Wednesday, 11 July 2007

11 hb 7

lama da x menulis blog..hehe..alhamdulillah,ari ni aku masih dikurniakan kesihatan yg ckup baik..cuma,penat2 badan je skit2..saikin da makin panas da kat nihon ni,natsu menjelma lg..

juken ari tu,separuh je yg yakin blh btul jawab..slbihnya,tawakkal je..mensetsu pun,rasa mcm tekitou sgt..ukaru ki ga shinai kedo,kitai shite iru..ya Allah,bg la aku lulus masuk gifu dai ni..huhu..rasa nk menangis pun ada bila fikirkan balik bilangan jukensha utk denden kou gakka ari tu..ya Allah,ramai sungguh..30 org lbih..sgt la aku harapkan lulus masuk gifu dai ni..xtau nk ckp mcm mana..huhu...

tokorode,kakak aku selamat melahirkan anak sulungnya selepas aku juken ari tu..alhamdulillah..arina dahiah nama diberi..x tgk lai muka dia mcm mana..katanya kakak aku,mcm tokseh..idung mancung,bulu mata pun panjang katanya..hehe..phtu td aku sembang ngn ayah n mak nye anak buah baru aku tu..tny la pengalaman diorang dapat anak baru n apa perasaan diorang detik2 nk lahir tu..

abg ipar aku dlu mulakan..katanya,12 jam diorang kat blik bersalin tu..lama tu..kakak aku plak duk usaha utk lahirkan anak tu,pny la ssh..12 jam duk berhempas pulas utk lahirkan anak..xleh bayang sakitnya..katanya mcm nak tercabut nyawa dari badan..abg ipar aku plak,katanya,mmg bau xleh nk ckp la hanyir bau darah kuar dgn byknya..darah satu hal..tp,yg sayunye,x sanggup dia tgk keadaan kakak aku yg duk sakit melahirkan anak tu..kejap bayi tu kuar,kejap masuk balik..ish..xleh byg..

mcm tu la sakitnya n derita nk lahirkan sorg anak..bukan senang nk kuar sorg anak ni..

Monday, 25 June 2007

~Jom Tadabbur~

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Moga sentiasa dalam rahmatnya.

Hari ni, kita tadabbur ayat Al Quran sebentar. Merenungi makna hakikat ciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Sebelum tu, dah baca Al Quran hari ni? Bacalah. Seronok berkomunikasi dengan Al Quran. Kalau tak faham bahasa Arab, gunakan Quran tafsir. Kalau ada masalah, minta petunjuk dari Allah dan selak mana-mana muka surat Al Quran. Pasti kita akan menemukan petunjuk dari kitab agung tersebut.

Hari ni kita belajar berkenaan surah Al Kahfi ye. Bermula dari ayat 32- 46. Di bawah ni, saya sertakan terjemahan maknanya. Tapi tak seronok kalau sahabat baca maknanya sahaja. Kena baca ayatnya sekali. Buka Al Quran ye. Seronok lagi kalau kita faham bahasa Arab. Berusahalah untuk belajar bahasa Arab. Ianya adalah salah satu syiar Islam.

Dalam kehidupan ini, ada kalanya kita akan melalui satu keadaan di mana kita kurang tidur, kurang makan dan lainnya. Tapi percayalah, santapan rohani akan memberi motivasi buat kita untuk terus hidup.

[32] Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[33] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

Ayat ini menceritakan kisah dua orang pemilik kebun. Kebun yang begitu subur.

[34] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai.

Salah seorang daripada pekebun tersebut begitu bongkak. Dia berbangga kerana mempunyai harta yang banyak, pengaruh dan pengikut.

[35] Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[36] Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu) , tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

Dia begitu takabur dan merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya.

[37] berkatalah rakannya kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

[38] Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

[39] Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

[40] Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

[41] Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi.

Ayat ini maknanya begitu mendalam. Seorang sahabat memberi teguran dengan hikmah buat sahabatnya yang lain. Dia tak cakap pun, “Eh, kenapa kau cakap cam gini? Ko tak sedar ke ni semua milik Allah?”

