Posts

Showing posts with the label khutbah jumaat

Renungan Untuk Remaja Islam

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T, Khutbah Jumaat kali ini, saya ingin mengajak para jama'ah sekalian kepada satu muhasabah dan renungan terhadap anak remaja kita masa kini. Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama-sama anak batu petugas-petugas Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya. Dinegara Eropah dan dunia Barat, remaja berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu seperti penerokaan angkasa lepas, kejuruteraan, pertahanan dan lain-lain bidang ilmu lagi yang bersifat global atau tanpa sepadan. Sidang Jumaat Yang Dir...