Tuesday 29 January 2008

29 hb 1

minggu depan da nk exam final da..ronbun x strt tulih lg..huhu..pesal la aku ni malas sgt..tgh duk ngadap kadai jouhousuugaku td,dapat link pasal jgn meniru time exam kat youtube la plak..padahal jidouseigyo ngn sistemkougaku tu aku duk meniru je..terikut ngn bdk2 jpun..da diorang pun ckp subjek tu bukan jugyou..bantai skali aku ni..adeii..terasa jgak la ngn video youtube td..haha..kan da kena..sapa menipu bukan dari kalangan kami mitaina bunshou ga dete kita..pepun,try da best la exam ni..lepas exam nk kena hagemu kat ronbun plak..isogashii naa ore..ok la,ada masa sibuk ada masa yoyuu..ni da kena masa sibuk ni,kena rajin2 la buat keja..ckp nk jadi muslim yg soleh..apa kes kalau malas2..huhu..astaghfirullahal'aziim..

a ah,masuk minggu ni,ada sorg mmbr nihonjin aku,matsuoka nama dia..masuk je kelas pg isnin tu,dia ckp aku ada kuar dalam mimpi dia..dia nampak aku makan daging babi dalam mimpi..dia tny aku dalam mimpi dia,"omae,daijoubu ka."..ada ke aku jawab,"ore wa isuramu mou yameru.."tte mitaina kotae..na'uzubillah..seb baik dalam mimpi dia je..minta jauh la..walaupun aku boleh nafikan buat masa sekarang,belum tentu masa hadapan aku masih dalam keadaan beriman..tp,mmg aku x nak la masuk dalam golongan tidak beriman ni..ya Allah,janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan munafiqin,fasiqin,musyrikin,kafirin..na'uzubillah..matikan aku dengan kalimah iman,Lailahaillallah,Muhammadurrasulullah..

tp,tu la..penah jgak aku mimpi mmbr aku yg sorg ni natsu thun lepas..lepas solat hajat skit lepas waktu zuhur..pelik jgak la..samada mimpi baik ke mainan syaitan,wallahu'alam..ckp pasal mimpi ni,ingt plak yg aku ada mimpi jumpa ex-awek aku lagi..jumpa dia tgh sedih,phtu aku ckp jgn sedih sgt..padahal,jisssai no koto aku yg sedih sebelum ni..ntah la pesal rasa nk menangis je malam tu..btul la bak kata,la takhof wala tahzan(jgn sedih jgn takut.)..innallahamana..tp,tu la..kekadang manusia perlu menangis untuk hilangkan kekusutan dan bg menyedarkan diri yang serba lemah dan banyak kekurangan..untuk apa air mata dicipta kalau bukan untuk menangis..jiwang la plak..huhu..

dekat2 nk exam ni jgak la aku angkat psp 2nd hand selai yg bleh masuk game pirate..adeii..da angkat psp,dapat plak email dari biro kebajikan untuk derma Palestin..sebut plak simpan duit utk PS bleh,xkan untuk derma xleh kot..huhu..aku terkena lagi..peringatan yang baik untuk diri secara tidak langsung..semua ni ketentuan Allah sebenarnya..method Allah nk tarbiyah hambaNya.kadang kita x sedar yang semua kejadian yang berlaku baik ataupu buruk ke atas kita,sebenarnya punya hikmah tersembunyi..hebat Allah..tiada yang sia-sia dalam ciptaanNya..subhanallah..

pepun,sambil tngu download game psp ni,bleh la sambung stdy..ni la kalau duk ngadap pc sambil stdy.msti nk bukak sesuatu kat internet ni..kekkyoku,x jadi stdy..adei..berhantu la plak pc aku ni..da tenat pc aku..nak run game pun sangkut2..biasa la,makhuk ada jangka hayat dia..selain Allah adalah makhluk yang x berkuasa apa2 pun..wallahu'alam..