Camane dia cakap? Camane dia approach sahabat dia? Dia ajak sahabat dia merenung kembali hakikat ciptaan manusia itu sendiri. Kita dicipta dari air benih yang hina. Begitu hina. Kalau ada kat tanah, ayam pun tak sudi nak patuk. Kalau kita sendiri melihatnya, kita tak lalu nak makan. Hinanya manusia itu. Tapi Allah mencipta kita dan menjadikan kita sebagai manusia. Sebagai khalifah di muka bumi Allah untuk berubudiah kepadaNya.

Ayat ni mengajak kita merenung hakikat makna persahabatan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat sahabat tu. Realiti dunia yang ada menunjukkan kalau ada manusia yang popular, ada harta, pengaruh dan pengikut , maka secara tak langsung manusia lain akan mula mengipasnya. Kalau dalam konteks ayat tersebut, barangkali kita akan mengatakan, “Betullah, kebun ko cantik, luas. Ko ni memang kayalah. Hebat betul ko ni”. Dan di penghujungnya, barangkali kita akan meminta kebenaran untuk berkelah bersama keluarga di kebun tersebut.

Tapi dalam ayat ini, tidak berlaku begitu. Allah tunjukkan kita jenis sahabat yang baik. Siapa yang tak suka dikipas? Tapi sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang berkata benar mengenai sahabatnya. Memang pedih bila ditegur. Kadang rasa tak boleh tidur bila kena tegur. Rasa nak melenting pun ada. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya teguran tersebut, Itu juga yang saya harapkan dari pembaca blog. Kalau ada sebarang kesalahan, tegurlah saya. Jangan biarkan saya di alam fantasi dan terus-terusan melakukan kesilapan.

Assyahid Imam Hassan AlBanna mengatakan. Taaruf itu bilamana kita memberikan nasihat atau teguran buat sahabat kita, dan sahabat kita tidak terasa langsung. Mendalam kan makna taaruf ni? Kita ingatkan taaruf itu adalah berkenalan, mengetahui tarikh lahir sahabat kita dan lainnya, tapi makna taaruf itu mempunyai skop yang begitu luas.

Kadangkala kita melaungkan kalimah ukhwah, tapi belum ada kesediaan dalam hati kita untuk berterus terang. Kita tinggalkan sahabat kita begitu lama dan membiarkan dia begitu sahaja. Ala kulli hal, hayatilah makna ukhwah itu.

Berkenaan cara teguran tu, ianya adalah salah satu dari parenting skill juga. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang mampu membuatkan anak mereka patuh tanpa sedikit pun terasa melalui teguran yang diberikan.

[42] Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!

[43] Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

[44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

[45] Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[46] Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Kisah ini mudah untuk dihadam tapi pengajarannya sangat berguna. Kisah ini ringkas, tapi Allah menyebut perbualan dua lelaki ini dengan begitu detail, begitu mendalam. Banyak persoalan yang ditimbulkan dari ayat-ayat ini. Adakah salah mempunyai harta yang banyak? Apa maknanya zuhud? Dan bermacam-macam lagi pengajaran yang berguna.

Di akhir ayat ini, Allah bercerita mengenai dunia. Dunia ini tiada maknanya. Dalam sebuah ungkapan ada mengatakan, “Sekiranya dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah, Allah tidak akan benarkan orang kafir untuk minum walau setitik air yang ada di dunia ini”. Faham tak makna ungkapan ni? Bahasa mudahnya, awak dapat melihat orang kafir minum dan hidup senang lenang di dunia ini, bukan? Maknanya yang tersirat, dunia ini memang tiada nilainya di sisi Allah.Kalau kita kaya pun, tak memberi apa-apa makna buat Allah.

Seorang sahabat pernah menanyakan Rasulullah, boleh ke seorang kaya menjadi zuhud? Rasulullah menjawab , boleh. Camane? Bila mana orang tersebut tak rasa apa-apa apabila hartanya berkurang atau bertambah.

