Posts

Showing posts from 2021

Mengapa Umat Islam Dihina (terjemahan petikan audio ceramah)

Baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: Apabila kamu berjual beli dengan al-‘inah, kamu mengikuti ekor lembu dan kamu cenderung kepada pertanian lalu kamu meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu dan Dia tidak akan mencabutnya daripada kamu sehinggalah kamu kembali (mengutamakan hukum) kepada agama kamu (berbanding helah riba dan kecintaan kepada dunia). (Riwayat Abu Daud) Sudah tentulah wahai saudaraku yang dimuliakan Allah, kita beriman bahawa Allah S.W.T. adalah pemilik segala sesuatu, Dia memuliakan siapa pun yang Dia kehendaki dan Dia hinakan siapa pun yang Dia kehendaki. Di dalam hadis ini, dengan wahyu dari Allah S.W.T. baginda Rasulullah S.A.W. menyampaikan bahawasanya jika kita melakukan sesuatu yang dilarang, kita membenarkan perkara yang haram, serta meninggalkan tugas kepada agama, berjihad di jalan Allah, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.  Dia yang Maha Memuliakan dan Dia yang Maha Menghinakan. Dia yang memiliki kekuasaan di...

Seandainya engkau bersama kami (Laytaka Ma'ana) - Maher Zain

Image

Pesanan kepada ahli gerakan Islam

Image
Sedikit perkongsian yang aku dengar daripada ceramah seorang scholar ni berkenaan dengan beberapa nasihat buat mereka yang terlibat dengan gerakan Islam di mana sahaja mereka berada. Nasihat buat mereka adalah: 1) Jangan terlalu bergantung dengan pimpinan. Mereka yang terlibat dengan gerakan tidak sepatutnya terlalu mengharapkan pimpinan yang memberi mereka segalanya. Sepatutnya kitalah yang menyumbang kepada pergerakan jemaah tersebut. Bukannya dengan hanya menunggu untuk diberi tugasan atau arahan baru kita nak bergerak kerana gerakan Islam itu sendiri mempunyai banyak agenda yang perlu dilaksanakan. Contoh perkara yang kita boleh mengambil inisiatif sendiri adalah seperti menuntut ilmu yang berkaitan dengan gerakan Islam itu sendiri. Ruang yang terbentang luas di zaman ini menuntut kita untuk lebih berdikari dalam mencari ilmu. Di sini kita boleh usahakan untuk cuba hadam sebanyak mungkin bahan bacaan berkaitan dengan gerakan Islam yang ditulis tokoh-tokoh gerakan Islam. Perkara ini...

Redha ketentuan Allah dalam suasana pandemik (PKP 3.0)

Image
Segala puji kepada Allah yang masih mengurniakan kesihatan dan keimanan dalam diri pada hari ini. Masuk hari ini genap 44 hari Malaysia berada dalam PKP 3.0 sejak 1 Jun yang lalu. Ramai mengeluh dan tak kurang juga yang berdepan dengan kesempitan hidup yang menyesakkan dada. Namun, inilah yang sedang berlaku. Kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara semalam bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi suasana pandemik. Namun, dari hari ke hari, bilangan kes baharu belum kelihatan akan berkurangan dengan konsisten. Pihak pembangkang persoalkan tindakan kerajaan dan tak kurang juga parti komponen dalam kerajaan turut menyuarakan perkara yang sama dengan pembangkang. Azmin Ali (Menteri Ekonomi - MITI) dipersalahkan ekoran daripada pemberian kelulusan operasi kepada kilang-kilang dalam tempoh PKP ini. Namun dia sendiri menafikan perkara tersebut dengan alasan data KKM menunjukkan kebanyakan kes berpunca daripada kes sporadik dengan sebilangan besar kes direkodkan adalah dari ne...

Sejarah asal orang Melayu

Image
"Bangsa yang tidak mempelajari sejarah, lalu sejarah akan mengajarnya kembali!"