Showing posts with label Diaries. Show all posts
Showing posts with label Diaries. Show all posts

Wednesday, 14 July 2021

Redha ketentuan Allah dalam suasana pandemik (PKP 3.0)

Segala puji kepada Allah yang masih mengurniakan kesihatan dan keimanan dalam diri pada hari ini. Masuk hari ini genap 44 hari Malaysia berada dalam PKP 3.0 sejak 1 Jun yang lalu. Ramai mengeluh dan tak kurang juga yang berdepan dengan kesempitan hidup yang menyesakkan dada. Namun, inilah yang sedang berlaku.

Kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara semalam bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi suasana pandemik. Namun, dari hari ke hari, bilangan kes baharu belum kelihatan akan berkurangan dengan konsisten. Pihak pembangkang persoalkan tindakan kerajaan dan tak kurang juga parti komponen dalam kerajaan turut menyuarakan perkara yang sama dengan pembangkang.

Azmin Ali (Menteri Ekonomi - MITI) dipersalahkan ekoran daripada pemberian kelulusan operasi kepada kilang-kilang dalam tempoh PKP ini. Namun dia sendiri menafikan perkara tersebut dengan alasan data KKM menunjukkan kebanyakan kes berpunca daripada kes sporadik dengan sebilangan besar kes direkodkan adalah dari negeri Selangor. Bila tengok balik kepada data daripada KKM, tak dapat dinafikan kebanyakan kes adalah berpunca daripada kluster tempat kerja.


Jumlah kes mengikut kategori kluster

Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa kes di Pulau Pinang & Johor tiada kenaikan yang mendadak seperti yang berlaku di Selangor sedangkan jumlah industri pembuatan di kedua-dua negeri (Johor & Pulau Pinang) juga boleh tahan banyak. Moga mereka yang terlibat dalam penyusunan strategi dan polisi dapat menyelesaikan perkara ini.

Kita sebagai rakyat biasa ni perlulah sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan sekurang-kurangnya pakai mask, jaga jarak & kerapkan cuci tangan / guna sanitizer jika keluar rumah. Tak lupa juga untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang luar jangka. Suhu politik yang tidak reda-reda dan musuh-musuh yang daripada luar ditambah pula dengan musuh dari dalam sedang mengintai peluang untuk mengganggu gugat suasana di negara kita.

Sesungguhnya ujian ini daripada Allah swt juga sebagai peringatan bersama supaya kita sentiasa kembali kepadaNya dengan taubat dan sentiasa menghindarkan diri daripada perkara dosa dan maksiat.

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.

(Surah An-Nahl:112-113)


Tuesday, 17 November 2020

Cara Setup Android Smartphone untuk Kegunaan Anak

Posting kali ini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam mengendalikan smartphone untuk kegunaan anak-anak kecil. Sekiranya kita perhatikan aktviti anak-anak kita yang banyak mengadap smartphone ni, mereka akan mudah terjebak dengan video-video dan ads yang tidak bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Contoh yang ketara ialah video-video yang ditatap melalui app Youtube. Awal-awal mungkin mereka tengok video kartun yang mereka minati. Selang beberapa lama lepas tu, akan ada video-video yang nampak macam berkait dengan video yang mereka tengok sebelum ni tapi sebenarnya ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka yang belum mencapai umur dewasa.

Kita boleh bendung sedikit dengan pergi ke butang Profile > Settings > General > Restricted Mode (on). Namun ianya tidak mampu memberi bantuan filter yang sepenuhnya untuk tontonan kanak-kanak.

Di sini sebenarnya Google ada menyediakan alternatif iaitu dengan menggunakan app Family Link. Dengan app ini kita boleh memantau aktiviti peranti yang anak kita gunakan. Syaratnya ialah kita kena sambungkan peranti anak kita melalui butang '+' pada sebelah butang profile kita dalam app Family Link tersebut.

Melalui app ini, kita boleh set kan had masa penggunaan app yang kita pilih, tetapkan masa kebenaran untuk menggunakan peranti tu bila, memberi kebenaran / tidak memberi kebenaran untuk pemasangan app yang diingini dan yang penting sekali, tiada lagi akses ke app Youtube oleh mereka, dan kita boleh gantikan dengan YT Kids yang lebih sesuai kandungannya untuk tatapan kanak-kanak.

Kalau kita belikan peranti baru untuk kegunaan anak-anak, eloklah jika kita terus create kan akaun google untuk 'child' terus dan memasang app Family Link pada kedua-dua peranti (peranti parent & anak). Sedikit complicated, namun berbaloi untuk menjaga tumbesaran anak-anak yang kita sayangi. Boleh juga refer ke website Amanz untuk maklumat lanjut.

Sekadar berkongsi secebis nukilan untuk kebaikan bersama. Moga bermanfaat.

Sunday, 8 August 2010

Lama Sungguh..

Alhamdulillah masih bernyawa aku di Durian Tunggal yang permai ini..Banyak pengalaman manis dan pahit telah aku tinggalkan di Nihon dahulu..Manisnya berukhuwah walaupun banyak secara online..Biar jarang bertemu,rasa kasih tetap terasa tiap bertemu dengan sahabat2 semua..Harap dapat ketemu di Jalinan Mesra nanti..