Dalam konteks ayat ini sendiri, pekerja tersebut membuat perbandingan. Merasakan dia lebih baik berbanding sahabatnya. Dan semua ini adalah salah. Adalah penting untuk kita mengembalikan segala pujian buat Allah SWT sahaja.

Seandainya suatu hari nanti setelah bergelar doktor dan kita mampu merawat pesakit, ingatlah bahawa kita ini hanyalah instrument Allah sahaja. Kesembuhan pesakit itu adalah kuasa Allah semata.

Itu dahulu buat masa ini. Kita jumpa lagi di masa yang lain. Jangan lupa untuk ‘forward’kan artikel ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Salam perjuangan !!!

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Sunday, 24 June 2007

24 hb 6

hari ini aku mulai dengan berjogging keliling kosen..pergh,sejuk n best je udara di pagi hari ni..da jogging,lepak je kat bilik..ingt nk stdy,x jadi..ngntuk pny pasal,aku tido dalam pkul 7 lbih..sedar2,da pun pkul 12..adei..melepas waktu pg utk stdy..xpe,blasah je apa yg ptut buat hari ni..sprti yg aku plan,ingt nk siapkan kadai jidouseigyo ari ni..esok ada saishi kalau aku siapkan kadai tu ari ni..buat pny buat,x jadi..x phm langsung..adei..tension sungguh..lapar la plak time buat keja..cari makanan kat dapur,da byk stok da abis la plak..huhu..br tau perasaan lapar org kebulur..kebulur kat sini ok lai,ada jgak org lain bleh tolong..pau roti mmbr aku 2 lai..ya Allah,nikmatnya makan time lapar n kebulur ni..alhamdulillah..thanks sham..sasuga esham la selalu beli stok roti..hehe..tgh lapar td,ingt nk kuar gi malera beli makanan skit,ujan la plak..ujan turun berterusan sampai la ke malam..skrg ni pun duk ujan lagi skit2..tsuyu(musim ujan) mo ne..

misi minggu ni,kena abiskan stdy denkikairo..minggu depan layan denjiki plak..adei la..ok ke aku ni duk juken satu dai je..kalau x dapat amik muroran plak..duk sembg ngn kohai dai smlm,dia ckp,baik x yah amik dai jauh2 mcm kat hokkaido..ssh nnti..tp,tu ah..aku rasa tu je la choice yg ada lps gifu dai..ingt nk jugak juken fukui dai..senpai fukui ckp smlm,setakat ni x penah ada lagi la org yg fail juken denden kat situ..rasa nak amik pun ada..tp,tu ah..amik gifu je la kot..lps juken gifu nnti bleh buat keja utk jikken 5 nensei plak..kena buat wqbsite da..risau jgak tkut x jalan keja kat kosen ni duk asyik juken je..da la kenkyushitsu aku ada 3 org je masuk aku..blasah je la..arapnya lulus la juken gifu ni..ya Allah,luluskan aku juken gifu dai nnti ya Allah..

minggu lepas kol umah..anak sepupu aku yg kecik meninggal 2 minggu lepas..mati lemas,katanya ayah aku..Allah sayangkan dia..nakal mcm mana pun budak,kalau diorang meninggal,tetap masuk syurga..tunggu mak ayah dia di pintu syurga nnti..bersih lagi diorang ni..blum baligh lg..ajal sampai time kecik..ii ne..pepun,aku yg masih idup ni kena teruskan idup ngn lbih gigih..kena rajin2 la,dont be lazy2 a..hehe..
da pun pkul 830 mlm..kejap je masa berlalu..ujan pun da makin slow bunyinya..aku pun,kena soro2 la kerjakan kadai jidouseigyo ni..byk sgt la plak kadai yg ikeda sensei ni bg..adei..buat je la 70% dari sume..x sempat siap je rasa..da la x phm..mcm mana la nk siapkan kalau x phm..tny je la sensei esok sebelum antar..stdy skit sblum tido nnti kot2 ada saishi esok utk subjek dia..oss...ganbari yo!!!

