Friday 29 February 2008

Cinta Hakiki - Raihan



Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Thursday 28 February 2008

Kelantan negeriku

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia

Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!



ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR (Allah Maha Besar)

Thursday 21 February 2008

Selamatkan Rakyat Gaza !

Selamatkan Rakyat Gaza !
Contributed by gunxx on Wednesday, February 20 @ 10:18:58 MYT


Topic: Analisis


Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).



Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.



Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….




Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:



1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.



width="400" height="300">


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan

saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.




2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.



3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.




4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)



5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.



6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.



7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.



8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.



height="300">



Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster,

banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.




9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-



a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.



b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.



c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.



d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.




height="300">


Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.





e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.





Gerakerja secara kolektif



Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.




“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)



Note:

Dr. Mahmoud Ezzat,

Setiausaha Agung,

Jamaah Ikhwan Muslimin.

Terjemahan : Maszlee Malik

Wednesday 20 February 2008

Dunia Baru Islam - The Zikr



Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang,
Ketika Rasul ada di sisi,
Para sahabat mentadbir bumi,
* Zaman nubuwwah, era khulafa',
Islam laksana api yang menyala,
Menerangi teman dan juga sahabat,
Bahang panas yang membakar lawan,
Di celah itulah,
Kita mengatur langkah,
Membina semula ukhwah,
Di sini bara tak pernah padam,
Digenggam kukuh sebuah azam,
Ulang semula *
Ayuhlah para mujahid,
Ayuhlah para mujahidah,
Kita tinggalkan zaman fitnah,
Agar tertegak kalimah Allah,
Agar terbangun dunia baru Islam....

Manusia Lupa - Akbar



Manusia pelupa

Manusia lupa asal-usulnya
Dia tersangka, dialah segalanya
Yang pelupa itulah namanya
Dan yang terleka itulah manusia

Ramai manusia tidak kenal dirinya
Dijadikannya makhluk sempurna
Diuji sementara dimuka dunia
Bertanggung ia pada perlakuannya

Manusia lupa, manusia alpa
Manusia bersahaja,manusia leka
Manusia berlari mengejar mimpi
Apa yang dicarinya hanya illusi

Manusia runsing bila ia prasangka
Semua sekeliling menjadi musuhnya
Manusia fikir mencipta sengketa
Moga ia beruntung darinya

Bila berjaya terdetik rasa bangga
Dilubuk hatinya pula ia bicara
Bermegah-megah dalam diam berkata
Lupa seketika pada penciptaNya

Ulang

Ramai manusia inginkan kebendaan
Biar pun caranya, cara kekerasan
Akhirnya dia tak tentu haluan
Bila ada saja yang hasad memandang

Zahirnya tenang, batin haru biru
Itu nasibnya manusia yang menipu
Biarkan saja ku bersyukur selalu
Dan biarkan luncai terjun bersama labu

Ulang

Satu nafaz, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Kita terleka, terkelu lidah
Terkunci hati, diremote control
Rasa gila kuasa, rakus tamak haloba

Hei orang kita telah mencipta
Tuhan mereka mesin berhala
Hei orang kita memuja-muja
Si kotak sakti tidak bernyawa

Wahai penghuni penyewa alam semesta
Duhai jiwa termenung terpukau silau sihir dunia
Apakah masih buta tuli di dalam hati
Mestikah lagi menipu diri sendiri
Kiblat mu kini menjadi - 5 2 inci
Takwa mu pula - terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca

Ulang

Satu nafaz, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah

Hapuskan haloba dan ingin
Nafsu dan mahu, terlepas waktu, terabaikan mu
Sehingga tidak ku rasa kering nafasmu
Harap kau begitu dekat dengan jantungku
Kau pujuk diriku ketika menyeru manakala aku selalu melupakan Mu
Satu nafas, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Satu lafaz awal pertama menyambut keagungan semesta dengan zikir ibadah

Thursday 14 February 2008

Hadith 25

Yahya bin Talhah r.a. memberitakan bahawa para sahabat melihat Talhah berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat.Mereka pun bertanya kepadanya:
"Apakah gerangan tuan berdukacita?"
Jawabnya:
"Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada kalimah yang jika seseorang melafazkan ketika ia mati nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati,wajahnya bersinar-sinar dan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan.Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda SAW tentang kalimah itu.Maka,lantaran itulah aku bercukacita."
Umar r.a. berkata:
"Aku mengetahui kalimah itu."
Talhah r.a. menjadi gembira lalu bertanya:
"Apakah dia itu?"
Jawab Umar r.a.:
"Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada pamannya Abu Talib iaitu La ilaha illallah."
Talhah r.a. berkata:
"Demi Allah,inilah!"

