penganalisa hukum. Maka tidak hairan kita dapati para ahli fekah Islam menetapkan mengenai hukum zakat; bahawa ia diberikan kepada penuntut ilmu sepenuh masa, dan diharamkan kepada ahli ibadah sepenuh masa.

Ini kerana ibadah dalam Islam tidak memerlukan untuk seseorang meninggal segala urusan sepenuh masa seperti mana ilmu dan pengkhususannya. Demikian juga manfaat ibadah ahli ibadah itu hanya untuk diri seoarang sahaja, sedangkan ilmu penuntut itu untuk dirinya dan seluruh manusia. Bukan setakat itu sahaja, ahli-ahli fekah Islam menyatakan: “Harus untuk mereka yang fakir mengambil zakat untuk membeli buku-buku ilmu yang diperlukan yang semestinya untuk kepentingan agamanya dan dunianya. (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/570 Beirut: Muassasah al-Risalah).

Saya katakan, sesungguhnya tumpuan melahirkan saintis muslim yang beriman lebih diperlukan buat masa kini dari melahirkan seorang ‘ustaz’ dalam ertikata biasa. Ini kerana jumlah ustaz sudah agak ramai, tetapi saintis muslim soleh yang mampu mengangkat wajah umat Islam di hadapan dunia masih ketandusan atau tidak mencukupi. Maka wajib bagi dunia Islam mengembelingkan segala kepakaran yang ada. Bukan ustaz itu tidak perlu, tetapi proses mengeluarkan ustaz nampaknya telah berjalan lancar dan untuk mendapat darjah kebesaran ‘ustaz’ yang tidak pakar tidaklah begitu sukar. Namun untuk mencapai gelaran ’saintis’ yang sebenar, kita memerlukan pengembelingan yang lebih. Keluasan fikiran secara berprinsip itu membawa kita ke hadapan, dan kejumudan pula hanya membunuh kewarasan akal dan kematangan ilmu.

Friday 21 September 2007

Rahsia amalan puasa kita diterima

Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang Mahsyar.
Maka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini?
Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?
* Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.
* Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :
“Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji”.
* Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : “Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .
* Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.
* Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.
* Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.
* Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.
* Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.
* Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit”.
Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.
Golongan Pertama
Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa ahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku’, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.
Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.
Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.
Golongan Kedua
Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.
Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.
Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.
Kesimpulannya
Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.
Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.

Why do we read Al-Quran

Why do we read Quran, even if we can't
understand a single Arabic word?

This is a beautiful story of an Old
American Muslim lived on a farm in the
mountains of eastern Kentucky with his
young grandson.

Each morning Grandpa was up early
sitting at the kitchen table reading
his Qur'an. His grandson wanted to be
just like him and tried to imitate him
in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa!
I try to read the Qur'an just like you
but I don't understand it, and what I
do understand I forget as soon as I
close the book. What good does reading
the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from
putting coal in the stove and
replied, "Take this coal basket down
to the river and bring me back a
basket of water."

The boy did as he was told, but all
the water leaked out before he got
back to the house. The grandfather
laughed and said, "You'll have to move
a little faster next time," and sent
him back to the river with the basket
to try again. This time the boy ran
faster, but again the basket was empty
before he returned home.

Out of breath, he told his grandfather
that it was impossible to carry water
in a basket, and he went to get a
bucket instead. The old man said, "I
don't want a bucket of water; I want a
basket of water. You're just not
trying hard enough," and he went out
the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was
impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as
fast as he could, the water would Leak
out before he got back to the house.
The boy again dipped the basket into
river and ran hard, but when he
reached his grandfather the basket was
again empty. Out of breath, he
said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old
man said, "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for
the first time realized that the
basket was different. It had been
transformed from a dirty old coal
basket and was now clean, inside and
out.

"Son, that's what happens. When you
read the Qur'an. You might not
understand or remember everything,
but when you read it, you will be
changed, inside and out. That is the
work of Allah in our lives."

Sunday 16 September 2007

~Sedikit perkongsian~

Dalam kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan kisah yang saya perolehi dari adik saya sendiri. Namun asal usul kisah ini tidak pula saya ketahui. Insya Allah, ada pengajaran dari kisah tersebut. Kisahnya begini..

Terdapat pasangan kekasih yang saling menyintai. Sememangnya seakan-akan tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Saya namakan si jejaka sebagai A dan si dara sebagai B.

Cinta mereka membuatkan mereka terlalu menggilai pasangan mereka. Suatu ketika ketika terlalu asyik mengingati B, A melintasi seseorang yang sedang solat. Maka lelaki yang sedang solat itu menjadi berang dan memarahi si A.

Si A akhirnya berkata kepada lelaki yang sedang solat itu, “Aku melintasimu kerana aku terlalu asyik mengingati kekasihku, tapi bagaimana dengan dirimu? Kau sedang berhadapan dengan Rabb yang agung. Masih adakah sesuatu yang membuatmu lalai dari mengingatiNya ketika solat?”. Kata-kata si A membuatkan lelaki yang sedang solat itu sedar akan kesalahannya.

Kadangkala cinta kita kepada manusia mengatasi cinta kita kepada Allah. Kadangkala kita lalai dari mengingati Allah dan tidak takutkan azabnya.

Suatu hadis mengatakan, "Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal".

Moga hadis ini memberi kekuatan buat kita untuk melindungi rasa cinta pada manusia yang tidak ke mana. Moga kita menjadikan cinta Allah lebih agung dari cinta manusia seperti kisah Saidina Abu Bakar r.a.

Dalam peperangan Badar, Saidina Abu Bakar r.a berperang dengan anaknya sendiri yang tidak memeluk Islam lagi saat itu. Anaknya seringkali mengelak dari bertembung dengan Saidina Abu Bakar kerana bimbang terpaksa memerangi ayah sendiri.

Setelah beberapa tahun, setelah si anak memeluk Islam, dia meluahkan isi hatinya pada si ayah. “Ayahku, sewaktu peperangan Badar, saya sering mengelak dari bertembung dengan ayah kerana bimbang akan melukai dirimu. Saya sayangkan ayah meskipun kita berbeza keyakinan".

Apa pula yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar r.a? “Demi Allah, sekiranya aku bertembung denganmu, pasti aku akan memancung kepalamu.”

Hebat sekali cinta Saidina Abu Bakar r.a kepada Allah berbanding cintanya kepada anak kandungnya sendiri. Moga kisah ini akan membuatkan kita tidak ragu-ragu untuk memutuskan cinta pada kekasih yang tidak halal bagi kita. Percayalah setiap perbuatan kita untuk mengelak sesuatu yang tidak baik pastinya akan diganjari Allah dengan sesuatu yang lebih baik.

Thursday 13 September 2007

13 hb 9

alhamdulillah..masuk hari ni bermulalah 1 ramadhan utk thun ini..syukur sbb masih dipertemukan Allah dengan bulan yg mulia ini..moga ramadhan kali ini akan diisi dengan amalan yg bermanfaat dan lebih baik dari ramadhan sebelumnya..

bulan puasa kali ni dimulai dengan exam final utk sem 5..hehe..bermula dengan 3 paper,then 3 paper lagi untuk hari kedua..masuk hari ketiga da ringan sikit..insyaAllah ok je kot nnti..nak kena improve la result kali ini dari sebelumnya..