Hati ini merasakan rindu kepada kehidupan Muroran sekarang ini biarpun banyak masa terbuang di bilik sewa di sana..Teringat gelagat kohai-kohai..Lawan game FIFA pun ada yang nak emo..hehe..Aziz pun aku rindu buat masa sekarang..Namun, aku tidak juga bertanya khabar secara online di Yahoo Messenger tu..haiih..Macam mana lah keadaan surau di sana sekarang ini..

Apa pun hidup mesti diteruskan di Durian Tunggal ni dengan teman-teman yang baru bersama dengan kerenah yang baru..Lain orang,lain sikapnya dan fiilnya..Indahnya dunia yang Engkau ciptakan ini ya Allah,maka ampunilah aku..

Tuesday, 16 December 2008

Di musim kesejukan

salji turun dengan lebatnya dari minggu lepas..belum pernah aku alami seperti ni sejak datang Nihon..sasuga Hokkaido la..seingat aku yang paling lebat turun pun masa di Gifu 3 tahun lepas.tapi x selebat di sini..dan tambah lagi satu fenomena yang susah ada di belah Honshuu yakni keadaan salji yang membeku di tanah..susah jalan seyh..



di musim sejuk-sejuk ni bertambah lagi la sifat malas nk keluar rumah..duk dalam rumah makan,masuk futon,ngadap pc lagi dan lagi..moga Engkau pelihara iman hambaMu ini agar tidak sejuk lagi beku kerana musim sejuk ni ya Allah amiin...

duk buat apa pun,cuba untuk dengar ceramah-ceramah yang ada..insyaAllah..di samping buat keja lain,kita belajar lagi dan lagi tentang agama tercinta:D

ceramah Ustaz Azhar makin dilayan,makin best pun ada..alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mendengar ceramah-ceramah..daripada aku tengok tv,baik dengar ceramah bagi mengurangkan kejahilan diri tentang agama aku..bahaya kejahilan boleh membawa diri manusia kepada kekufuran..pelihara daku ya Allah..

WG pun sudah makin menghampiri..tanoshimi ne..moga Allah terima pengorbanan setiap mereka yang berusaha untuk mencapai redhaNya sertai program nanti untuk mencari ilmu dan berukhuwah serta mengurniakan syurga untuk mereka seperti firmanNya..

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)
(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (112)
-Surah At-Taubah:111,112

Allah telah membeli diri mereka yang bertaubat,mengembara untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam dengan syurgaNya..apalah lagi yang lebih bernilai dari syurga Allah swt..keseronokan dunia yang paling hebat sekalipun tidak mampu menandingi..

sama-sama perbetulkan niat kita dalam semua perlakuan kerana Allah swt..sebab kita berjanji dan berikrar 5 kali setiap hari bahawa,
"Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.."

Monday, 1 December 2008

Si hidup terhadap si mati

dengar ceramah Ustaz Azhar(tajuk Bilal Beranak) lagi sambil masak2..dengar pasal upah haji..

"si mati yang tinggalkan hartanya,maka wajiblah kepada orang yg terdekat untuk selesaikan segala hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan.hutang dengan manusia itu wajib,tapi hutang dengan Allah itu lebih utama."

maka harta yang ditinggalkan tu kena la guna buat bayar fidyah kalau si mati tinggalkan puasa beberapa lama.kalau belum tunaikan haji,kena guna buat bayar upah haji dan sbgnya.lepas selesai hutang tersebut barulah dibenarkan untuk selesaikan hutang manusia dan seterusnya dibahagikan antara waris-waris.

xtau la plak pasal benda ni.first time dengar rasanya.sambil masak jgak la kol ayah aku tny pasal benda ni kot kot x selesai lg ke untuk arwah mak n abang aku yang meninggal sebelum ni.ingtkan ayah aku xtau.rupa2nya dia tahu.alhamdulillah..harapnya terlaksanalah segala perkara yang dipertanggungjawab tu..

aku memang baru la pasal benda ni..risau jgak kalau xtau..bukan si mati je x terlunas hutang dia,yang si hidup pun berdosa sebab x jalankan tanggungjawab sebagai si hidup.harapnya semua ambil perhatian la pasal benda ni.tanggungjawab bersama tu..

yang berlaku sekarang ni,bila mana seseorang mati,maka ahli keluarga sibuklah dengan wasiat dan perwarisan harta.naik turun mahkamah nak selesaikan masalah pembahagian harta si mati.padahal ada lagi benda yg lebih utama dari pembahagian harta ni.kalau semua da tahu alhamdulillah...harap terlaksana dengan baik je la..

inilah salah satu bahaya kejahilan dalam diri.sebabnya?malas belajar ilmu agama Islam itu sendiri.kita mengaku kita beragama Islam..tp sejauh mana kita concern dengan agama kita sendiri dengan menuntut ilmu pasal agama kita dan sampaikan kepada orang lain..bukan kena tahu je,kena jgak beramal..barulah dosa kejahilan itu terhapus..

wallahu'alam..