Monday 28 January 2008

Mentari Hidup - Haikal



Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Thursday 24 January 2008

Fadhilat zikir (hadith 6)

Abu Musa r.a. memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan(kerana Allah) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka berzikir itu lebih utama(daripada orang yang membelanjakan wangnya di jalan Allah)."

Sungguh pun membelanjakan harta pada jalan Allah adalah satu amalan yang paling afdhal sekali,namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya.

Alangkah bertuahnya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaannya pada jalan Allah da di samping itu mendapat taufiq pula untuk mengingati Allah SWT.Di dalam sebuah hadith,telah diberitakan bahawa Allah SWT juga mensedeqahkan(nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu.Namun begitu,tidak ada kurniaan yang lebih besar daripada taufiq untuk berzikir.

Orang-orang yang sibuk dengan perniagaan,perdagangan,pertanian dan dengan pekerjaan masing-masing jika mereka melapangkan masa sedikit sebanyak maka sudah pasti mereka akan memperolehi keuntungan yang tidak terkira banyaknya.Melapangkan masa beberapa jam daripada dua puluh empat jam untuk menyelenggarakan amalan yang terpenting ini tidaklah menyukarkan.Masa yang tidak terbatas banyaknya yang dipergunakan untuk perbuatan-perbuatan yang sia-sia telah menjadi perkara yang lumrah.Jika dilapangkan masa sedikit untuk amalan yang paling utama ini tidaklah memberatkan.

Dilaporkan dalam sebuah hadith bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baiknya hamba Allah ialah yang sentiasa mengawasi peredaran bulan,matahari,bintang-bintang dan bayangan-bayangannya buat menentukan waktu untuk berzikir."

Sungguh pun dewasa ini manusia menggunakan jam,taqwim dan lain-lainnya,namun peredaran masa menerusi peredaran bulan dan matahari itu lebih bermanfaat.Jika sekiranya jam rosak atau waktunya tidak tepat,maka boleh menggunakan taqwim syamsi tadi agar masa yang amat berharga itu jangan tersia-sia.Dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa jika seseorang yang berzikrullah di mana-mana bahagian di permukaan bumi ini maka bahagian itu berbangga ke atas ketujuh-tujuh petala bumi.

24 hb 1

masuk hari ni da 3 hari aku x menulis..x kisah pun sebenarnya..tp,tu lah..rasa nk tulis,kadang xde idea nk tulis apa..mcm mana pun,saikin makin sejuk je angin makhluk Allah ni..tiup je terasa bagai nk beku telinga idung semua..baru sejuk skit Allah antar melalui makhluk anginNya..Allahu akbar..lama x cerita tentang kebesaran Allah..huhu..perkara iman ni kena cakap selalu baru bgus untuk rohani..duk ckp dunia yang byk sia-sia je ssh la..kalau ckp pasal stdy ok lg..huhu..astaghfirullahal'azim..

ada senpai aku upload youtube pasal 10 thun sebelum merdeka ari tu..aku layan jgak la..phtu ari ni baru terpikir nk letak kat blog sendiri..huhu..ok jgak la cerita dia..x mcm cerita dalam buku teks sejarah..dalam buku teks tulis umno la hero segala2..padahal xde sanggup pun nk tentang penjajah..jadi orang kanan penjajah ada la..huhu..harapnya naiyou video tu bleh bg org ramai nampak skit la kot apa erti perjuangan menentang penjajah..huhu..

sambil duk sembang ngn mmbr aku semalam,dia terbaca isi utusan malaysia yang actor utk cite batman terbaru ni utk karakter joker mati sbb telan lbih dos ubat apa ntah..huhu..terbunuh la plak dalam kehidupan sebenar sebelum terbunuh dalam cite batman tu..sian..tp,tu la..lagi sian sbb terbunuh tanpa kalimah iman..salah aku jgak x sampaikan..astaghfirullahal'azim..