Saturday, 23 June 2007

23 hb 6

hari ni bermula lg ujung minggu aku..esok da hari ahad..then,lusa da skolah..mcm ni la kan..hari ni adalah masa yg paling penting..hdiup ni ada 3 hari je,smlm yg xleh nk ubah lagi dah,esok yg belum tentu lagi keadaannya n hari ni,yakni dekik skrg ni,apa yg perlu kita buat masa ni ikut keperluan agama..
smlm duk main2 sambil stdy math..ada lagi sikit utk bab gyouretsu..phtu stdy skit bab kakuritsu..then wanna start da denkikairo one..seminggu bajet utk denkikairo..sempat ke tidak..cuaknye juken..haha..nantoka je la kan..
semalam ujan sampai ke petang..best je suzushi sampai malam..nikmat sungguh keadaan sejuk ni..sejuk n sejahtera la..alhamdulillah..hari ni ii tenki da na..bleh layan bola kat padang lagi ptg ni..kena get prepare la utk taikai 30 hb ni..pergh..smgt saya main bola skrg..haha..stdy ntah ke mana..huhu...
semalam jgak la aku kol ex-awek aku..lama x kol..kol skit,lepaskan rindu..seb baik dia layan je sembang smlm..sblum ni aku msg je..reply jgak..ii hannou da ne..korekara mo dou darou na..maa ii ka..kono koto wo hotto oite,juken no koto ni shuuchuu shiyou ka ne..kanojo no koto ha ato de ii kara..ada jodoh ada la tu..insyaAllah..aku pun pelik,pesal la aku cari ex awek aku tu lg..naluri aku rasa yg dia pun sukakan aku sbnrnya..tp,tu ah..time clash ari tu,ada sorg mamat tu bgtau yg ex awek aku tu x penah pun sukakan aku sbnrnya..aku je duk poyo sekor2..pedulik je la apa org kata..janji aku sukakan dia..haha..dia nak suka ke xnak,tu hak dia..bkn hak aku utk paksa dia utk sukakan aku..ya Allah,apalah aku merepek ni..huh...
adik aku da sampai kat umah..bertambah la sorg bilangan org kat umah di kampung tu..huhu..sian mak ayah aku..thun ni jgak diorang nak gi naik haji..arapnya slmt la nnti..da la aku x balik natsu ni..nak kena prepare utk juken muroran dai kalau x dapat gifu dai..ichi ou la kan..
kadai jidouseigyo pun x buat lagi ni..adei..isnin ni ada saishi kalau aku buat kadai tu ngn siap..tp,tu ah..ukeru ki ga shinai na..blasah je la lps2 ni..stdy,stdy!!!!!!

Thursday, 21 June 2007

Renungan Untuk Remaja Islam

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,

Khutbah Jumaat kali ini, saya ingin mengajak para jama'ah sekalian kepada satu muhasabah dan renungan terhadap anak remaja kita masa kini.

Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama-sama anak batu petugas-petugas Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya. Dinegara Eropah dan dunia Barat, remaja berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu seperti penerokaan angkasa lepas, kejuruteraan, pertahanan dan lain-lain bidang ilmu lagi yang bersifat global atau tanpa sepadan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.

Disaat itu juga ramai yang tertanya-tanya dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam? Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu trend baru keruntuhan moral iaitu Pesta Buih di Bangsar yang melibatkan sebahagian besar penyertaannya. Para Remaja kita menari dan menyanyi salam keadaan separuh bogel.

Ini tidak ubah hanya meniru dan menciplak budaya barat yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan, sedangkan ulama' menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah adab.

Disinilah lahirnya budaya 'Hippies' dan budaya keseronokan yang mana hidup bebas adalah teras perjuangan, kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia, ekstesi, bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan kesalahan 100% keatas para remaja.

Junjungan mulia S.A.W pernah bersabda :

Bermaksud : "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"

Memang diusia remaja, sikap suka mencuba, sesuatu yang baru dan mencabar minda. Ini juga turut diperakui oleh seseorang ahli sufi, dimana beliau bimbang akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar untuk membuat ketaatan.

Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat. Filem-filem yang berunsur lucah dan pelbagai aksi yang merangsang nafsu remaja tidak sewenang-wenang di tayang kerana ini semua menyumbang kearah keruntuhan jiwa dan nurani para remaja seperti berzina, melahirkan anak luar nikah dahulu daripada anak-anak yang sah.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Disamping itu juga, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan factor penyumbang keruntuhan jiwa remaja. Ada pasangan yang berkahwin sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja dan bukan untuk niat dan cita-cita membentuk keluarga harmoni. Apabila tiada elemen-elemen kebahagiaan dirumah, maka remaja mengambil jalan pintas lari dari rumah dan melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang kononnya mencari ketenangan jiwa. Tetapi sayangnya lain yang dicari, lainyang dapat. Seumpamanya keluar dari mulut naga masuk ke mulur buaya.

Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya. Ini diperkuatkan oleh firman Allah S.W.T :

Bermaksud : "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Disaat ini dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah perkasa yang disaluti dengan iman dan jati diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Bin Ma'sud, Musab bin Amir, Ammar Bin Yasir dan Usamah Bin Zaid yang merupakan remaja yang dihantar oleh khalifah Abu Bakar bagi menentang 'Byzantin' yang ketika itu berumur 18 tahun. Usamah Bin Zaid pernah berdoa :

Bermaksud : " Demi Allah, sekiranya bukan kerana lautan luas yang menjadi penghalang, nescaya aku akan takluk seluruh dunia ini dalam meninggikan Kalimahmu, wahai tuhan, saksikanlah."

Oleh itu, para remaja kita hari ini diseru dan ingatkan agar bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup mukmin yang hakiki, semi agama, bangsa dan umat seluruhnya.

Firman Allah S.W.T dalam surah A-Qasis ayat : 50

Bermaksud : " Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah".

Disediakan Oleh,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Wednesday, 20 June 2007

kawan..

baru aku perasan yg aku ni xde kawan baik..kawan mmg ramai la,tp tu ah.x rasa mcm kawan..sahabat ngn kawan,apa beza dia a?wakannai..bak kata dalam lagu qatrunnada tu,skrg xde kawan,tapi ramai kenalan je,bkn kawan..which means,ssh nk dapatkan kawan yg btul2 kawan zaman skrg ni..btul jgak kot apa dia ckp..aku pun xtau nk percayakan sapa dalam ramai2 kenalan aku..kawan ni jadi pembantu bila ssh..ketawa bersama,sedih bersama..apa luahan saling didengari n amik berat sama2..biasa la,umpama persaudaraan dalam Islam la kan..ptut la aku asyik rasa sunyi je dalam life ni..kawan ke awek akan aku pilih..ma..cinta pada Allah lbih penting la kot..segala luahan hati akan didengariNya..just amik wudhu n solat 2 rakaat..minta apa saja dariNya..sesungguhnya Dia Maha Mendengar luahan hati seorang hambaNya..
tp,tu ah.salah satu sbb aku ssh nk kawan ngn org sbb aku sendiri yg x percayakan org kot..bkn senang nak dapatkan kepercayaan seseorg..kita ckp masalah kita pada dia,dia nnti bgtau org lain plak..padahal masalah tu masalah personal..wakannai..ningen kankei warui na,ore wa..huhu..ptut la Pendidikan Islam time spm ari tu dapat B je..naruhodo..xtau mcm mana nak berkawan..mcm mana pun,aku tetap doakan kawan2 aku berjaya dunia akhirat..

