Saturday 29 November 2008

Kotoran.

"Uish!!Debu ni,serabut sungguh..Abih kotor baju aku.."
"Aaaa...Abis baju baru aku kena kuah kari ni..Baru beli..Mahal ni.."

Dialog yang biasa kita dengar bila kotoran kena pada pakaian@badan kita..Betapa concern nya kita pada kekotoran yang terkena pada badan..Kan bagus kalau kita alert macam ni jugak terhadap kotoran pada hati kita..

Hari-hari hati kita disaluti dengan dosa..ada juga sinar pahala,tapi cukupkah sudah sinar pahala itu untuk selubungi selaput dosa yang melekat di hati kita?Sama-sama kita muhasabah diri..Iman di dalam hati umpama mutiara perlu sentiasa digilap dengan amal-amal ibadah serta dengan mengingatiNya..Hak badan adalah makanan,hak akal adalah ilmu,hak rohani kita adalah amal ibadah seharian..Bahkan setiap tulang dalam badan kita perlu diisi dengan zikrullah setiap pagi dan petang..ataupun kita sempurnakan hak tulang dengan tunaikan solat dhuha setiap pagi..

Banyak sebenarnya hak yang belum aku tunaikan untuk rohani..Perasaan juga perlu dibaja dengan sifat-sifat mulia..Berhati-hati dengan godaan syaitan setiap masa juga perlu..Setiap detik syaitan berusaha untuk menyuntik bisikan maksiat dalam hati kita selagi kita tidak zikrullah..Kat sini je da boleh tengok berapa kali je dalam kehidupan seharian kita yang kita libatkan diri dengan pahala.Yang lain semuanya umpama sia-sia dan dosa..Ampuni hambaMu ini ya Allah...

Seekor anjing yang kotor menghampiri sekumpulan manusia,lalu dielak manusia tersebut.lalu anjing tersebut berkata-kata,
"Kamu manusia sibuk dengan membersihkan diri dari kotoran zahir..Tetapi kamu lupa dengan kekotoran hati kamu dengan dosa-dosa..Kami haiwan sentiasa berzikir kepada Allah swt.."
Mendengarkan kata-kata anjing tersebut,semua manusia tersebut insaf lalu bertaubat pada Allah swt..

Betapa hinanya manusia bila lupa asal usul mereka..Manusia yang taat dan ikhlas dalam menjalankan perintah Allah swt akan dimuliakan lebih dari mulianya malaikat..Tetapi manusia yang taat dan ikhlas dalam mengikuti hawa nafsu dan bisikan syaitan hanya akan dihina melebihi daripada haiwan..Bahkan lebih ditakuti oleh syaitan..

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm:32)

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud:114)

Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah:102)

Moga Allah mengampuni diri yang penuh dengan dosa-dosa ini..Bukan dengan goyang kaki je untuk dapat ampunan ni..

"Jika kita membiarkan hati kita terasak penuh dengan akhlak2 yang tercela,dan kita pun tenggelam dengan kelazatan dunia dan kemewahannya,kemudian kita menunggu agar kita diberikan keampunan dari Allah swt,maka cara menunggu seumpama ini adalah bodoh,gila dan dikira sebagai angan2 kosong."-(Takut dan Harap,Bimbingan Mu'minin)

Maka perlulah dijalankan taubat yakni kembali kepada Allah swt dengan penuh perasaan menyesal..Dosa yang melibatkan manusia,maka perlulah memohon maaf.Kalau mencuri ke apa,kenalah pulangkan balik barang yang dicuri.Kalau dosa tinggalkan solat fardhu,maka perlulah dipulangkan solat yang ditinggalkan tersebut dengan meng'qadha'nya pada bila-bila..Hak manusia itu utama untuk dipulangkan.Tapi hak Allah itu lebih utama..Ampuni daku yang lemah ini ya Allah...

Wednesday 26 November 2008

Hadith 15(Fadhilat zikir)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahwa Uthman r.a. dalam mentafsirkan ayat Al-Quran:"Dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua(iaitu kisah dua orang anak yatim yang diceritakan secara panjang lebar di dalam surah Al-Kahfi)"
berkata bahawa itu adalah kepingan emas yang tertulis padanya tujuh baris yang bererti:

1)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tapi ia masih bergelak ketawa.
2)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya.
3)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya perhitungan terhadap dirinya,tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan.
5)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka Jahannam,tetapi ia masih berani melakukan maksiat.
6)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengenal zat Allah swt,tetapi ia masih mengingat akan sesuatu yang selain dariNya.
7)Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga,tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini.

