Wednesday 18 November 2009

Bukanlah dikatakan ilmu...

"ustaz, saya dengar dari Youtube, ada ustaz tu cakap solat lelaki n perempuan tiada bezanya.betul ke ustaz? tapi bila saya dengar yang lain, ada yang cakap ada beza plak..mcm mana tu ustaz?" - tanya seorang kohai aku kat Muroran ni..

"itu la zaman sekarang ni..ramai yang menganggap ilmu itu adalah Al-Quran dan Hadith semata-mata..padahal BUKANLAH YANG DIKATAKAN ILMU ITU ADALAH DALIL SEMATA-MATA..YANG DIKATAKAN ILMU ITU ADALAH YANG TERATUR YAKNI,
1) DALIL
2) KAEDAH NAK MEMAHAMI
3) DAN ORANG YANG DIANUGERAHI BAKAT UNTUK FAHAMI DALIL2.." - jawab ustaz melalui konferens kami di Skype..

"oooo..patut la saya pening je tengok kat internet ni..."

"pernah sekali perbualan Rasulullah saw dengan sahabatnya di dalam satu hadith baginda saw.
Rasulullah : Kamu belajarlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum ilmu itu hilang.

Sahabat : Bagaimana ilmu boleh hilang? Sedangkan Hadith dan Al-Quran kekal sampai kiamat?

Rasulullah : Kasihan mak kamu kerana lahirkan orang yang tidak faham.Sedangkan Yahudi dan Nasara sesat walaupun kitab mereka ada.Yang dikatakan hilang ilmu itu adalah dengan hilangnya ulamak yang memahami Al-Quran dan Hadith.

begitulah dengan situasi kita zaman ini.kita tidak boleh belajar melalui bacaan semata-mata.ilmu agama apatah lagi perlu berguru bila ingin memahaminya." - tambah ustaz tu lagi..

begitulah situasi zaman kita sekarang ni..ramai yang buat jemaah baru sebab tidak puas hati dengan jemaah yang sedia ada..kita mengharapkan kesahihan ilmu dengan berdasarkan Al-Quran dan Hadith ikut kefahaman kita..sedangkan yang dikatakan ilmu itu ADALAH KEFAHAMAN YANG DIDASARKAN KEPADA AL-QURAN DAN HADITH MELALUI ULAMAK-ULAMAK YANG DIANUGERAHI KEFAHAMAN PERKARA TERSEBUT.

lagi satu benda kita kena hati-hati ketika bertanya ialah kita kena tanya dulu ustaz-ustaz yang kita ingin jadikan sebagai rujukan ni apa bidang ilmu dia..kalau kita bertanya tentang fiqh pada ustaz yang khusus bidang bahasa arab, maka lainlah jawapan yang diberikan..

sama juga dengan keadaan kita yang belajar ilmu engineering..kalau kita ditanya tentang bidang selain bidang kita, kita tiada hak dan kefahaman tentang perkara selain bidang kita tersebut..jadi, katakanlah 'tidak tahu' ketika kita tidak tahu dan janganlah kita buat-buat tahu..kalau kita khusus bidang Bahasa Jepun, kita memang tiada kefahaman dalam bidang engineering kat Jepun..

wallahu'alam..

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...