Thursday, 21 August 2008

Summercamp 2008

alhamdulillah perjalanan aku ke tpt program summercamp kali ni selamat dari perkara yang x diingini berlaku..


gmbr sepasang shinkansen sebelah menyebelah dari hachinohe ke sendai


dari sendai aku amik densha biasa sampai la ke destinasi terakhir perjalanan..

program kali ni agak berbeza dengan program2 sbelum ini yang melibatkan bilangan peserta ikhwah melebihi bilangan peserta akhwat..nandedarou ne..pepun,byk perkara dapat dipelajari dari program kali ni yg insyaAllah diharapkan bermanfaat utk diri dan agama..moga perkara yang dipeljari dari Ustaz Hasrizal yg datang dari Mesia dapat aku manfaatkan di lain2 masa dan ketika dalam mencapai kesempurnaan agama..


peserta program


bersama Ustaz Hasrizal

tahniah juga kepada semua ajk2 yang berkhidmat dengan sepenuh tenaga dalam menjayakan program kali ini..insyaAllah sama-sama kita perbaiki lagi mana kelemahan yang ada demi kebaikan bersama..kepada yang berkorban tu,moga mendapat ganjaran pahala yang besar dari sisi Allah swt..nk video pengisian?rujuk ajk BITV..hehe..korekara mo ganbarou..

time kasih juga diucapkan kepada ustaz yang setia menjawab soalan2 yang diajukan oleh peserta2 sepanjang masa di luar pengisian formal..byk benda dapat belajar kali ni dan makin jelas perkara2 yang kabur dan kelam sebelum ni..pengorbanan famili ustaz juga x kurang hebatnya..moga Allah kurniakan kebahagiaan dalam keluarga ustaz sepanjang masa.amiin..

Wednesday, 13 August 2008

13 hb 8

hummm...lama gila x update..uwaaa...tapi tu ah..mcm2 terpikir sebenarnya sepanjang masa x update ni..cuma xde mood je nk menaip..huhu..strt je exam hari tu terus hang otak utk menaip blog..adeh..exam alhamdulillah bereh kot..tinggal 化学 je mcm 微妙..huhu..dah la 化学 tu subjek penting utk naik 4年生..adeh lagi..ingtkan soklan sama ngn soklan yang dia bagi masa kelas..予想外れちゃった..

skrg da pun masuk cuti.strt dari hari ni sampai la 30 hb 9 insyaAllah..mula dengan perjalanan ke Summercamp IPIJ then balik Mesia 20 hb ni..yahhho!!!sampai 27 hb 9 blik sini blik..sebulan 7 hari je lepak Mesia..sapa nk jumpa tu sila buat appointment la no..keke..

mcm mana pun,byk lagi keja dakwah yang perlu dijalankan..sampaikan kalam Tuhanmu dan sabdaan-sabdaan rasulNya sepanjang masa..bukan cuti bermakna dakwah pun cuti..salah tu sheikh..dakwah kena sepanjang masa..kalau tidak,syaitan akan dakwah kita kepada kemurkaan Allah swt..na'udzubillah..selalu je syaitan ni goda hati manusia..24 jam tanpa henti..mcm mana nak halang?
1.zikir sepanjang masa
2.jangan penuhkan perut dengan makanan kerana syaitan bergerak dalam badan manusia seperti bergeraknya darah dalam badan manusia..
lain2?wallahu'alam..

tp tu lah kan..ramai je manusia dalam dunia ni tertipu dengan tipu daya syaitan yang terlaknat..sehinggakan manusia merasakan amal yang dilakukan itu adalah benar..sebaliknya adalah sesat dari jalan yng ditunjukkan baginda Nabi saw..ya Allah,peliharalah aku dari jalan kesesatan ya Allah..amiin..

da blik Mesia nnti xtau la update lepas berapa lama plak..huhu..

Wednesday, 4 June 2008

4 hb 6

semalam dengar video Yusof Estes pasal pengalaman dia mcm mana dia embraced Islam daripada Kristian..terasa plak nk bg bdk nama Jankowski n Weloth tu tgk..aku sendiri pun baru perasan smlm dalam video tu pasal Jesus ni savior dalam Kristian..rupa2nya bkn mcm tu,Jesus n Nabi Muhammad saw bknnya savior,tp messenger Allah swt..Allah swt sahaja yang layak sebagai savior makhlukNya seluruh alam..adei..silap ckp plak kat mamat dua org tu..astaghfirullahal'aziim..ampuni aku ya Allah..

seronok jugak tgk video pasal benda2 ni..btul la apa yang dia Yusof Estes tu cakapkan..kita sampaikanlah kalimah Allah swt semampu yang boleh kepada yg Non-muslim..sbb itu responsible kita..bila kita mati nnti,kita akan dipersoalkan pasal org sekeliling kita kenapa tidak kita sampaikan kalam Allah swt..kena byk istighfar la..byk keja n takaza x tertunai..jgnkan seluruh alam,sekekliling kita pun byk lagi perlu diperbaiki dari semasa ke semasa..