Ada didapati tambahan sedikit pada beberapa naskhah yang lain iaitu:
"Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan itu sebagai musuh,tetapi ia masih mentaatiNya."

Sunday 23 November 2008

Perkataan Ghazali Rahimahullah.

Adapun bahagian kedua ilmu muamalah iaitu ilmu mengenai keadaan hati.Adapun yang berbentuk pujian adalah
Sabar,
Bersyukur,
Memiliki rasa takut,
Rasa mengharap,
Zuhud,
Takwa,
Rasa puas,
Dermawan,
Mengenal pemberian Allah swt pada setiap keadaan,
Berbuat baik,
Berprasangka baik(positif),
Berakhlak baik,
Bergaul dengan baik jujur dan ikhlas

Mengetahui hakikat keadaan ini,hudud dan sebabnya yang dapat melahirkan hasilnya,mengetahui tanda-tanda dan cara mengatasinya,maka dirinya tidak akan lemah dan terus mengalami kekuatan hingga kembali kepada Allah swt nantinya.

Adapun yang berbentuk celaan adalah di antaranya
Perasaan takut dengan kemiskinan,
Dengki,
Dendam,
Iri hati,
Mencari darjat tinggi,
Mencari pujian orang ramai,
Menyukai hidup di dunia untuk bersenang-senang,
Sombong,
Riak,
Suka marah,
Suka mencari musuh,
Tamak,
Pelit dan kedekut,
Angkuh,
Suka membanggakan diri,
Suka menyakiti hati orang lain,
Suka menjilat dan mencari muka,
Bengis,
Gelabah dan tidak berhati-hati,
Kasar tutur kata,
Menganggap remeh fakir miskin,
Mengagungkan muzik dan lagu,
Berbangga diri,
Sering berkhayal,
Suka bersaing,
Menjerumuskan diri pada hal-hal yang tidak bermanfaat,
Menyukai banyak perkataan,
Rasa 'ujub,
Suka mencari dan menyebarkan aib jiwa orang ramai,
Menghilangkan kesedihan daripada dalam hati,
Mengeluarkan perasaan takut daripada dalam hati,
Berasa aman daripada murka Allah swt,
Mengabaikan ketaatan padaNya,
Suka berbuat mungkar,
Suka berkhianat,
Suka menipu,
Banyak mengelamun,
Menyukai perpecahan di dalam tubuh kaum Muslimin,
Sedikit rasa malu dan sedikit rasa kasih sayang,

Hal-hal ini adalah sifat-sifat hati yang buruk yang dilarang.

-dipetik dari Buku 'JANGAN MELANGKAH JAUH DARIPADA KEHIDUPAN DUNIA'

Thursday 20 November 2008

Musim sejuk tiba



rasa macam baru minggu lepas aku tangkap gambar ni..musim luruh yang penuh dengan daun-daun yang merah dan kuning..memang indah ciptaanNya..

semalam hari sudah makin sejuk dengan suhu 2℃ paginya dan bertambah sejuk pada malamnya..x sedar pulak yuki(salji) turun malamnya..bangun pagi semua sudah putih diselubungi yuki..uwaaa...



balik kelas tengah hari tu main hembus-hembus nafas bagi nampak macam asap..haha..best best..amik yuki yang tebal sikit,padatkan pahtu baling kat kohai..adoi..macam budak-budak plak..tp tu lah..yuki bukan selalu jumpa..jakun pun jakun la..

paginya ok lagi nk berjalan sebab yuki masih lembut..masuk waktu petang jalan mula licin..so,berhati-hatilah berjalan musim sejuk ni..esok lusa pun hari yang sejuk akan bertambah sejuk..ki wo tsukete na..

Sunday 16 November 2008

Ingatlah Kematian - Fatim

ingatlah kematian - Fatim

Ingatlah kematian itu dari detik ke detik
Dan dari saat ke saat
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak pun sakit boleh mati juga

Oleh itu jangan senang hati kematian pasti kan berlaku
Tunggulah kematian dari nafas ke nafas
Agar kita tidak angan-angan melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
Kerna kematian kita tidak tahu
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
Agar kita sentiasa gentar dengan tuhan

Oleh itu bersiap sedialah
Mengusahakan iman dan takwa
Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
Bila pergi tak akan kembali
Tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Mengapa kita belum pun menambah amalan
Sedangkan umur makin lama berkurangan
Pabila sudah sampai ke sempadan
Kan menyesal.....

