Posts

Showing posts from 2020

Detik Rasulullah saw bersama Abu Muayhibah ke kubur Baqi' (sebelum kewafatannya) - terjemahan ceramah

Pada tahun ke – 11 Hijrah, ketika lewat malam, Rasulullah S.A.W telah mengejutkan dan memanggil Abu Muayhibah, salah seorang orang suruhan Rasulullah S.A.W. dan berkata, “Wahai Abu Muayhibah, aku telah diperintahkan untuk memohon keampunan kepada Allah bagi penghuni al-Baqi’, maka temanilah aku”. Al-Baqi’ adalah kawasan perkuburan di Madinah, ia dianggap suci kerana disana bersemadinya ramai para Sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah bersusah payah, berjuang dan menyokong baginda hingga ke akhir hayat. Rasulullah S.A.W. telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk ke Perkuburan al-Baqi’ bagi memohon keampunan untuk mereka kepada Allah. Maka, Rasulullah S.A.W. telah meminta Abu Muayhibah untuk menemani baginda. Mereka telah menuju ke al-Baqi’ pada larut malam, disebabkan itulah baginda memintanya untuk menemani Rasulullah S.A.W. Setelah tiba, Rasulullah S.A.W. telah mengucapkan, “Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur”, kemudiannya Rasulullah S.A.W. mengucapkan beberapa perkara yang jangga...

Cara Setup Android Smartphone untuk Kegunaan Anak

Posting kali ini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam mengendalikan smartphone untuk kegunaan anak-anak kecil. Sekiranya kita perhatikan aktviti anak-anak kita yang banyak mengadap smartphone ni, mereka akan mudah terjebak dengan video-video dan ads yang tidak bersesuaian dengan tahap umur mereka. Contoh yang ketara ialah video-video yang ditatap melalui app Youtube. Awal-awal mungkin mereka tengok video kartun yang mereka minati. Selang beberapa lama lepas tu, akan ada video-video yang nampak macam berkait dengan video yang mereka tengok sebelum ni tapi sebenarnya ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka yang belum mencapai umur dewasa. Kita boleh bendung sedikit dengan pergi ke butang Profile > Settings > General > Restricted Mode (on). Namun ianya tidak mampu memberi bantuan filter yang sepenuhnya untuk tontonan kanak-kanak. Di sini sebenarnya Google ada menyediakan alternatif iaitu dengan menggunakan app Family Link . Dengan app ini kita boleh m...