Wednesday, 28 May 2008

27 hb 5

penat tnggu borang biru aku sampai mlm ni..huh..ingtkan da isi borang 再配達 nye 詳細 kat internet da ok,駄目だった..kol je la pg esok..x kol pg esok kang,x pasal lambat sampai plak borang biru kat 大使館 nnti..huhu..

sambil tu siapkan repot 現代の社会 pasal 死刑..hehe..duk cite pasal 死刑 x ptut..bg je idea pasal undang2 Islam yg sepatutnya yakni hudud..bkn 責任 judge pun utk bg 死刑 kat pesalah kes bunuh..bkn dia pun yg rasa sedih sbb kehilangan si mati..adei..hak utk kenakan hukuman bergantung pada keluarga si mati je la..sama ada dia nk hukum bunuh jgak ke,罰金 ke nk maafkan je salah di pesalah...huh..mattaku..

sambil layan repot,sambil layan アニメ plak..Honey n Clover..haha..tgk gitu2 je..lagu dia best2 jgak la buat layan...mende la aku ni..main je keja..huh..

da abih buat repot,tgk2 apa yg ptut kat internet..baca email,mcm tgh sibuk cari tpt utk SC je..tlg2 je la tgk..siye ko pengarah kita..haha..tp,tu ah..bkn senang rupanya nk cari tpt ni..huh..kalau jumpa tu mmg syukur sgt2 la..zannennagara xde jumpa jgak sbb 予約状況 dia xde yg kosong sgt..esok plak la mencari lg..wpun esok 締め切り utk tpt program..調べるしかない..

da abih tgk2 tpt,BUZZ!! ucop kat ym..seronok dia kalau bleh main PES(Pro Evolution Soccer)..lawan online..maklum la,benda ni da ada yg berjaya crack kan..best jgak layan PES bosan2..xde player sgt kat sini..sejak masuk dai ni mmg xde can la nak main PES..kat 高専 dlu main saja..huhu...ada jgak baik dia kot..hehe..sesungguhnya setiap ketetapanNya ada hikmahNya yg tersendiri..subhanallah..hebat Allah Yang Maha Mengetahui hati setiap hambaNya..

ale2,da nk subuh da..solat witir skit..rugi plak x solat time2 ada peluang mcm ni..solat subuh,abiskan post ari ni n tido plak..esok nk kol 郵便 pasal 再配達 plak awal2 pg..kena setel esok jgak borang biru ni..mcm terpaksa ponteng kelas je pg..huhu..arapnya pakcik posmen antar awal la pg esok..amiin..

Thursday, 22 May 2008

22 hb 5

sambil2 siapkan repot ni,terasa la plak nk menaip blog..huh..mcm2 benda terasa nak buat bila buat2 keja skolah ni..adei...rasa nk rekod lagu2 anime Honey n Clover pun ada..aii...btw,hari ni jgak la falah yakni senpai aku yg agak disayangi jgak la,blik mesia hari ni dengan pilihan dia sendiri utk blik menghentikan pembelajarannya di nagoya..huhu..tp tu lah..setiap manusia tu dihadapkan dengan ujian yang sesuai dengan kemampuan masing2..kalau aku diduga macam falah sendiri pun aku rasa x mampu nk hadapi kot..wallahu'alam..



bagaimanapun,diharap perjuanganmu di jalan Allah tetap akan berterusan sehinggalah ke akhir hayatmu..hehe..uhibbuka fillah ya falah..moga dipermudahkan urusan di mesia jgak nnti..:D

**kalau nk cari calon tu bgtau la deh..hehe..(maaf la kalau ada salah silap selama kita kenal..)x sempat aku nk suh ngko masak kat muroran ni..ngehe...

Thursday, 15 May 2008

15 hb 5

lama aku tnggu dpatkan lagu cinta mencintai ni..cari kat limewire pun xdak,nk download kat imeem pun xdpt..last2,terjumpa recorder free(FREE Hi-Q Recorder) yg bleh rekod lagu yg kita dgr kat pc je..ngn mic pun ada..tp,x sedap plak aku nyanyi nnti..keke..waaa..best nye layan lagu ni...lepas ni bleh download je la lagu dari imeem skali pun..fulemak..ya Allah,nikmat nye layan lagu ni..nk menangis pun ada..jauh sgt la cinta pada Allah kalu banding ngn cinta dunia..byk lagi kepentingan dunia yg aku dahulukan daripada perintahNya..astaghfirullahal'azim..ampuni aku ya Allah...

pepun,blog pasal camping ari tu x abih lg tulis..byk sgt sampai x ter cerita babak2 dia..huhu..upload gmbr n explain je la sorezore no shashin tu..esok ada jikken lg..repot repot...huhu..da la surat perjanjian utk skolar lewat tau pasal teishutsu shimekiri..30hb shimekiri,hari ni br tau pasal tarikh..ada lg 15 hari je nak setelkan sume..sian bdk2 ni ramai x buat apa lg..harapnye sume dapat skolar lagi la nnti..x dpt skolar duk nihon ni tsurai la..bole je baito..tp tu la kan..kalau da rezki tu,ada je Allah sediakan mana2..janji nk kena usaha je..hehe..rezeki Allah itu luas...