Keterangan:

Kalimah tayyibah mengandungi cahaya dan kegembiraan yang telah ternyata di dalam beberapa beberapa hadith.Al-Hafiz Ibnu Hajar rah.a. menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat bahawa Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata:
"Kegelapan ada lima macam dan lampu baginya juga ada lima macam,iaitu:
1)Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah taqwa.
2)Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya ialah taubat.
3)Kubur adalah tempat yang gelap dan lampunya ialah La ilaha illallah.
4)Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amal-amal yang soleh.
5)Jambatan sirat al-mustaqim adalah gelap dan lampunya ialah yakin."

Rabi'ah Adawiyah rah.a. adalah seorang wali yang termahsyur.Beliau sangat rajin beribadah semalam-malaman.Setelah terbit subuh sadiq,beliau berbaring sebentar dan apakala subuh sadiq terang jelas maka beliau bangun dengan perasaan gelisah dan berbisik kepada dirinya:
"Sampai bilakah kamu hendak tidur sehingga serunai sangkakala ditiupkan."
Manakala waktu matinya sudah hampir tiba,beliau berwasiat kepada seorang khadamnya,katanya:
"Apabila aku sudah mati,hendaklah kamu kapankan aku dengan baju bulu yang biasanya aku pakai semasa sembahyang tahajjud dan berita kematianku janganlah engkau hebahkan kepada sesiapa pun."
Pendek kata,apabila beliau telah mati,beliau pun dikafankan menurut wasiatnya sebelum itu.Sesudah itu,khadamnya melihat di dalam mimpinya,beliau memakai pakaian yang serba indah.Lantas si khadam tersebut bertanya kepadanya:
"Di manakah baju bulu yang dijadikan kain kafan bagimu itu?"
Jawabnya:
"Baju itu disimpan bersama-sama amalanku."
Si khadam bertanya kepadanya:
"Nasihatilah aku."
Beliau berkata:
"Hendaklah engkau berzikir sebanyak yang mungkin nescaya engkau akan dibanggakan di dalam kubur nanti."

Kempen PRU




Wednesday 13 February 2008

In-Team dan Nazrey - Kehidupan



Kesenangan datang tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan,
Seperti selepas malam datangnya siang,
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
Kesenangan yg datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

13 hb 2

saikin xde mood je aku ni..masuk kelas pun xde nk bercakap sgt..mudah nak marah pun ada..apa kena la..kecewa dalam hati kot..ni la ssh pasal iman..antara rukun iman yang ssh dipatuh,qadha' dan qadar..sedangkan semua ketetapan Allah itu ada sebab musababnya..walaupun apa yg kita rasa baik utk kita itu belum tentu baik untuk kita kerana Allah lbih mengetahui keadaan diri hambaNya dan apa yang lbih sesuai untuk hambaNya..ya Allah,ampuni daku ya Allah..

pepun,cuti sanrenkyu ari tu aku ada join program dauroh AMIR..ok jgak la cite pasal basic iman seseorang muslim..syahadatain..buat kat masjid asakusa..best je kat situ..sampai je terus lupa masalah dalaman..jumpa mus'ab,anuar,halim,amir n baim kat yokohama..phtu gerak ke asakusa mosque dkt tgh harinya..sampai di asakusa ada lagi yg lain2 goukei sume skali dalam belas2 jgak la peserta..20 org gurai kot..program berjalan lancar..starting dengan 3 persoalan ditimbulkan..
1)kenapa Abu Jahal lebih memahami syahadah daripada kita,muslim skrg
2)apa maksud ilah
3)apa beza ayat,"di blik ini ada Abdullah" dengan "di bilik ini tiada orang lain melainkan Abdullah" ?

dari situ bermulalah perbincangan demi pembentangan mengenai syahadatain..program berjalan dengan proses komunikasi dua hala..mana yang x paham atau nak tambah,dilakukan secara langsung..alhamdulillah mendapat kefahaman sedikit2..

1)Abu Jahal lebih memahami kalimah syahadah kerana perkataan ilah itu sendiri yang membawa maksud yang mendalam menyebabkan dia tidak mahu menerima islam kerana ketidaksanggupan meninggalkan nikmat dunia yang dikecapinya waktu itu..