1st sahur ni makan je apa yg ada baki lauk semalam..kari mamat sri lanka tu buat dengan sedikit nasi yang semalam nye..penuh perut je rasa makan sahur ni..minum air pun banyak..tengah kyuukei sat ni,tulis blog je terus..lama tak menulis..

masuk je bulan puasa,mesti teringat lagu man bai yg duet dengan kumpulan nasyid dulu tu..sayu je bunyi lagu dia..hehe..pepun,kena isi dengan tadarus Al-quran bebanyak la..kalau boleh lumba2 dengan member lagi seronok rasanya..susah nak cari suasana macam tu sekarang ni..x penah lagi la alami suasana mcm tu seumur hidup aku..

insyaAllah tahun depan bulan ramadhan akan jatuh pada cuti summer kat sini..x sabar je rasa nak berpuasa di kampung halaman..kalau ada peluang beraya di kampung lagi la seronoknya..hehe..biasa la orang melayu ni..susah sikit nak berpisah dengan kampung halaman masa belajar2 ni..bila da kawin pun macam tu jugak kot..pepun,xleh biarkan mak ayah bersepi di kampung la..sorg ibu boleh jaga 10 orang anak..tp,10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu..walaupun benda tu adalah satu tuntutan dalam agama Islam..biasa la,memang benda baik ni susah untuk diamalkan sebenarnya tanpa taufiq n hidayah dari Allah Yang Maha Kuasa..

ok lah,rasa macam nak sambung study la plak..tapi,tu ah..perut pun penuh lagi ni..tengok member seronok je tido kat katil sebelah..tido jugak kang naya..study x abis lagi untuk paper esok ni..ada peluang tulis blog lagi..hehe..

Saturday 8 September 2007

~Ashabul Kahfi~

Semalam saya menghadiri kuliah Dr Zainur Rasyid. Sejujurnya saya terasa begitu tertekan saat diberitakan segala macam kezaliman yang menimpa umat Islam. Sampai ada kalanya saya tidak ingin memandang slide yang dipaparkan kerana hati saya begitu terluka. Kezaliman yang sukar saya bayangkan dengan kata-kata. Saya terasa seperti ingin menangis di satu penjuru dengan sepuas-puasnya agar terluah segala tekanan yang saya rasakan.

Di Bosnia, parut digunakan untuk memarut tubuh saudara seislam. Di Fallujah, bom yang dicipta tidak membakar baju atau pakaian tapi spesifik untuk membakar kulit manusia.

Satu soalan diajukan. Adakah umat ini mempunyai harapan? Dan harapan tersebut terletak pada siapa? Saya tahu umat mempunyai harapan tapi bila saya melihat realiti yang dipaparkan, hati seakan tercalar. Saya terasa lemah sekali. Saya terasa seperti tiada apa pun yang mampu saya lakukan. Rasa berdosa terhadap saudara seislam sendiri begitu saya rasakan. Malah sewaktu saya menintakan tulisan ini, air mata masih bercucuran membasahi pupil mata.

Kemudian Dr Zainur Rasyid menceritakan kisah mengenai Ashabul Kahfi. Cukuplah kisah ini yang meyakinkan saya dengan sebenar-benarnya bahawa umat ini masih mempunyai harapan. Saya memetik artikel kisah Ashabul Kahfi yang saya perolehi di laman maya dan Insya Allah, di pengakhirannya kisah ini, saya akan menceritakan mengapa ianya begitu terkesan di hati saya:

{ Ashabul kahfi merupakan sebuah cerita teladan yang disebutkan di dalam al-Quran pada surat al-Kahfi ayat 9 sampai dengan ayat 26 dari 110 jumlah ayatnya. Cerita ini mengisahkan beberapa penghuni gua yang mengandung i’tibar dan pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Cerita ini bermula dari sebuah kota, terletak di antara dataran luas yang sangat subur.Kebanyakan mata pencarian penduduk negeri ini adalah bercucuk tanam dan berkebun dengan menanam pohon kurma, buah-buahan jeruk, anggur dan semangka. Sebagian penduduk yang lainnya menternak haiwan seperti sapi, kambing, biri-biri dan unta, sehingga mereka hidup makmur, mereka makan hasil buminya dengan nikmat dan hidup damai sejahtera.

Agama yang dipeluk penduduk ini dan keyakinan mereka, sebagaimana penduduk negeri-negeri lain di dunia ini adalah bermacam-macam. Sebagian mereka ada yang beriman kepada Allah dan RasulNya, tetapi sebagian besar mereka adalah penyembah berhala, patung dan menyembelih hewan kurban untuknya.

Yang memerintah negeri yang subur nan makmur ini adalah seorang Raja yang lebih condong kepada agama berhala penyembah patung dan mengajak orang lain dengan paksa agar turut menyembahnya, bila tidak mengikuti kehendaknya, rakyat mengalami penyiksaan yang sangat kejam.

Keadaan dan kondisi ini telah berlangsung puluhan tahun lamanya di bawah kepemimpinannya, banyak diantara kamu muslimin mendapatkan siksaan yang luar biasa, sehingga tiada satu haripun bila ada berita yang sampai kepadanya tentang keberadaan seorang mukmin atau mukminah, pasti ditegakkan hukuman dengan menyiksanya atau menyembelihnya di depan umum, sehingga ia yakin benar dapat mencabut benih-benih iman dari dada penduduknya yang telah lama beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dengan kondisi politik dan sosial yang sangat menyulitkan kaum yang beriman kepada Allah inilah, masih ada beberapa orang yang beriman kepada Allah SWT secara sembunyi-sembunyi, karena mereka lebih takut kepada siksa Allah yang lebih kejam di hari kiamat kelak. Mereka dengan lantang penuh keberanian mendeklarasikan sikap untuk mengabaikan perintah pemimpin mereka. Mereka mampu menguasai diri, sebab mereka memiliki keoptimisan yang dibingkai ruh mas'uliyah (tanggung jawab), ruh isti'la (merasa tinggi) dan sosok kepemimpinan.

Sikap yang mereka lakukan adalah dengan tetap memegang teguh iman kepada Allah SWT dan memencilkan diri pada sebuah gua sebagai tempat berlindung seraya berdoa : “Wahai tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”.

Namun, kehendak Allah menginginkan lain, Allah menidurkan mereka dan menutup telinga mereka dari segala kebisingan. Lalu setelah 309 tahun (Qomariyah) lamanya, Allah kembali membangunkan mereka.

Akhirnya, terbukalah segala keajaiban setelah mereka terjaga, terlebih setelah salah satu diantara mereka meminta kawannya untuk membeli sesuatu untuk mengisi perut yang kosong, mereka sedar, bahwa mereka berada di alam yang berbeza dengan zaman yang sebelumnya, mereka berada di lingkungan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama islam dan mereka yakin, bahwa mereka adalah pelaku sejarah yang dapat menambah keimanan mereka dan kaum mukminin semua.

Demikianlah akhirnya, sesuai dengan janji Allah SWT, bahwa : “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik” (al-Kahfi : 30). Sehingga mereka pun bergabung menjadi bagian dari masyarakat yang majoriti penduduknya beragama islam.}

Hebatnya kisah pemuda-pemuda ini. Pemuda ini melakar sejarah dan Allah mengiktiraf mereka..Kita tahu, bahwa bukti dan tanda kekuasaan Allah begitu banyak dan menuntut untuk direnungi serta diambil pelajaran ('ibrah). Tanda-tanda kekuasaan Allah SWT itu dipaparkan dalam berbagai bentuk dan cara, dimaksudkan agar manusia tidak bosan dan sedar serta segera mengakui kewahdaniyahan( keesaan)- Nya. Dan Ashabul kahfi adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. yang dipaparkan dalam bentuk kisah yang menarik dan patut direnungi, karena di dalamnya terdapat pelajaran bagi sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini.

Barangkali kita harus sepakat, bahwa sesungguhnya sejarah manusia itu akan terulang dari masa ke masa, meskipun perbezaan waktu, tempat dan pelaku, namun akan tetap sama seperti yang telah terjadi sebelumnya.