Saturday, 10 May 2008

10 hb 5

minggu lepas aku gi camping skali ngn bdk2 sini..syapik,pokle n jalil gi skali satu keta..camping kat hakodate..kat tasik nama onuma rasanya..mmg best a..ingt nk upload gmbr2 kat tpt camping tu nnti..da dapat nnti aku upload..hehe..
ari ni plak laptop chuuko yg bli kat auction sampai..fuuh..ni taip blog pertama kali nye ngn laptop ni..haha..hampeh je aku ni..ingt nk pasang meja pc skali je malam ni..skru driver plak xde..esok lusa je la pasang..huhu..
sian pc lama aku bekerja siang malam..dgr bunyi kipas pun bole terasa aura kepenatan nye bekerja..huhu..aku la duk suh pc aku keja je 24 jam..bg rehat skit la lps ni memandangkan da ada laptop plak ni sbg pc bantuan.sep letrik skit..keke..確かにノートがいいね..
arapnya dengan laptop baru ni lbih rajin buat keja la dari sebelum ni..duk main jgak keja aku rasa..huhu..ntah apa2..bila la nk insaf..buat malu je kalau sembang ngn missionary kristian sebagai sorg muslim aku ni..astaghfirullahal'azim..moga perlakuan ku tidak menjadi fitnah terhadap Islam yg ku cintai..
pelik jgak ngn kristian ni..diorang mcm lbih agungkan jesus dari God sendiri..jesus ada nama,tp God yg lbih power bleh plak xde nama langsung..ish ish..x adil langsung..setaraf ngn binatang n tumbuhan plak la nnti..sedangkan tumbuhan pun ada nama saintifik..adei..kalau tny,msti ada jawapan diorang..ada can nnti tny..hehe..perasaan n niat nak belajar ni penting sebenarnya..lbih baik niat nak belajar dari niat nak mengajar...sbb kalau niat utk mengajar,kalau org xnak terima n paham,nnti kita akan timbul perasaan x puas ati n nk marah plak kat seseorang..huhu..bagaimanapun,ikhlaskan niat semua perbuatan kerana Allah,maka semua akan menjadi manis..hehe..ok lah.da ada gmbr n laporan utk camping kat hakodate nnti aku upload gmbrnya..mgkn upload skali ngn gmbr hanami kot..xpun gmbr bbq esok..dgr plan mcm ada bbq esok..tp,mcm x jalan je sagyou mlm ni..hummmm..remi remi..keke..pepun,tanoshimi ni shitemasuu...

Saturday, 19 April 2008

18 hb 4

tetiba rasa nk menaip plak malam ni..hehe..jam da pukul 1208 mlm..syapik br je balik sat ni..ingt nk bli air buat minum skali..ale2,dia datang bli keropok ika plak..sedap jgak..hehe..mekaseh syapik..penat pun ada jikken 2 kali seminggu renzoku ni..da abih jikken td gegas ke kelas bi plak..sampai2 sensei ckp "十分以上遅刻したら欠席になります"..adei..penat gegas lepas jikken td..ntah mcm mana,tetiba air mata kuar..adei..nangis la plak dalam kelas..xleh kontrol da..maa ii ya..sensei plak ssh hati..hehe..yappari bkn salah sensei..salah jabee la..bak kata arip,babee la plak..adei..mcm2..tp tu la,sistem ciptaan manusia sendiri yang susahkan manusia itu sendiri..wake wakaran deshou..kekkyoku tukar rishuu la..terpksa tangguh dlu 2 subjek 3 nen ke tahun depan..

apa cite la famili kat mesia..abah aku sendiri aku x sembang lg sejak pindah sini..kol umah,dapat sembang ngn umi,adik n abang aku je..alhamdulillah abang aku da sembuh kena buat dek orang..huhu..manusia ni mcm2 la kalau busuk hati..sian abang jadi mcm kurang siuman dekat setahun..rasa bersalah pun ada..ntah mcm mana la cubaan dia dari sekarang..aku je duk senang kat sini..astaghfirullahal'azim..

tgh menggila nk bli monitor plak skrg ni..model dell SP2208WFP ni pun kininaru jgak la..features dia mcm best je..huhu..rasa membazir pun ada kalau pkir2..tp tu la..monitor ni nk bwak blik mesia je nnti..ntah lepas ke x naik flight..arapnye lepas la..blik bilik je terus bukak kakaku.com cari pasal monitor..22 inci..puas skit kalau nk tgk tv smbil chat ke..tp tu la kan..skrg ni ckp puas kalau dapat 22 inci..da dapat nnti,rasa puas lepas dapat benda lain plak..hampeh je nafsu ni..huh..

pepun,minggu ni xleh nk main sgt..bkn minggu ni je..minggu2 depan pun..repot jikken da bermula..kadai utk subjek tertentu pun da slow2 wujud..hehe..ok je la sbg student ni..sengal nye la pasal monitor ni...LG nye pun mcm ok jgak model L226WTQ-WF ntah mana satu nk angkat..x pun xyah angkat dua2..sengal je..adehh..

esok ada buat tadarus ngn bro Aziz kat kaikan plak..insyaAllah akan istiqamah beserta ngn solat isyak jemaah..ssh jgak nk idupkan solat jemaah ni..tp tu la kan,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..huhu..tinggal nk pikir n bertindak je..astaghfirullahal'aziim..duk sini da xleh malas2 da..byk takaza kena amik..hehe..ganbarimasu..