Friday, 15 June 2007

15 hb 6 2007

humm..xdak idea nk letak tajuk apa kat atas tu..huhu..ngntuk je manjang aku ni..juken da makin dekat..kekkyoku,amik gifu dai ngn muroran je..utsunomiya mou yameru kana..ssh la plak bila tgk kakomon dia..huhu..sian kat khiaq ssh2 dapatkan kakomon..adei..apa da aku ni..nyusahkan org je..fukui plak xtau lg nk amik ke xnak..dou shiyou..balik bilik ptg2,duk guling2..buang masa je keja..yaru ki nai a ptg2 ni..umah pun da lama aku x kol..apa cite la mak ayah aku skrg ni..huhu..abg aku plak mcm tu je..xde org da kat umah aku..time cuti2,kakak n adik aku yg pompuan tu bknnya balik pun..adik aku yg laki tu je la kalau balik pun..kalau blik pun,msti adik laki aku kena balik la kot..abg aku tu la..ada terkena benda skit..krg siuman jadinya..adei..kalau sembg ngn dia,rasa mcm bkn sembang ngn dia..mak aku yg duk umah pun tkut2 duk umah kalau ayah aku xde..mcm mana la keadaan diorng..mlm nnti try kol je la skali..aku pun naik risau..asyik duk layan pc je hari2..x terperasan pun nk kol..
kakak aku yg mengandung mcm da nak beranak da..dapat anak buah sorg lg la jawabnya..arapnya selamat la dia beranak nnti..mcm2 hal famili aku skrg ni..duk jauh mcm ni,rasa bersalah pun ada kat mak ayah aku tu..biarkan diorg kat kampung tanpa jagaan sapa2..ayh aku da la pencen,mak aku plak mmg duk umah je..as a anak..humm..
bila la bleh kumpul satu famili lg skali..seronoknya duk ramai2 ngn famili..msti meriah suasana kalau sume kumpul..
esok lusa ujung minggu..seperti biasa la ujung2 minggu..main bola ptg2,pg,mlm,stdy kalau rajin..kalau x,duk main sana sini..ngadap pc tu mmg atarimae la..x berkembang plak rasa duk ngadap pc je..ai..piah,piah...
ada jgak mmbr aku yg da mula juken minggu ni..suisen,da ramai da..tunggu kekka je nnti..x lama da.sekejap je duk sini...pejam celik,da nk masuk 3 thun duk sini..aku,masih lagi mcm ni..duk main2,malas2..ptut la awek lari..padan muka aku..elok jgak kan..ada hikmahnya..tp,tu ah..time nk exam,ada je problemnye..skrg ni,sepi skit la..nk pasang awek pun da jadi segan..biar je la kot..sendiri lbih bebas..tp,tu ah,kadang2 terpikir n terasa jgak nk pasang awek..adei..biar je la..kdg pny perasaan tu,simpan je la dlu sampai da keja nnti..byk lg keja aku perlu siapkan kat sini..takaza agam pun,bleh thn byk nye..aku kat sini bukan utk main2..tp,aku dihantar atas urusan agama..bak kata2 sorg ustaz kat kampung aku yg sorg tu,duk sana,buat bisnes la..aku duk pkir,bisnes apa dia?kalau bisnes kat sini mmg kaya la bila laris..maklum la,diorang pny mata wang lg mahal dari kita pny,,sejam keja bleh dapat dalam 20-30 ringgit..mana x kayanya..bila pkirkan balik,baru la perasan yg dia mksud bisnes tu bkn bisnes duit2,bisnes akhirat rupanya..tp,aku masih duk main2..buang masa n peluang..
kat sini mmg perlukan sgt usaha agama..tnpa usaha agam,mmg kucar kacir la keadaan ngn suasan maksiatnya..maklum la,negara bebas tanpa agama..byk insan yg perlu diselamatkan kat sini..need to do something..paling kurang pun,jgn biarkan fikir terjebak kepada fikir maksiat..melalui fikir maksiat,maka byk benda bleh berubah jadi bentuk maksiat..btulkan iman n fikir..fikir mcm mana seluruh umat manusia dapat selamat dari azab Allah swt..fikir je blum ckup..kena la buat usaha atas iman..byk korban ngn ikhlas,insyaAllah akan terbyr nnti..no ikhlas,no reward la..jadi useless plak nnti..need to stdy from now on..azass!!!

Kezaliman: Diharamkan, Ditakuti, Dijauhi

"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu, maka janganlah...