Oleh itu bersiap sedialah
Mengusahakan iman dan takwa
Sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
Hidup di dunia hanya sekali
Bila pergi tak akan kembali
Tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Thursday 13 November 2008

Nilai pada pandangan

"Tahniah kerana anda telah lulus untuk bekerja di syarikat kami sebagai ketua jurutera.Gaji anda sebulan sebanyak RM3500.Tapi,kami akan bayar di padang mahsyar kelak."

Apa agaknya akan dijawab oleh si jurutera tersebut?Semua tentu dapat duga macam mana reaksi si jurutera tersebut.Itu hanyalah sebuah analogi untuk menunjukkan erti nilai yang tertanam dalam hati setiap manusia pada masa kini iaitu hanyalah terletak semata-mata pada nilai wang ringgit.Pendek kata,semua perkara yang diperbuat,mesti hendak kita kaitkan dengan wang ringgit.

Fikiran semacam inilah yang telah melupakan kita dengan kehidupan akhirat yang lebih penting untuk diutamakan.Kalau dalam kehidupan seharian kita hendak kaitkan dengan wang ringgit,kenapa tidak kita kaitkan sahaja segala tindak tanduk kita dengan ganjaran pahala utk kehidupan akhirat kelak?

Ramai manusia zaman ini dilalaikan dengan kehidupan dunia.Sahih sungguh firman Allah swt di dalam Al-Quran:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),Sehingga kamu masuk kubur.(At-Takatsur:1-2)

Lalai lah sudah diri kita dengan kemewahan dunia yang tidak berkesudahan.Ini semua akan berakhir bila mana malaikat maut datang menjemput kita.Tapi,perlukah kita tungguh saat itu untuk perbaiki semula keadaan?Tiada lagi peluang kita pada masa itu untuk perbaiki salah laku kita masa hidup.Jankowski yang percaya dengan Krisitian pun tahu yang manusia tidak boleh kembali hidup untuk perbaiki amal soleh mereka setelah mati.Inikan pula kita yang beragama Islam,agama yang benar sebenar-benarnya.

Memang benar ramai manusia yang sibuk dengan mengejar kemewahan dunia yang tidak kehabisan.Lupa kita dengan tujuan hidup kita yang sebenar.
"Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali."

Perjalanan kita yang sebenar nak menuju ke Kota Bharu.Tapi disebabkan persinggahan kita di kedai-kedai dalam perjalanan menyebabkan kita lupa untuk teruskan perjalanan ke destinasi sebenar kita.

"What is your purpose of life?",bertanya seorang hamba Allah kepada non-muslim di airport.Ada yang menjawab tujuan hidupnya untuk mencari harta yang banyak.Ada yang meletakkan keseronokan hidup sebagai tujuan hidupnya.Bagaimana dengan kita?

Apakah benar redha Allah menjadi tujuan hidup kita?Kalau benar,maka apakah tindakan kita untuk capai redha Allah?Adakah dengan berseronok sana sini seperti mereka yang tiada agama?Ataupun bekerja sungguh-sungguh dalam mempelajari agama Allah dan menyebarkannya kepada orang lain sebagai dakwah?

Sama-sama kita fikirkan tujuan hidup kita yang jelas dan nyata agar dapat kita teruskan perjalanan hidup dengan lebih selamat den sejahtera.

Monday 10 November 2008

dengar ceramah dengar lagu?

Sambil duk jinak jinak dengar ceramah Ustaz Azhar ni,baru perasan yang ramai anak muda skrg ni lebih suka dengar muzik berbanding dengan dengar ceramah agama itu sendiri..humm..pandai sungguh golongan Yahudi la'natullah ni..sapa yang tertipu?pemuda pemuda Islam yang terkena..salah siapa?tepuk dada tanya hati..dou ka ne..salah diri sendiri jugak yang melebihkan hiburan melebihi tuntutan belajar ilmu agama..rosak akidah sungguh..astaghfirullahal'aziim..sapa?aku jgak terlibat..