Tuesday, 8 April 2008

8 hb 4

lama sungguh x sentuh blog..maklum la,xdak internet la awal2 pindah ni..huhu..duk menumpang internet umah org lain je keja..sebelum ni lepak umah pokle..ni pkai internet umah syafiq plak..14 hb br dapat internet umah aku..tu pun nk kena tunggu dia datang kouji..adei..nk kena tanomu kat sapa2 la masa tu..xkan nk ponteng kelas kot..aku ada tulis pasal perjalanan ke tpt baru ari tu kat pc aku dalam bentuk word..da antei skit nnti letak kat blog..menunggu je la yg mmpu skrg ni.
esok da strt kelas..byk la plak subjek kena amik.bkn ada kaitan ngn denki pun..hampeh..amik je la da jadi student ni..terpaksa la ikut rule yg da ditetapkan org atasan..time xde internet ni la rasa nk tulis mcm2..da ada internet nnti tgk la betapa malasnya nk bukak blog ni utk update..huhu..ini macam manyak susah woo..

Monday, 24 March 2008

24 hb 3

baca paper pasal MB terengganu x decide2 lagi..makin nampak la plak masalah kroni kroni ni..ish ish..mmg makbul la doa pemimpin PAS dahulu yang minta agar dipanjangkan umur Dr Mahathir agar diperlihatkan kucar kacir dalam BN..subhanallah..doa yg makbul mcm tokoh ni pun kalau kita x nampak lagi pimpinan mana yang btul utk Islam xtau la..astaghfirullah..ya Allah,bukakanlah hati mereka yang mencari kebenaran dalam kehidupan dengan cahaya hidayahMu ya Allah..

di samping tu,この間 aku pegi gi tokyo teman kohai sambut kohai AAJ utk pengisian pasal life n makan kat jpun ni.pass kat irfan je cakap..tp tu la,byk lagi yg kurang dalam tindakan sbg da'wah pada kohai2 baru seperti tlg kejutkan subuh toka..biasa la..awal2 sampai 日本 ni mmg ssh skit nk bangun subuh..maklum la,subuh awal dari subuh kat Mesia..mujadahah skit la no..huhu..

smlm plak ada makan2 kat umah mat tar(mmbr satu batch aku kat nihon) sempena kemasukan student baru kat 岐阜大学.gelak je masa diorang 自己紹介.huh..

byk sebenarnya berlaku dalam cuti masa terdekat ni..huhu..x dapat nk cite sume..malas nk menaip punya pasal..byk lg keja nk kena buat..

Sunday, 16 March 2008

16 hb 3

di petik dari Utusan Malaysia hari ni
Gempa bumi kecil melanda Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR 15 Mac - Tiga gempa bumi kecil antara 2.0 dan 3.2 pada skala Richter dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Ambun Dindan memberitahu, gegaran lemah itu dikesan berlaku pada pukul 7.16 pagi, 7.35 pagi dan 8.50 pagi ini.

"Ini merupakan kali ke-21 gempa bumi kecil melanda kawasan ini sejak November lalu.

"Bagaimanapun, dalam kejadian pagi tadi, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan gempa bumi kecil itu.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak 13 gempa bumi kecil telah berlaku dipercayai disebabkan sesar Bukit Tinggi yang kini aktif di sekitar kawasan itu dan Janda Baik sejak 30 November lalu.」

sebelum ni Indonesia je yang Allah timpakan gempa bumi..tp,skrg di Pahang sendiri yang jauh dari lingkaran api Allah timpakan gempa bumi..apa yang aku tau pasal gempa bumi ni xde sebab lain..katanya sorg ustaz mesia yang penah aku jumpa masa kuar tabligh thun lepas,katanya segala bala yang ditimpakan Allah pada sesuatu tempat itu berdasarkan jnis maksiat yang telah dilakukan oleh penduduk tempat tersebut..kalau gempa bumi,maksiat jnis zina berleluasa yang menyebabkan terjadinya gempa bumi..wallahu'alam..

benda2 mcm ni perlu kita ambil iktibar sebenarnya..bukan sekadar mengatakan perkara itu berlaku kerana perubahan alam..tapi,hakikatnya semua perubahan itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah..seperti kisah kaum 'Ad etc telah Allah ceritakan dalam Al-Quran utk dijadikan iktibar oleh manusia sepanjang zaman..tiada faedahnya jika manusia x menggunakan sejarah dan pengalaman sebagai pedoman dalam kehidupan..huhu..

astaghfirullahal'aziim..aku pun byk buat dosa lagi..ampuni daku Allah..astaghfirullahal'aziim..