Kerana pentingnya memahami dan menyedari pelajaran kisah ini, Allah sendiri tidak menyebutkan siapa nama pelaku-pelakunya, sebagaimana Allah tidak menyebutkan juga jumlah dan waktu terjadinya secara pasti. Yang jelas tujuannya agar manusia mengambil pelajaran, kemudian menjalani kehidupan dengan hidayahNya. Tujuan seperti inilah yang juga melatarbelakangi sebagian besar mufassirin dalam menyikapi kisah ini, semisal Ibnu Katsir, At-Thabari dan lain-lain.

Diantara saripati yang dapat kita ambil pelajaran dari kisah ashabul kahfi adalah: Tauhidullah (mengesakan Allah SWT). Menurut para Ulama, tauhid (mengesakan) kepada Allah SWT. terbagi menjadi tiga macam, pertama, tauhid al-Uluhiyah, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam beribadah, yaitu meyakini, bahwa beribadah itu hanya ditujukan kepada Allah dan karena-Nya semata.

Kedua : Tauhid ar-Rububiyah, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam perbuatan, yakni mengimani dan meyakini bahwa hanya Allah lah sang maha pencipta, penguasa dan pengatur alam semesta.

Ketiga : Tauhid al-Shifat, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam sifat-Nya. Artinya mengimani bahwa tidak ada makhluk yang serupa dengan Allah Ta’ala dalam Dzat maupun Sifat.

Allah mengurniakan ilham buat pemuda ini. Pilihan para Ashabul kahfi untuk mengasingkan diri pada sebuah gua itu merupakan panggilan dari lubuk hati agar senantiasa dapat mempertahankan keyakinannya tentang islam, sekaligus menjalankan keyakinan itu pada tempat yang terhindar dari penglihatan manusia jelata. Sebab mereka yakin, bahwa penguasa yang sebenarnya adalah Allah SWT. bukan seorang raja yang sedang berkuasa di zamannya. Sebagaimana mereka juga sadar, bahwa segala keangkuhan sang raja, hanyalah gertakan semata-mata yang dapat sirna dengan berlalunya zaman.

Pengasingan diri yang mereka lakukan, juga merupakan wujud pengorbanan untuk meninggalkan segala kenikmatan duniawi untuk tujuan ukhrawi. Mereka rela meninggalkan keluarga, harta dan tanah air demi menyelamatkan aqidah serta khawatir akan fitnah. Untuk itu bukan tidak mungkin kisah ini menjadi inspirasi bagi hijrah Rasulullah saw. Bersama Abu Bakar ra ke Madinah dan Hijrah pertama kaum muslimin ke Habsyah.

Pengasingan itu pula merupakan metodologi seorang rakyat menolak kebijakan pemimpinnya yang terbukti dengan kedzaliman dan kerakusan akan kepemimpinan & kekuasaan. Tentunya, sekiranya jumlah ashabul kahfi mencukupi, gelombang reformasi pun pasti akan terjadi.

Kisah ini saya rasakan terlalu akrab dengan saya. Di saat saya terasa begitu kerdil, tidak mampu melakukan apa-apa, kisah ini diceritakan. Kisah ini bercerita tentang keyakinan. Cuba bayangkan, dalam zaman kefasadan, terlalu banyak maksiat yang berlaku, hanya terdapat beberapa pemuda sahaja yang cuba menyelamatkan iman mereka. Kalau nak dibandingkan dengan kefasadan yang berlaku, seolah-olah terlalu kecil tindakan mereka. Tapi bila mereka terbangun dari lena, zaman sudah berubah. Zaman Islam berdiri megah. Cuba kita renungi sedalamnya pengajaran kisah ini. Segalanya yang kita lakukan mungkin tidak mampu nak mengubah sesuatu di zaman ini. Mungkin apa yang kita lakukan terlalu kecil. Tapi janji Allah tetap akan berlaku. Islam pasti akan menang. Perbuatan kecil yang kita lakukan, hasilnya mungkin akan dilihat setelah ribuan tahun. Barangkali kita tidak berpeluang untuk melihat hasilnya, tapi yakinlah segala yang dicita-citakan untuk melihat kembali kegemilangan Islam itu pasti akan berlaku semula. Demikianlah akhirnya, sesuai dengan janji Allah SWT, bahwa : “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik” (al-Kahfi : 30).

Sunday 2 September 2007

2 hb 9

esok da strt kelas lg..bermula lg hari2 skolah yg perlu tempuhi kat kosen ni..hehe..tanoshimi ni shite masu..td br setel satu keja utk jikken zenki nyer..happyou kat mak ayah n bdk2 chuugakusei..sengih sana,sengih sini..xtau nk ckp mcm mana pny pasal..sembang aja..tekitou na ore wa..huhu..korekara nk kena sentuh kenkyuu da la..yatto..ashita mo ganbarimasu!! (^^)/~~

Thursday 30 August 2007

natsu yasumi 2007

natsu yasumi kali ni diisi dengan bermacam2 kenangan yg pelbagai..firstly,aku isi ngn main game puas2,kononnya utk lepaskan tension la..download game advent rising dlu,men2 sampai abos,download plak game lost planet..sume aku abiskan dalam masa 4 hari kalau x silap..game lost planet mmg saikou a..grafik pun smart,gameplay pun menarik..tembak2,naik robot,bunuh boss yg besar2..hehe..omoshirokatta..

abih main2 game,aku buat skit revision utk juken seterusnya plak,muroran kougyou dai..tekitou je..tmbh 2,3 bab je dari juken benkyou yg lalu..juken dai ni just 2 subjek je,suugaku n denkikairo..toriaezu,apply kakomon dari pihak dai..kol2 sket,tngu je dia pos mai kosen aku..lepak2 skit kat kosen,lepas tu gi orientasi anjuran JPA..

orientasi ni kira mcm 1st time la buat sejak aku duk nihon ni..bleh tahan jgak la pengisian dia..xde la ketat sgt..bleh jumpa mmbr2 n kohai2 yg x penah jumpa..kenal la ngn kohai dari oyama kousen,hairi nama dia,ngn mmbr dia dari nagano kousen nama hadi..haha..klakar kohai aku sorg ni..best jgak kenal2 diorang ni..orientasi ni la byk skit tau pasal pandangan sebenar sensei jpun terhadap student mesia..biasa la,prestasi student merosot saikin..ada jgak la baiknya diadakan program mcm ni skali setahun ke dari pihak JPA..dari sini jugak la aku jumpa ngn Encik Redha n Encik Jasri buat pertama kalinya sejak diorang pindah mai sepanjang aku bljr sini..ok la,sume sporting je..aku pun join je la..

da abih program JPA,blik kousen sat,setelkan borang utk juken muroran,aku kuar plak..gi join jemaah mesia sat kat kobe..alhamdulillah selamat sampai masjid kobe buat pertama kalinya..bleh tahan jgak besar bandar dia..jumpa jemaah mesia,rasa mcm best je jumpa Haji Ibrahim yg dari terengganu tu..senyum je wajah dia..lepas tu gerak ke nagoya bersama2 jemaah utk mjlis jour student..abg azman dari nagoya tolong handlekan student mesia sume..hehe..insyaAllah motto ganbarimasu..