2)ilah membawa byk maksud..yg utama skali,ilah ni berbentuk makhluk yang dijulang manusia melebihi dari Allah sendiri..sperti cinta pada makhluk,pergantungan pada makhluk,takut pada makhluk dan lain2..pendek kata,bila meletakkan sesuatu melebihi kekuasaan Allah,maka perkara tersebut boleh jadi ilah kepada seseorang itu..

3)soalan terakhir ini boleh difahami sendiri melalui BM sendiri..dengan pemahaman yg betul,kita hendaklah meyakini dan mempercayai yakni tiada ilah selain Allah..tiada yang kita letakkan pergantungan melebihi pergantungan kita kepada Allah..tiada yang kita cinta melebihi cinta kita kepadaNya dan seterusnya..

kesimpulan yang aku dapat melaalui program ni dapat aku simpulkan dari salah satu prinsip dlam jemaah tabligh iaitu kalimah taiyibah..tiada yang berkuasa melainkan Allah..makhluk x punya kuasa sedikit pun tanpa izin dari Allah swt..serta x mampu untuk memberi manfaat ataupun mudarat sekalipun tanpa izin Allah swt..sesiapa yang memahami secara mendalam dlam prinsip pertama jemaah tabligh ni,insyaAllah matinya xde syirik terhadap Allah swt..mmg perkara ini perlu kita tekankan dalam kehidupan seharian kita..disebabkan perkara utama inilah ramai manusia telah syirik kepada Allah swt dengan meletakkan pergantungan kepada makhluk melebihi pergantungan kepada Allah..sbg analogi yang paling mudah,kita selalu meminta bantuan org sekeliling kita terlebih dahulu daripada kita meminta bantuan daripada Allah swt..ckup mudah iman kita dipengaruhi sekeliling..astaghfirullahal'azim..aku jgak la x beramal dengan ilmu yang ada..huhu..

mcm mana pun,skrg ni da masuk term sibuk sebenarnya..論文nya,テストnya..huhu..18 hb ni kena antar 論文の目次..22 hb 論文の仮提出..レポートの課題 lg..こんな忙しいのに..頑張るしかない..

Thursday 7 February 2008

7 hb 2

hari ni da masuk khamis untuk minggu ni.esok last paper utk final exam..minggu depan bermula la hari2 yg sibuk dengan kenkyu..abih exam esok setelkan byaran dai dlu..phtu prepare utk bertolak ke tokyo malamnya..bleh thn jgak sibuk..pepun,abiskan stdy gengo riron dlu utk esok..insyaAllah beres kot paper esok..ya Allah,permudahkan exam esok ya Allah..

2 hari lepas aku mimpi jumpa ex awek aku dalam mimpi kat kenduri mana ntah..aku tegur dia,then dia x layan langsung..rasa mcm aku ada buat salah je..ale2,smlm aku msg ckp rindu sama dia..hehe..no respon..sama mcm mimpi la plak..logik la..org da berpunya,xkan nak reply msg2 mcm yg aku msg tu plak..huh..kudaranai..biar je la..aku plak duk melayan perasaan sorg2..adei..ntah bila la diri bleh berubah..ntah..rasa mcm x nak berubah..mcm putus asa pun ada..sapa la aku ni..insan hina dan kerdil di sisiMu ya Allah..

duk2 tgh men game sat ni,dia sms minta send kan resume yg dia buat dlu..seb baik ada dalam simpanan hd aku..2 lai skali aku send..apply PTD plak melalui SPA tu..tgh tngu kekka..minta resume nk update isi2 dalam tu..naruhodo..beza gila life ngn aku yg duk ngadap pc je lg skrg ni..life student ngn org da keja yappari berbeza..pepun,aku x tny byk pasal msg aku smlm..biar je la.dia pun mcm xnak layan..logik logik..awek org kan..

duk menaip2 ni sambil layan lagu diwani la plak..aku suka lirik dia,
"kalau bukan kerana rahmatMu Tuhan,
aku telah kecewa bahkan putus asa,
siapalah yang dapat bersihkan daripada dosa,
siapalah yang mampu meninggalkan kesalahan dan kesilapan,
siapalah di kalangan hamba-hambaMu,
yang boleh sempurna ibadahnya,
tiada siapa yang boleh,
tiada siapa yang mampu,
tapi dengan rahmatMu,
legalah hatiku..."..

lbih kurang lirik dia..nk dgr lbih,dgr kat imeem aku..playlist diwani,tajuk Mu kalau x silap..huhu..aku suka layan lagu2 mcm ni..tu yg aku selalu rudum je perasaan..xtau kenapa..da fitrah aku kot,sebagai insan bernama khanapiah yang suka lagu2 slow mcm ni..tgk mood jgak sbnrnya..papehal,abiskan stdy secepat mungkin..then bleh layan benda lain plak..minggu depan da mula sibuk da..hafalan surah x setel lagi yg bro mus minta setelkan dalam minggu ni..sabtu ni test dgr..surah dari juz 30 je pun..apa la aku..hak diri sendiri byk je komen itu ini..tp,hak al-quran ataupun hak Allah x penah aku nk sempurnakan..astaghfirullahal'azim..