sekarang ni aku ada join usrah ngn mus,bdk mesia yg keja kat tokyo..dapat jgak info skit2 pasal syahadatul haq..cite pasal tanggungjawab sebagai org muslim yg mengaku dengan kalimah syahadah tu..bkn dengan solat,puasa,zakat n haji je bleh lepas tanggungjawab tu..lafaz kalimah ni secara otomatiknya meletakkan kita selaku penyamai kalimah Allah di muka bumi..walaupun x mampu menyampaikan dengan perantaraan lidah n tulisan,amatlah penting kita sampaikan dengan perlakuan kita sendiri..dari sikap n perangai kita,org muslim ni lah yang akan menyampaikan apa itu islam kepada yang non-muslim..btul la apa yg aku dapat melalui kuar jemaah tabligh sebelum ni..cuma tu la,x ter amal dek aku je..huhu..astaghfirullahal'azim..

byk benda berlaku sebenarnya dalam 3 hari ni rupanya..yg dalam detik saat pun byk benda boleh berubah,inikan pula masa 3 hari..subhanallah..moga aku pun berubah la ke arah yang baik dan soleh..amiin..

esok ada houkoku utk kenkyu aku la plak..so,mlm ni kena setelkan la seboleh2nya jikken aku tu..arapnya bleh siap la nnti..tngu mmbr aku masak nasi dlu ni..lapar..huhu..solat isyak then makan skit..terus gerak ke bilik kenkyu je..plan mmg mantap la..tp,tu la..huhu..sambil menunggu tu duk layan lagu2 nasyid dari imeem..



bole la layan sambil2 duk bersahaja..aku ni kalau da jumpa lagu best,mula la cari lirik kat internet then nyanyi mcm karaoke..hehe..best apa..kadang2 tu kalau tension2,layan je..huhu..saikin ni jgak la aku tension je manjang tiap kli balik dari kelas masuk bilik sendiri..aku sendiri pun x paham pesal tension sgt..setan btul..astaghfirullahal'azim..ada sebabnya ni kot..arapnya jumpa la sebabnya nnti..da jumpa nnti aku tulis lagi dalam ni..hehe..mana bdk2 ni nk solat isyak ni..huhu..

10 Tahun Sebelum Merdeka










Kekasih Yang Dirindu





Ya Rasul Ya Habib Salamun ‘Alaik

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Ya Nabi Ya Rasul Salamun ‘Alaik
Ya Habib Salamun ‘Alaiik

Monday 21 January 2008

21 hb 1

lupa la plak nk tulis blog ujung minggu ni..kebetulan ada mmbr aku datang kosen aku,nain..saje nak perabih 8 kippu dia..molek jgak ada oghe maghi jale tpt kito..ada jgak pengampunan dosa melalui ziarah org ni..

ujung minggu ni diisi dengan men game jgak.kan bagus kalau pegi shin anjo..aku ckp kat farid nak buat kenkyu..kekkyoku,kenkyuu sezuni,game bakka yatte ita..teruknya..mcm menipu plak..ya Allah,peliharalah aku dari sifat munafiq..

semalam tgh hari aku diisi dengan buat kadai jouhousuugaku sambil sembang dengan kakak aku..paginya diisi dengan usrah kpk rasanya..pengisian mengenai kepentingan berjemaah..isinya lebih kurang sama dengan pengisian semasa kursus kat tsukuba ari tu..alhamdulillah dapat faham lebih dalam skit pasal berjemaah ni..malamnya ada usrah dengan mus'ab..dihurai lagi mengenai syahadatulhaq..mengenai tanggungjawab seorang muslim apabila mengucap syahadah..lepas solat isyak,layan drama n men game lagi..huhu..

paginya sekolah seperti biasa tanpa ada kenkyu sbb ada kouenkai..yes!!bleh lepak lagi..huhu..da abih kelas sume,blik bilik bukak email n tgk frenster..ex-awek aku ada upload gmbr baru la plak..selai je..tgk profile dia kejap,phtu tetiba rasa nk menangis..selesai solat asar,aku nangis puas2..doa mintak Allah ilangkan perasaan sedih di hati yang tiba2 tu..huhu..innama asyku battsi wahuzni ilallah(hanya Engkau tempat aku mengadu kesedihanku)..sesungguhnya Dia lebih mengetahui hati hambaNya..tap2,baca Quran skit..sambil tngu solat maghrib,tulis blog ni kejap..malam ni mcm isi dengan tgk drama semalam je..huhu..