abih je jour,aku gerak ke miyagi-ken plak utk jayakan program summer camp anjuran IPIJ..mlm 12hb 8 kumpul kat nagoya,then bertolak ke tokyo ngn bas murah..alhamdulillah selamat sampai di tokyo eki di pg esoknya..pkul 6 lbih kitorang mulakan perjalanan lg menuju ke miyagi..bleh tahan penat norikae densha..kumpul dlu ngn geng2 dari utsunomiya di kuroiso eki,then gerak terus ke eki last destinasi,shiroishi..di sana sume yg nk ke tpt program kumpul utk tngu nek bas ke tpt program..masuk utan 5 hari..denpa utk keitai aku xdak langsung..au je yg ada line..orait jgak puasa keitai sat..hehe..rasa best jgak xdak keitai ni rupanya..kat kem ni jumpa ngn ustaz Wan yg berasal dari terengganu..byk pengalaman dia yg perlu dicontohi oleh muda mudi skrg ni..pengalaman dia ngn forkad utk pujuk balik geng2 yg murtad sume ckup mengharukan..terasa berkobar2 utk blik mesia sambut takaza di sana..bljr jgak ilmu al-aulawiyat sume..alhamdulillah..dpat lg satu jnis ilmu yg arapny berguna di masa2 depan..insyaAllah akan aku amalkan dalam kehidupan..hehe..

da abis program,blik ke kosen lg..tngal beberapa hari je lg utk juken..ichi ou abiskan mana yg ptut berkenaan ngn soklan juken..25 hb 8 bertolak ke hokkaido..alhamdulillah selamat sampai di shin-chitose airport..dari situ gerak ke sapporo ngn marul..lepak hotel satu malam..mlm tu jgak la lepaskan gian kat kani yg hampir setahun x jumpa..balun sampai naik muak makan..jumpa student mesia la plak..dari akita,fukui,sapporo n toyama dai kalau x silap..hehe..esoknya jalan2 area sapporo lg..jumpa plak ngn 2 org lecturer dari uitm buat presentation kat kitami turun ke sapporo sat utk jalan2 cari brg utk blik mesia..hehe..penat jalan2,gerak ke destinasi utama,muroran dai utk juken..sampai eki mat min amikkan n lepak kat umah kohai 1 nensei,arif..esoknye juken.then lusa bertolak blik kosen..mula skolah lg..bermulanya skolah,kena setelkan website utk happyou ahad ni plak..hehe..adios..nnti sembang lg kalau ada masa free..

Wednesday 1 August 2007

1 hb 8

tomorrow my journey 'll strt again.strting from tokyo to nagano..then need to come back to gifu this 5th to settle down da juken stuff.huh..it's been a long time i've never write my blog..about a month i think..hehe..just thinking about all old story again and again..hehe..life ful of trouble will be more fun n better than none of trouble in life..make human being more mature..hehe..thanks to God..alhamdulillah..
sometimes i just feel wanna go back home n don wanna stdy in this place anymore..but,when i think it again..there's still a lot of stuff to be done in here..it's not fair if i just live in here without do nothing for my deen..just felt guilty all time for being cruel to myself n other people by not doing da'wah everytime..just make all sins n make my life become uglier than before..that's not good..even i do realize it is bad for me n others,i still doing it..i don know why..forgive me ya Allah..forgive me for all bad things i've done before..there's nobody i can plead for forgiveness except you..if you dont forgive me,then to whom i should plead o Allah..may you give rahmah n forgiveness also towards my parents..my family,friends..n all muslims over the world..amiin...

Wednesday 11 July 2007

11 hb 7

lama da x menulis blog..hehe..alhamdulillah,ari ni aku masih dikurniakan kesihatan yg ckup baik..cuma,penat2 badan je skit2..saikin da makin panas da kat nihon ni,natsu menjelma lg..

juken ari tu,separuh je yg yakin blh btul jawab..slbihnya,tawakkal je..mensetsu pun,rasa mcm tekitou sgt..ukaru ki ga shinai kedo,kitai shite iru..ya Allah,bg la aku lulus masuk gifu dai ni..huhu..rasa nk menangis pun ada bila fikirkan balik bilangan jukensha utk denden kou gakka ari tu..ya Allah,ramai sungguh..30 org lbih..sgt la aku harapkan lulus masuk gifu dai ni..xtau nk ckp mcm mana..huhu...

tokorode,kakak aku selamat melahirkan anak sulungnya selepas aku juken ari tu..alhamdulillah..arina dahiah nama diberi..x tgk lai muka dia mcm mana..katanya kakak aku,mcm tokseh..idung mancung,bulu mata pun panjang katanya..hehe..phtu td aku sembang ngn ayah n mak nye anak buah baru aku tu..tny la pengalaman diorang dapat anak baru n apa perasaan diorang detik2 nk lahir tu..

abg ipar aku dlu mulakan..katanya,12 jam diorang kat blik bersalin tu..lama tu..kakak aku plak duk usaha utk lahirkan anak tu,pny la ssh..12 jam duk berhempas pulas utk lahirkan anak..xleh bayang sakitnya..katanya mcm nak tercabut nyawa dari badan..abg ipar aku plak,katanya,mmg bau xleh nk ckp la hanyir bau darah kuar dgn byknya..darah satu hal..tp,yg sayunye,x sanggup dia tgk keadaan kakak aku yg duk sakit melahirkan anak tu..kejap bayi tu kuar,kejap masuk balik..ish..xleh byg..

mcm tu la sakitnya n derita nk lahirkan sorg anak..bukan senang nk kuar sorg anak ni..

Monday 25 June 2007

~Jom Tadabbur~

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Moga sentiasa dalam rahmatnya.

Hari ni, kita tadabbur ayat Al Quran sebentar. Merenungi makna hakikat ciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Sebelum tu, dah baca Al Quran hari ni? Bacalah. Seronok berkomunikasi dengan Al Quran. Kalau tak faham bahasa Arab, gunakan Quran tafsir. Kalau ada masalah, minta petunjuk dari Allah dan selak mana-mana muka surat Al Quran. Pasti kita akan menemukan petunjuk dari kitab agung tersebut.

Hari ni kita belajar berkenaan surah Al Kahfi ye. Bermula dari ayat 32- 46. Di bawah ni, saya sertakan terjemahan maknanya. Tapi tak seronok kalau sahabat baca maknanya sahaja. Kena baca ayatnya sekali. Buka Al Quran ye. Seronok lagi kalau kita faham bahasa Arab. Berusahalah untuk belajar bahasa Arab. Ianya adalah salah satu syiar Islam.

Dalam kehidupan ini, ada kalanya kita akan melalui satu keadaan di mana kita kurang tidur, kurang makan dan lainnya. Tapi percayalah, santapan rohani akan memberi motivasi buat kita untuk terus hidup.

[32] Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[33] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

Ayat ini menceritakan kisah dua orang pemilik kebun. Kebun yang begitu subur.

[34] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai.

Salah seorang daripada pekebun tersebut begitu bongkak. Dia berbangga kerana mempunyai harta yang banyak, pengaruh dan pengikut.

[35] Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[36] Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu) , tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

Dia begitu takabur dan merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya.

[37] berkatalah rakannya kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

[38] Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

[39] Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

[40] Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

[41] Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi.

Ayat ini maknanya begitu mendalam. Seorang sahabat memberi teguran dengan hikmah buat sahabatnya yang lain. Dia tak cakap pun, “Eh, kenapa kau cakap cam gini? Ko tak sedar ke ni semua milik Allah?”

Camane dia cakap? Camane dia approach sahabat dia? Dia ajak sahabat dia merenung kembali hakikat ciptaan manusia itu sendiri. Kita dicipta dari air benih yang hina. Begitu hina. Kalau ada kat tanah, ayam pun tak sudi nak patuk. Kalau kita sendiri melihatnya, kita tak lalu nak makan. Hinanya manusia itu. Tapi Allah mencipta kita dan menjadikan kita sebagai manusia. Sebagai khalifah di muka bumi Allah untuk berubudiah kepadaNya.