Wednesday 6 February 2008

6 hb 2

hari ni ada testo lg utk kimatsu ni..kanpe- satu aku belasah utk subjek ikeda sensei..huhu..xleh jawab langsung..astaghfirullahal'azim..smlm duk tgh pressure stdy,mmbr aku ckp paper souhaiden tu dapatkan 20 mrkh je kira mcm lulus da..so,aku apa lg..duk lolalola la..alhamdulillah dapat jawab paper souhaiden tu..kalau nk kira,byk je masa semalam utk stdy..aku plak yg byk buang masa kat men game sume..huhu..tinggal esok n lusa satu paper sehari je..phtu gi tokyo sat,sambung kenkyu plak la minggu depan..yosh!!

tokorode,tido2 pg td,mimpi jumpa ex-awek aku lg..gangguan setan lg kot..lepas mimpi terasa rindu la plak..huhu..i really still love her maybe..tp,tu la..xleh landaskan tindakan pada emosi semata2..akal perlu digunakan..tp,tu la..perasaan ni penyakit yg ssh nk ubat..ampuni aku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sunday 3 February 2008

Waktu yang terlepas menabur bencana

Distribusi normal manusia meninggal
dunia (tahun)
Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia
antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di
perhitungkan amal baik atau buruknya
selama
hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah
kepada-Nya, puratanya:

MATI-BALIGH= sisa USIA……………..65-15= 50
tahun

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satuharisatumalam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=
146000 jam=16 tahun7 bulan……
dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17
tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kita akan tertidur dari dunia
untuk selamanya………………………………………………………

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12
jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai untuk aktiviti:18250 hari x12
jam=219000 jam=25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang
bekerja, atau bercinta, ada yang
belajar atau mengajar, ada yang
sekolah atau kuliah, ada yang makan
sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai
untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000
jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin
dihabiskan termenung di buai
khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50
tahun

Lalu Bila Nak Beribadah??? ???
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada
lain dan tiada bukan untuk semua dan
segalanya hanyalah beribadah kepada-
Nya, karena satu hal yang pasti kita
akan kembali ke alam hakiki
illahi!!!!!! !!!!!!!!! !!
" Maut datang menjemput tak pernah
bersahut
Malaikat datang menuntut untuk
merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurga dan
Neraka"
Memang benar!!!!! Menuntut ilmu itu
ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
tetapi kebanyakan kita belajar agar
mudah mencari pekerjaan. Sekiranya
belajar itu tidak membantu menambah
pendapatan kita, kita tidak akan
belajar……………………
Memang benar!!!!!!! !! Bekerja cari
nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang
bagaimana? Ramai orang bekerja untuk
hidup bermewah-mewahan dan amat kurang
sedekahnya.
.
"jarang orang menolak untuk di puji
dan di puja tatkala mereka berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah??? ????????? ??
Oh mungkin solat 5 waktu itu dianggap
sudah mencukupi………..!
Karena kita fikir; solat besar
pahalanya, solat amalan pertama yang
dihisab, solat jalan untuk membuka
pintu syurga………
Benarkah solat kita itu
mencukupi!!! !!!

Berapa sholat kita dalam 50
tahun??????
1x solat = ± 10 minit …..5x solat ± 1
jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang
terpakai utk solat=18250 hari x I jam
=18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan
dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun
untuk solat (ini kalau yg solat
10minit!)…………2 tahun dari 50 tahun
kesempatan kita….itupun belum tentu
solat kita bermakna berpahala dan di
terima. Dan sekiranya pahala solat
kita selama 2 tahun tidak sebanding
dengan perbuatan dosa-dosa kita selama
50 tahun; dalam percakapan kita yang
selalu dusta, baik yang sengaja
ataupun tidak, dalam pertuturan kita
yang sering mengguris orangtua kita,
dalam harta kekayaan kita yang selalu
kedekut terhadap orang faqir, dalam
setiap perbuatan kita yang selalu
bergelumang dosa…………………………

Logikanya:
Bukan satu yang mustahil kita umat
akhir zaman akan berhamburan di neraka
untuk mendapatkan balasan
kelalaian……………………
Terlalu banyak masa yang terbuang
percuma selama manusia hidup di dunia
dan semuanya itu akan menjadi
bencana…………………….