Saturday, 15 March 2008

15 hb 3

bismillahirrohmaanirrohiim..

alhamdulillah pru kali ni Allah memberi sedikit kemenangan kepada pihak BA..semoga dengan peluang yang dikurniakan ini BA akan menunjukkan komitmen yang baik dan cemerlang bagi mendapatkan lebih lagi kepercayaan daripada rakyat sekalian..

syukur juga kerana negeriku masih di bawah pemerintahan PAS..bak kata sorang makcik tua yang berbangsa cina kepada Tok Guru Nik Aziz,"mung jange mati lagi la.."..sekaligus menunjukkan pemerintahan yang dijalankan di kelantan selama ini disukai dan diredhai oleh kaum cina juga..moga lebih diberkati untuk masa seterusnya juga..

pru pru jgak..nk kena pindah plak skrg ni..mula je cuti haru ni,alhamdulillah dipilihNya utk keluar dengan jemaah tabligh sat..3 hari je korban..banyak juga dipelajari sepanjang keluar dengan jemaah 4 bulan Indonesia dari Medan..mcm mana pun,x dapat aku bersetuju dengan sikap sesetengah mereka yang menolak politik dalam perjuangan dakwah..nk tegur masih mentah lagi aku ini..huhu..

mcm mana pun,salah satu benda yang aku respek dalam jemaah tabligh ni x lain x bukan ialah usaha yang sungguh2 utk jumpa orang Islam seramai mungkin walau di mana jemaah pergi..melalui ziarah2 dan ingat memperingati ni la Allah berkati ikatan ukhuwah sesama Islam..bukan senang nk jumpa dan ziarah dengan bersangka baik sesama muslim ni..kadang dalam jemaah sendiri ada yang bersangka buruk..minta dijauhkan dari fitnah dunia..amiin..

da abih kuar gi jalan fukui umah jiji sat..afiq(kohai aku) blnja tiket 18 kippu nye pasal,jalan je..hehe..mekasih afiq..bdk kosen mmg kaya la..caya lah!!

pikir2 balik,ramai jugak yang da nk balik rupanya tahun ni..utk gifu dai la..gie,sapar,ida,din n family..seb baik aku pindah gi hokkaido plak..tp tu la..rasa rugi pun ada sebab x berpeluang utk imarahkan masjid gifu utk thun berikutnya..xde rezki kat gifu la kan..xpe,xpe..takaza di hokkaido masih banyak perlu dilaksanakan..moga Allah beri kekuatan nnti..amiin..

Wednesday, 13 February 2008

13 hb 2

saikin xde mood je aku ni..masuk kelas pun xde nk bercakap sgt..mudah nak marah pun ada..apa kena la..kecewa dalam hati kot..ni la ssh pasal iman..antara rukun iman yang ssh dipatuh,qadha' dan qadar..sedangkan semua ketetapan Allah itu ada sebab musababnya..walaupun apa yg kita rasa baik utk kita itu belum tentu baik untuk kita kerana Allah lbih mengetahui keadaan diri hambaNya dan apa yang lbih sesuai untuk hambaNya..ya Allah,ampuni daku ya Allah..

pepun,cuti sanrenkyu ari tu aku ada join program dauroh AMIR..ok jgak la cite pasal basic iman seseorang muslim..syahadatain..buat kat masjid asakusa..best je kat situ..sampai je terus lupa masalah dalaman..jumpa mus'ab,anuar,halim,amir n baim kat yokohama..phtu gerak ke asakusa mosque dkt tgh harinya..sampai di asakusa ada lagi yg lain2 goukei sume skali dalam belas2 jgak la peserta..20 org gurai kot..program berjalan lancar..starting dengan 3 persoalan ditimbulkan..
1)kenapa Abu Jahal lebih memahami syahadah daripada kita,muslim skrg
2)apa maksud ilah
3)apa beza ayat,"di blik ini ada Abdullah" dengan "di bilik ini tiada orang lain melainkan Abdullah" ?

dari situ bermulalah perbincangan demi pembentangan mengenai syahadatain..program berjalan dengan proses komunikasi dua hala..mana yang x paham atau nak tambah,dilakukan secara langsung..alhamdulillah mendapat kefahaman sedikit2..

1)Abu Jahal lebih memahami kalimah syahadah kerana perkataan ilah itu sendiri yang membawa maksud yang mendalam menyebabkan dia tidak mahu menerima islam kerana ketidaksanggupan meninggalkan nikmat dunia yang dikecapinya waktu itu..

2)ilah membawa byk maksud..yg utama skali,ilah ni berbentuk makhluk yang dijulang manusia melebihi dari Allah sendiri..sperti cinta pada makhluk,pergantungan pada makhluk,takut pada makhluk dan lain2..pendek kata,bila meletakkan sesuatu melebihi kekuasaan Allah,maka perkara tersebut boleh jadi ilah kepada seseorang itu..

3)soalan terakhir ini boleh difahami sendiri melalui BM sendiri..dengan pemahaman yg betul,kita hendaklah meyakini dan mempercayai yakni tiada ilah selain Allah..tiada yang kita letakkan pergantungan melebihi pergantungan kita kepada Allah..tiada yang kita cinta melebihi cinta kita kepadaNya dan seterusnya..