Ayat ni mengajak kita merenung hakikat makna persahabatan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat sahabat tu. Realiti dunia yang ada menunjukkan kalau ada manusia yang popular, ada harta, pengaruh dan pengikut , maka secara tak langsung manusia lain akan mula mengipasnya. Kalau dalam konteks ayat tersebut, barangkali kita akan mengatakan, “Betullah, kebun ko cantik, luas. Ko ni memang kayalah. Hebat betul ko ni”. Dan di penghujungnya, barangkali kita akan meminta kebenaran untuk berkelah bersama keluarga di kebun tersebut.

Tapi dalam ayat ini, tidak berlaku begitu. Allah tunjukkan kita jenis sahabat yang baik. Siapa yang tak suka dikipas? Tapi sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang berkata benar mengenai sahabatnya. Memang pedih bila ditegur. Kadang rasa tak boleh tidur bila kena tegur. Rasa nak melenting pun ada. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya teguran tersebut, Itu juga yang saya harapkan dari pembaca blog. Kalau ada sebarang kesalahan, tegurlah saya. Jangan biarkan saya di alam fantasi dan terus-terusan melakukan kesilapan.

Assyahid Imam Hassan AlBanna mengatakan. Taaruf itu bilamana kita memberikan nasihat atau teguran buat sahabat kita, dan sahabat kita tidak terasa langsung. Mendalam kan makna taaruf ni? Kita ingatkan taaruf itu adalah berkenalan, mengetahui tarikh lahir sahabat kita dan lainnya, tapi makna taaruf itu mempunyai skop yang begitu luas.

Kadangkala kita melaungkan kalimah ukhwah, tapi belum ada kesediaan dalam hati kita untuk berterus terang. Kita tinggalkan sahabat kita begitu lama dan membiarkan dia begitu sahaja. Ala kulli hal, hayatilah makna ukhwah itu.

Berkenaan cara teguran tu, ianya adalah salah satu dari parenting skill juga. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mampu membuatkan anak mereka patuh tanpa sedikit pun terasa melalui teguran yang diberikan.

[42] Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!

[43] Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

[44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

[45] Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[46] Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Kisah ini mudah untuk dihadam tapi pengajarannya sangat berguna. Kisah ini ringkas, tapi Allah menyebut perbualan dua lelaki ini dengan begitu detail, begitu mendalam. Banyak persoalan yang ditimbulkan dari ayat-ayat ini. Adakah salah mempunyai harta yang banyak? Apa maknanya zuhud? Dan bermacam-macam lagi pengajaran yang berguna.

Di akhir ayat ini, Allah bercerita mengenai dunia. Dunia ini tiada maknanya. Dalam sebuah ungkapan ada mengatakan, “Sekiranya dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah, Allah tidak akan benarkan orang kafir untuk minum walau setitik air yang ada di dunia ini”. Faham tak makna ungkapan ni? Bahasa mudahnya, awak dapat melihat orang kafir minum dan hidup senang lenang di dunia ini, bukan? Maknanya yang tersirat, dunia ini memang tiada nilainya di sisi Allah.Kalau kita kaya pun, tak memberi apa-apa makna buat Allah.

Seorang sahabat pernah menanyakan Rasulullah, boleh ke seorang kaya menjadi zuhud? Rasulullah menjawab , boleh. Camane? Bila mana orang tersebut tak rasa apa-apa apabila hartanya berkurang atau bertambah.

Dalam konteks ayat ini sendiri, pekerja tersebut membuat perbandingan. Merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya. Dan semua ini adalah salah. Adalah penting untuk kita mengembalikan segala pujian buat Allah SWT sahaja.

Seandainya suatu hari nanti setelah bergelar doktor dan kita mampu merawat pesakit, ingatlah bahawa kita ini hanyalah instrument Allah sahaja. Kesembuhan pesakit itu adalah kuasa Allah semata.

Itu dahulu buat masa ini. Kita jumpa lagi di masa yang lain. Jangan lupa untuk ‘forward’kan artikel ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Salam perjuangan !!!

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Sunday 24 June 2007

24 hb 6

hari ini aku mulai dengan berjogging keliling kosen..pergh,sejuk n best je udara di pagi hari ni..da jogging,lepak je kat bilik..ingt nk stdy,x jadi..ngntuk pny pasal,aku tido dalam pkul 7 lbih..sedar2,da pun pkul 12..adei..melepas waktu pg utk stdy..xpe,blasah je apa yg ptut buat hari ni..sprti yg aku plan,ingt nk siapkan kadai jidouseigyo ari ni..esok ada saishi kalau aku siapkan kadai tu ari ni..buat pny buat,x jadi..x phm langsung..adei..tension sungguh..lapar la plak time buat keja..cari makanan kat dapur,da byk stok da abis la plak..huhu..br tau perasaan lapar org kebulur..kebulur kat sini ok lai,ada jgak org lain bleh tolong..pau roti mmbr aku 2 lai..ya Allah,nikmatnya makan time lapar n kebulur ni..alhamdulillah..thanks sham..sasuga esham la selalu beli stok roti..hehe..tgh lapar td,ingt nk kuar gi malera beli makanan skit,ujan la plak..ujan turun berterusan sampai la ke malam..skrg ni pun duk ujan lagi skit2..tsuyu(musim ujan) mo ne..

misi minggu ni,kena abiskan stdy denkikairo..minggu depan layan denjiki plak..adei la..ok ke aku ni duk juken satu dai je..kalau x dapat amik muroran plak..duk sembg ngn kohai dai smlm,dia ckp,baik x yah amik dai jauh2 mcm kat hokkaido..ssh nnti..tp,tu ah..aku rasa tu je la choice yg ada lps gifu dai..ingt nk jugak juken fukui dai..senpai fukui ckp smlm,setakat ni x penah ada lagi la org yg fail juken denden kat situ..rasa nak amik pun ada..tp,tu ah..amik gifu je la kot..lps juken gifu nnti bleh buat keja utk jikken 5 nensei plak..kena buat wqbsite da..risau jgak tkut x jalan keja kat kosen ni duk asyik juken je..da la kenkyushitsu aku ada 3 org je masuk aku..blasah je la..arapnya lulus la juken gifu ni..ya Allah,luluskan aku juken gifu dai nnti ya Allah..

minggu lepas kol umah..anak sepupu aku yg kecik meninggal 2 minggu lepas..mati lemas,katanya ayah aku..Allah sayangkan dia..nakal mcm mana pun budak,kalau diorang meninggal,tetap masuk syurga..tunggu mak ayah dia di pintu syurga nnti..bersih lagi diorang ni..blum baligh lg..ajal sampai time kecik..ii ne..pepun,aku yg masih idup ni kena teruskan idup ngn lbih gigih..kena rajin2 la,dont be lazy2 a..hehe..
da pun pkul 830 mlm..kejap je masa berlalu..ujan pun da makin slow bunyinya..aku pun,kena soro2 la kerjakan kadai jidouseigyo ni..byk sgt la plak kadai yg ikeda sensei ni bg..adei..buat je la 70% dari sume..x sempat siap je rasa..da la x phm..mcm mana la nk siapkan kalau x phm..tny je la sensei esok sebelum antar..stdy skit sblum tido nnti kot2 ada saishi esok utk subjek dia..oss...ganbari yo!!!