Tapi memang inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ni..masa muda-muda,ramai je yang fikir nak main je..bila tua baru nk pikir pasal nk gi masjid semua..sapa la tau nyawa ni sempat bernafas ke tidak lagi esok hari..bodoh sungguh naluri manusia yang ikut nafsu ni..haissssh…nak dengar lagu lagi ke?sila je kalau banyak dengar lagu lagi sampaikan solat pun pikir pasal lagu memang tahap teruk la..solat solat ni perjumpaan kita dengan Allah..tp kepala otak duk pikir pasal lagu je..solat pun xde kualiti..dah la xde kualiti,solat jemaah kat masjid plak xnak pegi..adoi..banyak sangat sudah kah amalan aku ni sampaikan untuk solat jemaah pun berat nak sertai…

Firman Allah swt: "Maka adapun orang yang berat timbangan kebaikannya,Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan(senang).Dan adapun orang yang ringan timbangan(kebaikannya),maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?Yaitu api yang sangat panas."-(Al-Qari'ah:6-11)

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri;mereka kekal di dalam Neraka Jahanam.(Al-Mu'minuun:102,103)

Uwaaa…banyak sudahkah amalan aku untuk masuk syurga Allah swt?kalau x cukup banyak,maka Hawiyah lah tempat aku di akhirat kelak..mahukah?tentunya tidak..kesimpulannya?sama-samalah kita fikirkan macam mana nk banyakkan amalan kebaikan kita untuk memasuki syurga Allah swt..bukan kuantiti saja,kualiti juga perlu sentiasa perbaiki…nak dengar lagu banyak-banyak lagi ke?tepuk dada,tanyalah hati"Wahai hati,wahai diri..kamu nk memasuki syurga Allah ataupun neraka Allah yang panas wahai diri?"

Beramal beramal jugak,akidah kena juga kita perhatikan apakah benar dan sahih sudah akidah kita ni?macam mana nk confirmkan akidah kita?banyak aspek dia dalam kalimah tauhid kita ni..Yang disenangi,Yang dicintai,Yang ditakuti,Yang diikuti..dari semua aspek ni kita cuba compare dengan keadaan sekeliling kita..ada lagi x perkara lain yang kita lebih dahulukan perkara ini daripada perintah Allah sendiri?kalau ada tu,cepat-cepat la kita perbaiki supaya capai kesempurnaan dalam akidah kita nanti..macam mana nk perbaiki?fikir-fikirkanlah..

Firman Allah swt:" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). (al-A'raaf 7:179)"

Wallahu'alam..

Friday 7 November 2008

Yakinkah kita

Ada satu cerita yang terasa sangat bernilai untuk dikongsi bersama.Cerita ni aku dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus..best best..hehe..isi dia berkaitan dengan akidah umat Islam..

'Ada sorang manusia ni pergi jumpa dengan seorang ulamak minta panduan untuk bertaubat.Lalu,ulamak ni pun bertanya la kepada dia,"Apakah dosa kamu yang menyebabkan kamu ni bersungguh-sungguh macam ni untuk bertaubat?"

Jawab hamba ni,"Di kampung aku susah sangat nak dapatkan kerja untuk dapatkan duit,maka aku curilah kain-kain kafan mayat yang baru ditanam untuk dijual.Mana yang aku curi,aku jual selepas aku basuh kain tersebut."

Tanya lagi ulamak tersebut,"Banyak mana telah kamu curi?"

Jawab hamba tersebut,"Setakat ni sudah masuk 100 kali.Dan dalam banyak tu,aku jumpa satu sahaja mayat yang mengadap ke arah kiblat.Yang lain semuanya mengadap matahari.Kenapa perkara ni terjadi?"

Jawab ulamak tersebut,"Tiada lain dosa disebabkan takut tidak dapat rezeki"

Apa pengajaran dia?haaa…kita lahir ke dunia ni telah pun ditetapkan beberapa perkara,dan di antaranya adalah rezeki.Allah Ar-Rahman..Semua makhluk Allah beri rezeki.Tiada yang memberi melainkan Dia.Sejauh mana kita yakin dengan rezeki kurniaan Allah swt ni bergantung la kepada yakin hati kita kepada Allah swt.

Tapi yang sedihnya,yakin kita telah pun rosak.Tidak lagi yakin dengan janji-janji Allah swt,sabda-sabda Nabi Muhammad saw.Banyak lagi kelemahan dalam akidah kita.Apa kesan dia?Tepuk dada,tanya iman dalam hati kita.Yakinkah sudah kita dengan setiap perkataan Allah swt dalam Al-Quran?Ramai antara kita yang tahu tentang perintah-perintahNya.Tapi yang mengecewakan,mana pergi yakin kita dengan firman kekasih abadi kita?Bersediakah sudah diri ini untuk bertemu denganMu untuk selamanya ya Allah..ampuni daku hamba yang lemah dan hina ini..

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...