Solusi:
Tiada kata terlambat walaupun waktu
bergulir cepat, isilah dengan sesuatu
apa yang bermanfaat!! !!!!!
Ingat Akhirat!!!!! !!!!!!!!! !!!
(PETIKAN ADALAH FORWARD DARI KAWAN)

Kau Ilhamku - Manbai



Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Saturday 2 February 2008

Have you heard?

Have you heard?
about brave Muslim men,
Who struggled for Islam,
again and again.

They bore many hardships,
and lots of pain,
But never did they ever,
groan or complain.

Let's read some of their stories,
Of how they lived,
To serve Islam,
A few things they did.

Abdullah bin Masud,
Quoted lots of Hadith
A Quranic scholar,
Did many great deeds

He suffered silently,
the Quraish lashes and beats,
for he was the first man,
to read Quran in a public street.

Musab bin Umair,
The first missionary abroad
flag carrier in the battle of Uhad,
in which both his hands were chopped.

Khalid bin Walid,
The "Sword of Allaah"
Didn't let the flag fall,
in the Battle of Mu'ta.

He fought in many battles,
Was the greatest army head,
A valiant fighter,
who died in bed.



Salahuddin Ayubi,
treated enemies charitably,
Liberated Jerusalem to people’s joy,
Was patient, fair, and devoutly.

Imam Bukhari,
Took great pains
He collected ahadith,
for heavenly gains

A learned person was he,
With a great memory
and is also well known,
for his work and piety.

Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi'i and Imam Hambal
The great Merchants
The great fiqh shcolars
Who encouraged education.

Disturbed by discord among Muslims,
was Muhammad bin Abdul Wahab
The Caller of Tauheed System & Bid'ah Destroyer.

All these role models,
So pious and great.
Let’s not only praise them,
But strive to emulate.
!~!

2 hb 2

tup,tup..da masuk bulan 2 2008..kejap je masa berlalu..ya Allah..isnin ni akan bermula la exam final utk 5 nensei..insyaAllah try my best..10 subjek dalam 5 hari..heikin ni shite,2 sehari..bole kot..kena bg lulus pun da ok..kalau bole skor,lagi bagus..hehe..

minggu lepas jgak la aku duk melayan movie je keja..alvin n chipmunks + the kingdom..layan kat 66stage je skrg..senang.ok jgak la cite the kingdom tu..dia ulas pasal situasi urg us yang x suka keganasan dengan keganasan yang timbul di kalangan org islam sndiri..ada pihak yang x inginkan peperangan,dan ada yang terpaksa berperang..pihak pendamai pun ada..aku sokong jgak cite the kingdom ni sbnrnya..situasi dia sama ngn situasi yang betul..kalau nak kira,terror yang wujud bunuh org2 US suka hati tu bukannya bole pun..bom berani mati pun satu,halal kat palestin je padahal..sbb situasi perang di situ yang dahsyat..kalau kat tempat lain nk bom berani mati tu bunuh diri la maknanya..mereka yang x terlibat ngn perang pun turut mati dalam masa yang sama..astaghfirullahal'azim..situasi mcm ni la yang banyak timbulkan fitnah pasal Islam tu sendiri..

ending cite ni,pihak terror pun ckp,we'll kill them all,pihak US tu pun ckp i'll kill them all..masing2 xnak mengalah..tp,tu la..insyaAllah benda ni akan terluput sama skali bila mana orang Islam ada ketuanya sendiri..baru la org2 Islam satu dunia bole bergerak dengan lebih teratur..dan zaman itu da makin hampir sebenarnya..pemuda2 islam zaman kita ni la yang akan kembalikan zaman kegemilangan Islam tu nnti..walahu'alam..benda ni xkan habis selagi umat Islam sendiri xnak bersatu di bawah satu payung khalifah..x pandai aku nk ulas panjang2..duk merepek je bole la..adei..

smlm tgk cite spawn plak..merepek je cite dia..dari duk buang masa tgk movie sume,baik stdy..huhu..pesal la aku malas sgt..apa kena ni..pepun,abiskan stdy パワーエレクトロニクス dlu..da abih exam nnti bleh la buat sotsuken plak..hehe..ganbarimasu!!

Friday 1 February 2008

Warisan Wanita Terakhir



Bila kita dalam malam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terpandang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
Kau warisan wanita ynag terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir...

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...