Saturday 23 June 2007

23 hb 6

hari ni bermula lg ujung minggu aku..esok da hari ahad..then,lusa da skolah..mcm ni la kan..hari ni adalah masa yg paling penting..hdiup ni ada 3 hari je,smlm yg xleh nk ubah lagi dah,esok yg belum tentu lagi keadaannya n hari ni,yakni dekik skrg ni,apa yg perlu kita buat masa ni ikut keperluan agama..
smlm duk main2 sambil stdy math..ada lagi sikit utk bab gyouretsu..phtu stdy skit bab kakuritsu..then wanna start da denkikairo one..seminggu bajet utk denkikairo..sempat ke tidak..cuaknye juken..haha..nantoka je la kan..
semalam ujan sampai ke petang..best je suzushi sampai malam..nikmat sungguh keadaan sejuk ni..sejuk n sejahtera la..alhamdulillah..hari ni ii tenki da na..bleh layan bola kat padang lagi ptg ni..kena get prepare la utk taikai 30 hb ni..pergh..smgt saya main bola skrg..haha..stdy ntah ke mana..huhu...
semalam jgak la aku kol ex-awek aku..lama x kol..kol skit,lepaskan rindu..seb baik dia layan je sembang smlm..sblum ni aku msg je..reply jgak..ii hannou da ne..korekara mo dou darou na..maa ii ka..kono koto wo hotto oite,juken no koto ni shuuchuu shiyou ka ne..kanojo no koto ha ato de ii kara..ada jodoh ada la tu..insyaAllah..aku pun pelik,pesal la aku cari ex awek aku tu lg..naluri aku rasa yg dia pun sukakan aku sbnrnya..tp,tu ah..time clash ari tu,ada sorg mamat tu bgtau yg ex awek aku tu x penah pun sukakan aku sbnrnya..aku je duk poyo sekor2..pedulik je la apa org kata..janji aku sukakan dia..haha..dia nak suka ke xnak,tu hak dia..bkn hak aku utk paksa dia utk sukakan aku..ya Allah,apalah aku merepek ni..huh...
adik aku da sampai kat umah..bertambah la sorg bilangan org kat umah di kampung tu..huhu..sian mak ayah aku..thun ni jgak diorang nak gi naik haji..arapnya slmt la nnti..da la aku x balik natsu ni..nak kena prepare utk juken muroran dai kalau x dapat gifu dai..ichi ou la kan..
kadai jidouseigyo pun x buat lagi ni..adei..isnin ni ada saishi kalau aku buat kadai tu ngn siap..tp,tu ah..ukeru ki ga shinai na..blasah je la lps2 ni..stdy,stdy!!!!!!

Thursday 21 June 2007

Renungan Untuk Remaja Islam

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,

Khutbah Jumaat kali ini, saya ingin mengajak para jama'ah sekalian kepada satu muhasabah dan renungan terhadap anak remaja kita masa kini.

Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama-sama anak batu petugas-petugas Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya. Dinegara Eropah dan dunia Barat, remaja berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu seperti penerokaan angkasa lepas, kejuruteraan, pertahanan dan lain-lain bidang ilmu lagi yang bersifat global atau tanpa sepadan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.

Disaat itu juga ramai yang tertanya-tanya dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam? Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu trend baru keruntuhan moral iaitu Pesta Buih di Bangsar yang melibatkan sebahagian besar penyertaannya. Para Remaja kita menari dan menyanyi salam keadaan separuh bogel.

Ini tidak ubah hanya meniru dan menciplak budaya barat yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan, sedangkan ulama' menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah adab.

Disinilah lahirnya budaya 'Hippies' dan budaya keseronokan yang mana hidup bebas adalah teras perjuangan, kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia, ekstesi, bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan kesalahan 100% keatas para remaja.

Junjungan mulia S.A.W pernah bersabda :

Bermaksud : "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"

Memang diusia remaja, sikap suka mencuba, sesuatu yang baru dan mencabar minda. Ini juga turut diperakui oleh seseorang ahli sufi, dimana beliau bimbang akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar untuk membuat ketaatan.

Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat. Filem-filem yang berunsur lucah dan pelbagai aksi yang merangsang nafsu remaja tidak sewenang-wenang di tayang kerana ini semua menyumbang kearah keruntuhan jiwa dan nurani para remaja seperti berzina, melahirkan anak luar nikah dahulu daripada anak-anak yang sah.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Disamping itu juga, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan factor penyumbang keruntuhan jiwa remaja. Ada pasangan yang berkahwin sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja dan bukan untuk niat dan cita-cita membentuk keluarga harmoni. Apabila tiada elemen-elemen kebahagiaan dirumah, maka remaja mengambil jalan pintas lari dari rumah dan melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang kononnya mencari ketenangan jiwa. Tetapi sayangnya lain yang dicari, lainyang dapat. Seumpamanya keluar dari mulut naga masuk ke mulur buaya.

Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya. Ini diperkuatkan oleh firman Allah S.W.T :

Bermaksud : "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Disaat ini dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah perkasa yang disaluti dengan iman dan jati diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Bin Ma'sud, Musab bin Amir, Ammar Bin Yasir dan Usamah Bin Zaid yang merupakan remaja yang dihantar oleh khalifah Abu Bakar bagi menentang 'Byzantin' yang ketika itu berumur 18 tahun. Usamah Bin Zaid pernah berdoa :

Bermaksud : " Demi Allah, sekiranya bukan kerana lautan luas yang menjadi penghalang, nescaya aku akan takluk seluruh dunia ini dalam meninggikan Kalimahmu, wahai tuhan, saksikanlah."

Oleh itu, para remaja kita hari ini diseru dan ingatkan agar bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup mukmin yang hakiki, semi agama, bangsa dan umat seluruhnya.

Firman Allah S.W.T dalam surah A-Qasis ayat : 50

Bermaksud : " Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah".

Disediakan Oleh,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Wednesday 20 June 2007

kawan..

baru aku perasan yg aku ni xde kawan baik..kawan mmg ramai la,tp tu ah.x rasa mcm kawan..sahabat ngn kawan,apa beza dia a?wakannai..bak kata dalam lagu qatrunnada tu,skrg xde kawan,tapi ramai kenalan je,bkn kawan..which means,ssh nk dapatkan kawan yg btul2 kawan zaman skrg ni..btul jgak kot apa dia ckp..aku pun xtau nk percayakan sapa dalam ramai2 kenalan aku..kawan ni jadi pembantu bila ssh..ketawa bersama,sedih bersama..apa luahan saling didengari n amik berat sama2..biasa la,umpama persaudaraan dalam Islam la kan..ptut la aku asyik rasa sunyi je dalam life ni..kawan ke awek akan aku pilih..ma..cinta pada Allah lbih penting la kot..segala luahan hati akan didengariNya..just amik wudhu n solat 2 rakaat..minta apa saja dariNya..sesungguhnya Dia Maha Mendengar luahan hati seorang hambaNya..
tp,tu ah.salah satu sbb aku ssh nk kawan ngn org sbb aku sendiri yg x percayakan org kot..bkn senang nak dapatkan kepercayaan seseorg..kita ckp masalah kita pada dia,dia nnti bgtau org lain plak..padahal masalah tu masalah personal..wakannai..ningen kankei warui na,ore wa..huhu..ptut la Pendidikan Islam time spm ari tu dapat B je..naruhodo..xtau mcm mana nak berkawan..mcm mana pun,aku tetap doakan kawan2 aku berjaya dunia akhirat..

