Adalah diberitakan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya,maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya,jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya,dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun maka hendaklah dia membencinya di dalam hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman."(Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah,Nasa'i)
Sebuah hadith lagi ada menyatakan bahawa barangsiapa membenci maksiat di dalam hatinya sahaja pun, adalah dia seorang yang benar-benar beriman.Tetapi ini ada iman yang paling lemah sekali.Kini,marilah kita fikirkan dengan sebaik-baiknya berapakah ramainya orang Islam kini yang telah mengamalkan apa yang terkandung dalam hadith ini?Berapa ramaikah di antara kita yang telah mencegah perbuatan maksiat dengan lidah kita?Dan berapa ramaikah di antara kita yang telah benar-benar benci akan kemaksiatan di dalam hati?Marilah kita memeriksa iman kita menurut garis-garis ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kezaliman: Diharamkan, Ditakuti, Dijauhi
"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu, maka janganlah...
-
Taklimat Terperinci: Ucapan Empat Bulan Abu Obeida dari Hamas Taklimat ini merumuskan tema-tema utama dan fakta daripada ucapan Abu Obeida, ...
-
Mengapa harus kita rasa kecewa Sedangkan Tuhan lebih mengetahui Apa yang terbaik untuk makhlukNya Bukan ditakdir untuk menyeksa *(Chorus) B...
No comments:
Post a Comment