Friday 18 January 2008

9 Muharam

hari ni da 9 muharam dan bersamaan 18 Januari..alhamdulillah selamat puasa utk hari ni..awal2 bgun pg td rasa nk bukak puasa jgak sebenarnya..seb baik dapat hidayat sampai berbuka puasa..da lapar2,makan kat fukusuke..lama x makan kat situ..ingt ada plan gi makan unagi ngn taka..x jadi la plak..plan mcm berpindah ke mlm esok da..esok insyaAllah puasa lagi,10 muharam..lusa pun azam untuk puasa lagi..

tgh duk chat lepas maghrib td,farid ym aku tny pasal kelapangan cuti haru nnti..biasa la,tny untuk bentukkan jemaah seminggu haru yasumi..kata aku,insyaAllah akan diusahakan..bukan selalu kuar jemaah..dari plannya,bentuk jemaah seminggu dari 5@6 hb 3 sampai sotsugyoushiki aku n bdk kosen yg lain..so,sono aida tu bleh la amik masa untuk kuar jemaah belajar2 korban masa,diri dan harta untuk agama Allah..belajar2..dia ngn kohai2 dia plan ke india plak..huhu..best nye..aku jgak la byk ketinggalan di belakang..sibuk dengan dunia pny pasal..moga terbentuk jemaah nanti..afiq,anip,nain,redza pun ada untuk haru yasumi ni..kena cari org lagi la kot untuk gerak lagi baik..tasykil je mana yg ada..hehe..

nain ckp nk datang kosen aku pg esok time kol tgh hari td..sian,kantoi ngn abg dia plak pasal dia kapel..suh kawin x nak..huh..aku jgak la duk menyangap nak kawin kat sini..hati kata nak kawin,calon x tekel2 jgak lagi..tu la,awek lama mcm duk menunggu aku je..huhu..aku je perasan lebih2..padahal xde pun dia tunggu..tp,tu lah..insyaAllah aku nak sediakan diri untuk kawin dalam masa terdekat ni..bleh jemput mmbr nihonjin datang majlis kawin nnti.tu pun kalau diorang nak pi mesia..ngehe..ntah jadi ke tidak nak kawin thun depan..plan je la dlu..byk jgak nak kena pkir ni kalau kawin..kokoro no junbi mo daiji da shi..mcm2 junbi ada..katanya senpai aku,sebulan je da ckup utk junbi kawin ni..mak aih,kejap je junbi..ok jgak tu..bleh aku kawin cepat2..hehe..tngu nk mesyuarat ngn eldest n minta kyouka dari taishikan je la..mesyuarat ngn eldest untuk junbi kuar 4 bulan lepas stdy..wallahu'alam..

ingt nk lawan bola mlm ni..bdk2 ni xdak masuk bilik aku la plak..xde pesaing la nak lawan mlm ni jawabnya..xpe la..simpan je la hajat men bola esok lusa..tp,nak kenkyu lagi ujung minggu ni..sibuk sheikh saikin..moga kesibukan ni mendatangkan manfaat kepada aku jgak..amiin..

Thursday 17 January 2008

Lama tak menulis

akeome desu!(selamat tahun baru.)da masuk 2 thun baru da,(tahun hijrah n tahun masihi)moga jadi lebih beriman hari demi hari..amiin..

lama sungguh aku x menulis blog ni..sekejap je rasanya masa berlalu..lg 2 bulan lbih insyaAllah akan sotsugyou kosen then akan sambung ke muroran koudai plak..b/manapun,kenkyu kena jalan la..ntoh bila nk gi kenkyuu utk minggu ni..esok da kena houkoku kat sensei..malam ni shika nai naa..ganbarimasu!!

CINTA ILAHI - PUJANGGA

  Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus men...