Friday 15 June 2007

15 hb 6 2007

humm..xdak idea nk letak tajuk apa kat atas tu..huhu..ngntuk je manjang aku ni..juken da makin dekat..kekkyoku,amik gifu dai ngn muroran je..utsunomiya mou yameru kana..ssh la plak bila tgk kakomon dia..huhu..sian kat khiaq ssh2 dapatkan kakomon..adei..apa da aku ni..nyusahkan org je..fukui plak xtau lg nk amik ke xnak..dou shiyou..balik bilik ptg2,duk guling2..buang masa je keja..yaru ki nai a ptg2 ni..umah pun da lama aku x kol..apa cite la mak ayah aku skrg ni..huhu..abg aku plak mcm tu je..xde org da kat umah aku..time cuti2,kakak n adik aku yg pompuan tu bknnya balik pun..adik aku yg laki tu je la kalau balik pun..kalau blik pun,msti adik laki aku kena balik la kot..abg aku tu la..ada terkena benda skit..krg siuman jadinya..adei..kalau sembg ngn dia,rasa mcm bkn sembang ngn dia..mak aku yg duk umah pun tkut2 duk umah kalau ayah aku xde..mcm mana la keadaan diorng..mlm nnti try kol je la skali..aku pun naik risau..asyik duk layan pc je hari2..x terperasan pun nk kol..
kakak aku yg mengandung mcm da nak beranak da..dapat anak buah sorg lg la jawabnya..arapnya selamat la dia beranak nnti..mcm2 hal famili aku skrg ni..duk jauh mcm ni,rasa bersalah pun ada kat mak ayah aku tu..biarkan diorg kat kampung tanpa jagaan sapa2..ayh aku da la pencen,mak aku plak mmg duk umah je..as a anak..humm..
bila la bleh kumpul satu famili lg skali..seronoknya duk ramai2 ngn famili..msti meriah suasana kalau sume kumpul..
esok lusa ujung minggu..seperti biasa la ujung2 minggu..main bola ptg2,pg,mlm,stdy kalau rajin..kalau x,duk main sana sini..ngadap pc tu mmg atarimae la..x berkembang plak rasa duk ngadap pc je..ai..piah,piah...
ada jgak mmbr aku yg da mula juken minggu ni..suisen,da ramai da..tunggu kekka je nnti..x lama da.sekejap je duk sini...pejam celik,da nk masuk 3 thun duk sini..aku,masih lagi mcm ni..duk main2,malas2..ptut la awek lari..padan muka aku..elok jgak kan..ada hikmahnya..tp,tu ah..time nk exam,ada je problemnye..skrg ni,sepi skit la..nk pasang awek pun da jadi segan..biar je la kot..sendiri lbih bebas..tp,tu ah,kadang2 terpikir n terasa jgak nk pasang awek..adei..biar je la..kdg pny perasaan tu,simpan je la dlu sampai da keja nnti..byk lg keja aku perlu siapkan kat sini..takaza agam pun,bleh thn byk nye..aku kat sini bukan utk main2..tp,aku dihantar atas urusan agama..bak kata2 sorg ustaz kat kampung aku yg sorg tu,duk sana,buat bisnes la..aku duk pkir,bisnes apa dia?kalau bisnes kat sini mmg kaya la bila laris..maklum la,diorang pny mata wang lg mahal dari kita pny,,sejam keja bleh dapat dalam 20-30 ringgit..mana x kayanya..bila pkirkan balik,baru la perasan yg dia mksud bisnes tu bkn bisnes duit2,bisnes akhirat rupanya..tp,aku masih duk main2..buang masa n peluang..
kat sini mmg perlukan sgt usaha agama..tnpa usaha agam,mmg kucar kacir la keadaan ngn suasan maksiatnya..maklum la,negara bebas tanpa agama..byk insan yg perlu diselamatkan kat sini..need to do something..paling kurang pun,jgn biarkan fikir terjebak kepada fikir maksiat..melalui fikir maksiat,maka byk benda bleh berubah jadi bentuk maksiat..btulkan iman n fikir..fikir mcm mana seluruh umat manusia dapat selamat dari azab Allah swt..fikir je blum ckup..kena la buat usaha atas iman..byk korban ngn ikhlas,insyaAllah akan terbyr nnti..no ikhlas,no reward la..jadi useless plak nnti..need to stdy from now on..azass!!!

Wednesday 13 June 2007

manisnya bercinta..

tetiba balik ari ni teringt pasal manisnya bercinta..kemanisan dirasai bila mana pengorbanan utk cinta dilakukan..bercinta pada yg memberi..hehe..ma ne,cinta padaNya yg paling nikmat la kan..selepas bercinta denganNya,then mula bercinta dengan manusia,ternyata lah cinta padaNya adalah cinta yg hakiki..cinta pada manusia sementara n fana semata2..akan ada suatu hari nnti akan tiba di mana cinta yg dihulurkan itu sampai ke limit dia..tp,tu ah..nikmat bercinta ni sbnrnya..kalau fikirkan balik betul2..meskipun pernah dikecewakan,nikmatnya melebihi kekecewaan bila difikirkan balik..hehe..mereka yg tidak pernah bercinta x akan faham perasaan ini..umpama nikmat makan tomyam..kita cite mcm mana pun kat org x penah makan tomyam,x akan faham pny..melainkan dia sendiri yg makan tomyam tersebut.
begitu juga lah dengan nikmat apa yg lain sekalipun,sume memerlukan pengalaman,perlakuan yg akan memberi makna yg sbnr ttg suatu nikmat itu..apa la aku merepek ni..huh..tetiba balik bilik,cari lagu exists..download byk2 kat multiply,then layan..adei..apa la aku ni..byk lagi keja lain yg bleh buat..tp,tu ah..nikmatnya bercinta ni..ssh nk cite..hehe..nak tau?alamilah sendiri..azass

Tuesday 12 June 2007

shiken no kekka..

ari ni dapat lai result beberapa paper..byk ketten exam kali ni..mmbr aku da ckp,mou dame ya omae..ryuunen yarou..haha..daijoubu yatte..ntah la mcm mana nnti..arapnya bleh la nk bankai kimatsu nnti..insyaAllah..cuma skrg ni nk kena shuchu kat juken nye bnda je la..nk kena stdy lai,isi borang lg..amik gmbr,byr yuran exam sume br setel..gifu dai,7 hb 7 ni,lps utsunomiya plak,10 hb..kibishii na..ntah lepas ke tidak utsunomiya pny..rasa mcm x je..rasa nk drop pun ada skrg ni..just nk try gifu ngn muroran je..dou darou ne..

Sunday 10 June 2007

9 hb 6 2007

hari ni diisi ngn penuh xtvt jalan2 je..sejak aku bgun tido pukul 9 lbih sampai la aku blik pkul 2300..x aku isi ngn stdy..ya Allah..what i've done today..bgun,lepak2 main game..uruskan pergerakan mmbr aku yg nk mensetsu dai td..phtu,mndi..gi toshokan plak utk sambung tempoh pinjam buku denken sanshu..da setel sume,gi amik mmbr aku kat dai plak..bawak gi jalan malera isi perut skit skali..buat spek pun ada..hehe..seronok je tgk mmbr2 dapat suisen..tp,aku?apa la aku ni..juken pun blum tentu lg..best je nmpk org suisen..hehe..da abih jln malera..kuar lagi gi main bowling mlm tu..lps boling gi makan kat saize sbb lapar lg..da tu br balik kosen..da sampai kosen plak,layan movie the departed..mmg best cite dia..tp,bila tgk sampai ending sume main character mati,rasa mcm ala...mottaenai na..
apa la aku buat ari ni..huhu..aku pun x suka jadi malas sbnrnya..tp,xtau mcm mana nak jadi rajin..bila tgk buku,jadi blur..aku x tau nk mula stdy dari mana..ya Allah,tunjukkan aku ini ya Allah..lemah sungguh hati aku ni utk hadapi sume..da la yaru ki nai utk juken..aku sendiri pun x paham kenapa aku perlu sambung bila time mensetsu nnti kena tny..what should i explain for my reason to further until the degree one..i dont know what i've done till now..chuukan ari tu feel mcm ntah mcm mana..ntah dapat sotsugyou tidak aku kat sini ni..serba x kena..
apa pun berlaku,Allah tetap bersamamu wahai insan..Allah bersama kita..wasta'iinu bissobri wassolah..(carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solah)..