kesimpulan yang aku dapat melaalui program ni dapat aku simpulkan dari salah satu prinsip dlam jemaah tabligh iaitu kalimah taiyibah..tiada yang berkuasa melainkan Allah..makhluk x punya kuasa sedikit pun tanpa izin dari Allah swt..serta x mampu untuk memberi manfaat ataupun mudarat sekalipun tanpa izin Allah swt..sesiapa yang memahami secara mendalam dlam prinsip pertama jemaah tabligh ni,insyaAllah matinya xde syirik terhadap Allah swt..mmg perkara ini perlu kita tekankan dalam kehidupan seharian kita..disebabkan perkara utama inilah ramai manusia telah syirik kepada Allah swt dengan meletakkan pergantungan kepada makhluk melebihi pergantungan kepada Allah..sbg analogi yang paling mudah,kita selalu meminta bantuan org sekeliling kita terlebih dahulu daripada kita meminta bantuan daripada Allah swt..ckup mudah iman kita dipengaruhi sekeliling..astaghfirullahal'azim..aku jgak la x beramal dengan ilmu yang ada..huhu..

mcm mana pun,skrg ni da masuk term sibuk sebenarnya..論文nya,テストnya..huhu..18 hb ni kena antar 論文の目次..22 hb 論文の仮提出..レポートの課題 lg..こんな忙しいのに..頑張るしかない..

Thursday, 7 February 2008

7 hb 2

hari ni da masuk khamis untuk minggu ni.esok last paper utk final exam..minggu depan bermula la hari2 yg sibuk dengan kenkyu..abih exam esok setelkan byaran dai dlu..phtu prepare utk bertolak ke tokyo malamnya..bleh thn jgak sibuk..pepun,abiskan stdy gengo riron dlu utk esok..insyaAllah beres kot paper esok..ya Allah,permudahkan exam esok ya Allah..

2 hari lepas aku mimpi jumpa ex awek aku dalam mimpi kat kenduri mana ntah..aku tegur dia,then dia x layan langsung..rasa mcm aku ada buat salah je..ale2,smlm aku msg ckp rindu sama dia..hehe..no respon..sama mcm mimpi la plak..logik la..org da berpunya,xkan nak reply msg2 mcm yg aku msg tu plak..huh..kudaranai..biar je la..aku plak duk melayan perasaan sorg2..adei..ntah bila la diri bleh berubah..ntah..rasa mcm x nak berubah..mcm putus asa pun ada..sapa la aku ni..insan hina dan kerdil di sisiMu ya Allah..

duk2 tgh men game sat ni,dia sms minta send kan resume yg dia buat dlu..seb baik ada dalam simpanan hd aku..2 lai skali aku send..apply PTD plak melalui SPA tu..tgh tngu kekka..minta resume nk update isi2 dalam tu..naruhodo..beza gila life ngn aku yg duk ngadap pc je lg skrg ni..life student ngn org da keja yappari berbeza..pepun,aku x tny byk pasal msg aku smlm..biar je la.dia pun mcm xnak layan..logik logik..awek org kan..

duk menaip2 ni sambil layan lagu diwani la plak..aku suka lirik dia,
"kalau bukan kerana rahmatMu Tuhan,
aku telah kecewa bahkan putus asa,
siapalah yang dapat bersihkan daripada dosa,
siapalah yang mampu meninggalkan kesalahan dan kesilapan,
siapalah di kalangan hamba-hambaMu,
yang boleh sempurna ibadahnya,
tiada siapa yang boleh,
tiada siapa yang mampu,
tapi dengan rahmatMu,
legalah hatiku..."..

lbih kurang lirik dia..nk dgr lbih,dgr kat imeem aku..playlist diwani,tajuk Mu kalau x silap..huhu..aku suka layan lagu2 mcm ni..tu yg aku selalu rudum je perasaan..xtau kenapa..da fitrah aku kot,sebagai insan bernama khanapiah yang suka lagu2 slow mcm ni..tgk mood jgak sbnrnya..papehal,abiskan stdy secepat mungkin..then bleh layan benda lain plak..minggu depan da mula sibuk da..hafalan surah x setel lagi yg bro mus minta setelkan dalam minggu ni..sabtu ni test dgr..surah dari juz 30 je pun..apa la aku..hak diri sendiri byk je komen itu ini..tp,hak al-quran ataupun hak Allah x penah aku nk sempurnakan..astaghfirullahal'azim..

Wednesday, 6 February 2008

6 hb 2

hari ni ada testo lg utk kimatsu ni..kanpe- satu aku belasah utk subjek ikeda sensei..huhu..xleh jawab langsung..astaghfirullahal'azim..smlm duk tgh pressure stdy,mmbr aku ckp paper souhaiden tu dapatkan 20 mrkh je kira mcm lulus da..so,aku apa lg..duk lolalola la..alhamdulillah dapat jawab paper souhaiden tu..kalau nk kira,byk je masa semalam utk stdy..aku plak yg byk buang masa kat men game sume..huhu..tinggal esok n lusa satu paper sehari je..phtu gi tokyo sat,sambung kenkyu plak la minggu depan..yosh!!

tokorode,tido2 pg td,mimpi jumpa ex-awek aku lg..gangguan setan lg kot..lepas mimpi terasa rindu la plak..huhu..i really still love her maybe..tp,tu la..xleh landaskan tindakan pada emosi semata2..akal perlu digunakan..tp,tu la..perasaan ni penyakit yg ssh nk ubat..ampuni aku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kezaliman: Diharamkan, Ditakuti, Dijauhi

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu, maka janganlah...