Saturday 9 June 2007

suisen gifu..

ari ni ada 2 org mmbr aku datang gifu utk mensetsu gifu dai nye suisen..dengar2 cite dari renshuu mensestu diorg,mcm kibishii jgak je mensetsu gifu dai pny..yabai naa..cuak jgak aku yg akan juken sana nnti..uish..blasah je nnti..dapat,dapat la..x dapat,nk buat mcm mana..blik mesia je la jawabnya..xpe,mana mana bumi Tuhan ada lah rezki yg telah ditetapkan..tp,yg penting,kita kena buat usaha atas rezki tu la kan..xleh duk lepak duk tunggu kat umah..ssh jgak mcm tu..sedang Nabi Muhammad SAW sendiri pun mengajar umatnya berusaha..bak kata mmbr aku sorg tu,Islam anti malas..so,xleh la kita duk je kat umah mengharap bantuan..Allah pun x akan tolong seseorg selagi dia x nak tolong diri dia sendiri..agi idup agi ngelaban..
esok bermula lagi cuti ujung minggu aku..mlm td x tido lagi lps blik dari makan kat fukusuke..kohai blnja sbb besday dia sblum ni x blnja lg..mmbr aku plak yg datang dari jauh utk mensetsu pun blnja ebitama don td..tanpa segan nye aku pau..huh..bkn selalu kan..mcm mana pun,pg td,hari jumaat kali ni diisi dengan hujan pada jam hampir 9 pg..aku plak skip klas bi pg td..ngntuk pny pasal..huhu..pkoi 10 lbih br gi utk second period nye jugyo..fail selai utk paper mid sem kali ni..kena bg nasihat ngn sensei spy berusaha lbih skit..hehe..sankyu,sensei..
da abih jugyo sume,balik bilik lepak sambil tngu utk solat asar skali ngn sume..da solat,gerak gi gifu dai sat,jmpa mmbr..ptg td,time kat jusco,ujan turun lagi..lebat jgak la..da slow skit,br gerak gi amik kakomon kat umah bdk dai n solat maghrib sana terus..ujan terus jgak lai sampai skrg..slow2..kejap lebat..sume ni rahmat dari Tuhan..andai ditukarkan jadi banjir besar,bertukar la jadi ujian dariNya sebagai peringatan kepada meraka yg berfikir..
esok,need to strt balik my juken benkyou..ganbarimasu..how to start it again?hahh..muzukashii na..nantoka shimasu yo..jikan no muda wo shinai you ni,ganbatte mimasu..

Thursday 7 June 2007

yatto...

alhamdulillah,tamat jgak exam mid sem kali ni..penat sungguh..balik bilik,lepak2 dlu..esok strt juken benkyou balik la kot..benkyou,benkyou..bkn senang nak jadi senang,katanya kakak aku sorg tu..hehe..tp,tu ah..kalau kita duk kejar je dunia,mmg dunia asyik lari je la dari kita..umpama kita kejar bayang la..tp,kalu kita kejar agama,insyaAllah dunia akan ikut kita..ckp je mmg senang..membuat,fuuh..paham2 la kan..
da layan winning eleven sampai boring,tgk movie plak..goal 2..cari dvdrip nye file,xde la plak..ada cam pny je..blasah je la..da nk tgok sangat..layan..best jgak cite dia,pasal life sorg pemain bola..episod satu nye,dia main utk newcastle united..tu pun main reserved pny..da femes,real madrid amik dia..mewah la jadinya..beli lamborgini utk dia selai,awek dia selai..pergh!..cite,bleh la..huh.dunia dunia..
esok ari jumaat..so,mlm ni kena la prepare khutbah skit..

Wednesday 6 June 2007

doitsugo n hikari kougaku

exam ari ni main blasah je mana yg bleh jawab..doitsugo bleh hantam sume lg,masuk subjek hikari kougaku,separuh jalan je bleh gerakkan pensel..x ckup abih masa lai aku da kuar..tunggu je pun xdak kuar idea sbb x baca part yg lg separuh tu..huhu..bajet x kuar pny pasal..esok ada lagi 3 paper..keisoku,jouhousuugaku n hatsuhenden..hoho..mcm teruk jgak je kena balun mlm nnti..skit je lai..hosss!!ganbaru ze!!

Tuesday 5 June 2007

esok exam lagi..

tomorrow will be doitsu ngn hikari kougaku nye paper..mcm mana la nk stdy doitsu go ni..bahasa2 ni lemah sungguh saya..hikari kougaku pun kekkou yabai jgak je nampak..da la byk,ssh plak..adei..mcm2 la aku ni duk mengeluh sana,mengeluh sini..bkn nak rajin2 kan diri utk stdy pun..huh..mae muite yo..hehe..semlm layan proposal daisakusen..best episod kali ni.."atashi,kenzou no koto ga suki dattan da."katanya rei..kenzou plak senyap je..hampes sungguh..x kokuhaku pun..da terlambat la kot.."atashi,tada sensei to tsuki au koto kimeta",tmbh lg rei..hehe..melepas la ngko kenzou..adei..hampes sungguh karakter sensei tu..nyampah aku..rei pun satu,da kokuhaku pun anggap kenzou main2..tension sungguh..inilah nasib jadi penonton je,bkn pengarah..kalau pengarah blh buat cite ikut suka ati je kan..episod seterusnya mcm best je,ada part kenzou ckp,"kekkon nante,suru na!!ore to kekkon shiro!!"haaa..x sabar tunggu episod ni..tunggu je la kan..tp,tu ah,,esok blum tentu jadi milik aku..mgkn sat lai mata aku kan tutup buat selama2nya..be prepare,man!!ok lah,need to continue my stdy..esok ada lai 2 paper..ganbarimasu!!!

Tuesday 22 May 2007

aura juken benkyou..

juken benkyou hari2 la skrg ni..asal masuk bilik je nampak rumet aku duk stdy..huh..smgt juken berkobar2.begitulah keadaan kita bila akan berhadapan dengan sesuat yg kita anggap besar dalam hidup kita..tiap exam2 besar mereka yg ingin berjaya akan berusaha bersungguh2 utk capai yg terbaik.bg mereka yg x inginkan kejayaan,just buat kerja batuk di tangga je..
byk dugaan dan cabaran yg kita sanggup utk hadapi walaupun susah sbb kita tau apa yg akan kita kecapi selepas berjaya nnti..begitu lah lumrah kehidupan ni..mcm mana rajin pun kita berusaha utk kehidupan dunia kita yg sementara ni,jgn pula kita lupa utk berusaha juga utk kehidupan kita yg kekal abadi di akhirat kelak..
sambil kita stdy,jgn dilupa pula utk berdoa n solat lima waktu pada waktunya..secara berjemaah seperti yg dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw..usaha perlu diiringi dengan tawakkal plak nnti..doa itu lah senjata org mukmin..tp,berapa ramai org islam yg yakin dengan hadith ini..meskipun berdoa,mulut saja yg terkumat kamit membaca doa.tp,hati kita duk memikirkan benda lain..mcm mana la doa kita tu diterimaNya..kurang tawajuhnya..
memikirkan pasal baca doa ni,labih kurang jgak la dengan solat kita..aku ni la..solat x amik tau pasal maksud bacaan dalam solat..khusyuk lagi la jauhnya..astaghfirullahal'azhim...byk lagi perlu diperbaiki..masalah iman adalah yg nombor satu la..dari situ la datangnya masalah2 lain..iman lemah,amal pun kurang..yakin pada janji2 Allah pun jadi kurang la..dari situ la wujudnya malas utk berusaha..sedangkan Islam melarang sifat2 malas ni..huhu..
hari ni kena berusaha la dengan sebaiknya umpama akan hidup selama2nya..tp,jgn pula kita utk beramal sungguh2 umapama esok adalah hari mati kita..wallahu'alam..

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...